Vous êtes sur la page 1sur 7

PENGAJIAN AM 2

Peperangan hampir seusia dengan sejarah kemajuan manusia itu sendiri. Peperangan sering bertitik tolak dari dorongan nafsu yang pada pendapat anda apakah faktor-faktor yang mencetuskan peperangan dan implikasi dari kejadian tersebut.

Guru penyelaras: Encik Azhar Ali

Panel pembentang: Noorsaleha Mansor Nurul Najwa Ismail Nurul Farhana Haqiah Fouzi

Kumpulan 1

Pengenalan
Peperangan merangkumi aspek yang luas iaitu ia bukan sahaja melibatkan peperangan bersenjata sahaja, bahkan lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat, & mempertahankan hak-hak umat islam, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan islam dll. Peperangan merupakan salah satu daripada bencana dahsyat yang sedang kita hadapi pada masa kini dan sukar dielakkan. Hal ini bukan sahaja berlaku antara negara dengan negara malah boleh berlaku pergolakan dalam negara itu sahaja sendiri & ini dapat disaksikan melalui paparan media massa, terutamanya surat khabar dan televisyen.. Kalau diselidik, sebenarnya punca utama yang menyebabkan tercetusnya peperangan pada zaman moden ini ialah pertelingkahan ideologi. Disebabkan gejala ini boleh menimbulkan banyak kesan negatif kepada negara yang terlibat.

Kumpulan 1

Faktor-faktor tercetusnya peperangan


perebutan kuasa pantadbiran

Kegiatan sesebuah negeri bertindak meluaskan pengaruh & kuasanya yang dipaggil sebagai Imperialisme sering berlaku untuk kepentingan sendiri. Sebuah contoh yang paling akhir iaitu yang berlaku di Lembah Swat di Pakistan yang dulunya begitu indah telah berubah menjadi medan pertempuran yang mengaitkan pentadbiran Obama iaitu Presiden Amerika, telah mengarahkan rejim Zardari untuk melancarkan perang di wilayah Swat. Polisinya di rantau tersebut adalah untuk mengekalkan kekuasaan Amerika di Afganistan dan Pakistan, dan berperang menentang 'pemberontak yang disokong rakyat' iaitu Obama telah berkali-kali melakukan pengeboman dengan menggunakan pesawat kawalan jauh di Pakistan bagi mendaptkan kuasa pentadbiran.. Pakistan akhirnya tunduk kepada perintah penuh amarah dari Washington untuk mengerahkan segenap kekuatan militernya di propinsi perbatasan sebelah barat laut (NWFP) di sepanjang perbatasan Afghanistan.

Kepentingan ekonomi

Berlaku peluasan kuasa-kuasa dalam hal ehwal perdagangan & ekonomi sesebuah negara untuk menguasai konsep perdagangan bahan mentah di sesebuah negara lain/Mekantilisme adalah cara mudah untuk memperkayakan/ menambahkan hasil nagara. Perkembangan revolusi perindustrian melalui keperluan bahan mentah seperti mendapatkan bijih timah, rempah, kayu jati, kayu balak, tebu, kelapa, tea, sutera, rempahratus, batu permata & kapas. Contohnya Persaingan kuasa antara British dengan Perancis bagi mendapatkan keprluan bahan mentah kayu jati & kayu balak.

Meluaskan tanah jajahan

Penguasaan sepenuhnya dalam kegiatan politik, ekonomi & sosial sesebuah negara yang mengambil alih pemerintahan & pentadbiran sesebuah negara lain/Kolonialisme banyak berlaku kini walaupun terpaksa mempergunakan orang lain dalam mencapai matlamatnya yakni mereka mahu menghapuskan mana-mana kuasa yang bersaing dengan mereka, walaupun ini akan menyebabkan pesaing mereka ini hidup dalam penjajahan

dan kezaliman. Sebagai contoh, Bagi meluaskan jajahan,Amerika telah menjalinkan hubungan baik dengan Israel bagi mendapatkan Negara Afghanistan. Israel & presiden Amerika telah melantik Rahm Emanuel, anak kepada kumpulan pengganas Irgun (semasa pemerintahan British), sebagai ketua kepada para pegawainya. Amerika telah membiayai ketenteraan & pembuatan peluru berpandu Arrow & program pertahanan yang berkaitan & sentiasa menjaga keselamatan Israel dalam menawan Afghanistan.

Kumpulan 1

Perjanjian berat sebelah

Perjanjian berat sebelah yang berlaku akan menimbulkan ketidakpuasan hati semua pihak. Keadan ini boleh menyebabkan peperangan berlaku bagi mendapatkan semuala hak-haknya. Contohnya apa yang berlaku oleh Negara Jepun yang tidak berpuas hati dalam pembahagian kuota & perkembangan ketenteraan yang tidak seimbang dengan pembahagian kuota 5:5:3:1.75:1.75 iaitu Amerika Syarikat 5, British 5, Jepun 3, Perancis 1.75, & Jerman 1.75. akibatnya Jepun tidak boleh memiliki kelengkapan meriam yang yang lebih besar sehingga menyebabkan Perang Dunia Ke-2.

Implikasi peperangan

Ketakutan & ketidaktenteraman

Kesan daripada gejala peperangan ialah wujudnya ketakutan & ketidaktenteraman di kalangan orang ramai. Masyarakat tidak akan berasa aman @ suasana anarki di dalam neraga sendiri & tidak tenteram walaupun untuk tinggal di rumah, jauh sekali untuk keluar berjalan-jalan. Ini secara tidak langsung akan mengganggu kegiatan seharian terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan yang banyak mencatat kes peperangan. Sekiranya keadaan ini tidak dapat dikawal, gejala ini boleh menjejaskan sektor pelancongan. Pelancong asing akan takut untuk ke negara kita disebabkan tiada jaminan bahawa mereka akan selamat.

Tekanan psikologi

Bagi mereka yang menjadi mangsa peperangan, kesannya lebih buruk lagi. Mereka akan berhadapan dengan tekanan psikologi, mental, malah mugkin kecacatan fizikal akibat kejadian yang menimpa mereka itu (terkena bom,letupan,bahan kimia phosphorus) menyebabkan berlaku kemurungan, trauma, rendah diri dll. Mungkin ada antara mereka yang cacat seumur hidup/menyimpan dendam terhadap pihak yang bertindak ganas kepada mereka. Keadaan ini akan mewujudkan masyarakat yang tidak harmoni, malah akan menyebabkan masalah tersebut tiada penghujungnya. Hal ini disebabkan mereka yang pernah mengalami keganasan akan terdorong untuk bertindak ganas pula terhadap orang/negara lain.

Kumpulan 1

Kemusnahan Infrastuktur

Bagi negara-negara yang menghadapi keadaan ini akan mengalami kemerosotan/kemusnahan infrastruktur seperti jalan raya, pengangkutan awam, tempat tinggal, dll. Pemulihan kemusnahan ini akan memakan masa yang lama iaitu mungkin 10 tahun keatas bergantung pada kekuatan & hasil kekayaan negara itu.

Rakyat menjadi pelarian

Kesan daripada peperangan yang berlaku, contoh rakyat di Pakistan terpaksa menjadi pelarian untuk menyelamatkan nyawa akibat daripada perang yang dilancarkan di wilayah Swat oleh rejim Zardari iaitu berlaku pengeboman berkali-kali dengan menggunakan pesawat kawalan jauh. Rakyat terpaksa merempat di kawasan-kawasan yang dirasakannya selamat untuk berteduh & kehidupan mereka menjadi tidak terurus, sengsara akibat kelaparan dll.

Kumpulan 1

Penutup
Walaupun peperangan banyak mendatangkan kesan buruk ke atas negara yang dialami, sememangnya peperangan juga merupakan satu anjakan paradigma kearah kemunculan zaman moden yang lebih maju dan teratur. Dengan pengalaman perit semasa berlaku peperangan, ini boleh menjadikan satu pengajaran bagi rakyat jelata untuk mempertahankan tanah air daripada penjajah akan datang.

Kumpulan 1

Vous aimerez peut-être aussi