Vous êtes sur la page 1sur 2

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN KEKUNCI Short Cut dalam Windows

Ainul Bariah Binti Talib Zulhana Binti Zulkiflee Aida Faizura Binti Amaudin Pensyarah Kolej Komuniti Bandar Darulaman ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan kekunci Short Cut dalam Windows ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Kajian ini merangkumi 20 orang pelajar dari kelas pelajar RK 2A yang mengambil kursus Rangkaian Komputer dibawah Sijil Kebangsaan Malaysia (SKM) Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Penggunaan Windows Shortcut-key merupakan satu pengetahuan tambahan yang baik apabila menghadapi modul SMK kedua dalam kurikulum kemahiaran bermodular kebangsaan Rangkaian Komputer iaitu Penstrukturan Rangkaian. Ini kerana dalam SMK ini, memerlukan pelajar mengkonfigurasi peralatan rangkaian seperti switch,router ADSL modem dan router secara amali. Untuk melaksanakan proses ini, para pelajar dikehendaki menggunakan computer (dalam kes ini berasaskan Windows) bagi mengenalpasti kehendak rangkaian dan menyelesaikan masalah rangkaian (Troubleshoot). Kajian telah dilaksanakan menggunakan kaedah Tinjauan Awal yang mana ia merangkumi proses Pemerhatian dan Proses Temubual. Hasil dapatan ini didapati terdapat jurang yang besar dari segi proses masa melaksanakan tugas dan amali antara pelajar yang mahir menggunakan kekunci Short Cut dalam Windows dan yang tidak menggunakannya. Oleh itu satu program yang diberi nama Shortcut key Made Easy telah diperkenalkan. Ia dilaksanakan sesi demi sesi dan telah dipecahkan kepada dua aktiviti major iaitu Twist your finger serta Calendar SC .Setelah perlaksanaan program didapati terdapat perubahan dalam proses konfigurasi. Pelajar

mampu melaksanakan amali yang diberi dengan lebih. Proses dokumentasi aturcara juga tidak menjadi masalah kerana pelajar memahami konsep copy and paste dalam manamana perisian berplatformkan Windows. Secara keseluruhannya analisa dapatan kajian

menunjukkan program Shortcut key Made Easy telah membantu pelajar menggunakan KEKUNCI Short Cut dalam Windows . Kata Kunci : Kekunci Short Cut dalam Windows , Shortcut key Made Easy , Troubleshoot

Vous aimerez peut-être aussi