Vous êtes sur la page 1sur 1

Penjaga rizab berkanun ialah di mana setiap bank perdagangan dikehendaki membuka dua akaun di bank pusat iaitu

akaun rizab berkanun dan akaun penjelasan. Dalam akaun rizab berkanun, bank perdagangan dikehendaki menyimpan suatu peratusan tertentu daripada jumlah deposit yang diterima oleh pelanggannya di bank pusat. Akaun penjelasan pula merupakan simpanan wang tunai bank perdagangan di bank pusat bagi menjalankan operasi penjelasan. Bank Negara pula akan menyediakan rumah rumah penjelasan yang membolehkan wakil bank perdagangan bertemu untuk menjelaskan cek dan menyelesaikan hutang antara mereka. Bank pusat menjadi penjaga rizab tunai. Rizab tunai merupakan sejumlah wang tunai yang perlu disimpan oleh bank perdagangan berdasarkan jumlah deposit yang diterimanya Deposit Tabungan merupakan akaun yang membenarkan orang ramai menyimpan wang dalam jumlah yang kecil. Pihak bank akan membayar faedah simpanan ke atas jumlah simpanan yanbg dibuat. Kadar faedah yang diberikan biasanya adalah lebih rendah daripada deposit tetap. Pendeposit akan diberikan buku akaun sebagai bukti urus niaga. Pendeposit boleh mengeluarakan wang pada bila-bila masa. Deposit semasa merupakan satu bentuk simpanan wang oleh orang ramai yang membenarkannya untuk memindahkan atau mengeluarkan deposit dengan

menggunakan cek. Penyimpan wang dalam deposit semasa tidak dibayar faedah oleh bank tetapi dikenakan bayaran perkhidmatan kepada pihak bank. Cara pembayaran dengan menggunakan cek merupakan aktiviti utama dalam dunia perniagaan masa kini Deposit tetap pula ialah simpanan untuk satu tempoh tertentu misalnya 1,3,6,9,12, dan 15 bulan. Tujuan utama pendeposit menyimpan wangnya ialah untuk memperoleh kadar faedah yang tinggi. Pendeposit akan diberikan sijil sebagai bukti simpanan. Kadar faedah yang diberikan pihak bank biasanya lebih tinggi daripada akaun tabungan. Semakin lama jangka masa simpanan, maka semakin tinggi kadar faedahnya

Vous aimerez peut-être aussi