Vous êtes sur la page 1sur 7

Menghayati Sifat As-Syakur Tuhan Yang Maha Mensyukuri Tahukah?

? Sifat bersyukur itu adalah di antara ciri-ciri orang yang bertakwa.

As-Syakur, iaitu: Tuhan yang Maha Mensyukuri. Firman Allah dalam surah al-Syuura ayat 23:

Ertinya: Dan barangsiapa yang mengerjakan sesuatu kebaikan, Kami tambahkan kebaikan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mensyukuri

Perhatikanlah, bagaimana Allah s.w.t. menghargai segala amalan hamba-hamba-Nya. Kita berbicara berkenaan Allah s.w.t., Tuhan Semesta Alam. Allah Yang Maha Kaya, yang tidak memerlukan kepada amalan hamba-hamba-Nya, walaupun sedemikian kerana kasih dan sayang-Nya, Allah s.w.t. tetap menghargai segala usaha kebaikan yang ditujukan buat-Nya.

Allah s.w.t sangat menghargai segala kebajikan walau sekecil mana sekalipun, ianya tetap diterima dan diberikan ganjaran yang tidak terkira oleh Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: ..Peliharalah dirimu dari api neraka, walaupun dengan sebahagian dari sebiji kurma. Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Dalam hadith yang lain, Nabi s.a.w pernah bersabda:

Ertinya: Janganlah kamu memandang remeh terhadap segala kebaikan, walaupun hanya dengan kamu berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria. Muslim. Hadith riwayat Imam

Seorang Muslim yang menghayati nama As-Syakur akan terdorong untuk melakukan segala jenis kebaikan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya: Ada seorang lelaki sedang berjalan di sebuah jalan, lalu dia ternampak akar sebuah pohon yang mengganggu perjalanan orang ramai, maka lelaki itu mencabut akar tersebut. Maka Allah membalas perbuatannya dan memasukkannya ke syurga-Nya. Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Lihatlah, bagaimana Allah s.w.t. dengan sifat-Nya As-Syakur, mengiktiraf sumbangan hamba-Nya dengan syurga, hanya kerana sikap seorang Muslim yang menjaga keselesaan orang lain.

Ternyata tiada alasan bagi kita sebagai Umat Nabi Muhammad s.a.w. untuk tidak melakukan amalan kebaikan selepas ini. Tiada had bagi rahmat Tuhan Yang Maha Esa, tiada batasan bagi amalan yang mampu Allah s.w.t. terima. Ingatlah, bahawa nilai sesuatu amalan di sisi Allah s.w.t. hanya satu sahaja, iaitu lakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan.

Dalam kita menghayati nama As-Syakur, seorang Muslim pasti terdorong bagi melakukan amalan kebaikan. Ketahuilah dan

bergembiralah, bahawa Allah s.w.t itu tidak pernah mensia-siakan amalan orang-orang yang bertakwa.

Hayatilah kata-kata perangsang sayyidatina Khadijah r.a. buat Rasulullah s.a.w., iaitu ketika Baginda s.a.w. sedang dalam keadaan gementar kerana baru menerima wahyu yang pertama di gua Hira, Demi Allah, Allah tidak akan mensia-siakan dirimu, sesungguhnya kamu menjaga silaturrahim, menghormati tetamu, menangung hutang orang, membantu orang yang kehilangan harta, membantu dalam menjalankan segala kebaikan. Hadith riwayat Imam Bukhari.

Lihatlah, bagaimana Sayyidatina Khadijah r.a. tetap yakin bahawa Allah s.w.t. tidak akan mensia-siakan diri seseorang yang melakukan kebaikan dalam masyarakatnya. Kasih sayang serta cinta Allah akan sentiasa menyelubungi diri insan yang sering melakukan amalan kebaikan.

Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 30:

Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya. . 2 kesan menghayati sifat As-Syakur :

Pertama - Melahirkan kesyukuran kepada Allah Yang Esa. Hendaklah kita bersyukur di atas segala nikmat kurniaan Allah s.w.t, baik bagi nikmat kesihatan, penglihatan, pendengaran mahupun seribu satu nikmat Allah yang lain. Kedua - Berterima kasih di antara sesama manusia. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah. Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi.

Lahirkanlah penghargaan terhadap sesama manusia. Ucapkanlah terima kasih bagi segala kebaikan yang diterima, tidak kira bagi sumbangan yang besar mahupun kecil.

Di antara tanda penghargaan terbesar sesama manusia ialah berbuat baik dan berlaku ihsan kepada kedua ibu bapa.

Tiada penghargaan yang lebih besar terhadap kedua ibu bapa selain pengorbanan menjaga kededuanya ketika mereka telah lanjut usia, atau ketika mereka tidak berdaya melakukan sesuatu bagi dirinya sendiri.

Malah, seorang yang kasih dan sayang kepada orang tuanya, pasti tidak akan melepaskan peluang bagi menjaga mereka dan mencari jalan sedaya mungkin berbakti kepada orang tuanya. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya: Amat rugilah seorang lelaki, yang mendapati kedua orang tuanya ataupun salah seorang di antara mereka di dalam keadaan berumur, lalu mereka tidak menjadi sebab untuk beliau masuk ke syurga. Hadith riwayat Imam Tirmidzi.

Semoga kita termasuk di kalangan hamba-hamba-nya yang bukan sahaja bersyukur kepada Allah s.w.t., tetapi juga menjadi seorang Muslim yang tahu menghargai dan berterima kasih kepada sesama manusia. Amin Ya Rabbal Alamin.

Vous aimerez peut-être aussi