Vous êtes sur la page 1sur 21

PENDIDIKAN ISLAM

PIK 2102W

DISEDIAKAN OLEH SITI SUHAIDAH BINTI SUHANA NORAINI BINTI MOHD ZAKARIA

Pengertian Iman
Bahasa:Iktiraf, membenarkan, mengakui Istilah:Tasdik/mengakui di hati bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh ALLAH, ikrar dengan lidah iaitu syahadah dan membuktikan apa yang ditasdikkan dan membuktikan dengan amalan anggota dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

IMAN ROSAK DAN TERBATAL DISEBABKAN 3 PERKARA ;

NIAT: Yakin ada agama lain yang lebih baik daripada Islam

PERKATAAN: mencaci atau mempermainkan solat tidak wajib atau Hukum Islam kejam

PERBUATAN: Menyembah berhala, matahari, tidak menutup aurat

SYIRIK

BIDAH

KUFUR

PERKARA MAMBATALKAN DAN MEROSAKKAN IMAN

KHURAFAT

MENYALAHI ASMA WASSIFAT

Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya (perbuatan)
Syirik Khafi
Tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat

Syirik Jali
Perlakuan syirik secara terang-terangan

CONTOH PERBUATAN
SYIRIK JALI Sujud kepada berhala, Memohon pd keramat/kubur, Pakai tangkal, Nabi Isa anak tuhan SYIRIK KHAFI Riak (menunjuk kehebatan diri) Ujub (mengkagumkan diri) Takabbur (bangga diri)

Contoh-contoh perbuatan syirik

Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN

Mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang. Mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial.

Membuang ancak bagi menghalau hantu.


Mengunjungi kubur yang dianggap keramat.

Tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W
.

Kufur Hakikat :

Kufur Nikmat :
Mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan

Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah

CONTOH PERBUATAN
KUFUR HAKIKAT
Tidak mengakui balasan di akhirat
Menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran Menyatakan solat fardhu merugikan masa Menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi

KUFUR NIKMAT
Menggunakan nikmat ke jalan maksiat

Enggan mengeluarkan zakat / sedekah


Boros membelanjakan harta

Mengadakan sesuatu perkara baru yang tidak terdapat dalam ajaran Islam Bidah dhalah [sesat]: Mengadakan pembaharuan dalam agama yang tidak terdapat dalam alQuran, hadis, amalan sahabat dan Ijmak ulamak
.

Bidah Hasanah [baik]: Membuat pembaharuan dalam agama secara umum tanpa mengubah hukumnya dalam alQuran dan hadis

CONTOH PERBUATAN
Bidah dhalah [sesat]:
Solat jumaat empat rakaat Menambah rukun solat

Solat dengan cara niat sahaja


Solat tidak mengikut sunnah Rasulullah S.A.W

Bidah Hasanah [baik]:


Solat terawih secara berjemaah Mengadakan sambutan Maulidur Rasul Sambutan Maal Hijrah

Asma Wassifat ialah nama-nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya sebagaimana yg diterangkan dalam Al-Quran dan sunah Rasullullah.

Menyalahi Asma Wassifat bermaksud tawil (penukaran maksud nama-nama dan sifat-sifat Allah), tathil (menidakkan sifat-sifat Allah), takyif (mempersoalkan hakikat asma dan sifat Allah dengan bertanya bagaimana ) dan tamtsil (menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya).

CONTOH PERBUATAN :

Menyatakan bahawa Allah tidak wujud.

Membayangkan bahawa Allah mempunyai telinga seperti manusia. Mempersoalkan kekuasaan Allah. Menyatakan Allah mempunyai anak.

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

1. SIFAT WAJIB : WUJUD ( Ada) SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.
2. SIFAT WAJIB :QIDAM (Sedia) SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada) 3. SIFAT WAJIB : BAQA (Kekal) SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa) 4. SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS (Tidak sama dengan yang baharu) SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

5. SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH (Berdiri dengan dirinya sendiri) SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya. 6. SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAH (Esa) SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa zat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai zat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang. 7. SIFAT WAJIB : QUDRAT ( Kuasa) SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

8. SIFAT WAJIB : IRADAT (Menentukan) SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

9. SIFAT WAJIB : ILMU (Mengetahui) SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui. 10. SIFAT WAJIB : HAYAT (Hidup) SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati. 11. SIFAT WAJIB : SAMA (Mendengar) SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar. 12. SIFAT WAJIB : BASAR (Melihat) SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

13. SIFAT WAJIB : KALAM (Berkata-kata) SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

14. SIFAT WAJIB : QOODIRAN (Maha Kuasa) SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

15. SIFAT WAJIB : MURIIDAN (Menentukan) SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.
16. SIFAT WAJIB : AALIMAN (Maha Mengetahui) SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui. 17. SIFAT WAJIB : HAYAN (Hidup) SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

18. SIFAT WAJIB : SAMI'AN (Mendengar) SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli. 19. SIFAT WAJIB : BASIIRAN (Melihat) SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta. 20. SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMAN (Maha Berkata-kata) SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

Vous aimerez peut-être aussi