Vous êtes sur la page 1sur 12

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Disediakan Oleh: Siti Qistina Binti Ahmad Siti Shahida Binti Mat Sabri Pensyarah : Encik Abdul Rahim bin Othman

DEFINISI PENGALAMAN PEMBELAJARAN


1) Istilah pengalaman pembelajaran bermaksud segala gerak balas atau interaksi pelajar dengan persekitarannya.
Pembelajaran berlaku melalui perubahan tingkah laku pelajar - memerlukan penglibatan pelajar dengan aktif. Pelajar belajar melalui perkara yang dilakukannya.

DEFINISI PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN


Kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar serta mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Suatu usaha untuk mendapatkan pelbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh murid

Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui sama ada objektif pembelajaran telah tercapai atau belum melalui penilaian. Satu kaedah untuk mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan keperibadian murid

CIRI-CIRI
a. KAEDAH JIGSAW Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar Dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).

Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
Pergantungan secara positif Tanggungjawab Interaksi secara terus (bertentang mata) Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian Penilaian kendiri secara berterusan

b. KRITIKAN TERBUKA Melibatkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).

CARA PELAKSANAANNYA
1. Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas. 2. Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.

3. Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. 4. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. 5. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.

Kebaikan kaedah kritikan terbuka, pelajar dapat:


mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN (PRK) Merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).

Antara aspek-aspek yang dapat diukur :


tahap kepimpinan kerja secara berpasukan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus.

Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley).

Vous aimerez peut-être aussi