Vous êtes sur la page 1sur 3

PERMAINAN: GELUNG MUZIK PENGENALAN Permainan gelung muzik ini, diinspirasikan daripada permainan rebut kerusi yang popular

di kalangan kanak-kanak. Namun, permainan ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana pemain tidak perlu merebut tempat selepas muzik berhenti. Permainan ini juga memupuk semangat kekitaan di kalangan para pemain. Permainan gelung muzik juga mengajar kanak-kanak untuk bertoleransi antara satu sama lain ketika bermain. Gelung muzik sememangnya permainan yang sesuai dimainkan di dalam dan di luar kawasan sekolah.

JENIS PERMAINAN: PERMAINAN SOSIAL (SOCIAL PLAY) OBJEKTIF: Memupuk semangat kerjasama di kalangan kanak-kanak. Melatih kemahiran fizikal motor kasar pada kanak-kanak. KESESUAIAN UMUR: 4-6 TAHUN DAN KEATAS ALATAN YANG DIGUNAKAN: GELUNG DAN MUZIK

PERKEMBANGAN : Perkembangan Fizikal Permainan ini melatih kanak-kanak supaya menguasai kemahiran motor kasar (memastikan badan berada dalam gelung)

Perkembangan Sosio-emosi Permainan ini melatih kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya dan menyesuaikan diri dengan persekitaran ( memastikan semua orang berada dalam gelung ) JUMLAH PEMAIN : TIDAK TERHAD CARA BERMAIN: 1. Gelung-gelung diletakkan di dalam bentuk bulatan. 2. Jumlah pemain mewakili jumlah gelung yang diletakkan di dalam bulatan. 3. Ketika muzik dimainkan, pemain akan mengelilingi luar gelung. 4. Ketika muzik dihentikan, pemain hendaklah masuk ke dalam gelung. 5. Selepas itu, satu gelung akan dikeluarkan dari bulatan.

6. Langkah 3 hingga 5 akan diulang. 7. Untuk pusingan seterusnya, semua pemain perlu masuk ke dalam baki gelung yang tinggal.

PERATURAN: 1. Pemain-pemain tidak boleh menolak rakan ketika muzik berhenti. 2. Pemain yang tidak dapat memasukkan diri ke dalam gelung akan disingkirkan dari permainan. 3. Pemain perlu sedaya upaya memasukkan diri kedalam gelung apabila muzik dihentikan.

Vous aimerez peut-être aussi