Vous êtes sur la page 1sur 12

AL-IDTIRAB FI AL-MATAN: KAJIAN TERHADAP PERTEMBUNGAN KEFAHAMAN PADA MATAN HADITH

Oleh: Muhammad Haafizuddin bin Abirerah Pendahuluan Istilah al-Hadth merujuk kepada apa jua perkara yang dikaitkan dengan Rasulullah s.a.w berbentuk perkataan, perlakuan, perakuan, dan sifat Baginda s.a.w yang terjadi dalam bentuk tabii ataupun memerlukan usaha, sama ada sebelum atau selepas Baginda s.a.w diutus menjadi rasul.[1] Secara umumnya, ilmu al-Hadth mengandungi dua cabang pengajian utama yang diberikan tumpuan oleh sarjana-sarjana hadith iaitu ilmu al-Riwyah dan ilmu al-Diryah. Ilmuriwyat al-hadth ialah kaedah-kaedah untuk mengetahui keadaan perawi dan riwayat sesebuah hadith. Menurut Haji Khalifah (m. 1067 H), ia suatu ilmu yang mengandungi kajian tentang kaifiyatbersambungnya sesuatu hadith dengan Rasulullah s.a.w dari sudut keadaan para perawinya iaitubit dan adil, serta dari segi kaifiyat bersambung atau terputusnya sanad.[2] Ibn al-Akfani (m. 749 H) pula berpendapat ia adalah ilmu berkaitan memindahkan kata-kata dan perbuatan Nabi s.a.w melalui kaedah mendengar yang bersambung (sanadnya), memastikan keabitannya serta ketulenannya.[3] Ilmu diryat al-hadth pula ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh Haji Khalifah (m. 106 H), suatu ilmu yang mengkaji tentang makna yang dapat difahami daripada lafaz-lafaz hadith serta tujuan atau maksud dari hadith-hadith tersebut yang mana ilmu ini dibina atas kaedah-kaedah bahasa Arab dan prinsip-prinsip umum syariah meliputi segenap perkara yang berkaitan dengan Nabi s.a.w.[4] Takrifan Haji Khalifah (m. 106 H) ini menjadi pilihan kerana mencakupi makna aldiryahdari segi bahasa.[5] Manakala takrifan-takrifan lain terdapat kekurangan dari sudut tersebut. Ibn al-Akfani (m. 749 H) berkata, ia adalah suatu ilmu yang dapat diketahui melaluinya jenis-jenis riwayat, hukumnya, syarat-syarat perawi, jenis-jenis periwayatan, dan mengeluarkan makna-maknanya.[6]Ibn Jamaah (m. 752 H) pula berkata, ia suatu ilmu dengan tatacara yang diketahui melaluinya perkara-perkara berkaitan sanad dan matan. Manakala Ibn Hajar (m. 852 H) pula mentakrifkan, ia adalah kaedah-kaedah untuk mengetahui tentang perawi dan apa yang diriwayatkannya.[7] Ketiga-tiga takrif yang dibawa ini berkaitan dengan darjat sesuatu hadith dan bukan kefahaman mengenainya. Menerusi apa yang dinyatakan sebelum ini, memahami dan mengetahui maksud sesuatu matan hadith yang sahih itu sangat penting lantaran melaluinya terkandung segenap syariat Islam yang perlu dihayati oleh setiap Muslim. Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan matan alhadthantaranya ialah gharb al-hadth, asbb wurd alhadth, nsikh dan manskh hadith,mukhtalif al-hadth, muhkam al-hadth, dan taaddud alriwyat.[8] Namun begitu, sebagaimana yang berlaku pada sanad, terjadi juga pada sesetengah

keadaan berlakunya pertembungan atau perselisihan terhadap matan-matan hadith. Keadaan ini disebut sebagai ikhtilf al-riwyat.[9] Sehubungan dengan itu, kertas ini ditulis bertujuan untuk merungkai persoalan-persoalan sekitar pertembungan dan perselisihan kefahaman matan-matan hadith merangkumi sebab berlaku, contoh-contoh, serta pandangan ahli-ahli hadith mengenainya. Kertas ini juga akan memberikan fokus terhadap persoalan iirb fi al-matan al-hadth yang juga merupakan sebahagian daripada faktor pertembungan matan hadith serta perbahasanperbahasan muhaddithn mengenainya. Faktor Berlakunya Pertembungan Kefahaman Matan Hadith Memahami dan menguasai sebab-sebab perselisihan dan pertentangan sesuatu hadith sangat dititikberatkan oleh para muhaddithn. Ini kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan masyarakat Islam menjadi terkeliru dalam memahami nas-nas agama. Dalam membicarakan persoalan ini, perlu diingatkan bahawa matan-matan hadith tersebut telah dipastikan bahawa sanadnya adalah sahih. Ini kerana hadith-hadith yang terdapat keraguan dan kecacatan pada sanadnya akan ditolak oleh ahli-ahli hadith untuk membicarakan mengenainya lantaran kedhaifannya selain ia tidak dijadikan hujah dan dalil dalam urusan berkaitan agama. Terdapat beberapa sebab utama berlakunya pertembungan kefahaman antara matanmatan hadith iaitu mukhlafah al-hadth, tafarrud al-hadth, dan iirb fi al-matan al-hadth. i. Mukhlafah al-Hadth Mukhlafah al-Hadth menurut bahasa ia adalah berasal dari perkataan alikhtilf ataumukhtalif yang bermakna perbezaan, perselisihan, dan percanggahan. Lawan bagi makna ini ialahal-ittifq atau muttafiq iaitu persamaan, persepakatan, dan persetujuan.[10] Dari segi istilah dalam bidang hadith pula, menurut Ibn Hajar (m. 852 H) mukhlafah alhadith membawa maksud setiap dua hadith atau lebih yang maqbl atau diterima, bercanggah pada maknanya secara zahir.[11]Oleh kerana darjat hadith tersebut diterima dari sudut sanadnya, maka kita tidak boleh sewenang-wenangnya menolak salah satu atau sebahagian daripada matanmatan hadith tersebut. Mukhlafah al-hadth secara umumnya terbahagi kepada dua pecahan yang besar iaituikhtilf tanawwu dan ikhtilf tad. Ikhtilf tanawwu ialah pelbagai perbezaan pada jenis-jenis hadith. Terdapat ulama hadith yang membahagikannya lebih daripada 30 jenis dan ada yang kurang daripada jumlah tersebut. Ini kerana ia adalah bersifat ijtihd dan berbeza pengertian dikalangan ahl al-hadth. Umpamanya pada hadith-hadith al-hd, ulama-ulama bermazhab Mutazilah dalam aqidah mereka menolak hadith-hadith ini sebagai sumber hujah dalam aqidah. Ironinya, sebahagian besar hadith-hadith Nabi s.a.w termasuk hadith-hadith qudsi adalah merupakan hadith-hadith alhd. Dalam masalah ini, sebagai ahl al-ilm, kita ditegah dari memandang serong dan menyalah anggap pada orang lain yang tidak sepandangan dengan kita.

Antara contoh yang dapat dikemukakan dalam perbincangan ini ialah hadith-hadith berkaitan dengan menggerakkan jari telunjuk semasa duduk tasyhud di dalam solat. Ihktilf tad pula dikenali juga sebagai musykl al-thr. Musykl al-thr dari segi bahasa ialah sesuatu yang mengandungi kesamaran, keraguan, dan bercampur aduk. Manakala dari segi istilah pula, menurut Dr. Usamah Abd Allah Khiyat ialah sesuatu hadith maqbl yang disyaki pada zahirnya terdapat makna yang mustahil atau berlawanan dengan kaedah-kaedah syariah atau ketetapan adat yang tertentu.[12] Termasuk dalam ikhtilf tad ialah hadith-hadith yang syziaitu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang thiqah, berbeza dengan riwayat oleh seorang perawi yang lebih thiqah daripadanya atau riwayat dari jamaah perawi yang samathiqahnya, sama ada berbeza dari sudut sanad atau matan.[13] Hadith yang boleh diambil dan dikemukakan sebagai contoh di sini ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:[14]

Terjemahan: Tidak ada jangkitan (tularan) penyakit, tidak ada (benda) yang untung atau sial.

Hadith di atas dilihat bercanggah pada zahirnya dengan hadith yang juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a berikut. Nabi s.a.w bersabda:[15]

Terjemahan: Dan hendaklah kamu lari (berlindung) daripada orang yang menghidapi penyakit kusta sepereti mana kamu lari (berlindung) daripada singa. Hadith yang pertama telah menafikan perkara berkaitan jangkitan dan penularan penyakit manakala hadith yang kedua menunjukkan kewujudannya. Dari segi sanad, kedua-dua hadith ini adalah sahih. Maka dengan sebab itu, kita hendaklah berhati-hati supaya tidak sewenangwenangnya menolak salah satu daripada hadith-hadith tersebut. Kemungkinan kedua-dua hadith tersebut boleh dihimpunkan dari sudut maknanya atau dilihat dari sudut lain ia tidak bercanggah. Ini kerana hadith yang menunjukkan tiada jangkitan penyakit tersebut dimulakan dengan kata nafi adalah usul. Ia berdalilkan sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abd Allah bin Masud:[16]

Terjemahan: Tidak dijangkiti sesuatu dengan sesuatu yang lain. Selain itu, hujah bagi mereka yang menyatakan bahawa ia tidak bertentangan ialah hadith Nabi s.a.w dari Abu Hurairah r.a yang menyebutkan bahawa unta yang terkena kurap (penyakit kulit) pada asalnya adalah unta yang sihat dan sesiapa yang bergaul (mendampinginya) akan terkena kurap. Maka Rasulullah s.a.w bertanya:[17]


Terjemahan: Siapakah yang menjangkiti (unta) yang pertama? Hadith tersebut menunjukkan bahawa Allah SWT yang telah menimpakan penyakit tersebut pada unta yang pertama dan unta kedua juga sebagaimana yang ditimpakanNya kepada yang sebelumnya iaitu unta yang pertama. Manakala suruhan supaya melarikan diri atau berlindung dari orang yang terkena penyakit kusta adalah dari sudut mengelakkan dari kemudaratan. Ini kerana seseorang yang bergaul dengan orang yang terkena penyakit kusta tersebut akan mendapat penyakit yang sama dengan takdir Allah SWT dan bukan dengan sebab jangkitan.[18] ii. Tafarrud Tafarrud atau al-fard dari segi takrifannya ia sama dengan takrifan bagi hadth al-gharb. Ulama hadith membahagikannya kepada dua iaitu al-fard al-mutlaq dan al-fard al-nisbi.[19] Al-fard al-nisbi atau al-gharb al-nisbi ialah sesuatu hadith yang berseorangan atau tunggal pada asal sanadnya. Asal sanad hadith ialah pada penghujungnya iaitu sahabat Rasulullah s.a.w. Ia bermaksud hadith tersebut diriwayatkan oleh hanya seorang sahabat sahaja daripada Nabi s.a.w dan dinamakan hadith ini dengan gharb al-mutlaq kerana tidak didapati hadith ini daripada sahabat kecuali seorang sahaja dan tidak terdapat lagi dalam dunia ini perawi lain selain sahabat tersebut pada tabaqatnya secara mutlak. Maka di sini, hadith ini adalah kekal ganjil dan tunggal selamanya.[20] Definisi di atas merujuk kepada sanad hadith, namun tafarrud juga boleh berlaku pada matan hadith.[21] Contoh bagi hadith gharb al-mutlaq ialah hadith yang diriwayatkan oleh Umar r.a, sabda Rasulullah s.a.w:[22]

Terjemahan: Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat dan setiap individu itu apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana imbuhan dunia atau wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (dinilai) terhadap apa yang (ingin ditujunya dalam) hijrah. Imam al-Tirmizi kebiasaannya menggunakan ayat bagi menggambarkan istilah ini sebagai, Ganjil (gharb), kami tidak mengetahui hadith ini kecuali daripada wajah (sanad) ini.[23] Al-fard al-nisbi atau al-gharb al-nisbi pula ialah hadith yang dihukum tafarrud kerana dinisbahkan oleh aspek-aspek atau wajah yang tertentu. Ia juga boleh disebabkan hadith tersebut

ditaqyidkan atau diikatkan pada sesuatu wajah. Ibn Hajar (m. 852 H) telah membahagikan alfard al-nisbi kepada beberapa jenis:[24] i. Hadith yang ditaqyidkan dengan riwayat seseorang dari seseorang seperti katanya: Hadith ini tafarrud pada fulan daripada fulan. Contohnya hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:[25]


Terjemahan: Diriwayatkan daripada Khaalad bin Yahya, daripada Abd al-Wahid bin Aiman, daripada bapanya, katanya: Aku datang kepada Jabir r.a lalu beliau berkata: Sesungguhnya pada hari (peperangan) al-Khandaq, kami sedang menggali (parit), lalu kami terjumpa tanah yang sangat keras. Kami berjumpa dengan Nabi s.a.w dan berkata: Kami menemui tanah keras ini dalam parit. Nabi berkata: Aku turun. Hadith ini tafarrud dengan riwayat Abd al-Wahid daripada bapanya dari hadith Jabir bin Abd Allah r.a. Tetapi hadith ini juga telah diriwayatkan oleh selain Jabir seperti al-Bara bin Azib r.a dalam riwayat Ahmad dan al-Nasai serta Abd Allah bin Amr r.a dalam riwayat al-Tabrani. ii. Ditaqyidkan dengan negeri (tempat) tertentu umpamanya dikatakan: Hadith ini tafarrud pada ahl Makkah, ahl al-Madnah, atau ahl al-Sym. Contohnya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada Abi al-Walid al-Tayalisi daripada Hammam daripada Qatadah dari Abi Nadhrah daripada Abi Said, katanya:[26]

Terjemahan: Kami diperintahkan untuk membaca (dalam solat) dengan (surah) al-Fatihah dan sebahagian (ayat al-Quran). Al-Hakim berkata: Tafaarud ahl al-Basrah dengan menyebutkan ayat perintah di dalam hadith ini daripada awal sanad hingga akhirnya, selain mereka tidak ada yang berkongsi lafaz tersebut. iii. Ditaqyidkan dengan riwayat penduduk sesebuah negeri (tempat) daripada seseorang. Contohnya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abd Allah bin Buraidah daripada bapanya, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:[27]

: .
Terjemahan:

Qadi itu ada tiga: dua daripadanya berada di neraka dan satu di syurga. Qadi yang mengetahui kebenaran dan berhukum dengannya, maka ia dimasukkan ke dalam syurga. Qadi yang mengetahui kebenaran tetapi tidak berhukum dengannya, maka ia dimasukkan ke dalam neraka. Qadi yang menghukum tanpa ada ilmu, maka ia dimasukkan ke dalam neraka. Hadith ini hanya diriwayatkan oleh perawi-perawi dari Khurasn sahaja. Kata al-Hakim, Riwayat hadith ini selain mereka murawazah. iv. Ditaqyidkan dengan riwayat seseorang daripada penduduk sesebuah negeri (tempat). Ibn Hajar (m. 852 H) berkata: Ia adalah berlawanan dengan (takrifan) sebelumnya dan ia terlalu sedikit. Gambarannya ialah seseorang meriwayatkan daripada ramai orang dan menjadikan hadith itu tafarrud kerananya. v. Ditaqyidkan dengan riwayat penduduk sesuatu negeri (tempat) daripada penduduk sesuatu negeri (tempat) yang lain. Contohnya hadith yang diriwayatkan al-Hkim dari al-Husain bin Dawd bin Muz al-Balkhiy, katanya:[28]

: :
Terjemahan: Diriwayatkan daripada al-Fudail bin Iyad daripada Mansur daripada Ibrahim daripada Alqamah daripada Abd Allah bin Masud katanya, Nabi s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berkata kepada dunia: Wahai Dunia! Layanilah orang yang menjadi hambaku dan susahkanlah wahai dunia, orang yang menjadi hambamu. Al-Hakim menyatakan, Hadith ini tafarrud penduduk Khurasan daripada penduduk Makkah. Sesungguhnya al-Husain bin Dawud adalah Balkhiy, dan Fudail bin Iyad dianggap Makkiyyn. Di sini dapat kita fahami bahawa al-fard al-nisbi atau al-gharb al-nisbi bukanlah bersendirian secara mutlak kerana ia tidak diriwayatkan hadith tersebut kecuali dari satu jalur sahaja, tetapi ia bersendirian lantaran diikat (taqyid) dengan suatu aspek atau sifat yang khusus seperti yang telah diterangkan tadi. iii. Iirb F al-Matan Iirb f al-matan adalah salah satu faktor terhadap berlakunya pertembungan dan percanggahan antara matan hadith. Terdapat ramai sarjana-sarjana dalam bidang hadith yang menamakannya sebagai hadth al-muarib. Ia mencakupi iirb pada sanad dan matan. Perbincangan mengenainya adalah fokus utama yang akan diberikan perhatian di dalam kertas ini. Sehubungan dengan itu, perbahasan lanjut mengenainya akan dijelaskan pada topik berikutnya.

Hadth al-Muarib i. Definisi Hadth al-Muarib dari sudut bahasa adalah berasal dari perkataan al-iirb, ia bermaksud sesuatu perkara itu menjadi lemah dan rosak aturannya.[29] Manakala menurut istilah dalam bidang hadith pula, hadth al-muarib bermaksud hadith yang diriwayatkan dalam wajah yang berbeza atau bercanggahan, setara dari segi kekuatannya, dan hadith ini tidak mungkin dapat ditaufqkan dan tidak boleh ditarjh, sama ada ia berbeza seorang perawi atau lebih.[30] Menerusi takrifan tersebut, kita dapat memahami bahawa hadth al-muarib terdiri dari dua perkara iaitu:[31] a. Berbezanya riwayat-riwayat yang mana perbezaan tersebut tidak mungkin dapat dihimpun dan disatukan antara satu dengan yang lain. b. Kekuatan riwayat adalah setaraf dan tidak dibolehkan untuk menolak salah satu daripadanya. Berdasarkan keadaan tersebut, hampir-hampir tidak wujud contoh-contoh hadth almuarib yang disepakati oleh ulama-ulama hadith. Ini kerana, kemungkinan sebahagian daripada mereka melihat tidak mungkin boleh disatukan dan dihimpunkan manakala sebahagianmuhaddithn yang lain melihatnya boleh. Begitu juga sebilangan ahl alhadth melihatnya sama dari sudut kekuatan manakala segelintir yang lain melihatnya tidak sama kuat. ii. Syarat-Syarat al-Iirb Menerusi takrifan yang dinyatakan, bagi menetapkan sesuatu hadith itu iirb atau tidak, ia hendaklah melepasi dua syarat ini:[32] a. Padanya terdapat bentuk-bentuk perbezaan yang sama dari segi kekuatan. Sekiranya ditarjh satu wajah akan menyebabkan salah satunya menjadi sahh dan lainnya menjadiaf. Wajah yang ditarjhkan di sini adalah yang sahh, ia diterima sebagai mahfzmanakala yang marjh sebagai syz. b. Sangat sukar untuk menghimpunkan wajah-wajah tersebut. Ini kerana sekiranya dihimpunkan, maka kita dikehendaki untuk beramal dengan kesemua wajah tadi. iii. Jenis-Jenis al-Iirb Al-Iirb berlaku pada sanad hadith dan ini yang kebiasaannya terjadi. Selain itu, al-iirb juga boleh berlaku pada matan hadith. Walau bagaimanapun, menurut Ibn Hajar (m. 852 H), ulamaulama hadith sangat sedikit dan jarang menghukum sesuatu hadith tersebut dengan aliirb apabila dinisbahkan kepada percanggahan matan sebelum sanad.[33] a. Al-Iirb pada sanad hadith. Contoh bagi al-iirb pada sanad ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib r.a daripada Nabi s.a.w bersabda:[34]


Terjemahan: Jika salah seorang kamu bersin, maka hendaklah dia menyebut: Alhamdulillah Ala Kulli Hal (Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan). Dan hendaklah orang yang menjawabnya mengatakan: Yarhamuka Allah (Semoga engkau dirahmati oleh Allah). Kemudian dijawab kembali dengan: Huwa yahdikumullah wa yuslih balakum (Dialah yang telah memberi pertunjuk kepada kamu dan membersihkan hati kamu). Hadith ini berkisar pada Muhammad bin Abd al-Rahman bin Abi Layli, terdapat perbezaan perawi yang meriwayatkan daripada beliau: i) Diriwayatkan daripada beliau, Yahya al-Qattan, Ali bin Mushar, Mansur bin Abi al-Aswad, Abu Awanah, Ibn Abi Zib, dan lainnya. Mereka mengatakan: Daripada Muhammad bin Abd al-Rahman bin Abi Layli daripada saudaranya Isa daripada bapanya daripada Ali.[35] ii) Berbeza dengan yang juga diriwayatkan daripada beliau iaitu, Syubah bin al-Hajjaj, Adiy bin Abd al-Rahman Abi al-Haitham. Mereka berkata: Daripada Muhammad bin Abd al-Rahman bin Abi Layli, daripada saudaranya Isa, daripada bapanya Abd al-Rahman bin Abi Layli, daripada Abi Ayyub al-Ansari. Hadith ini adalah al-idtirab yang berpunca dari Muhammad bin Abd al-Rahman bin Abi Layli. Ini kerana menurut al-Tirmizi (m. 279 H), beliau merupakan seorang yang mempunyai ingatan yang buruk.[36] Selain itu, antara hadith yang berlaku al-iirb pada sanad juga ialah hadith daripada Zaid bin Arqam r.a, daripada Rasulullah s.a.w sabdanya:[37]

Terjemahan: Tempat untuk qada hajat (buang air besar dan kecil) sentiasa dipenuhi oleh syaitan-syaitan. Justeru, hendaklah seseorang itu membaca: Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan jantan dan syaitan betina. i) ii) iii) iv) v) Hadith ini juga diriwayatkan melalui jalan sanad yang lain, antaranya: Said bin Abu Arubah daripada Qatadah daripada al-Nadr daripada Zaid. Mamar daripada Qatadah daripada al-Nadr bin Anas daripada ayahnya. Said bin Abu Arubah dan Syubah daripada Qatadah daripada al-Qasim bin Awf al-Syaibani daripada Zaid. Ini adalah riwayat Ahmad. Syubah daripada Qatadah daripada al-Nadr bin Anas daripada Zaid. Ini adalah riwayat Ibn Majah. Hisyam daripada Qatadah daripada Zaid. b. Al-Iirb pada matan hadith.

Antara contoh hadith yang berlaku al-iirb pada matan ialah hadith berkaitan membaca Bismillah dalam surah al-Fatihah ketika menunaikan solat sama ada dibaca atau tidak. Ia masyhur. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Walid bin Muslim daripada al-Awzai daripada Qatadah, beliau menulis apa yang dikhabarkan kepadanya daripada Anas bin Malik r.a, beliau menceritakan:[38]

Terjemahan:

) (

Aku solat di belakang Nabi s.a.w, Abi Bakr, Umar, dan Uthman. Kesemua mereka membaca (surah) al-Fatihah dengan (Alhamdulillahi Rab al-Alamin). Mereka tidak menyebut Bismillah al-Rahman al-Rahim pada awal bacaan dan tidak pada akhir (bacaan) nya. Kata Ibn Abd al-Barr: Berlaku ikhtilaf pada lafaznya dalam bentuk perbezaan yang banyak, mudtarib, dan saling bertembungan: ada sebahagian yang menyatakan mereka tidak membaca Bismillahirrahmanirrahim, ada sebahagian yang menyatakan mereka tidak menjaharkan Bismillahirrahmanirrahim, ada sebahagian yang menyatakan mereka tidak meninggalkan Bismillahirrahmanirrahim, ada sebahagian yang menyatakan mereka memulakan bacaan dengan Alhamdulillahirabbil Alamin, ada sebahagian yang menyatakan mereka memulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, hinggalah wajah-wajah lain yang disebutkannya. Kemudian beliau berkata: Ini adalah al-iirb, ulama-ulama dalam bidang fiqh tidak menjadikannya hujah. Selain itu, terdapat juga contoh yang lain. Umpamanya hadith yang diriwayatkan oleh Fatimah binti Qays r.a, beliau telah bertanya kepada Nabi s.a.w mengenai zakat, lalu Nabi s.a.w bersabda:[39]

Terjemahan: Sesungguhnya pada harta itu terdapat hak selain zakat Hadith ini dilihat idtirab oleh sebahagian ulama hadith dengan satu lagi hadith yang juga diriwayatkan oleh Fatimah binti Qays r.a, iaitu sabda Nabi s.a.w:[40]

Terjemahan: Tiada pada harta itu suatu hak selain zakat. Jika dilihat dari sudut perawi, kedua-dua matan hadith ini diriwayatkan oleh sahabiah yang sama iaitu Fatimah binti Qays r.a. Namun begitu dari sudut yang lain, tidak mungkin dapat dihimpunkan kedua-dua hadith tadi dari sudut makna kerana keduanya berlawanan. Hadith yang pertama menjelaskan dalam setiap harta manusia itu ada hak menebus tawanan Muslim,

membantu orang yang terdesak, hadiah dan sebagainya. Manakala hadith yang kedua menunjukkan kewajipan zakat yang telah difardhukan oleh Allah ke atas orang-orang Islam.[41] Sebahagian ahl al-hadthmenggolongkannya sebagai al-muarib kerana pada pandangan mereka tidak mungkin hadith ini ditarjih dari sudut sanad. Walau demikian, sanad yang sahih sebenarnya adalah riwayat yang dibawa oleh Ibn Majah ia khususnya riwayat Ali bin Muhammad daripada Yahya bin Adam. Kedua-dua mereka adalahthiqah. Maka hadith yang kedua tadi adalah lebih rajih berbanding yang pertama iaitu riwayat al-Tirmizi. Sehubungan itu, dari sudut sanad pada hakikatnya tidak berlaku aliirb.[42] Di sini dapat dilihat bahawa al-iirb mungkin boleh berlaku pada sanad, dan mungkin boleh berlaku pada matan. iv. Hukum Hadth al-Muarib Hadth al-Muarib adalah ditolak di sisi ulama hadith. Ini kerana bentuk riwayat hadith ini yang saling berlawanan serta bercanggah pada sanad atau matan membuktikan terdapatnya kekurangan dari sudut abt al-hadth.[43] Ia juga menunjukkan kecuaian dalam menukil, meriwayat, atau mencatat hadith.[44] Namun begitu, sekiranya terdapat al-iirb dan al-ikhtilf pada nama perawi, nama bapa, atau nisbahnya sedangkan perawi tersebut terkenal dengan thiqahnya, maka hadith tersebut tidak sewajarnya dihukum af kerana al-iirb tetapi hendaklah dihukum hadith tersebut sebagai sahih. Di sini hukum iirbnya adalah dianggap sebagai sahih. Di dalam kitab sahhain terdapat banyak hadith-hadith yang sebegini.[45] Perlu dinyatakan di sini bahawa perletakan hukum sesebuah hadith itu sebagai aliirbbukan lah suatu kerja yang mudah. Ia suatu proses yang sangat rumit dan memerlukan kepada kepakaran yang tinggi dalam bidang hadith. Tanpa kajian yang teliti dan mendalam, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman sesuatu hadith itu sebagai al-iirb. v. Karya Berkaitan Hadth al-Muarib Antara karya yang dihasilkan oleh ulama hadith dalam persoalan ini ialah al-Muqtarib F Bayn al-Muarib yang dikarang oleh Ibn Hajar al-Asqalani (m. 852 H). Penutup Rumusan yang dapat di ambil dari perbincangan sebelum ini ialah wujudnya perbezaan dan percanggahan antara hadith sama ada dari sudut sanad atau matan. Perbezaan pada sanad hadith adalah yang paling kerap berlaku. Dengan mengambil kira hanya pada hadith-hadith yang sahih, terdapat beberapa sebab utama berlakunya pertembungan kefahaman antara matan-matan hadith iaitu mukhlafah al-hadth, tafarrud al-hadth, dan iirb f al-matan al-hadth. Sehubungan dengan itu, penolakan sesuatu hadith dengan sebahagian yang lain bukan lah suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan kepada kepakaran dan kemahiran yang tinggi dalam bidang hadith. Ini kerana jika seseorang itu sewenang-wenangnya menolak sesebuah hadith yang sahih, dia

dibimbangi telah menafikan sabda Nabi s.a.w sekaligus menyebabkan berlakunya kegelinciran dari sudut aqidahnya. Iirb pada matan hadith adalah merupakan perkara ijtihad di kalangan ulama hadith. Kewujudannya diakui, namun sehingga kini masih tiada kesepakatan khusus oleh sarjana-sarjana hadith berkenaan hadith-hadith tertentu bahawa ia adalah al-iirb. Ia berikutan takrifannya yang hampir-hampir mustahil dan sangat jarang berlaku antara hadith-hadith yang sahih. Kemungkinan sebahagian ulama menyatakan bahawa hadith tersebut adalah al-iirb, namun masih terdapat sebahagian yang lain menyatakan sebaliknya. Masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri dalam perkara ini. Bibliografi
Dr. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi (2005), Ulum al-Hadith Ashiruha Wa Maashiruha, Dar alSyakir, Bangi. Cet. 4. ______________ (2004), Mujam al-Mushtalahat al-Hadithiyah, Dar al-Syakir, Bangi. Dr. Syaraf Mahmud al-Qudah (2003), al-Minhaj al-Hadith fi Ulum al-Hadith, Dar al-Tajdid, Gombak. Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari. Abu Isa Muhammad bin Isa al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi. Abu Dawud, Sunan Abi Dawud. Abu Abd Allah Muhamad bin Abd Allah Al-Hakim al-Naisaburi (1977), Marifah Ulum al-Hadith, ed. alSayyid Muzam Husain, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut. Abu Abd Allah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal al-Syaibani, Musnad Ahmad. Abu Abd Allah Muhammad bin Zaid al-Qazwaini, Sunan Ibn Majah. Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin (2005), Pengantar Ulum Hadis, Pustaka Salam, Kuala Lumpur. Cet. 2.

[1] Dr. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, Ulm al-Hadth Aruha Wa Mairuha, hlm.

21.
[2] Haji Khalifah, Kasyf al-Zunn, jld 1, hlm. 635. [3] Ibn al-Akfani, Irsyd al-Qsid il Asn al-Maqsid, hlm. 102.

4 Haji Khalifah, op.cit, jld. 1, hlm. 636. [5] Dr. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, Mujam al-Mualht al-Hadithiyah, hlm. 59. [6] Ibn al-Akfani, op.cit, hlm. 107. [7] Dr. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, Mujam al-Mualht al-Hadithiyah, hlm 59. [8] Dr. Syaraf Mahmud al-Qudah, al-Minhj al-Hadith fi Ulm al-Hadth, hlm. 114. [9] Ibid, hlm. 127. [10] Dr. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, Ulm al-Hadth Aruha Wa Mairuha, hlm. 307. [11] Ibid. [12] Ibid, hlm. 306-307. [13] Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, Mujam al-Mualht al-Hadthiyah, hlm 46. [14] Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Sahh al-Bukhri, Bab La Adwa, jld. 18, hlm. 68, no. 5329. [15]Ibid, Bab al-Juzm, jld. 17, hlm. 476. [16] Abu Isa Muhammad bin Isa al-Tirmizi, Sunan al-Tirmzi, jld. 8, hlm. 34, no. 2069. [17] Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Bab La Shafara Wa Huwa Da Yakhuzu al-Bathn, jld. 17, hlm. 488, no. 5278.

[18] Dr. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, Ulum al-Hadith Ashiruha Wa Maashiruha, hlm.

310. [19] Dr. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, Mujam al-Mualhat al-Hadthiyah, hlm. 6062. [20] Ibid. [21] Dr. Syaraf Mahmud al-Qudah, op.cit, hlm. 100. [22] Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Sahh al-Bukhri, Bab Bada al-Wahyu, jld. 1, hlm. 3, no. 1. [23] Dr. Syaraf Mahmud al-Qudah, op.cit, hlm. 101. [24] Dr. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, Ulum al-Hadith Ashiruha Wa Maashiruha, hlm. 127. [25] Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Bab Ghazwah al-Khandaq wa Hiya alAhzab, jld. 13, hlm. 5, no. 3792. [26] Abu Dawd, Sunan Abi Dawd, Man Taraka al-Qirah fi Soltihi bi Ftihah al-Kitb, jld. 2, hlm. 478, no. 695. [27] Abu Abd Allah Muhamad bin Abd Allah Al-Hakim al-Naisaburi, al-Mustadrak Ala alSahhain, jld. 16, hlm. 334, no. 7112. [28] Abu Abd Allah Muhamad bin Abd Allah Al-Hakim al-Naisaburi, Marifah Ulm al-Hadth, ed. al-Sayyid Muzam Husain, hlm. 156. [29] Dr. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, Ulm al-Hadth Aruha Wa Mairuha, hlm. 255. [30] Ibid, hlm. 256. [31] Dr. Syaraf Mahmud al-Qudah, op.cit, hlm. 138. [32] Dr. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, Ulum al-Hadith Ashiruha Wa Maashiruha, hlm. 256. [33] Ibid. [34] Abu Isa Muhammad bin Isa al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, jld. 9, hlm. 393, no. 2665. [35] Dr. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, Ulum al-Hadith Ashiruha Wa Maashiruha, hlm. 257. [36] Ibid. [37] Abu Abd Allah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal al-Syaibani, Musnad Ahmad, jld. 42, hlm. 136, no. 19853. [38] Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, Bab Hujjah Man Qala La Yajhar Bi al-Basmalah, jld. 2, hlm. 362, no. 606. [39] Muhammad bin Isa al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, jld. 3, hlm. 126, no. 662. [40] Abu Abd Allah Muhammad bin Zaid al-Qazwaini, Sunan Ibn Majah, jld. 5, hlm. 435, no. 1861. [41] Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, hlm. 240. [42] Dr. Syaraf Mahmud al-Qudah, op.cit, hlm. 138. [43] Ibid, hlm. 139. [44] Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, op.cit, hlm. 241. [45] Dr. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, Ulum al-Hadith Ashiruha Wa Maashiruha, hlm. 258.

Vous aimerez peut-être aussi