Vous êtes sur la page 1sur 9

PEDAGOGI UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DTM 301)

Permainan: Gelung Muzik


Pengenalan Permainan gelung muzik ini, diinspirasikan daripada permainan rebut kerusi yang popular di kalangan kanak-kanak. Namun, permainan ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana pemain tidak perlu merebut tempat selepas muzik berhenti. Permainan ini juga memupuk semangat kekitaan di kalangan para pemain. Permainan gelung muzik juga mengajar kanak-kanak untuk bertoleransi antara satu sama lain ketika bermain. Gelung muzik sememangnya permainan yang sesuai dimainkan di dalam dan di luar kawasan sekolah terutamanya ketika matapelajaran pendidikan jasmani.

Jenis Permainan: Permainan Sosial (Social Play)

Objektif: Memupuk semangat kerjasama di kalangan kanak-kanak. Melatih kemahiran fizikal motor kasar pada kanak-kanak.

Kesesuaian Umur: 4-6 tahun dan keatas

Alatan Yang Digunakan: gelung dan muzik iringan

Perkembangan yang difokuskan :

Perkembangan Fizikal Permainan ini melatih kanak-kanak supaya menguasai kemahiran motor kasar (memastikan badan berada dalam gelung)

Perkembangan Sosio-emosi Permainan ini melatih kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya dan menyesuaikan diri dengan persekitaran ( memastikan semua orang berada dalam gelung )

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (KPAKK)

PEDAGOGI UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DTM 301)

Jumlah Pemain : tidak terhad

Cara Bermain: 1. Gelung-gelung diletakkan di dalam bentuk bulatan. 2. Jumlah pemain mewakili jumlah gelung yang diletakkan di dalam bulatan. 3. Ketika muzik dimainkan, pemain akan mengelilingi luar gelung. 4. Ketika muzik dihentikan, pemain hendaklah masuk ke dalam gelung. 5. Selepas itu, satu gelung akan dikeluarkan dari bulatan. 6. Langkah 3 hingga 5 akan diulang. 7. Untuk pusingan seterusnya, semua pemain perlu masuk ke dalam baki gelung yang tinggal.

Peraturan: 1. Pemain-pemain tidak boleh menolak rakan ketika muzik berhenti. 2. Pemain yang tidak dapat memasukkan diri ke dalam gelung akan disingkirkan dari permainan. 3. Pemain perlu sedaya upaya memasukkan diri kedalam gelung apabila muzik dihentikan.

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (KPAKK)

PEDAGOGI UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DTM 301)

Lampiran gambar:

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (KPAKK)

PEDAGOGI UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DTM 301)

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (KPAKK)

PEDAGOGI UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DTM 301)

Nama: No. Matrik: A1101 062

Saya dan rakan sekumpulan telah membuat tugasan bertajuk Bermain sambil belajar. Tugasan ini untuk melengkapkan modul mata pelajaran Pedagogi dan memberi kefahaman kepada saya. Saya juga telah belajar untuk membuat satu permain baru untuk menambahkan perkembangan dan rangsagaan kanak-kanak. Selain itu, saya juga dapat memahami lebih mendalam apa yang telah saya pelajari untuk digunakan pada masa akan datang.

Saya telah membuat rujukan dari modul-modul pedagogi dan main yang saya telah pelajari semasa membuat tugasan ini dan saya telah kongsikan serba sedikit dengan rakan-rakan saya. Selain itu, saya juga megatahui pentingnya bermian untuk kanak-kanak. Bermain adalah perkara yang membantu perkembangan kanak-kanak dari usia kecil lagi. Ini adalah maklumat yang penting dan sesuai dikongsikan degan orang ramai. Tugasan ini juga boleh saya jadikan rujukan sebelum atau semasa saya berkerja nanti.

Selain itu, permainan baru atau permainan yang sediada tapi diubah cara bermainnya adalah amat bagus. Ini kerana boleh membantu saya atau guru-guru lain berfikir secara kereativ untuk membuat aktiviti di dalam atau di luar kelas. Ia juga boleh membantu perkembangan kanak-kanak dan memberi rangsangan yang positif. Ini juga, megajar saya cara atau permainan apa yang sesuai untuk dijalankan megikut tahap kanak-kanak.

Semasa saya membuat tugasan ini, saya tidak mehadapi masalah untuk melaksanakanya. Malah ahli kumpulan saya telah memberi kerjasama dan toleransi antara ahli kumpulan. Ahli kumpulan saya juga telah menjayakan semua tugasan dan reflesi diri dengan baik dan sempurna.Secara keseluruhannya,apa yang saya dapat simpulkan disini adalah saya berharap agar saya dapat menigkatkan daya kreativiti dan memperbaiki diri agar lebih cemerlang.

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (KPAKK)

PEDAGOGI UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DTM 301)

Nama: No Matrik: A1101 064

Saya dan ahli kumpulan telah menyiapkan 2 tugasan iaitu laporan bermain sambil belajar dan mencipta permainan baru. Alhamdulilah, tugasan yang telah diberikan dapat disempurnakan pada masa yang telah ditetapkan. Dengan menyelesaikan tugasan ini, saya lebih memahami tentang tajuk bermain sambil belajar dengan lebih mendalam, ini juga dapat menjimat masa untuk saya memahami tajuk ini kerana ia adalah mudah untuk membaca.

Apa yang dapat saya katakan adalah, saya amat mengagumi ahli kumpulan saya yang sentiasa bekerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun tempoh yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini agak lama, namun terdapat juga beberapa masalah semasa menyiapkan tugasan. Walaubagaimanapun, ahli kumpulan saya tetap bekerjasama menyelesaikan masalah dan terus menyiapkan tugasan hingga sempurna.

Selain itu, saya berharap pada masa akan datang, saya akan tetap bekerjasama dan menanamkan semangat kerja kumpulan untuk melakukan pelbagai tugasan yang bakal diterima kelak. Saya juga akan lebih mendisplinkan diri untuk menyiapkan kerja pada masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah.

Seterusnya, dalam menyiapkan tugasan mencipta permainan baru, kami telah memikirkan tentang kebaikan dan kemahiran yang perlu ada dalam permainan tersebut. Apa yang telah kami serapkan untuk permainan ini adalah, untuk melatih kanak-kanak bekerjasama dan berkongsi peralatan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Justeru itu, pada pendapat saya, kita haruslah menitik beratkan segala aktiviti yang hendak dijalankan di dalam kelas agar terdapat motif ataupun kemahiran yang akan diperolehi oleh kanak-kanak. Ini adalah agar kanak-kanak dapat mempelajari sesuatau dalam setiap permainan.

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (KPAKK)

PEDAGOGI UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DTM 301)

Kesimpulannya, saya amat berpuas hati dengan tugasan yang telah disiapkan oleh ahli kumpulan saya, terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada rakan sekumpulan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga jasa baik kalian di balas dengan pahala dari-Nya.

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (KPAKK)

PEDAGOGI UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DTM 301)

Nama: No. Matrik: A1101 106

Syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah saya dan ahli kumpulan menyelesaikan tugasan berkumpulan dalam subjek Pedagogi Untuk Pendidikan Awal KanakKanak. Tugasan berkumpulan ini kami lakukan berdasarkan kepada peta minda yang telah diberikan. Bak kata pepatah, ringan sama dipikul, berat sama dijinjing, konsep inilah yang digunakan di dalam kumpulan kami. Setelah mendapat tugasan kumpulan, setiap seorang daripada kami menerima satu tajuk yang besar dan satu tajuk yang kecil.untuk memudahkan kerja kerana kami masih lagi dipertanggungjawabkan dengan tugasan dari subjek lain. Dari aspek ini saya dapat merasa sendiri kepentingan pembahagian tugasan yang adil dalam satu pasukan. Setiap pasukan pastinya mempunyai objektif yang tersendiri, namun objektif tersebut tidak akan dicapai jika ahli kumpulannya tidak dapat memberikan komitmen seratus peratus ketika melaksanakan kerja. Konsep kesaksamaan dan kerjasama dalam kumpulan ini, dapat kami terapkan kerana kami faham bahawa setiap seorang daripada kami dipertanggungjawab dengan pelbagai tugasan maka jika kami dapat membuat yang terbaik untuk topik sendiri, semua kerja akan menjadi mudah dan hasil terbaik dapat kami persembahkan.

Saya juga berasa beruntung kerana dapat mempelajari subjek pedagogi dan konsep main sambil belajar untuk pendidikan awal kanak-kanak walaupun masih menduduki semester dua dalam pengajian berbanding dengan kohort-kohort yang lain. Memang pada awalnya, saya merasa kekok kerana kami tidak pernah mempelajari subjek pengenalan kepada awal kanakkanak, namun berkat penerangan yang jelas daripada pensyarah dan sumber-sumber yang mudah difahami dari internet subjek ini subjek berjaya kami fahami sedikit demi sedikit. Justeru, saya sedar bahawa ilmu seorang guru tidak akan pernah lengkap kerana semakin banyak yang kita pelajari, semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui. Oleh itu, seorang guru atau bakal guru perlu mempunyai inisiatif untuk terus mencari dan mendalami ilmu dari pelbagi sumber supaya sentiasa `up-to-date` dengan perkembangan terkini. Saya juga berharap, dapat melaksanakn resolusi saya pada tahun 2012 iaitu untuk menjadi guru dan pelajar yang terbaik dari semua aspek dengan memperbanyakkan bacaan dan pemerhatian berkaitan bidang pendidikan awal

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (KPAKK)

PEDAGOGI UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DTM 301)

kanak-kanak.

Pada semester ini, kami telah diamanahkan untuk melaksanakan beberapa program seperti sukaneka di peringkat kolej dan pertandingan persembahan pergerakan kreatif peringkat kelas. Oleh itu, minda dan idea kami lebih banyak tertumpu kepada permainan yang berbentuk fizikal dan penerapan nilai-nilai murni. Maka, saya berasa malu apabila pensyarah menegur tentang rekacipta permainan kami yang lebih banyak berunsurkan fizikal. Ucapan terima kasih ingin saya zahirkan kerana teguran pensyarah menyedarkan kami supaya mempunyai idea yang lebih terbuka dan bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti fizikal semata-mata. InsyaAllah, jika saya mendapat tugasan rekacipta permainan seperti ini lagi, akan saya memkembangkan lagi idea yang melibatkan perkembangan awal kanak-kanak yang lebih menyeluruh. Tuntasnya, tugasan ini telah berjaya menambahkan ilmu kami berkenaan aspek-aspek yang penting dalam konsep bermain sambil belajar untuk perkembangan awal kanak-kanak yang dapat diaplikasikan sewaktu pengajaran nanti.

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (KPAKK)

Vous aimerez peut-être aussi