Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
KENAF
DALAM
BAB 1:
PENDAHULUAN
1.1- PENGENALAN
Bitumen adalah sejenis cecair hitam serta sangat likat atau separa pepejal yang hadir dalam petroleum yang paling mentah yang diperoleh melalui proses penyejatan. Bitumen selalunya dianggap sebagai satu kumpulan dengan hidrokarbon yang selalu dicampur dengan bahan organik.Ianya juga dikenali dengan petroleum didalam bentuk cecair,tar didalam bentuk separa cecair dan asfalt didalam bentuk pepejal. Berada dalam bentuk samada pepejal atau separapepejal,dimana ianya berwana hitam dan likat. Ianya akan cair atau melembut apabila dikenakan haba.
Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus L. Merupakan sejenis tanaman jangka pendek yang berasal dari Sudan dengan sejarah tanaman ini melebihi 4000 tahun. Kenaf dibawah jenis Hibiscus yang mempunyai persamaan dengan tanaman kacang bendi dan juga kapas.Secara morfologi,kenaf mempunyai kaitan yang rapat dengan tanaman roselle (Hibiscus sabdariffa).
Kenaf merupakan sejenis pokok berserat bukan berkayu yang menghasilkan 30% fiber(serat) pada bahagian bast (kulit luar) dan juga 70% core (empulur) daripada bahagian dalam batang bergantung kepada kepadatan tanaman.
Penggunaan bitumen sebagai bahan utama dalam pembinaan jalan raya di Malaysia telah lama dan digunakan secara meluas. Ianya terbukti berkesan dan mampu bertahan untuk jangka masa yang agak lama. Walau bagaimanapun, seringkali kita sebagai pengguna jalan raya dapat atau kerap melihat permukaan jalan raya yang rosak seperti keretakan, jalan berlubang serta permukaan yang tidak rata. Hal ini kerana bitumen itu menerima beban yang tinggi serta keadaan cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat dan banjir kilat. Ia juga menerima beban yang tinggi akibat dari pemanduan kenderaan berat seperti jentera-jentera besar serta kenderaan besar yang membawa muatan melebihi had yang ditetapkan .Disebabkan itu, kajian ini dijalankan untuk mencari cara menguatkan lagi kekuatan struktur bitumen ini. Gambar rajah dibawah menunjukkan contoh kegagalan jalan raya berbitumen.
Rajah 1.2.1 menunjukkan keadaan jalan raya berbitumen akibat penyerapan air bawah tanah.
Rajah 1.2.2 menunjukkan keretakan disebabkan oleh kenderaan berat yang melebihi muatan melalui permukaan jalan ini secara kerap.
Rajah 1.2.3 menunjukkan keadaan yang dikenali sebagai pot hole disebabkan oleh campuran bitumen yang tidak menepati spesikasi yang betul. Kajian ini memfokuskan tentang penggunaan serbuk kenaf sebagai bahan penguat didalam campuran bitumen. Hal ini kerana fiber yang terkandung didalam kenaf terbukti lasak dari segi kekuatan dan kelasakannya seperti yang diterangkan didalam Manual Penanaman dan Pemprosesan Kenaf (Edisi Pertama) oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).
Mengetahui takat lembut bitumen campuran serbuk kenaf Mengetahui tahap kekonsistenan bitumen campuran kenaf Menentukan kandungan optimum bitumen campuran kenaf
Ujikaji ini dijalankan di makmal Jalan Raya PKB. Antara ujikaji yang akan dilakukan ialah i.
ii.
Ujikaji takat melembut : bagi menentukan takat lembut bagi bitumen. Ujian penusukan piawai bitumen : Bagi menentukan tahap konsisten bitumen dengan menggunakan penetrometer dan jarum menegak yang akan menembusi sampel. Ujian rekabentuk campuran Marshall : bagi memastikan sampel yang akan disediakan dapat mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh piawai. Ia juga bertujuan menentukan campuran agregat dan kandungan bitumen yang optimum supaya campuran yang dihasilkan mempunyai lompang yang cukup, tahan lasak, lebih ekonomi dan bermutu.
iii.
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan bitumen sebagai asas dan serbuk kenaf sebagai bahan campuran penguat dalam penghasilan jalan raya. Serbuk kenaf ini perlu dikaji sifat kejuruteraannya bagi membolehkan ianya digunakan dalam penghasilan jalan raya. Selain itu,struktur kenaf yang lembut tetapi kuat mampu menanggung beban yang tinggi membolehkan struktur jalan raya menjadi lebih kukuh.
2.0 Pengenalan
Jalan raya ialah jalan besar atau main road yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain. Biasanya jalan besar ini mempunyai ciri-ciri berikut:
Digunakan untuk kenderaan bermotor Digunakan untuk orang awam Dibiayai oleh badan awam Pengunaannya tertakluk kepada undang-undang pengangkutan
Secara umumnya sistem jalan raya bagi sesebuah negara diklasifikasikan kepada:
Lebuhraya Jalan raya kebangsaan ataupun laluan persekutuan Jalan raya negeri atau wilayah Jalan perbandaran Jalan-jalan lain termasuk jalan kampung dan jalan estet
Jalan raya terbahagi kepada dua jenis iaitu jalan raya berasfalt dan jalan raya berbitumen.Kajian ini menekan kepada bitumen sebagai bahan pembuatan jalan raya.
2.1 Bitumen
Bitumen juga boleh ditakrifkan sebagai bahan pepejal atau separa pepejal, hitam dan melekit, likat dan diperolehi sebagai bahan sampingan hasil daripada proses penyulingan petroleum. Ianya juga boleh ditakrifkan sebagai sebahagian daripada produk asfalt dan tar, dimana ianya akan melarut didalam karbon disulfida.
Bitumen selalunya dianggap sebagai satu kumpulan dengan hidrokarbon yang selalu dicampur dengan bahan organik.Ianya juga dikenali dengan petroleum didalam bentuk cecair,tar didalam bentuk separa cecair dan asfalt didalam bentuk pepejal.
Berada dalam bentuk samada pepejal atau separa-pepejal,dimana ianya berwarna hitam dan likat.
Ianya akan cair atau melembut apabila dikenakan haba. Graviti tentunya adalah 1.09 Ianya akan melarut sepenuhnya didalam karbon disulfida. Ianya bertindak sebagai bahan pengikat didalam semua jenis asfalt Memiliki tahap kestabilan tinggi terhadap bahan kimia,akan tetapi lemah terhadap minyak.
vii.
Mempunyai tahap insulasi haba yang tinggi dan kadar zarah yang padat.
v.
Cutback bitumen Blown bitumen Plastic bitumen Straight run bitumen Bitumen emulsion
V.
I.CUTBACK BITUMEN Ianya diperoleh dengan mencampurkan asfaltik bitumen dengan apa-apa cecair yang sesuai hasil daripada proses penyulingan tar atau petroleum.Ianya juga boleh digunakan dalam keadaan sejuk sebagai cat berbitumen. II.BLOWN BITUMEN Ianya diperoleh melalui apabila bitumen dikenakan tekanan angin pada suhu yang tinggi.Ianya selalu digunakan sebagai bahan penebat haba dan juga didalam pembuatan paip berasfalt. III.PLASTIC BITUMEN Terdiri daripada bitumen yang nipis dan inert filler yang sesuai(40-45%).Ianya selalu digunakan untuk menghentikan kebocoran dan juga menampung keretakan pada struktur perkuburan dan sebagainya.
IV.STRAIGHT RUN BITUMEN Bitumen ini diperolehi apabila bitumen disulingkan ke tahap kelikatan tertentu tanpa dikenakan apa-apa proses lain.
V.BITUMEN EMULSION Ianya adalah sejenis produk cecair yang mengandungi bitumen didalam bentuk yang terbahagi sama rata ke bentuk cecair penuh.
2.2 Kenaf
Kenaf merupakan sejenis pokok yang berserat bukan berkayu yang menghasilkan 30% serat (fiber) pada bahagian kulit (bast) dan juga 70% empulur (core) daripada bahagian dalam bergantung kepada kepadatan tanaman.
Gumpalan serat(fiber retting) keratan fiber(Fiber cutting) gumpalan fiber secara mekanikal(Fiber mechanical retting) empulur didalam bentuk serbuk@debu [Core(mesh)] empulur didalam bentuk kepingan kecil [Core(chip)] empulur didalam bentuk kepingan besar [Core(stalk)]
Untuk ujikaji ini, kenaf yang akan digunakan ialah didalam bentuk serbuk iaitu mesh.
Antara saiz empulur yang dikeluarkan adalah PC 80 Mesh, PC 60 Mesh, PC 40 Mesh dan PC 15- 20 Mesh.
Rajah 2.2.2.1 menunjukkan kenaf dalam bentuk serbuk(Core) dan grednya PC 80 Mesh
Saiznya adalah 80 mesh dan berwarna putih,krim dan coklat.Mempunyai kadar kelembapan kurang daripada 12% dan keseragaman saiz melebihi 98%.
Rajah 2.2.2.2 menunjukkan kenaf dalam bentuk serbuk(Core) dan grednya PC 60 Mesh
Saiznya adalah 60 mesh dan berwarna putih,krim dan coklat cerah.Mempunyai kadar kelembapan kurang daripada 12% dan keseragaman saiz melebihi 98%. Rajah 2.2.2.3 menunjukkan kenaf dalam bentuk serbuk(Core) dan grednya PC 40 Mesh
Saiznya adalah 40 mesh dan berwarna putih,krim dan coklat cerah.Mempunyai kadar kelembapan kurang daripada 12% dan keseragaman saiz melebihi 98%.
Rajah 2.2.2.4 menunjukkan kenaf dalam bentuk serbuk(Core) dan grednya PC 15-20 Mesh(3-6mm)
Saiznya adalah diantara 15-20 mesh(3-6mm) dan berwarna krim dan coklat cerah.Mempunyai kadar kelembapan kurang daripada 18% dan keseragaman saiz melebihi 98%.Ianya turut bercampur 10% fiber pendek menjadikan tahap ketulenan tidak mencapai 100%.
Produk kenaf yang akan digunapakai adalah Core PC 80 Mesh.Ini kerana tajuk projek ialah campuran serbuk kenaf dalam bitumen dan produk yang dimaksudkan itu ialah kenaf yang sudah diproses kedalam bentuk serbuk dan ianya adalah gred yang terbaik bagi kelas empulur(core-mesh).
Antara ujikaji yang akan dijalankan bagi campuran serbuk kenaf kedalam bitumen ini adalah: 1. Ujian Takat Melembut 2. Ujian Penusukan Piawai 3. Ujian Rekabentuk Campuran Marshall
PENGENALAN
Rekabentuk turapan lentur mengandungi dua unsur yang utama iaitu rekabentuk ketebalan dan rekabentuk campuran . rekabentuk ketebalan adalah berkaitan dengan silibus semester 6, iaitu direkabentuk road note 29. Rekabentuk campuran pula menumpukan perhatian kepada campuran bahan yang digunakan sebagai lapisan pengikat dan lapisan haus. Bahan-bahan ini hendaklah melalui satu rekabentuk campuran yang betul. Terdapat pelbagai kaedah rekabentuk campuran, tetapi rekabentuk campuran kaedah Marshall merupakan kaedah yang paling popular. Selain daripada menentukan kandungan bitumen optima,kaedah ini juga boleh menentukan penggredan agregat yang paling sesuai untuk rekabentuk campuran. Kaedah Marshall menggariskan tatacara bermula daripada penyediaan spesimen sehinggalah penentuan kandungan bitumen optima.
Tatacara kaedah Marshall adalah seperti berikut :a) Penggredan agregat b) Pencampuran agregat c) Penyediaan campuran kelompok d) Pemadatan e) Penentuan berat unit f) Ujian kestabilan Marshall g) Pengiraan lompang h) Penentuan kandungan bitumen optima
Ujian yang dinyatakan di atas akan dijalankan mengikut tatacara yang digariskan oleh JKR Standard.
Objektif ujikaji ini ialah untuk menentukan kandungan bitumen optima didalam bancuhan lapisan haus dan lapisan pengikat dalam merekabentuk struktur turapan lentur jalanraya. Mengikut teori, ujian kestabilan Marshall ini perlu dilakukan untuk menentukan campuran yang diperoleh adalah campuran yang terbaik dari segi tahap kebelohkerjaannya dan juga dari segi strukturnya. Dalam ujian ini beberapa sampel premix yang mengandung campuran bitumen yang berbeza akan dibuat iaitu tiga sampel tanpa menggunakan serbuk kenaf dan tiga lagi dengan mencampurkan serbuk kenaf.Semua sampel tersebut akan diuji kestabilan dan nilai alirannya dan dibuat perbandingan.Perbandingan dibuat berdasarkan lakaran graf yang akan dibuat untuk memilih nilai bitumen yang paling optima dan mempunyai nilai kestabilan yang paling baik
Peralatan yang akan digunapakai ialah mesin penguji Marshall, kepala penguji keluli, air, mesin pemadat Marshall, pencampur asfalt, oven dan alat penimbang.
muka atas dan bawah spesimen sebanyak 55 hentakkan yang direkabentuk untuk tekanan tayar setinggi 0.75 kN/m2. Tanggalkan relang kemudian biarkan spesimen sementara campuran kedua sedang digaul dan dikeluarkan dengan bicu penyemperit. Biarkan spesimen sejuk sebelum diuji.
Permukaan kepala penguji perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum spesimen diletakkan ditengah-tengah kepala bawah penguji.Kemudian kepala atas penguji dipasang pada kedudukannya. Letakkan kepala penguji lengkap dengan spesimen diatas pedestal mesin penguji Marshall. Hidupkan suis dan catatkan nilai daya maksimum dan aliran pada daya maksima tersebut.
Berikut ialah peratus bagi pencampuran aggregat untuk ujikaji ini. PENCAMPURAN AGGREGAT UNTUK SPESIMEN Bahan Aggregat 20 mm Aggregat 14 mm Aggregat 10 mm Debu kuari/pasir Simen Peratus (%) 8 14 20 55 3
Kandungan bitumen yang digunakan:-4.0%,4.5%,5.0%,5.5%,6.0%, dan 6.5% (Tiap-tiap peratus bitumen,spesimen yang disediakan adalah sebanyak 2 biji.
Ujian ini bertujuan untuk menentukan nilai tusukan bahan berbitumen pejal atau separa pepejal.Nilai penusukan yang diperolehi boleh digunakan untuk menentukan nilai kekonsistenan bitumen yang diterima. Antara peralatan yang digunakan ialah radas penusukan, jarum penusukan, pemberat, bekas sampel, pengukus air, dan jam randik.
Laporkan purata penusukan hampir ke unit genap dimana nilai-nilai tersebut tidak boleh melebihi perbezaan dirajah sebelah.
0-49
50-149
150-249
250 keatas
Tujuan ujikaji ini ialah untuk menentukan suhu kelembutan(takat melembut) bagi bitumen.Bitumen yang bergred keras mempunyai takat suhu kelembutan yang tinggi berbanding dengan bitumen bergred lembut.Apabila suhu meningkat,bitumen akan bertukar sifat dari keadaan pepejal kepada cecair iaitu kekerasan bitumen akan berkurangan. Antara peralatan yang digunakan ialah bola ( Gp. 9.53mm berjisim 350 +/0.05gm ), cincin loyang, pemegang cincin, alat pemusat bola, jangka suhu, pemanas, pengaduk elektrik, dan jam randik
2.5.1 ATURCARA:
Bahan bitumen dipanaskan sambil dikacau rata sehingga ianya cukup lembut serta mudah dituang. Pastikan tiada gelembing udara terbentuk kedalam contoh dan jangan dipanaskan melebihi 30 minit. Kedua-dua cincin loyang yang akan digunakan dipanaskan ke suhu tuangan dan diletakkan keatas plat rata yang telah ditaburkan dengan bedak. Contoh bahan kemudian dituangkan kedalam cincin sehingga melepasi paras atasnya dan biarkannya sejuk pada suhu bilik dalam tempoh 30 minit dan ujikaji hendaklah dijalankan dalam tempoh 420 minit
Ratakan bahagian atas cincin menggunakan spatula atau pisau yang telah dipanaskan. Pasang cincin, alat pemusat bola, pemegang cincin dan jangkasuhu didalam bikar berisi air suling sehingga kedalaman antara 102 mm hingga 108 mm atau paras air berada 50 mm diatas permukaan cincin. Kekalkan suhu air dalam bikar pada suhu 5 o C selama 15 minit(gunakan ais jika perlu).Dengan menggunakan penyepit,letakkan bola keluli pada bahagian tengah cincin tersebut. Panaskan air dan hidupkan pengacau/pengaduk supaya suhu air meningkat pada kadar 5+/-0.05 o C per minitAir dipanaskan terus
sehingga bitumen melembut dan membenarkan bola keluli jatuh mencecah plat bawah pada pemegang cincin. Catatkan suhu ketika bitumen mula melendut sebagai takat melendut dan suhu ketika bola keluli mencecah plat bwaha sebagai takat melembut bitumen. Jika perbezaan suhu antara kedua-dua boleh melebihi 1o C,ketepikan keputusan dan ulang kembali ujikaji. Laporkan purata suhu untuk kedua-dua takat kepada 0.5o C yang terdekat.
3.1 PENGENALAN
Metodologi kajian merupakan satu perancangan rapi dari segi perjalanan projek semester akhir ini. Bagi melicinkan perjalanan projek akhir, metodologi hendaklah disusun dengan teratur agar segala perjalanan projek berjalan dengan rapi dan tiada langkah yang tercicir atau terkeluar dari landasan sebenar atau dengan lebih tepat, hasil kajian akan menepati kehendak permasalahan yang hendak diselesaikan.
Antara yang perlu dilakukan adalah mendapatkan segala maklumat tentang kenaf serta bitumen. Kemudian langkah seterusnya mencari maklumat tentang ujikaji yang akan dijalankan dan menjalankan ujikaji tersebut bagi mendapatkan data untuk dianalisa. Selepas data siap dianalisa, kesimpulan dan cadangan bolehlah dibuat.
MENGENAL PASTI
FASA 1
PERLAKSANAAN KAJIAN
FASA 2
KERJA PEMANTAUAN
ANALISA DATA
FASA 3
FASA 4