Vous êtes sur la page 1sur 4

PENGERTIAN SEWA

Definisi Umum
Sewa menurut dari pengertian daripada bahasa ialah upah kepada barang atau sewa
barang. Manakala bagi pengertian istilah syarak pula ialah satu akad untuk menyewa
manfaat barang. Oleh itu, ianya membawa maksud pertukaran manfaat dan faedah
terhadap sesuatu benda atau harta sebagai perkhidmatan dan tukaran dengan nilai.
Bagi pengertian yang lebih mendalam pula, sewa ialah sesuatu penyerahan manfaat
dan faedah yang tertentu yang dikehendaki orang lain dan boleh diberikan serta barang
tersebut sah di sisi syarak dengan imbuhan dan imbalan pembayaran tertentu pula oleh
penyewa. Oleh yang demikian, berdasarkan pengertian sewa yang disyariatkan oleh
Islam, tidak sah menyewa pokok untuk tujuan mendapatkan buah.
HUKUM SEWAAN
DALIL SEWAAN
Kegiatan sewa adalah harus menurut Islam selagi ianya tidak bertentangan dengan
syariat Islam.Contohnya seseorang yang mempunyai sebidang tanah telah
menyewakan tanahnya kepada seseorang untuk bercucuk tanam, oleh itu, penyewa
haruslah membayar sewaan mengikut kadar dan persetujuan yang telah diakadkan
oleh mereka. Sewa adalah harus hukumnya berdasarkan kepada al-Quran dan hadis,
antaranya ialah:
i. Dalil daripada al-Quran

;e~ E_.Eu) ge4^4C
+O^*4-c- W ]) 4OOE= ^}4`
=OE^*4-c- OOO^-
-g`- ^gg 4~ EO)E+)
CjOq up ElE^q OEu)
O/44L- u-4-E- -O>4N p
O)+4ON_> =/j_E gEgO W
up) =e;E^> -6O;=4N ;}g
EgLgN W .4`4 CjOq up
E-7- C^OU4N _ EO)+4Ec
p) 47.E- +.- ;g`
4-)UO- ^g_
26. Salah seorang di antara perempuan Yang berdua itu berkata: "Wahai ayah,
ambilah Dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya
sebaik-baik orang Yang ayah ambil bekerja ialah orang Yang Kuat, lagi amanah".
27. Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu
Dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, Dengan syarat Bahawa
Engkau bekerja denganku selama delapan tahun; Dalam pada itu, jika Engkau
genapkan menjadi sepuluh tahun, maka Yang demikian itu adalah dari
kerelaanmu sendiri. dan (ingatlah) Aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu;
Engkau akan dapati Aku insya Allah, dari orang-orang Yang baik layanannya".


ii. Dalil daripada hadis
Selain daripada dalil dalam al-Quran, terdapat juga hadis yang menghukum
sewa sebagai harus di sisi Islam iaitu;

Sabda nabi yang diriwayatkan oleh Muslim;

RUKUN SEWAAN
Rukun sewaan terdiri daripada empat iaitu:
i. Pemberi Sewa dan Penyewa
Mujir dan mustajir iaitu mujir ialah orang yang memberi upah untuk melakukan
sesuatu , sedangkan Mustajir adalah orang yang menyewa sesuatu. Apa yang
dimaksudkan dengan Mujir juga ialah tuan punya atau pemberi sewa ialah orang
yang memiliki manfaat dan manfaatnya diserahkan kepada penyewa (mustajir)
dengan kadar bayaran tertentu Disyaratkan kepada mujir dan mustajir adalah
orang yang baligh,berakal,cekap melakukan tasharrup (mengendalikan
harta),dan saling meredhai antara keduanya atau pilihan sendiri dan sama ada
Islam atau bukan Islam.
ii. Manfaat Sewaan
Manfaat tersebut juga mesti memenuhi syarat tertentu iaitu barang yang disewa
itu hendaklah bernilai dari segi syara dan adat, seimbang dengan bayaran yang
dikenakan seperti menyewa rumah untuk tinggal, kenderaan dan sebagainya.
Tidak harus menyewa alat yang melalaikan seperti gitar dan piano kerana
mafaatnya adalah haram. Barang yang disewakan itu juga boleh diserahkan oleh
orang yang hendak menyewa pada bila-bila masa. Contohnya tidak boleh
menyewa barang yang telah dirampas atau rosak.Selain itu, tidak harus sewa
dengan tujuan untuk mendapatkan Ain barangan itu dan bukannya manfaatnya,
sebagai contoh tidak harus menyewa binatang kerana hendakkan bulu, susu
atau anak dalam kandungan ibu binatang itu. Tidak boleh juga menyewa untuk
kepentingan pemberi sewa agar melakukan sesuatu ibadat diniatkan untuknya.
Ini adalah kerana ibadat wajib mesti dilakukan sendiri oleh seseorang mukallaf
bukan dengan mengupah orang lain melakukannya.
iii. Bayaran sewa
Ujrah (kadar upah/harga sewa ), disyaratkan diketahui jumlahnya dan nilai
matawang oleh kedua belah pihak, baik dalam sewa menyewa ataupun upah
mengupah barang yang disewakan atau sesuatu yang dikerjakan. Tempoh
pembayaran sewa juga ditentukan dan diketahui kedua-duanya.
iv. Ijab dan Qabul


SYARAT SEWAAN
Syarat Sewa Menyewa adalah seperti berikut :
i. Penyewa dan orang yang memberi sewaan telah baligh, berakal dan terdapat
keredhaan( persetujuan) antara kedua-duanya.
ii. Berharga, iaitu barang atau sesuatu yang disewakan itu mempunyai faedah yang
berharga, faedahnya dapat dinikmati oleh yang memberi sewaan dan kadarnya
perlu jelas,misalnya: Rumah yang disewa selama setahun, maka bayarannya
harus perlu dilangsakan kepada orang yang memberi sewa selama setahun.
iii. Harga sewanya dan keadaannya jelas, misalnya, dibayar tunai atau ansuran.
iv. Yang menyewakan adalah pemilik barang sewa, oleh itu, tidak sah menyewakan
barang milik orang lain tanpa persetujuan pemilik asal.
v. Kerelaan, iaitu kedua belah pihak yang menyewakan dan penyewa yang
digambarkan rela antara kedua-duanya dan adanya lafa ijab dan kabul
vi. Penentuan sifat iaitu perkara yang disewakan ditentukan kadar atau sifat-
sifatnya.
vii. Harga dan tempoh masa bayaran sewa yang harus ditetapkan dan dituruti oleh
penyewa.


JENIS SEWAAN

HIKMAH SEWAAN

Vous aimerez peut-être aussi