Vous êtes sur la page 1sur 16

1.

0 Pengenalan Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan dan Ketaksamarataan melalui buku yang kami kaji merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua oleh Tun Abdul Razak. Matlamat utamanya

adalah untuk perpaduan Negara yang bertujuan menyusun semula ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di Negara ini. DEB diwujudkan adalah untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat melayu dan merapatkan jurang antara kaum di Negara ini. Selain objektif mewujudkan kemakmuran untuk rakyat Malaysia , supaya tidak ada komuniti yang akan mengalami kehilangan dan penafian hak , rancangan ini juga bertujuan untuk menekankan objektif yang penting bagi meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu, iaitu selaras dengan semangat dan niat tolak ansur Perlembagaan. Selain itu, perpaduan Negara tidak dapat di capai tanpa kewujudan persamaan dan imbangan yang lebih luas di kalangan kelompok kelompok sosial dan kaum di Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan Negara dan perkongsian faedah daripada pemodenan dan pertumbuhan ekonomi. Perpaduan Negara tidak

dapat dibentuk jika sebilangan besar penduduk miskin dan tidak diwujudkan peluang pekerjaan produktif yang mencukupi bagi tenaga buruh yang berkembang.

4.0 Dapatan Kajian Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan dan Ketaksamarataan 4.1 Konsep Dasar Ekonomi Baru Konsep asal yang paling dekat dengan DEB, seperti yang dicadangkan oleh Jabatan Perpaduan Negara selepas rusuhan kaum, merupakan Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 dan Rancangan Perspektif Kasar dalam Kajian Separuh Penggalnya. Sesungguhnya, DEB memperoleh tahap tertingginya pada tahun-tahun awal. Bermula dengan Rancangan Malaysia Ketiga, secara beransur-ansur pertumbuhan ekonomi dikembalikan kepada peranan utamanya dalam dasar ekonomi Negara. Mengikut konsep awal, objektif penyusunan semula diberikan tempat tertinggi dan pertumbuhan ekonomi merupakan salah satu unsur kecilnya, walaupun unsur itu penting, namun dalam rancangan-rancangan berikutnya, perkara penyusunan semula telah menjadi unsur kecil dalam dasar pertumbuhan. keutamaan yang menyeluruh. Tujuan utama kerajaan melancarkan DEB, dengan Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 sebagai tahap pertamanya, adalah untuk mentafsirkan ideologi Rukun Negara mengikut maksud pengendalian. Hal begini dinyatakan secara ringkas oleh Tun Abdul Razak dalam Kata Pengantar Rancangan Malaysia Kedua: Rancangan ini merupakan rancangan terperinci bagi Dasar Ekonomi Baru. Rancangan ini Sejauh itu hakikatnya ialah keterbalikan

menggabungkan objektif yang mempunyai dua tujuan, iaitu bagi membasmikan kemiskinan, tanpa mengira bangsa, dan bagi menyusun semula masyarakat Malaysia untuk mengurangkan dan, secara beransur-ansur, menghapuskan pengenalan bangsa

mengikut fungsi ekonomi.

DEB akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk

menggalakkan perpaduan Negara dan untuk membangunkan masyarakat Malaysia yang adil dan progresif dalam suasana ekonomi yang berkembang dengan cepat supaya tidak sesiapa juga akan mengalami apa-apa kehilangan atau mempunyai perasaan penafian hak, keistimewaan, pendapatan, pekerjaan atau peluang. Bagi

mencapai objektif menyeluruh kami tentang perpaduan Negara, Malaysia memerlukan lebih daripada semata-mata kadar yang tinggi pertumbuhan ekonomi. Sementara kami menumpukan usaha kepada tugas untuk memperoleh pembangunan ekonomi yang cepat, namun kami pada masa yang sama juga perlu menentukan bahawa terdapat keadilan social, perkongsian sama rata pertumbuhan ekonomi dan peluang yang bertambah bagi guna tenaga. Rancangan ini mestilah Berjaya kerana ia adalah penting bagi kita untuk terus wujud sebagai Negara yang progresif, bahagia dan bersatu. Usaha mewujudkan perpaduan Negara dan muhibah adalah bertambah mendesak selepas rusuhan kaum 1969. Rancangan Malaysia Kedua mengakui

bahawa usaha mewujudkan perpaduan dan pengenalan Negara merupakan kerja pelbagai bidang. Tugasnya tidaklah sebegitu mudah, terutamanya bagi Negara yang dibebankan dengan pembahagian bangsa, agama, taraf ekonomi, dan pengasingan geografi. Kebanyakkan Negara membangun, dengan keadaan yang lebih

menguntungkan, sedang mencari jalan bagi mentafsirkan impian yang sama supaya menjadi hakikat yang nyata, tetapi selalunya tidak memperoleh banyak kejayaan. Di Malaysia, usaha begini melibatkan penggunaan seluruh bidang dasar ekonomi dan dasar sosial, daripada dasar pendidikan dan kesihatan kepada dasar buruh dan guna tenaga, serta juga langkah bagi menyusun semula pemilikan modal, dan bagi

mengadakan urutan pengubahan social yang akan memberikan sedikit sebanyak keadilan kepada bilangan teramai rakyat Negara. Usaha ini tidak mahu tidak berhendakkan perbelanjaan. Pada masa peralihan, pihak yang berkepentingan akan menentang pengubahan social yang sedemikian kian mengikut kadar yang telah dibayangkan. Di kebanyakkan Negara terdapat penentangan yang sungguh kuat bagi melaksanakan reformasi menyeluruh seperti itu. Tetapi prasyarat ekonomi bagi memperoleh masyarakat Malaysia yang berpadu tidak pernah diragui. Selagi bahagian terbesar penduduk, sama ada mereka terdiri daripada orang Melayu atau orang bukan Melayu tidak diambil kira dalam proses pembangunan, maka impian bagi

menyatupadukan Malaysia tidak akan tercapai. Rancangan Malaysia Kedua hampir menyerupai usaha menyelesaikan masalah kemiskinan dam ketaksamaan secara langsung, iaitu sama dengan apa-apa dasar yang wujud di mana-mana juga di dunia. DEB memperoleh pernyataan perancangan amalinya dalam Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 dan dalam Kajian Separuh Penggalnya. Hakikat begini tidaklah memeranjatkan. Strategi yang berorientasikan pertumbuhan pada tahun-tahun 1960-an, tidak kira betapa baik niatnya, telah gagal dan banyak pihak telah menyalahkannya sebagai sebab utama rusuhan kaum tahun 1969. Strategi pada masa yang terdahulu telah gagal semata-mata kerana dari segi hakikat, jika tidak dari segi niat, orang Melayu tidak diberi tempat di dalamnya, sekurang-kurangnya tidak diberi tempat untuk meninggikan taraf mereka ke taraf orang bukan Melayu. Rancangan tersebut sememangnya mengabaikan orang Melayu dalam penyertaan mereka dalam proses pembangunan Negara mereka sendiri. Pelbagai sebab dikemukan sebagai alasan berlakunya keadaan ini. Dengan berlandaskan keadaan selepas rusuhan

tersebut, terutamanya penggerak politik yang kuat seperti yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada Aliran Pemikiran JPN, bersama dengan pengendalian yang mahir dan desakan yang bersungguh-sungguh oleh para anggotanya, pendekatan DEB memperoleh beberapa kelebihan, meskipun bersifat sementara; buat seketika, aliran pemikiran UPE menjadi malap. Bagaimanapun, kelemahan utama dalam dokumen rancangan ini ialah bahawa ia tidak bahawa mengadakan matlamat kuantitatif yang khusus bagi pengurangan ketakseimbangan ekonomi mengikut kaum sepanjang tempoh rancangan ini. Hakikat begini ditinggalkan menjadi samar-samar, bukan kerana sukar hendak berbuat begitu dari segi teknik, tetapi kerana kertas JPN sudah memperkembangkan kaedah serta mengadakan beberapa keterangan perangkaan. Agaknya, para perancang sebenarnya mengalah kepada berbagai-bagai kelompok tekanan di dalam dan di luar kerajaan, dan pihak begini menentang DEB dan pelaksanaanya yang berkesan. Mengikut cara Malaysia yang lazim, isunya dibiarkan menjadi kabur, mungkin untuk dipergiatkan dan dilaksanakan kemudian. Hasil daripada keadaan begini, analisis dan susulannya ditinggalkan terbiar. Dengan pengecualian yang bererti tentang matlamat kuantitatif yang diadakan oleh RMD bahawa dalam tempoh 20 tahun, orang Melayu dan kaumkaum bumiputera yang lain akan menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah kegiatan perdagangan dan industri dalam semua kategori dan skel pengendalian,dan bahawa pola guna tenaga di semua peringkat dan dalam semua sector, terutamanya Sektor Luar Bandar Moden dan Sektor Bandar Moden, mesti membayangkan gabungan kaum penduduk Negara, tetapi tidak matlamat kuantitatif khusus yang lain tidak diadakan dan ia mempunyai perkaitan secara

langsung dengan imbangan ekonomi mengikut kaum. Ketiadaan matlamat yang padat dan tepat bagi pengurangan secara berperingkat-peringkat ketaksamarataan dan ketakseimbangan kaum dalam struktur pendapatan, selain kata-kata kabur yang merentasi masa hadapan yang tidak terhingga, kemudian terbukti sebagai penghalang dalam pelaksanaan DEB yang berkesan. Selain itu, melalui Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980 (RMT) bertujuan member faedah kepada kepada semua komuniti dan golongan msikin tanpa mengira bangsa sambil ia membuka peluang yang baru. Di kawasan luar Bandar, usaha lebih banyak hendaklah diadakan bagi mengurangkan keadaan kemiskinan yang member kesan kepada penanaman padi,pekebun kecil, getah, kelapa sawit dan sebagainya. Peluang pekerjaan yang baru akan diwujudkan melalui kemajuan tanah, penubuhan pusat kemajuan dan pemberian lebih banyak lagi bekalan air, kredit, pasaran dan nasihat daripada pegawai pengembangan dan disertai dengan pemberian elektrik dan perkhidmatan awam yang lain. Penduduk Bandar yang miskin hendaklah dibantu

melalui guna tenaga yang diperluaskan dalam bidang pembuatan dan bidang pembinaan, serta dengan penggalakan industry kecilan,mereka juga akan menerima faedah melalui peruntukan perumahan kos rendah dan peruntukan perkhidmatan awam yang lain. Semua rakyat Malaysia khususnya golongan miskin akan di bantu melalui pemberian pendidikan percuma, perkidmatan kesihatan serta perkhidmatan perancang keluarga dan perumahan. DEB juga memperbaiki nasib golongan miskin melalui

pemodenan kawasan luar Bandar. Pertumbuhan yang menyeluruh dengan sendirinya merupakan cara bagi mengurangkan ketidakseimbangan dalam guna tenaga, serta memberikan orang melayu peluang yang banyak dalam sektor ekonomi dan saham

syarikat. Orang melayu akan mendapat peluang mengasaskan diri mereka sebagai komuniti perdagangan dan perindustrian dalam sektor ekonomi. Kerajaan memberikan modal kepada orang melayu dan kaum bumiputera untuk menjalankan kegiatan ekonomi. Kerajaan juga menjalankan beberapa langkah bagi menambahkan bahagian orang melayu dan kaum bumiputera lain dalam jenis pekerjaan yang meliputi bidang perlombongan, pengilangan dan pembinaan menjelang tahun 1990 dan guna tenaga dalam berbagai-bagai sektor ekonomi akan membayangkan gabungan kaum penduduk Negara. Selain itu, ia juga akan meningkatkan bahagian orang melayu dan kaum

bumiputera lain dalam pemilikan kekayaan yang produktif, termaksud asset tetap dan modal enkuiti. Matlamatnya ialah supaya menjelang tahun 1990, mereka akan memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus modal enkuiti, dengan 40 peratus dimiliki oleh rakyat Malaysia yang lain. Strategi jangka panjang bagi mengurangkan kemiskinan di luar Bandar terdiri daripada empat unsur yang asas terdiri daripada memberikan penekanan terhadap pemberian bantuan kepada golongan miskin bagi membolehkan mereka

memperluaskan modal produktif mereka dan meringankan tekanan penduduk dalam sektor pertanian yang paling sesak. Selain itu, ia juga memberikan infrastruktur seperti bekalan elektrik, bekalan air, dan lain-lain malah mempercepatkan pewujudan peluang pekerjaan yang produktif dalam sektor kedua dan sektor ketiga dalam ekonomi.

5.0 Pencapaian Dasar Ekonomi Baru Prestasi dari segi pengurangan ketaksamarataan pendapatan adalah kurang daripada yang dicadangkan oleh model aritmetik yang diperkenalkan melalui Dasar Ekonomi Baru. Bagaimanapun, satu pengajaran yang dapat dipelajari ialah

pengurangan ketaksamarataan daripada tahap yang terlalu tinggi kepada tahap yang dapat diterima ternyata mengambil masa tidak terjadi dengan pantas. Korea mempunyai kelebihan kerana mempunyai kesamarataan pendapatan dan

kehomogenan penduduk yang lebih banyak dan besar berbanding dengan yang terdapat di Malaysia.seterusnya keadaan tersebut lebih mudah dipertahankan. Jika kita hendak membuat perbandingan, maka perbandingan itu perlu mengambil kira semua keadaan yang berkaitan. Di Malaysia, walaupun terdapat pelbagai usaha untuk menanganinya,

kemiskinan terus wujud berleluasa di kawasan luar Bandar, terdapat perbezaan besar dari segi kemakmuran yang dinikmati oleh negeri-negeri di dalam Malaysia, dan dengan itu dasar yang dilaksanakan bagi mengurangkan kejadian kemiskinan melalui pembangunan perkhidmatan social, pendidikan dan pembaikan keadaan pertanian perlulah dilaksanakan dengan giat. Namun begitu, kita berasa bertuah kerana

kemiskinan yang terdapat di Malaysia bukanlah jenis yang paling teruk, tetapi beberapa banyak isi rumah yang mempunyai pendapatn di bawah paras kemiskinan akan terus wujud bagi beberapa tahun akan dating, kecualilah jika kemajuan dapat dipercepatkan. Usaha untuk membaiki taraf pendidikan dan latihan akan membuahkan manfaat. Dalam jangka panjang aspek inilah yang paling berkemungkinan memastikan wujudnya

suatu tahap ketaksamarataan yang boleh dan dapat diterima, sama ada dari segi social atau lain-lain. Terdapat kekecewaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini terhadap sumbangan yang mampu dilaksanakan oleh perluasan sector ekonomi moden bagi mengurangkan kemiskinan dan ketaksamarataan pendapatan. Ini sebahagiannnya disebabkan kesan aktiviti ekonomi dunia terhadap ekonomi Negara ini yang terbuka, tetapi ada kemungkinan berlaku pertumbuhan baru yang berterusan dan ini sepatutnya boleh meningkatkan kadar penyertaan orang Melayu ke dalam sector ekonomi moden, yang dalam jangka masa panjang akan mengubah kadar pertumbuhan penduduk dengan cara mengurangkan jumlah kemasukan orang Cina ke dalam pasaran buruh, dan dalam kadar yang lebih kecil juga mengurangkan kemasukan orang Melayu ke dalam sector pasaran yang sama. Apabila pertumbuhan sector moden memuncak, pergerakan buruh keluar daripada sector pertanian akan mulai dirasai dan ini seterusnya akan menjadi factor yang meningkatkan kadar upah yang diperoleh oleh orang Melayu. Ia juga member kesan terhadap penyusunan semula pertanian yang terpaksa meningkatkan daya pengeluaran buruh bagi membayar kadar upah yang lebih tinggi. Ringkasnya, DEB telah mencapai tingkat kejayaan yang agak besar. Bagaimanapun, ini bukanlah merupakan tinjauan yang lengkap tentang prestasi kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasarnya. Secara realistiknya, bolehkah difikirkan bahawa lebih banyak perkara lagi yang boleh dilaksanakan? Jika ekonomi boleh berkembang dengan lebih pantas lagi, darjah kemiskinan dan juga ketakseimbangan kaum berkemungkinan boleh dikurangkan, tetapi kadar perkembangan ekonomi berlaku dengan pantas dan jika diusahakan lagi untuk mengembangkannya, walaupun kerajaan

mempunyai alat untuk mempertingkatkan pembangunan tersebut, sudah tentulah akan menyebabkan keadaan ekonomi meruap. Sebarang cubaan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan kadar pembangunan tentulah akan memerlukan perbelanjaan kerajaan yang lebih besar dan percukaian yang lebih banyak. Perbelanjaan kerajaan yang lebih banyak akan memberi kesan terhadap pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang lain. Memang suka untuk menentukan agihan perbelanjaan manakah yang terbaik bagi mengimbangi faedah kini dengan faedah masa depan. Banyak usaha perlu dilakukan bagi membaiki kedudukan orang Melayu di kawasan luar Bandar dan di negeri-negeri yang kurang maju, namun seperti yang kita lihat, pembangunan pertanian telah berjalan dengan menggalakkan dan imbangan sementara yang wujud mungkin menuju kea rah melambatkan proses pengurangan kemiskinan segera dengan hasrat untuk

mengurangkan ke tahap yang lebih besar dalam masa beberapa tahun, di samping membantu sector moden untuk kembali aktif. Kita boleh juga mempersoalkan sama ada pembangunan diarahkan secukupnya ataupun tidak bagi membantu teknik pengeluaran yang intensif buruh seperti yang dianjurkan oleh begitu ramai ahli ekonomi di Negara-negara sedang membangun. Namun begitu, walaupun ini merupakan dasar yang sesuai dijalankan di Negara-negara yang mempunyai lebihan buruh yang besar dengan peluang pengindustrian yang terhad, tetapi dasar itu tidaklah sesuai dijalankan di Malaysia yang berupaya membangun dengan pantas melalui penggunaan teknologi moden dan menjual keluarannya di pasaran dunia. Kritikan sehubungan dengan kesahihan dan bukti yang lebih bererti boleh ditujukan kepada pihak pentadbiran yang melaksanakan pelbagai langkah untuk

meningkatkan penglibatan orang Melayu dalam pemilikan syarikat yang tidaklah terlalu Berjaya dan tertakluk kepada penyalahgunaan, dan ini merupakan pokok persoalan dipertimbangkan. Pertimbangan yang sama juga mencakup aspek penyertaan buruh dalam sector moden dan peningkatannya. Secara ringkas, tidaklah mustahil yang DEB boleh menghapuskan kemiskinan dan mencapai keseimbangan kaum pada masa dasar itu dilaksanakan, dan nampaknya suatu usaha permulaan yang kukuh dan besar telah pun dilaksanakan yang akan terus membawa arah ekonomi ke satu tahap yang baru. Apa yang perlu disedari dalam konteks Malaysia ialah perubahan struktur merupakan proses yang mengambil masa yang agak banyak dan masa penyusunan semua selama 20 tahun lagi diperlukan untuk menangani masalah ketaksamarataan mengikut kaum dalam semua aspek, termasuk pendapatan dan peluang dalam pelbagai kegiatan sosial, dan tidaklah terhad bagi mereka yang miskin semata-mata.

6.0 Penilaian Terhadap Dasar Ekonomi Baru Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan untuk menangani masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Negara ini yang menjejaskan perpaduan kaum dan keamanan Malaysia. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hingga ke akhir tahun 1960-an, pembangunan ekonomi di dorong oleh pasaran. Hasilnya, Malaysia mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi masih wujud ketidak seimbangan yang serius. Hal ini bermakna, walaupun

pertumbuhan ekonomi yang tinggi, kekayaan tidak diagihkan dengan baik. Golongan yang miskin, kebanyakkannya kaum bumiputera yang tinggal di luar Bandar dan bekerja sebagai petani, masih ramai dan mundur manakala kaum cina dan orang asing pula menguasai bidang perindustrian, perniagaan dan sector korporat. dinamakan market failure. Ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum 1969, DEB diperkenalkan pada tahun 1970. Ia bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan Ini yang

mengstruktur semula masyarakat supaya Negara dapat membangun dengan stabil, aman di samping hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Pengstrukturan semula masyarakat adalah supaya jenis kaum tidak sinonim dengan kegiatan ekonomi. Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha

menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar Bandar, memodenkan sector pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan menambahkan pegangan ekuiti korporat Bumiputera. Sasaran juga ditetapkan iaitu 30% pegangan ekuiti korporat oleh Bumiputera, penetapan kuota kemasukan ke university dan 30% daripada bilangan pekerja mestilah Bumiputera.

Prinsip pokok pengsrukturan ini adalah supaya sasaran ini dapat dicapai dari ekonomi yang sedia ada berkembang dan tidak mengambil daripada kaum bukan Bumiputera untuk diberikan kepada kaum Bumiputera. Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi berserta dengan agihan seimbang telah diakui oleh berbagai pihak termasuk Bank Dunia dan DEB merupakan satu elemen penting dalam kejayaan ini. Berdasarkan penilaian kami, kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan bagi kaum Bumiputera. Hal ini menonjol disebabkan penurunan kadar kemiskinan daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada tahun 2005. Di kawasan luar Bandar, pendapatan penduduk telah meningkat dan kadar pengangguran tidak ketara (under employment) hamper hilang. Kemudahan moden seperti jalan raya, sekolah, klinik kesihatan, kuasa elektrik dan bekalan air telah menjadi kemestian. Selain itu, pelajar Bumiputera bukan sahaja mendapat pendidikan di peringkat rendah dan menengah tetapi ramai yang Berjaya ke peringkat universiti. Ramai juga yang di hantar belajar ke institusi pengajian tinggi di luar negeri malah bilangan professional Bumiputera juga telah bertambah. Kini,terdapat ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital-hospital dan keadaan ini jauh berbeza jika di bandingkan dengan 45 tahun dahulu di mana hanya ada segelintir sahaja doctor pakar Bumiputera. Banyak syarikat besar di Malaysia sekarang diketuai oleh professional Bumiputera. Hal ini akan menyebabkan para professional Bumiputera akan dapat berdaya saing untuk bekerja di luar Negara. Dalam erti kata lain,DEB telah melahirkan golongan professional dan golongan kelas menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat. Hal ini dapat dilihat, misalnya daripada pemilikan rumah oleh kaum Bumiputera di kawasan perumahan kota. Sekarang ini, terdapat ibu-

bapa Bumiputera yang mampu membiayai anak mereka belajar di universiti di dalam mahupun di luar Negara. Pegangan ekuiti korporat Bumiputera telah meningkat dari 2.4% pada tahun 1970 pada tahun 2000. Jika dahulu tiada institusi perbankan yang mempunyai pemilik majority Bumiputera, tetapi sekarang bank-bank utama di Malaysia dimiliki serta diuruskan oleh Bumiputera. Golongan peniaga Bumiputera telah wujud walaupun kebanyakkanya berstatus industri kecil dan sederhana. Justeru, terbukti

telah ada pengstrukturan ekonomi di mana bidang pekerjaan tidak lagi dikenal secara automatic dengan kaum. Ertinya, sebelum DEB, kaum Bumiputera adalah petani atau nelayan yang tinggal di luar Bandar sementara kaum cina merupakan peniaga di kota. Kini penglabelan automatic itu tidak lagi berlaku. DEB juga telah merapatkan jurang pendapatan antara kaum Bumiputera dan kaum bukan Bumiputera. Misalnya, nisbah pendapatan Bumiputera kepada cina meningkat daripada 1:1.74 pada tahun 1990 kepada 1:1.64 pada tahun 2004. Walaupun DEB telah membawa kejayaan, namun ianya juga mempunyai beberapa kelemahan dan telah menghasilkan kesudahan yang tidak dijangkakan. Interviensi

kerajaan diperlukan untuk mencapai sasaran DEB. Akibatnya, wujud di kalangan kaum Bumiputera sindrom pergantungan kepada kerajaan. Ada pengusaha atau peniaga Mereka

Bumiputera yang berniaga secara ali baba atau berniaga di atas angin.

mendapat kontrak untuk menjalankan sesuatu projek dan kemudiannya menjualkan atau member sub-kontrak kepada peniaga bukan Bumiputera. Mereka sebenarnya

tidak menjalankan projek itu sendiri tetapi mendapat bayaran sebagai imbuhan sebagai pengantara. Amalan seperti ini telah membawa kepada ketirisan perbelanjaan kerajaan dan penggunaan dana yang tidak efisyen. Sebagai suatu konsep penstrukturan social,

DEB mempunyai nilai dan sasaran murni. Namun implementasinya telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak kerana ianya menjurus kepada amalan siapa yang dikenal dan bukannya berdasarkan keupayaan atau dalam pepatah inggeris who you know and what you know. Selain itu, ada juga rungutan yang tiada padang yang sama rata di kalangan kaum Bumiputera sendiri. Oleh itu, implementasinya DEB

mungkin tidak mewujudkan keadaan di mana yang terbaik akan berjaya. Merit tidak menjadi kayu pengukur prestasi. Akibatnya, di peringkat awal implementasi DEB,

sasarannya telah Berjaya untuk jangka masa panjang malah pencapaian itu sukar kekal dan dipertingkatkan kerana ianya tidak berasaskan daya saing. Contohnya, pegangan ekuiti korporat masih belum lagi mencecah sasaran 30% kerana pengagan yang ada dijual untuk keuntungan jangka pendek dan bukan dibekalkan serta ditambah untuk pegangan jangka panjang. Implementasi DEB yang dianggap tidak adil, telus dan

cekap telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum bukan Bumiputera. Antaranya, sistem kuota kemasukan universiti telah dianggap oleh kaum Bukan Bumiputera sebagai menyempitkan peluang anak-anak mereka yang berkelayakan mendapat pendidikan universiti.

7.0 Rumusan

Vous aimerez peut-être aussi