Vous êtes sur la page 1sur 13

HBML4103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012

HBML4103

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

PUSAT PEMBELAJARAN

HBML4103 Pengenalan

Melakukan kajian ilmiah khasnya dalam pengkajian Bahasa Melayu adalah sesuatu yang amat menarik. Kita harus menelusuri sejarah dalam mendapatkan maklumat yang berwibawa dan menghasilkan satu kajian yang bermakna. Perbezaan antara Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu moden berdasarkan sebuah hikayat lama dari sudut morfologi dan sintaksis merupakan satu tugasan yang amat mencabar. Kunci utama kepada kajian ini adalah Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Justeru itu kita akan membuat tinjauan terhadap sejarah susur galur kewujudan Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden bagi memahami perbezaan antara keduanya . Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-

nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini

HBML4103 disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam dan seterusnya bahasa pada ketika itu.

Kemunculan Bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah kitab Aqaid al-Nasafi yang bertarikh 1590 (988H). Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh(1600), Hikayat Seri Rama (1633), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu. Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Kebanyakan data berbentuk tulisan dan ini menyukarkan pengesanan sebutan yang sebenar. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga sahaja, iaitu i, a dan u (daripada vokal Arab alif, ya dan wau). Namun demikian dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam Bahasa Melayu, iaitu a, e pepet, e taling, i, o, dan u. Dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden. Pelambangan bunyi getaran alveolar r yang jelas menggunakan huruf ra dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik. Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu ai, au dan oi.

Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam Bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah: a. Ayat yang panjang dan berbelit-belit

HBML4103 b. c. d. Banyak ayat pasif Menggunakan bahasa istana Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk

asmara), sahaya, masyghul dan sebagainya e. Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan

seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya f. Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel pun dan lah

Kajian Asmah haji Omar tentang kitab Aqaiid al-Nasafi, iaitu teks tertua Bahasa Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata Bahasa Melayu asli. Kata pinjaman yang agak menonjol ialah bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Terdapat juga penggunaan penanda wacana yang tidak digunakan lagi dalam Bahasa Melayu Moden,

iaitu bermula, hatta, syahadan, kalakiandan seumpamanya.

Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.

Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah Aqaiid al-Nasafi.Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang

HBML4103 ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.

Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau Syamsudin alSumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di samping itu, muncul ahli ilmu dari luar Alam Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri. Hamzah Fansuri terkenal dengan karya prosa sepertiAsrarul-Arifin fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid, al-Muntahi danSharabul-Ashiqin atau Zinatul-

Muwahiddin. Syairnya yang terkenal ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan Ilm alsuluk wal-tawhid dan Syair Perahu.

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang penting.

Sejarah Bahasa Melayu Moden

Ahli-ahli bahasa dan sejarah berpendapat bahawa Bahasa Melayu Moden berasal daripada Bahasa Melayu Klasik , manakala Bahasa Melayu Klasik pula berasal daripada Bahasa Melayu Kuno. Perkembangan Bahasa ini adalah dipengaruhi kuasa asing ke alam Melayu. kegiatan ekonomi dan kehadiran kuasa-

Perkembangan Bahasa Melayu Moden telah dipelopori oleh Abdullah Munshi pada awal abad ke 19 melalui hasil karya beliau yang bertajuk Hikayat Abdullah. Hikayat ini merupakan pencetus utama kepada perubahan paradigma Bahasa Melayu apabila teguran sinis yang dilontarkan Abdullah menyetuh rasa orang Melayu. Bentuk penulisan Abdullah dalam Hikayat Abdullah telah banyak menunjukkan perubahan berbanding karya-karya sebelumnya.

HBML4103 Bahasa Melayu banyak berubah kerana pengaruh kolonial Barat , Asia Barat serta Jepun . Persatuan-persatuan penulis , persatuan-persatuan kebajikan , kebudayaan , bahasa dan

kesusasteraan serta politik tumbuh dengan subur walaupun menghadapi tekanan dari pihak penjajah Dalam abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang moden kerana unsur-unsur moden telah meresap ke dalam bahasa Melayu . Banyak buku , majalah dan akhbar yang ditulis , diterbit dan dicetak diedarkan dalam pelbagai bidang dan jurusan bagi memenuhi keperluan orang melayu . Perkembangan Bahasa Melayu semakin pesat selepas Negara ini mencapai kemerdekaannya.

Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden dari Sudut Morfologi Berdasarkan Teks Klasik Hikayat Raja Pasai

Tidak banyak perbezaan yang jelas dalam membandingkan antara Bahasa Melayu Klasik dengan Bahasa Melayu moden dari aspek morfologi. Antara perbezaan yang diperolehi ialah :

1.

Bahasa Melayu Klasik banyak menerima fonem-fonem Arab. Contohnya 'kh', 'z' dan 'sy'.

Penggunaan fonem-fonem ini begitu meluas terutama sekali dalam penghasilan karya sastera seperti kitab-kitab agama, cerita-cerita rakyat dan lain-lain lagi. Contoh perkataan yang menerima fonem arab adalah seperti berikut :

Berkhabarlah Maka Baginda pun berkhabarlah kepada adinda itu daripada pertamanya datang kepada kesudahannya peri baginda mendapat kanak-kanak didalam rebung betung.

Khalifah , Fidyah , Syafaat Maka sabda sultan , Ya Syeikh ,inilah fidyah yang diperhamba akan Khalifah Syarif Makkah yang dipermohonkan berkat doa dahulu Allah dan berkat syafaat Nabi Muhammad Rasulullah.

HBML4103 2. Selain penggunaan dalam aspek tulisan dan fonem, Bahasa Melayu Klasik juga telah

menyerapkan perkataan-perkataan Arab dalam bahasa Melayu. Keadaan ini menyebabkan kata-kata atau perbendaharan Melayu semakin bertambah. Pinjaman dari perkataan Arab juga disebabkan kurangnya perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu perkara. Antara contoh Duniawi Akhirat Mu'tabar Fakir Sultan Jumaat ghaib 3. Penggunaan Imbuhan di yang berulang dalam satu ayat : Maka dipertemukannya kepala itu dengan badannya, maka dimandikannya dan dikafaninya lalu disembahyangkan baginda m/s 31 perkataan yang dipinjam dari perkataan Arab ialah

4. Menggunakan kata ganda yang jarang digunakan sama ada penggandaan penuh , separa dan penggandaan berentak. Contohnya :Tabuh- tabuhan Apa-apa Indah-indah Mengempas-empaskan Gegak-gempita 5. Mengugurkan huruf pertama dalam pengimbuhan Menkan . Contohnya :-

Mengempas-empas Mengimpunkan

HBML4103 Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden dari Sudut Sintaksis Berdasarkan Teks Klasik Hikayat Raja Pasai

1. Penggunaan kata Pangkal Ayat

Untuk memulakan perenggan atau awal ayat dalam Bahasa Melayu Klasik seperti berikut :Syahadan Maka ( Kekerapan tertinggi ) Alkisah Hatta Arakian Kata sahibul Hikayat Maka Takala Adapun sebermula

menggunakan kata

Contoh dalam Hikayat Raja Pasai a. Maka Raja Muhammad itu pergilah ia .. b. Sebermula Megat Sekandar dan Megat Kedahitu keduanya kekanda kepada.. c. Adapun Sultan Muhamad itu daripada anak cucu d. Hatta beberapa lamanya kemudian daripada hadirat nabi.. e. Alkisah , maka tersebutlah perkataan Tuan Puteri .

HBML4103 2. Dalam Hikayat Raja Pasai ragam penggunaan ayat adalah pelbagai.Ada yang pendek-pendek ada juga yang menggunakan ayat yang panjang , berulang-ulang dan berbelit-belit. Gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu terutamanya dan dan atau ataupun dengan menggunakan tanda koma bertitik.

Contoh 1 Hatta kalakian maka beberapa lamanya Merah Silau itu duduk di sana , sehari-hari kerjanya bermain hayam menyabung kepada Merah Silau itu dan jikalau Merah Silau itu alah dibayarnya taruhannya , dan jikalau orang itu alah tiada dimintanya taruhnya orang itu. ,

Contoh 2 Maka diceriterakan oranglah kepada saudaranya Merah Hasum perihal dikurnia Allah Taala akan Merah Silau Itu , Demikian katanya , Bahawa kekanda Merah Silau kami lihat dibawanya gelang-gelang itu ke rumahnya masuk dalam bubunya, maka pada hati kami dimakannya juga gelang-gelang itu.

Dalam konteks bahasa Melayu moden , ayat lebih ringkas , padat dan tepat, sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep , idea dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden

3. Bentuk Ayat Bentuk ayat banyak menggunakan ayat pasif. Contohnya :-

a. Hatta datanglah kepada suatu hari maka Tun Perpatih Pandak dibawanya oleh Ahlul Nujum. b. Maka adalah emas itu diperolehnya terlalu banyak , sekira-kira lima makdan

HBML4103 4. Partikel atau Kata Penegas Lah dan Pun Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan partikel lah dan pun dalam karya mereka berbanding dalam penulisan Bahasa Melayu Moden. Contohnya :a. Adapun diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera: ada satu kaum b.Adapun akan sultan belum lagi ia beristeri. c. sampailah ke Samudera dipersembahkan orang. d. Maka sultan pun hairanlah melihat dia

5. Kosa kata Bahasa Arab dan Sanskrit

Kosa kata Bahasa Melayu Klasik turut dipengaruhi oleh kosa kata Bahasa Arab dan Sanskrit yang begitu kukuh bertapak di kepulauan Melayu ketika itu. Sesuai dengan tajuk Hikayat ini iaitu Hikayat Raja Pasai yang sedia dimaklumi bahawa Pasai adalah merupakan antara tempat terawal bertapaknya agama Islam

Contohnya :

Kosa Kata Bahasa Arab Allah Taala , Makhdum , Muaalim , Sultan , Syeikh, SallaLlahu alaihi wa sallam

Kosa Kata Sanskrit Dosa , Pahala , raja

Dalam Konteks bahasa Melayu Moden pula , pengaruh Bahasa Arab , Sanskrit dan Bahasa Melayu Klasik masih lagi wujud terutamanya dari segi kosa katanya.

HBML4103 6. Penggunaan Bahasa Istana

Bahasa Melayu Klasik lebih bersifat bahasa Istana. Hal ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Ini dilihat kepada fungsi kewujudan karya itu sendiri yang mengangkat darjah kesultanan ataupun pemimpinnya. Contoh a. Ya Tuanku Syah Alam b. Daulat Dirgahayu Syah Alam c. Maka dipersembahkan oranglah Ibrahim Bapaitu ada lagi hidup d. Maka Baginda pun lalu menyelam batang

7. Penggunaan Kiasan , Perbandingan Serta Penggunaan Laras Bahasa Puisi

Bahasa Melayu Klasik tidak lari daripada menggunakan kiasan dan perbandingan serta penggunan laras bahasa puisi seperti pantun , syair , seloka dan gurindam dalam hasil karya mereka. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu Klasik itu sendiri yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritan. Contoh :

Lada siapa dibangsalkan? Selama lada sekerati Pada siapa disesalkan? Tuan juga empunya pekerti

HBML4103 Ayuh Dara Zulaikha Tingkap ! Bergelar Tun Derma Dikara Asalmu orang terjunan Nasabmu daripada pengliran Jana-bijanamu dari Sungai Rahat ! Kerna engkau penghulu gundikku dalam Istana

Telah didatangkan atasku percintaan, Jikalau percintaan didatangkan atasku segala hari ini Seperti umpama semalam jua adanya

Rumusan Kewujudan Bahasa Melayu Klasik adalah selepas Bahasa Melayu kuno. Justeru itu bentuk penyampaiannya masih dipengaruhi oleh sistem penceritaan secara lisan. Bagaimanapun bentuk nya dari aspek morfologi dan sintaksis banyak dipengaruhi oleh bentuk penulisan Bahasa Arab dan Sanskrit. Bentuk ayat yang panjang dan berulang-ulang banyak digunakan dalam Hikayat Raja Pasai yang merupakan salah satu contoh Hikayat yang dikategorikan sebagai menggunakan Bahasa Melayu Klasik. Kewujudan hasil karya ini yang bersempena dengan kehadiran pengaruh Agama Islam di rantau Kepulauan Melayu banyak mempengaruhi pemilihan kosa kata yang menunjukkan kehadiran pengaruh penulisan Arab. Penggunaan Kata Maka yang banyak berulang timbul sebagai kata penyambung kepada cerita yang ingin disampaikan penulis. Berbanding dengan Bahasa Melayu moden , ayat yang digunakan adalah mudah dan jarang menggunakan pengualangan kata, , ayat lebih ringkas , padat dan tepat, sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep , idea dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden.

HBML4103

Rujukan

1.

Asmah Hj. Omar , 2010 , Ksajian dan Perkembangan Bahasa Melayu Edisi Kedua , Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

2.

Asmah Hj. Omar ,1985 , Susur Galur Bahasa Melayu , Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kuala Lumpur

3.

Ismail Hussin ,1966 , Sejarah Perkembangan Bahasa Kebangsaan Kita , Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kuala Lumpur

4.

Noriah Mohamad , 1999 , Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama,Penerbit USM Pulau Pinang

5.

Raminah Hj. Sabran 1988 , Kajian Bahasa , Fajar Bakti SDN. BHD. Petaling Jaya

6.

Russel Jones , 1999 , Hikayat Raja Pasai , Yayasan Karyawan dan Fajar Bakti , Kuala Lumpur

Vous aimerez peut-être aussi