Vous êtes sur la page 1sur 2

INOVASI WARNA ASAS DARIPADA SUMBER ALAM SEMULAJADI ABSTRAK

Dalam dunia seni, warna memainkan peranan yang penting bagi tujuan tertentu. Dalam masyarakat berbudaya, elemen warna dan fungsinya tidak dapat dipisahkan. Warna merupakan sebahagian daripada pakaian kehidupan masayarakat dunia. Masyarakat desa telah mensinonimkan warna dengan objek alam sekekliling. Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Dalam seni visual, warna terbahagi kepada tiga jenis iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning. Dalam kajian inovasi ini, kami telah menggunakan sumber alam semulajadi untuk menghasilkan warna asas iaitu biru, merah dan kuning. Kumpulan kami menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada unsur alam semulajadi yang terdiri daripada bunga-bungaan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kajian menunjukkan bahawa masyarakat pada zaman dahulu kala banyak menggunakan unsur-unsur alam dalam mewarnakan pakaian dan pemakanan mereka. Penggunaan warna yang mengandungi unsur-unsur dan sebatian kimia boleh merosakkan dan membahayakan kesihatan manusia khususnya kanak-kanak. Oleh yang demikian, kumpulan kami ingin menghasilkan bahan pewarna menggunakan unsur semulajadi yang selamat digunakan. Selain itu, penghasilannya juga menjimatkan kos selain itu mudah untuk dihasilkan. Penghasilan warna menggunakan bahan semulajadi juga, menghasilkan pelbagai variasi warna baru yang menarik. Pewarnaan semulajadi adalah warna yang dihasilkan dari bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari daun, bunga, akar, kulit, buah dan sebagainya. Bahan pewarna semulajadi ini merupakan bahan alternatif di dalam proses pembatikan bagi menggantikan pewarnaan sintetik yang diperbuat dari bahan kimia. Sebelum bahan pewarnaan kimia

wujud di pasaran, pewarnaan semulajadi memainkan peranan utama di dalam pewarnaan batik. Bermula pada tahun 2005 hingga 2006 penyelidikan dijalankan untuk menghasilkan pewarnaan asli terus dengan kaedah rebusan daun. Sebanyak 18 warna berjaya dikeluarkan dari daun cempedak dan gajus. Pada tahun 2007 berikutnya, penyelidikan diteruskan lagi untuk menghasilkan permati warna asli bersumberkan air kapur dan air limau nipis bagi menggantikan permati warna kimia. Sebanyak 33 warna berjaya dikeluarkan dari daun kapal terbang dan kari. Pada tahun 2008 hingga 2009, penyelidikan diteruskan lagi dengan penghasilan pewarnaan asli dalam bentuk serbuk. Daun-daun seperti daun kari, mangga, nangka, kandis, kuinin, helikonia, pandan, halban, namnam, sentul, tembakau, sitam dan senduduk digunakan dan bahagianbahagian tumbuhan lain seperti biji rambutan hantu, kulit kayu bakau dan kulit mengkudu turut diproses kali ini. Bahan-bahan ini dikeringkan dan diproses menjadi serbuk pewarna asli yang lebih mudah dibawa, mudah disimpan dan mudah disediakan.

Vous aimerez peut-être aussi