Vous êtes sur la page 1sur 25

2009

KAJIAN LUAR GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL STPM (942/1) KAJIAN EKOSISTEM BAKAU DI TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI,JOHOR
LOKASI KAJIAN TARIKH GURU PENYELARAS AHLI KUMPULAN : : : : TAMAN NEGARA BAKAU TANJUNG PIAI 6-9 APRIL 2009 ENCIK ISMAIL MD ALI NURUL NAJWA ISMAIL NURUL FARHANA HAQIAH FOUZI NOORSALEHA MANSOR Tingkatan Tarikh hantar : : 6 ATAS GEOGRAFI 16 APRIL 2009

SENARAI KANDUNGAN

Perkara

halaman

Pendahuluan Penghargaan Kawasan kajian Sebab pemilihan Tempoh kajian

1 2 3 4 5

Objektif kajian

Kaedah kajian Pemerhatian temu bual rujukan 7 8 9

Dapatan kajian komponen biotik & abiotik Rantaian makanan kepentingan ekosistem bakau memelihara & memulihara 10 13 14 19

Rumusan

22

Cadangan

23

Lampiran Rujukan

24 27

PENDAHULUAN

Hutan Paya Laut merujuk kepada kawasan hutan yang terdapat di persisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. Spesies utama Hutan Paya Laut ialah Pokok Bakau. Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Hutan ini merupakan sebahagian daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara. Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh dijumpai tetapi hanya 1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah itu sebahagian besarnya berada di Perak (43,506 hek.), Johor (24,747 hek.), Selangor (15,202 hek.), Pahang (11,502 hek.) dan Kedah (8,034 hek.). Hutan ini adalah satu ekosistem yang unik dari segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia. Kawasan hutan paya laut telah dikenal pasti sebagai kawasan yang paling produktif dari segi penghasilan dan pembiakan sumber-sumber laut. Ini disebabkan kawasan paya laut atau hutan paya bakau merupakan kawasan yang menjadi tempat tumpuan anak-anak ikan berlindung diri dari ikan pemangsa lain. Kawasan paya laut atau paya bakau juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan yang gugur dari pokok-pokok sekitar dan menjadi habitat seperti ketam yang menjadi makanan istimewa dan sumber pendapatan kepada penduduk tempatan. Selain itu, ia juga menjadi kawasan penternakan ikan atau udang di dalam sangkar yang penting. Akar dari pokok-pokok bakau mengheningkan air yang berkelodak, menjadikan air di kawasan itu jernih. Bagaimanapun, terdapat pendapat yang menyatakan aktiviti penternakan ikan dan udang telah mencemar kawasan sekeliling. Selain itu kawasan paya bakau juga sering diancam oleh aktiviti pembalakan kayu bakau. Kayu bakau yang tahan lama dan mampu terendam dalam air sering digunakan dalam pembinaan seperti tiang jeti. Selain itu, kayu bakau juga amat sesuai untuk dibakar untuk menghasilkan arang.

Hutan paya bakau merupakan salah satu daripada ekosistem lahan basah yang terdiri daripada kawasan payau, paya, tanah gambut atau perairan, baik yang bersifat semulajadi mahupun buatan, tetap atau sementara, dengan perairannya yang tergenang ataupun mengalir, tawar, agak masin termasuk kawasan-kawasan perairan laut yang kedalamannya tidak lebih dari 6 meter pada waktu air surut. Hutan paya bakau mempunyai vegetasi rata dan rapat, memiliki jenis tumbuhan yang selalu berdaun

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa kami yang telah memberi sokongan moral yang tidak terhingga serta bantuan kewangan dalam kajian yang kami jalankan ini.

Tidak lupa juga kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad yang telah membenarkan kami menjalankan kajian di luar kawasan sekolah. Selain itu, ribuan terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru SMK. Sultan Ahmad yang telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diberikan sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Terutamanya kepada cikgu Encik Ismail Md Ali yang telah memberi tunjuk ajar dalam proses penyiapan folio ini kepada kami sekumpulan sejurus guru penyelaras projek STPM kajian luar geografi 1. Selain itu, terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang tidak jemu-jemu menolong kami dalam menyiapkan kertas kerja geografi 1 ini. Kami juga ingin mengucapkan syabas kepada diri kami sendiri kerana dapat menyempurnakan tugasan ini dengan lancar dan sempurna. Tugasan yang diberikan ini telah kami jalankan secara berkumpulan dan sistematik dalam pembahagian kerja berkumpulan.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian luar yang kami jalankan tentang ekosistem bakau ialah bertempat di Taman Negara Tanjung Piai, Johor. Taman Negara Tanjung Piai ini merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia. Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 0116 Utara dan longitud 10331 Timur . Tanah lembap (wetland) Taman Negeri Tanjung Piai (Ref:1289) yang dipilih pada 31 Januari 2003 adalah Taman Negeri yang mengandungi pantai bakau dan intertidal mudflats. Sebuah mercu tanda dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia' yang dibina pada tahun 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya. Menurut Wetlands International, di Semenanjung Malaysia terdapat 28.7% hutan paya bakau di Johor (27733ha) atau 4.7% daripada keseluruhan jumlah hutan bakau di Malaysia. Tanjung Piai meliputi kawasan bakau seluas 526 hektar dan lagi 400 hektar dataran berlumpur. Mudflats adalah tanah lembut dan berlumpur. Ia mengandungi kandungan garam yang tinggi dan kadar oksigen yang rendah (anaerobic). Walaubagaimanapun, ini dipengaruhi oleh keadaan yang panas dan kering. Tanjung Piai dinamakan sempena pokok bijirin tempatan yang dikenali sebagai Paku Piai. Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini kerana ia hidup di kawasan yang masin. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat. Bakau yang digazetkan sebagai Hutan Simpan Paya Bakau (MFR) di Johor adalah diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Bakau yang digazetkan sebagai Taman Negara dan tapak RAMSAR oleh Kerajaan Negeri Johor diuruskan oleh Johor National Parks Corporation (JNPC). Ia membentuk satu-satunya koridor paya bakau yang menyambungkan Pulau Kukup dan tanah lembap Sungai Pulai. Terdapapt lima buah sungai merentasi Taman Negeri Tanjung Piai.Sebelum menjadi taman Negara, ia adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Sg Pulai di bawah Jabatan Perhutanan PM. Johor National Parks Corporations ditubuhkan di bawah Akta JNPC 1989 untuk menguruskan taman-taman Negara di Johor. Tanjung Piai telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai Taman Negara Johor pada tahun 1997. Kaji selidik ekologi telah

dijalankan oleh Wetlands International-Malaysia pada tahun 2001. Pada tahun 2002, taman ini telah dibuka kepada orang ramai. Taman ini telah diisytiharkan tapak Ramsar pada 31 Januari 2003. Akhirnya, ia telah digazetkan sebagai Taman Negara Johor pada 26 Februari 2004.

SEBAB PEMILIHAN

Kami memilih kawasan kajian di Taman Negara Tanjung Piai,Kukup,Pontian,Johor sebagai kajian ekosistem bakau adalah untuk mengenalpasti komponen-komponen biotik dan abiotik yang terdapat di kawasan tersebut. Selain itu,sebab pemilihan ini dibuat ialah bertujuan untuk menghurai proses aliran tenaga dalam rantaian makanan yang wujud dalam kawasan paya bakau di Tanjung Piai. Sebab pemilihan dibuat juga adalah untuk mengenalpasti kepentingan ekosistem bakau kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Akhir sekali adalah untuk mengenalpasti usaha-usaha memelihara dan memulihara keseimbangan ekosistem di kawasan kajian.

TEMPOH KAJIAN

Tempoh kajian yang telah kami ambil bagi membuat kajian tentang ekosistem bakau di Taman Negara Tanjung Piai, Kukup, Pontian,Johor adalah selama 4 hari 3 malam, bermula pada 6 April -9 April 2009. Pada hari kedua iaitu 7 April kami mula menjalankan kajian di hutan paya bakau dan diiringi oleh beberapa petugas Taman Negara tersebut. Kami berkunjung ke Taman Negara tersebut pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

OBJEKTIF KAJIAN

Mengenalpasti komponen-komponen biotic dan abiotik yang terdapat di kawasan kajian.

Menghurai proses aliran tenaga dalam rantaian makanan yang wujud di kawasan kajian.

Mengenalpasti kepentingan ekosistem bakau kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia

Mengenalpasti usaha-usaha memelihara dan memulihara keseimbangan ekosistem kawasan kajian.

KAEDAH KAJIAN

I)

Pemerhatian

Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kami dapat melihat bangunan pencakar langir Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor. Kami menggunakan kaedah pemerhatian dalam membuat kajian tentang ekosistem bakau di Taman Negara Tanjung Piai. Berdasarkan pemerhatian yang telah kami jalankan,terdapat pelbagai spesis tumbuhan bakau seperti Bakau Minyak (Rhizophora Apiculata), Bakau tulen

(Rhizophora Stylosa), Bakau Kurap (Rhizophora Mucronata), Lenggadai (Bruguiera Parriflora), Bakau Putih / Berus (Bruguiera Cylindrica) dan Bakau Tengar (Ceriops tagal).

Selain itu, terdapat juga habitat lain seperti Ketam Rebab(Fiddler Crabs), Belangkas(Coastal), Kunang-kunang(Fire Fly) dan terdapat juga haiwan liar seperti kera(Long-talied Macaque), lotong cikong(Dusky Leaf Monkey), babi hutan(Sus Scrofa) dan sebagainya.

Dataran lumpur ini walaubagaimanapun adalah luas, terutama di bahagian selatan Tanjung Piai. Lima spesis burung air besar dan 7 spesis burung pantai dilihat mencari makan di mudflats ini. Paya bakau Tanjung Piai telah dipulihara sebelum ini untuk melindungi kawasan pantai, kerana kawasan-kawasan pedalaman berhampiran adalah tanah-tanah ladang yang digunakan untuk bercucuk tanam.

Batas-batasan dibina di sepanjang timur dan barat pantai Tanjung Piai untuk melindungi tanah kebun dari dibanjiri oleh air masin. Kehadiran ombak telah menghakis Tanjung Piai di mana tepian pantai bakau berkurangan kepada 50 meter di beberapa bahagian. Taman Negara Tanjung Piai adalah kediaman kepada kira-kira 20 spesis tumbuhan bakau sebenar, dan juga kepada 9 lagi spesis bakau berkaitan, yang menunjukkan kadar kepelbagaian spesis yang tinggi.

II)

Temu bual

Kami telah menemu bual seorang petugas di Taman Negara Tanjung Piai yang menyatakan terdapat kehidupan flora dan fauna yang saling bergantungan antara satu sama lain. Selain daripada tumbuhan dan haiwan juga terdapat pelbagai jenis biota tanah hutan paya bakau yang biasa hidup di dalam tanah, seperti cacing dan sebagainya. Terdapat juga kekayaan hutan paya bakau yang tidak terlalu mendapat perhatian daripada masyarakat padahal peranan daripada kekayaan ini sangat besar dalam membantu ekosistem hutan paya bakau, ianya adalah fungi. Kami juga diberitahu tentang kewujudan hutan paya bakau yang berperanan sebagai benteng pemecah, menahan dan mengurangkan daya kekuatan pukulan ombak daripada laut yang sering memukul pantai serta tiupan angin kencang dan menghalang hakisan tanah telah membantu menyelamatkan beberapa rumah kediaman dan bot-bot nelayan yang ditambat di alur sungai yang dilindungi oleh hutan paya bakau dan nipah daripada menerima kerosakan yang lebih teruk.

Berdasarkan temu bual yang dibuat, kami dimaklumkan bahawa Hutan bakau dapat menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan. Menurut petugas Taman Negara tersebut Paya Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yang mempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini. Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang

III)

Rujukan Kami merujuk kepada sumber-sumber seperti berikut:-

Buku teks & rujukan lengkap STPM Dan Pra-u-U Geografi Fizikal. Tahun terbit pada 2007. Diedar oleh ARAH PENDIDIKAN SDN.BHD.Pengarang oleh; Rosnah Hj.Salleh BA (Hons),Dip Ed. Shukri Sulaiman BA Ed (Hons). Che Zainon Shafie BA (Hons), Dip Ed.

Noor, Y.R., M. Khazali, dan I.N.N. Suryadiputra. 1999. Panduan Pengenalan Mangrove di Indonesia. PKA/WI-IP. Bogor.

van Steenis, CGGJ. 1981. Flora, untuk sekolah di Indonesia. Pradnya Paramita. Jakarta.

http://www.mail-archive.com/jenaka@yahoogroups.com/msg04610.html

http://www.forestry.gov.my/arkib1.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau

http://amsran.blogdrive.com/

http://pkukmweb.ukm.my/~rsenr3/rsenr1/P612-619.pdf

http://syarifmawahib.wordpress.com/2007/05/02/mangrove-dan-biodiversity/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hutan_paya_laut"

http://id.wikipedia.org/wiki/Bakau

DAPATAN KAJIAN

Biotik & Abiotik

Berdasarkan dapatan kajian yang kami perolehi di Taman Negara Tanjung Piai ialah komponenkomponen biotik dan abiotik. Komponen biotik merupakan komponen benda hidup yang bernafas dan menjalankan aktiviti kelangsungan hidup. Benda hidup terdiri daripada hidupan di bumi seperti manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan. Komponen biotik yang terdapat di kawasan kajian terdiri daripada flora dan fauna yang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi ini berlaku sama ada antara tumbuhan dengan tumbuhan, tumbuhan dengan haiwan, atau haiwan dengan haiwan. Interaksi tersebut biasanya berlaku melalui hubungan makanan (rantaian makanan) dalam suatu komuniti yang terdiri daripada populasi haiwan dan tumbuhan yang tinggal bersama dalam suatu habitat dan saling berinteraksi. Contoh komponen biotik dalam ekosistem hutan paya bakau ialah pokok bakau minyak, ia juga disebut dengan nama bakau tandok, bakau akik, bakau kacang dan lain-lain. Memiliki nama ilmiah Rhizophora apiculata (atau sering pula disebut R. conjugata L.). Tandanya, dengan warna kemerahan pada tangkai daun dan sisi bawah daun. Bunga biasanya berkelompok dua-dua, dengan daun mahkota gundul dan kekuningan. Buah kecil, coklat, panjangnya 2 3,5 cm. Hipokotil dengan warna kemerahan atau jingga, dan merah pada leher kotiledon bila sudah matang. Panjang hipokotil sekitar 18 38 cm. Selain itu. Pokok Berus adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Bruguiera cylindrical. Pokok Bakau Asli daunnya boleh mencegah penyakit bisul selama setahun. Manakala hujan merupakan pembekal utama sumber air kepada kompenen biotik. Hujan turun dengan lebat kira-kira 2000 mm setahun dan tiadanya musim kemarau yang nyata. Disamping itu hujan ini juga menjamin udara yang lembab. Tanih juga merupakan antara komponen abiotik. Tanih berasal daripada batuan yang telah diluluhawakan secara luluhawa kimia yang menghasilkan pelbagai jenis regolit / tanih seperti tanah laterit, tanah liat, tanah pasir dan sebagainya. Di kawasan kajian terdapat pelbagai jenis komponen biologi paya bakau dan ia sangat beragam dan saling berhubung kait antara satu dengan yang lain membentuk suatu ekosistem tersendiri iaitu ekosistem

hutan paya bakau. Kepelbagaian itu antaranya adalah kepelbagaian biota tanah paya bakau, biota perairan paya bakau, kepelbagaian tanaman paya bakau (vegetasi / flora) serta kepelbagaian haiwan (fauna) pada hutan paya bakau. Vegetasi paya bakau yang terdapat beberapa kawasan paya bakau di Malaysia antaranya adalah:1) Rhizophora Apiculata, Rhizophora Mucronata, Rhizophora Stylosa 2) Avicennia Alba, Avicennia Lanata, Avicennia Marina, Avicennia Officinalis 3) Bruguiera Parviflora, Bruguiera Cylindrica, Bruguiera Gymnorrhiza 4) Sonneratia Ovata, Sonneratia Caseolaris, Sonneratia Alba 5) Acanthus Ilicifolius

Hutan paya bakau merupakan tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa spesies seperti ikan, ketam, udang dan, kerang di mana hutan ini merupakan tempat hidupan berkenaan menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Jika hilangnya hutan ini ia bukan sahaja memberi kesan tidak langsung tetapi juga kesan langsung ke atas ekonomi sesebuah negara akibat kehilangan pendapatan dari industri perikanan. Walaubagaimanapun, keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan sebaliknya akibat dari peredaran musim. Ianya boleh dieksploitasikan untuk pelancungan tanpa mengorbankan hutan itu sendiri dari tuntutan komersial. Belbagai haiwan yang biasa hidup di kawasan hutan paya bakau ini adalah buaya, ular dan paling banyak adalah burung. Beberapa jenis burung yang biasa terdapat di hutan paya bakau adalah dicaceum hirundinaceum, amyema spp. (Chapman, 1975). Selain daripada tumbuhan dan haiwan juga terdapat pelbagai jenis biota tanah hutan paya bakau yang biasa hidup di dalam tanah, seperti cacing dan sebagainya. Terdapat juga kekayaan hutan paya bakau yang tidak terlalu mendapat perhatian daripada masyarakat padahal peranan daripada kekayaan ini sangat besar dalam membantu ekosistem hutan paya bakau, ianya adalah fungi. Fungi-fungi yang terdapat di kawasan hutan ini sangat bermanfaat dalam membantu tumbuhan paya bakau menyerap bahan-bahan pencemar yang masuk ke perairan dengan cara fungi tersebut berasosiasi dengan akar tanaman tertentu. Akan tetapi fungi mempunyai daya tampung yang terbatas dalam menyerap bahan-bahan pencemar seperti logam berat mahupun yang lainnya. Oleh kerana itu apabila kandungan bahan pencemar terlalu tinggi maka populasi fungi tersebut akan menurun dan juga beberapa fungi yang tidak dapat bermandiri akan musnah. Ini

merupakan satu contoh kes yang pernah di teliti di Muara Angke Jakarta oleh seorang pelajar di Institut Pertanian Bogor, Indonesia. Beberapa fungi yang sering ditemukan di hutan paya bakau iaitu aspergillu, penicillium, talaromyces, eupenicillium, trichoderma.

Proses aliran tenaga dalam rantaian makanan

Pengguna Tertier (karnivor besar) kira-kira 10% sahaja dalam kecekapan pemindahan tenaga. sebahagian besar (90%) tenaga terhilang dalam proses -proses respirasi dan metabolisme dan pertumbuhan

Kecekapan pemindahan tenaga kira-kira 10%

Pengguna sekunder(karnivor kecil) kira-kira 10% daripada biojisim mangsa ditukar menjadi daging badannya. Sebahagian besar (90%) tenaga terhilang dalam proses respirasi dan metabolisme dan pertumbuhan

Kecekapan pemindahan tenaga kira-kira 10%

Pengguna primer(herbivor) Apabila haiwan memakan tumbuhan, kira-kira 10% daripada biojisim tumbuhan ditukar menjadi tisu haiwan. Sebahagian besar (90%) tenaga terhilang dalam proses-proses respirasi dan metabolisme dan pertumbuhan

Kecekapan pemindahan tenaga kira-kira 10%

Pengeluar (tumbuhan hijau iaitu pokok bakau) Daripada 8% tenaga cahaya tersebut hanya 2% daripada digunakan untuk proses fotosistesis. Bahagian tenaga yang lain digunakan untuk proses metabolism, transpirasi dan pertumbuhan dan sebagainya.

Hanya 8% daripada cahaya matahari yang sampai ke bumi digunakan oleh tumbuhan hijau.

Matahari

Kepentingan ekosistem bakau kepada alam sekitar fizikal & alam sekitar manusia.

Alam sekitar fizikal:

Kepentingan ekosistem bakau adalah sempadan antara daratan dan lautan. Semua persisiran pantai menghadapi bahaya hakisan akibat tindakan ombak dan arus pasang surut. Vegetasi hutan paya bakau dapat menstabilkan persisiran pantai, tebingan sungai dan estuaries dengan memberi perlindungan dari arus pasang surut, ombak dan rebut. Hutan paya bakau bukan sahaja melindungi daripada hakisan tanah tetapi mengumpulkan semula tanah yang terhakis dari laut. Ianya berlaku apabila ombak menolak tanah/lumpur dari laut ke daratan dan hutan paya bakau dengan sistem akarnya yang unik dapat menggumpul tanah berkenaan. Ini merupakan fenomena yang unik, kerana kecenderungan laut untuk menengelami daratan.

Walaubagaimanapun, keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan sebaliknya akibat dari peredaran musim. Ianya boleh dieksploitasikan untuk pelancungan tanpa mengorbankan hutan itu sendiri dari tuntutan komersial. Selain itu juga, Hutan paya bakau merupakan sumber daya alam yang mempunyai manfaat yang banyak dengan pengaruh yang sangat luas di lihat daripada pelbagai aspek sosial, ekonomi dan ekologi. Biasanya peranan hutan paya bakau bagi kehidupan dapat di ketahui daripada banyaknya jenis binatang dan tumbuhan termasuk manusia yang hidup bergantung pada hutan paya bakau. Menurut Abdullah (1986) hutan paya bakau yang merupakan ekosistem penyangga antara daratan dan lautan memegang peranan penting dalam mendukung produktiviti laut yang berada di sekitarnya. Hutan paya bakau berperanan penting dalam aliran tenaga dan siklus hara pada daerahdaerah pantai, sepertimana di Indonesia yang memiliki garis pantai yang cukup panjang. Pada beberapa negara, hutan paya bakau disalahgunakan sebagai tempat pembuangan sisa yang mengandungi logam berat dari kawasan industri yang terletak di sepanjang teluk. Besarnya peranan vegetasi hutan paya bakau ini dalam kitaran logam berat tergantung pada keseimbangan antara pergerakan logam dalam sistem yang bersangkutan dan pengeluaran atau dekomposisi melalui serasah serta bahan-bahan organik. Peranan hutan paya bakau di dalam proses-proses ekologi dan sistem penyangga kehidupan adalah mencegah intrusi air masin ke daratan yang dapat merosakkan kawasan-kawasan pertanian dan untuk bekalan air minuman. Menahan angin dan ombak. Tempat pembiakan pelbagai biota laut, ikan, udang dan sebagainya yang bermanfaat bagi kehidupan manusia. Sebagai penyaring dan pengurai bahan-bahan organik yang datangnya dari daratan yang dibawa oleh aliran permukaan air hujan dan air sungai.

Hutan paya bakau mempunyai pelbagai fungsi dan fungsi ini yang paling menonjol dan tidak dapat digantikan oleh ekosistem lain adalah kedudukan hutan paya bakau sebagai mata rantai yang menghubungkan kehidupan ekosistem laut dengan ekosistem daratan. Fungsi ekosistem hutan paya bakau secara luas dinyatakan iaitu: 1. Fungsi Fizikal: Menjaga garis pantai dan tebing sungai atau danau agar tetap stabil. Mempercepat perluasan tanah. Mencegah intrusi air asin ke daratan. Mengolah bahan sisa buangan.

2. Fungsi Biologi: Tempat pembiakkan benih-benih ikan, udang, dan kerang-kerang dari lepas pantai. Tempat bersarang burung-burung besar. Habitat alami bagi banyak biota.

3. Fungsi Ekonomi: Lahan tambak ikan atau udang. Tempat pembuatan garam. Tempat rekreasi. Penghasil kayu atau balak dan penghasil bukan kayu.

Kepentingan lain Hutan paya bakau juga berfungsi mempengaruhi pergerakan udara atau ribut yang bertiup kencang daripada arah laut yang mampu merosakan harta benda awam dan kadangkala boleh meragut nyawa manusia. kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan yang banyak berbanding di kawasan lapang akan menghalang pergerakan atau tiupan angin, jelaslah bahawa kadar kelajuan angin rendah di kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan berbanding di kawasan lapang.

Alam Sekitar Manusia: Kepentingan Paya Bakau kepada alam sekitar manusia sebagai ekosistem untuk sektor perikanan pinggir pantai yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Selain itu, Sebagai tempat bagi burung-burung akuatik tempatan dan burung-burung penghijrah dan sebagai pelindungan pinggir pantai, merupakan pemampan semulajadi yang dapat menghalang ombak dan melindungi angin dari sampai ke pinggir pantai serta sebagai kawasan rekreasi, pelancongan serta tempat penyelidikan dan pendidikan. Banyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai komersial hidup di kawasan bakau dan persekitarannya. Keuntungan daripada kegiatan perikanan di kawasan bakau mencecah berjutajuta ringgit setahun. Penduduk setempat dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau sebagai sumber kayu balak . Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau untuk membina rumah dan bot (sebagai rasuk, alang, pelancar dan tiang). Kayu bakau juga digunakan untuk membuat perangkap ikan. Arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan api. Kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot). Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan jaring ,kain layar dan pelekat plastik. Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya dijadikan makanan oleh penduduk setempat Ubat-ubatan (contohnya dedaun , tunas , buah-buahan dan biji benihnya).Daun-daun Nipah yang bersaiz besar digunakan dalampembuatan atap dan rokok daun serta penganyaman bakul dan tikar. Kepentingan hutan bakau kepada masyarakat yang tinggal di kawasan bakau cukup dirasai. Bertindak sebagai satu zon penampan kepada ribut, kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa akibat dari bencana semulajadi ini dapat dikurangkan. Di kawasan yang hutan bakaunya telah ditebang, kemusnahan harta benda akibat ribut adalah tinggi. Di samping itu, masalah hakisan dan pemendakan yang teruk turut berlaku. Melalui sistem akar yang cetek, bakau mempunyai keupayaan untuk memerangkap dan menstabilkan sedimen pantai dan muara. Hutan bakau sangat berkesan memerangkap sedimen sehingga berjaya menebus guna tanah dari laut dengan membentuk satu kawasan delta yang luas. Memanfaatkan benteng semula jadi yang dimiliki Negara membicarakan mengenai benteng atau kubu semula jadi itu, kita tidak ada pilihan selain bergantung kepada hutan bakau yang dianggap terbaik dan tidak memerlukan kos.Selain itu, kawasan bakau di bawah kerajaan negeri juga telah banyak ditukar status untuk dibangunkan menjadi kawasan perumahan, kolam akuakultur, perindustrian dan lain-lain.ekosistem paya bakau terletak di antara sistem laut dan

darat menjadikannya hutan yang amat bernilai dan menjadi rebutan. Payau bakau menjadi habitat kepada banyak spesies invertebrat termasuk udang harimau, ikan dan ketam dan organisma bentik (hidup di dasar) lain. Kegunaan langsung secara tradisinya merujuk kepada pengeluaran sumber untuk kayu, bahan api, kraf tangan dan perikanan serta akuakultur serta perubatan yang tidak didokumentasikan.Kajian perubatan ini pula telah dijalankan oleh seorang penyelidik dari India yang mendapati bahagian-bahagian tertentu seperti daun spesies bakau seperti B. Cylindrica, Ceriops, Decandra, R. apiculata dan R. mucronata boleh dijadikan teh manakala spesies lain pula berpotensi untuk menghasilkan perisa dan digunakan sebagai bahan ubatan. Apa yang menarik juga ialah kegunaan fizikal pokok bakau termasuk ekologinya yang sesuai untuk pertumbuhan atau habitat organisma air.

Usaha-usaha memelihara & memulihara keseimbangan ekosistem kawasan kajian Usaha-usaha memelihara langkah-langkah memeliharanya tidak dijalankan dengan serius. Buat masa ini, paya bakau adalah dilindungi di bawah berbagai-bagai rangka perundangan yang kurang memberikan perlindungan secara menyeluruh terhadap hutan paya bakau. Perundangan yang ada mempunyai keutamaan yang berbeza-beza terhadap pemeliharaan paya bakau dan juga cara-cara pendekatan yang berbeza-beza. Memandangkan paya bakau adalah berkait dengan tanah, air, hutan dan hidupan liar, maka mana-mana peraturan berkenaan perkara-perkara tersebut adalah berkait secara lansung dengan paya bakau. Kebanyakan daripada peraturan-peraturan tersebut tidak digubal bagi pemeliharaan persekitaran paya bakau secara khususnya. Ia hanya mengawal aktiviti-aktiviti manusia yang mungkin secara langsung atau tidak langsung memberi kesan terhadap kualiti persekitaran paya bakau. Berdasarkan sifat semulajadi paya bakau maka peraturan-peraturan yang berkait dengannya adalah Kod Tanah Negara 1965, (Akta 56), Akta Perhutanan Negara 1984, (Akta 313), Enakmen Air 1920, (Akta 418), Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, (Akta 76), Akta Taman Negara 1980, (Akta 226), Akta Perikanan 1985, (Akta 317) dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127).

Kawasan paya bakau hendaklah turut dinyatakan dalam Akta Perhutanan ini sebagai kawasan yang harus dikekalkan sebagai hutan simpanan kekal kerana pokok bakau juga memainkan peranan ekonomi dalam penghasilan kayu dan arang, melindungi persisiran pantai dari hakisan, memberi perlindungan kepada hidupan liar dan berperanan sebagai habitat dan kawasan asuhan kepada spesies-spesies marin yang mempunyai nilai komersial sama seperti hutan hujan tropika lain (Bunt 1985; Burchett 1985). Keutamaan hendaklah diberikan terhadap merezabkan kawasan hutan paya bakau yang asli sebagai kawasan simpanan selagi peluang berbuat demikian masih wujud (Mastaller 1996). Selain itu kawasan-kawasan paya bakau lain seperti yang terletak di muara sungai juga perlu diberi perlindungan. Kawasan ini penting bagi menstabilkan ekologi kawasan lestuari.

Kawasan paya bakau kaya dengan hidupan dan bertindak sebagai kawasan pembiakan serta memelihara kepelbagaian genetik. Kawasan paya bakau juga menampung penduduk-penduduk yang bergantung terhadap bekalan hasilan kawasan paya bakau, bertindak sebagai zon pemampan daripada hakisan, ribut dan angin, kawasan asli bagi tujuan pendidikan, penyelidikan dan rekreasi serta berfungsi sebagai pelindung dan penstabil ekologi ekosistem pulau. Kawasan-kawasan paya bakau yang penting ini perlu dilindungi (Bunt 1985; Burchett 1985; Dugan 1987; Hegerl 1984). Perlindungan hutan paya bakau sebagai hutan simpan di sepanjang persisiran pantai dapat melindungi fungsi-fungsinya terutama sebagai kawasan asuhan dan pembiakan ikan laut serta krustasia. Pemeliharaan yang dijalankan secara menyeluruh dapat menyumbang kepada penghasilan perikanan persisiran pantai pada tahap lestari (Manan 1987). Hutan paya bakau boleh bertindak sebagai zon pemampan yang mengurangkan hakisan tepian pantai dan aras kandungan pepejal terampai yang mengalir ke laut. Bahan enapan menurunkan kualiti air dan memberi kesan negatif terhadap tumbuhan dan haiwan akuatik. Pokok bakau juga berupaya mengurangkan tenaga ombak, arus dan ribut yang melanda tepian pantai. Ini mengakibatkan bahan enapan mendap ke dasar. Akar pokok bakau memerangkap dan menstabilkan bahan-bahan enapan ini serta bahan-bahan toksik seperti pestisid dan bahan buangan domestik serta industri yang melekat pada bahan enapan tersebut. Hasilnya kurang bahan enapan dan bahan-bahan toksik ini boleh masuk semula ke laut (Khan 1995). Selain itu hutan simpan paya bakau boleh dijadikan kawasan rekreasi dan juga sebagai kawasan untuk menjalankan penyelidikan serta pendidikan. Ini dapat membantu dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai hutan paya bakau dan juga membolehkan pemonitoran dan pengurusan yang lebih terperinci dijalankan (Choy dan Booth, 1994; Nurkin 1994).

Bagi menjalankan pemeliharaan kawasan paya bakau dengan lebih menyeluruh maka satu polisi khas yang mempunyai pendekatan terhadap isu-isu berkaitan paya bakau, pengurusan paya bakau serta sumber-sumbernya pada tahap yang lestari bagi mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dan pemeliharaan persekitaran perlulah dirangka (Bunt 1985; Burchett 1985). Buat masa ini terdapat berbagai polisi dan undang-undang yang mempunyai kesan secara langsung atau tidak langsung ke atas paya bakau .Terdapat beberapa polisi persekitaran, ekonomi dan sosial yang memberi kesan penting ke atas pemeliharaan paya bakau dan kegunaannya. Polisi-polisi dan strategi-strategi yang sedia ada ini mempunyai pendekatan yang berbeza-beza ke atas pemeliharaan paya bakau

Usaha-usaha memulihara

Mewartakan hutan simpan dan taman Negara sebagai kawasan perlindungan hidupan di paya bakau. Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan oleh kerajaan untuk memulihara hutan paya bakau terebut. Majlis ini mengawal semua kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang disetiap negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan berlebihan tidak berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastikan keadaan hutan paya bakau asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan perlindungan hidupan liar, dan taman Negara.

Antara beberapa contoh kawasan hutan paya bakau di Johor termasuklah Taman Negara endau Rompin, Gunung Ledang , Taman Negara Tanjung Piai, Pulau Kukup, dan Kepulauan mersing. Penebangan hutan paya bakau dan aktiviti perburuan hidupan liar dikawasa-kawasa tersebut adalah diharamkan.

Kawasan hutan paya bakau yang telah ditebang telah ditanam semula dengan pokok-pokok baru dan penanaman semula secara percubaan dijalankan. Pokok bakau yang telah ditebang dan kawasan yang terbiar akibat pencemaran yang berlaku. Projek penanaman ini dijalankan seperti mana di Taman Negara Tanjung Piai.

Baka spesis yang digunakan untuk penanaman semula ditentukan selepas penyelidikan dijalankan oleh Institut Penyelidikan Penghutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. Program

penanaman juga telah dijalankan di Taman Negara Tanjung Piai, Johor. Disini spesis paya Laut seperti bakau kurap dan bakau minyak ditanam. Spesis pokok-pokok yang digunakan dalam usaha penanaman semula mempunyai potensi bagi kegunaan pada masa depan.

RUMUSAN

Kehidupan manusia amatlah berkait secara langsung mahupun tidak dengan hutan paya bakau ini, dari hutan itu sendiri hinggalah kepada peranan peranan hutan itu menstabilkan geofizikal sesuatu kawasan. Nilainya tidak kurang dari hutan jenis hutan tropika lain. Lagipun kepentingan hutan ini bukannya hanya kepada nilai hutan itu sendiri tetapi kerana kedudukannya strategik di perbatasan antara lautan dan daratan.

Adalah menjadi satu kerugian jika hutan ini dibiarkan begitu sahaja, namun begitu jika eksploitasi berlebihan dilakukan hutan ini akan musnah. namun begitu membiarkan hutan ini begitu sahaja kurang memberi manafaat, seelok-eloknya ambilah jalan tengah agar kewujudnnya berkekalan. Satu sistem pengurusan hutan paya bakau yang efisien perlu dilaksanakan supaya tidaklah nanti yang dikejar tidak dapat yang di kendong berciciran. Memandangkan terdapat berbagai hasilan yang boleh didapati dari kawasan paya bakau dan berlakunya perubahan daripada penggunaan secara tradisional kepada aktiviti-aktiviti pembangunan besar-besaran yang mengakibatkan perbalahan dalam penggunaan sumber oleh sektor-sektor yang berbeza maka satu sistem pengurusan yang lebih meluas dan disokong oleh rangka perundangan dan peraturan-peraturan tambahan adalah diperlukan. Kepentingan hutan paya bakau kepada semua seharusnya dihargai dan usaha-usaha memeliharanya perlu dijalankan. Dewasa ini, timbulnya masalah-masalah persekitaran yang berkembang dengan cepat, yang dipengaruhi dengan pertumbuhan pesat bilangan penduduk, kerosakkan persekitaran, eksploitasi bahan alam yang terbatas telah menimbulkan kegusaran masyarakat yang sangat serius terhadap alam sekitar. Sebagai rumusannya, alam sekeliling harus menanggung beban yang cukup berat dan ini dapat mengganggu keharmonian proses-proses biologi atau mikrobiologi yang ada. Keadaan ini mendorong sikap sebahagian masyarakat menjadi berubah.

CADANGAN

Kami mencadangkan pembalakan di hutan bakau mesti dijalankan dengan konsep sustainable dan penghasilan berterusan. Contoh kaedah penebangan mengikut jaluran. Hanya jaluran yang dipastikan sahaja akan ditebang. Pokok bakau dijalur lain akan terus hidup dan akan mengekalkan kepelbagaian spesis pokok yang ada dan dapat menggalakkan proses regenerasi dan menjadi penahan ombak serta pelindung bagi haiwan yang hidup disini.

Hutan bakau digazetkan sebagai kawasan rezab ikan. Ini adalah penting kerana kawasan hutan bakau merupakan kawasan pembiakan dan pembesaran ikan, udang, dan ketam dan hidupan laut yang lain. Pemeliharaan hutan bakau ini akan menentukan bekalan hasil laut dapat berterusan.

Cadangan lain termasuk mengurangkan lesen pembalakan dikawasan hutan bakau. Ini akan menentukan hutan bakau tidak dimusnahkan sewenang-wenangnya oleh kegiatan pembalakan. Jika lesen diberi, kajian dan pemerhatian yang teliti harus dibuat supaya pengambilan kayu bakau perlu diimbangkan dengan pemuliharaanya dan tidak merosakkan keadaan semula jadi. Kerajaan juga perlu mempunyai undang-undang yang ketat untuk menghalang pembalakan hutan bakau yang tidak mempunyai lesen. Pengawasan yang rapi perlu dijalankan khususnya bagi mengawal pengusaha sector pembinaan supaya aktiviti mereka tidak menjejaskan ekosistem hutan bakau.

Vous aimerez peut-être aussi