Vous êtes sur la page 1sur 27

Indah Keli Sdn. Bhd.

|1

TATIUC

INDAH KELI SDN. BHD.

TAJUK PROJEK : PEMBIAYAAN KEWANGAN PERMULAAN PERNIAGAAN UNTUK

Indah Keli Sdn. Bhd. |2

ISI KANDUNGAN Kandungan 1.0 2.0 Ringkasan Eksekutif Maklumat Am Syarikat Muka Surat 2 3

3.0

Kajian Pasaran & Strategi Pemasaran 3.1 3.2 3.3 3.4 Keterangan Produk Analisa Permintaan Persaingan Strategi Pemasaran

4.0

Pelan Operasi 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Bangunan Ubahsuai Mesin & Peralatan Tenaga Kerja Bahan Mentah Utiliti

14

5.0

Jadual Pelaksanaan Projek

22

6.0

Kewangan 6.1 6.2 6.3 6.4 Anggaran Pendapatan Anggaran Kos Projek Analisa Kewangan Sumber Pembiayaan

23

7.0 8.0

Rumusan Rujukan Lampiran

39 40 41

Indah Keli Sdn. Bhd. |3

1.0

RINGKASAN EKSEKUTIF

Untuk berjaya dalam keusahawanan matlamat dan asas pencapaian yang berteraskan kekuatan adalah penting dalam sesebuah perniagaan. Kecekapan dalam pelan perniagaan yang berjaya dapat membantu dalam pengurusan operasi perniagaan. Daripada pelan perniagaan yang telah dirangka kami dapat mengenal pasti dalam potensi perniagaan dan permintaan pasaran dalam pasaran perniagaan. Selepas daripada kajian yang dibuat kami mendapati bahawa perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) amat berpontensi memberikan keuntungan berteraskan saiz pasaran. Dalam perancangan perniagaan kita harus mengetahui lebih banyak maklumat dalam bidang yang ingin deceburi. Pelan perniagaan ini juga harus mengandungi objektif misi dan juga wawasan dalam sesebuah organisasi. Hal ini disokong oleh

maklumat tentang perancangan pentadbiran. Seperti yang telah diterangkan dalam 3.4 strategi pemasaran dan 4.0 pelan operasi khususnya. Pelan perniagaan bukan sahaja melibatkan pesaing dalam pasaran tetapi juga dalam perkhidmatan pembangunan poduk, ini kerana perkhidmatan pembagunan produk yang baik akan dapat memasarkan pengeluaran produk diseluruh kawasan dan negeri. Pelan perniagaan ini juga mengandungi maklumat tentang bioteknologi dalam perindustrian Ikan Keli air tawar. Ini amat penting dalam proses pencapaian yang terbaik dalam perindustrian Ikan Keli air tawar, kegagalan untuk mendalami ilmu bioteknologi akan menjadikan proses penghasilan Ikan Keli air tawar tidak berjaya sepenuhnya. Semua maklumat ini termasuk dalam perancangan perniagaan dan amat berguna untuk usahawan-usahawan yang baru sebagai satu garis panduan sebelum melibatkn diri dalam bidang perindustrian industri sederhana kecil kerana ia terisi dalam banyak risiko.

Indah Keli Sdn. Bhd. |4

2.0

MAKLUMAT AM SYARIKAT

Nama Syarikat Logo Syarikat

Indah keli Sdn. Bhd.

No. Pendaftaran Alamat Syarikat

P 0042020-K No, 356 Kampung Guar Panji, Bukit Keteri Kangar, 02450 Kangar Perlis. Tel : 04-9991356 Faks : 04-9992356

Pegawai untuk dihubungi Senarai Pemegang Saham

1) Fahmin bin Kamarudin (019 5543329) 2) Nur Farah Hananim bt Yunos (014 6654430) 1) Fahmin bin Kamarudin (saham 30% - Tanah 2 ekar) 2) Nur Farah Hananim bt Yunos (saham 25% - RM 25,000)

3) El Nurwanie bt Mokhyin (saham 15% - RM 15,000) 4) Nurul Najwa bt Ismail (saham 15% - RM15,000) 5) Nur Azrah bt Abu Bakar (saham 15% - RM15,000) 6) Nur Hasanah bt Haramaini (saham 15% - RM15,000) 7) Muhammad Fakhrulrazi bin Saad 8) Siti Nur Hazirah bt Holil 9) Nurul Dalila bt Shafei 10) Siti Aesah bt Sirojudin 11) Sy.Putera Amirul Hakimi Sy.Amran (saham 10% - RM10,000) (saham 10% - RM10,000) (saham 10% - RM10,000) (saham 10% - RM10,000) (saham 5% - RM5,000)

Kegiatan

Utama Pembekal Ikan Keli/Pemasaran benih Ikan keli & Ikan Keli matang Sampingan 1. Ikan keli Pekasam

Indah Keli Sdn. Bhd. |5

2. Bebola Ikan Keli 3. Ikan Keli Salai Maklumat Bank SME Bank No. 1 Jalan Kangar, Seriap 01000 Kangar, Kuala Perlis. Tel : 04 77766/9775466 Faks : 04 9770466

2.1

Carta Organisasi dan Bidang Tugas

PENGARAH URUSAN EN. FAHMIN BIN KAMARUDIN

PENOLONG PENGARAH CIK NUR FARAH HANANIM BT YUNOS

PEGAWAI EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA CIK EL NURWANIE BT MOKHYIN

PEGAWAI EKSEKUTIF KEWANGAN CIK NURUL NAJWA BT ISMAIL

PEGAWAI EKSEKUTIF OPERASI DAN TEKNIKAL CIK NUR AZRAH BT ABU BAKAR

PEGAWAI EKSEKUTIF PEMASARAN CIK NUR HASANAH BT HARAMAINI

PEGAWAI KAWALAN KUALITI PRODUK EN. FAKHRULRAZI BIN SAAD

PEGAWAI VETERINAR CIK SITI NUR HAZIRAH BT HOLIL

PEGAWAI PENTADBIRAN CIK NURUL DALILA BT SHAFEI

KERANI PENTADBIRAN KETUA PEKERJA OPERASI EN. SY. PUTERA AMIRUL HAKIM BIN SY. AMRAN CIK SITI AESAH BT SIROJUDIN

Indah Keli Sdn. Bhd. |6

3.0 3.1

KAJIAN PASARAN DAN STRATEGI PEMASARAN Keterangan Produk / Projek 3.1.1 Lokasi Tapak Lokasi bagi penternakan Ikan Keli yang dipilih ialah di Kampung Guar Panji Kangar, Perlis. Lokasi ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik iaitu berdekatan dengan pusat petempatan, pasaraya membeli-belah, pasar Kangar, restoran dan sebagainya. Selain itu, lokasi yang dipilih ini ini juga terletak di antara pusat pendidikan seperti UiTM Arau, Politeknik Perlis, UUM dan lain-lain (Rujuk peta 3.1pada lampiran). Lokasi Kampung Guar Panji yang mempunyai kemudahan

infrastrukturseperti Jalan Raya juga akan memudahkan segala kerja-kerja dan pengurusan dapat dilakukan dengan lancar. Kelebihan ini membuatkan persaingan yang berlaku dapat diatasi dan memperluaskan perusahaan dapat dilakukan. Penghasilan produk yang baru di pasaran dapat diperkembangkan kerana terdapat banyak kedai-kedai dan pasaraya yang berhampiran

memasarkan produk tersebut.

3.1.2 Konsep Produk Perusahaan Ikan Keli dengan menggunakan kaedah ternak dalam kanvas amat menguntungkan kerana pengurusan ternakan mudah dikendalikan dan berkualiti. Kualiti air juga dapat ditentukan dengan menggunakan alat pengukur PLT disamping sistem pengairan yang berkesan dan praktikal. Proses penuaian hasil juga mudah dilakukan melalui cara menggunakan saluran air limbah dengan membuka saliran paip paras air dan seterusnya menahan Ikan Keli di saluran air keluar. Proses ini amat mudah dikendalikan hanya memerlukan 2 hingga 3 orang pekerja sahaja.Penternakan Ikan Keli yang menggunakan kanvas juga telah

terbukti dapat meningkatkan hasil pengeluaran. Hal ini kerana pengurusan ternakan yang mudah dipantau dan penjagaan dari aspek kebersihan kualiti air dapat ditentukan sendiri oleh penternak.

Indah Keli Sdn. Bhd. |7

Kerja-kerja penggredan Ikan Keli mengikut saiz juga mudah dilakukan kerana dasar kanvas yang rata dan tidak berlumpur serta tidak terlalu dalam. Pengasingan mengikut saiz dilakukan bagi mengelakkan berlakunya

pemangsaan sesama mereka. Di samping Ikan Keli yang diternak di dalam kanvas jugamempunyai rasa yang enak, pejal dan berkualiti.

3.1.3 Ringkasan Spesifikasi Produk Produk utama yang syarikat kami hasilkan dan pasarkan ialah anak benih Ikan Keli, Ikan Keli matang. Selain itu, kami juga amat kreatif dan berinovatif dalam mempelbagaikan produk kami iaitu dengan menghasilkan produk sampingan seperti Bebola Ikan Keli, Ikan Keli Pekasam, dan Ikan Keli Salai. Anak benih Ikan Keli dijual dengan harga RM0.10 bagi saiz 1 inci. Manakala saiz 3inci dijual dengan harga RM0.20. Ikan Keli matang sudah boleh dijual pada bulan keempat dengan harga RM6.00 hingga RM8.00 sekilo tidak termasuk kos penghantaran. Bagi Bebola Ikan Keli kami meletakkan harga RM7.50 setiap 300gram. Ikan Keli Pekasam pula dijual dengan harga RM8.00 iaitu 500gram satu bungkus. Akhir sekali, Ikan Keli Salai pula diisi di dalam kotak yang mengandungi 5 ekor dengan harga RM15.00.

3.2

Analisis Permintaan 3.2.1 Sasaran Tumpuan Pasaran Lokasi penternakan Ikan Keli dan pemprosesan Ikan Keli yang terletak di Kampung Guar Panji, Kangar Perlis ini merupakan lokasi yang strategik di antara semenanjung Malaysia dengan Thailand telah menjadikan kawasan tumpuan pasaran syarikat kami meluas selain dengan kawasan yang berhampiran dengannya seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang dan tumpuan utama Negeri Perlis itu sendiri serta penggemar Ikan Keli daripada Thailand juga mudah untuk memperolehnya. Di samping kawasan lokasi itu sendiri terdapat banyak

Indah Keli Sdn. Bhd. |8

kampung-kampung dan taman perumahan yang berdekatan dengan lokasi penternakan Ikan Keli tersebut yang membolehkan perusaha Ikan Keli melebarkan sayap pasarannya. Sasaran pasaran kami lebih menumpukan kepada pengusaha Ikan Keli, hotel, restoran, mini market, pasar basah, kedai runcit dan pemborong yang terdapat di sekitar Perlis, Kedah, negeri-negeri utara dan pantai timur. Pasaran Ikan Keli hidup banyak tertumpu pada kawasan sekitar Perlis iaitu di restoran, kedai makan, kantin dan hotel. Ikan Keli mati yang segar pula di pasarkan di sekitar pasar basah, gerai jualan makanan, restoran dan juga hotel. Manakala produk Ikan Keli yang sudah diproses seperti bebola ikan, ikan pekasam dan ikan salai tertumpu di sekitar kawasan mini market, pasar basah dan kedai runcit. Melalui menggalakkan pasaran ke merata tempat, didapati permintaan sangat dan

daripada

pengusaha-pengusaha

makanan

setempat

permintaan ini akan berterusan meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu, pihak pengusaha berusaha untuk menggekalkan pengeluaran berterusan bagi memastikan kesinambungannya.

3.2.2 Saiz Pasaran Bidang akuakultur merupakan sektor pengeluaran makanan yang paling cepat membiak seperti yang telah dipastikan oleh Pertubuhan Makanan Dan Pertanian Dunia (Food and Agriculture Organization,FAO). Bidang ternakan akuakultur ini berkembang dalam 11% setahun jika di bandingkan dengan industri penternakan haiwan iaitu 3.1% dan tangkapan ikan laut 0.8%. Terdapat 340,012 tan metrikikan yang telah diimport Malaysia iaitu bernilai RM1.241 bilion setahun. Manakala terdapat sebanyak 21,000 tan metrik pengeluaran spesis akuakultur air tawar yang berjumlah RM99 juta dalam setahun. Ikan air tawar termasuklah jualan Ikan Keli.Dalam pasaran tempatan Ikan Keli mendapat sambutan yang menggalakan daripada seluruh negeri kerana di setiap pelosok negeri terdapat penggemarnyayang terdiri daripada pengusaha makanan,

Indah Keli Sdn. Bhd. |9

restoran dan pemborong yang terdapat di sekitar kawasan Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Menjelang tahun 2010, Malaysia memerlukan 600 ribu tan metrik ikan dalam tempoh setahun daripada industri akuakultur untuk menampung keperluan dan kehendak pasaran. Permintaan yang tinggi terhadap industri akuakultur membolehkan kami mengembangkanlagi saiz pasaran kami. Setiap hari kami akan memasarkan dalam lingkungan 20kg/org sehingga 50kg/org Ikan Keli kepasaran dan untuk diproses menjadikan produk untuk dipasarkan ke kawasankawasan Utara dan Pantai Timur.Pemborong boleh mendapat harga yang lebih murah daripada harga pasaran sekiranya mengambil terus daripada kami. Pemborong akan jimat dalam RM0.08/kg. Secara keseluruhannya dalam tempoh setahun perusahaan Ikan Keli akan dijual kepada 7200kg/org hingga 18000kg/org setahun iaitu RM 14,400/org hingga RM108,000/org dalam tempoh setahun.

3.3

Persaingan

Industri penternakan Ikan Keli mempunyai pasaran yang baik menyebabkan ramai usahawan tani berminat untuk menceburi diri dalam bidang terbabit. Faktor ini disokong dengan faktor pertambahan bilangan penduduk dan keperluan sumber makanan yang semakin meningkat. Berdasarkan situasi dan keadaan semasa, syarikat kami tidak menghadapi saingan yang sengit memandangkan keperluan dan permintaan pasaran tempatan masih tidak mencukupi.

3.3.1 Persaingan Sedia Ada dan Ancaman Persaingan Baru Ternakan Ikan Keli bukanlah sesuatu yang baru, permintaan yang baik di samping harga pasarannya yang agak tinggi telah menjadikan ternakan Ikan Keli di antara ternakan ikan air tawar yang paling popular di Malaysia sejak akhirakhir ini, serta telah ramai juga penternak berjaya mengusahakannya. Tambahan

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 10

pula kini terdapat pelbagai kaedah dengan penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan hasil Ikan Keli dipasarkan berikutan permintaan yang begitu menggalakkan.Persaingan ini juga bukan sahaja melibatkan pemasaran tetapi juga melibatkan persaingan untuk mendapatkan bahan makanan bagi Ikan Keli tersebut. Di Perlis terdapat beberapa syarikat yang mengusahakan ternakan Ikan Keli dimana ia menyebabkan berlakunya persaingan dari segi mendapatkan bekalan bahan makanan Ikan Keli disamping persaingan Ikan Keli itu sendiri dalam pasaran.

3.3.2 Senarai Pesaing dan Anggaran Syer Pasaran Terdapat juga pesaing dalam penternakan Ikan Keli ini di sekitar Perlis namun, kami juga telah menganalisa segala kekuatan serta kelemahan pesaing kami bagi membolehkan kami memasuki pasaran dalam bidang Akuakultur ini dengan meluas. Jadual 3.1 di bawah adalah antara yang menjadi pesaing kami dalam penternakan Ikan Keli di pasaran. Bil 1 Pesaing Sehidan bin Ismail 80A, Telah Kg Banat, 02600 Arau, secara Perlis. Kekuatan menjual runcit Ikan dan Kelemahan Keli Menggunakan ada ternakan dalam kolam penggunaan makanan

rangkaian jualan borong di dan pasaran tempatan dan luar bahan daerah.

organik (tahi ayam, lemak ayam dll).

Muslinda bt Musa 30-A, Mempunyai Depan Mahkamah

banyak Kekurangan teknologi meningkatkan

Jln pengalaman dalam aktiviti bagi

Hospital 01000 Kangar, penternakan Ikan Keli. Perlis. 3 Pengusaha sekitar Perlis

hasil ternakan.

kecil-kecilan, Mampu menampung bekalan Kekurangan teknologi ikan kawasan sekitar dan modal

Jadual 3.1 : Senarai penternak Ikan Keli Negeri Perlis.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 11

Syarikat kami ini baru ingin memulakan perniagaan, oleh kerana itu syarikat kami ini belum mempunyai syer pasaran. Oleh yang demikian syarikat kami telah menganggarkan syer pasaran dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan syarikat berbanding dengan pesaing-pesaing lain. Setelah mengambil kira kesemua faktor, syarikat telah menganggar syer pasaran sebanyak 25%. Pecahan syer pasaran yang baru adalah seperti dalam jadual 3.2 di bawah :

Bil 1 2 3 4 Sehidan bin Ismail Muslinda bt Musa

Pesaing 35% 30% 10% 25%

Syer Pasaran

Pengusaha kecil-kecilan Syarikat Indah Keli Sdn. Bhd.

Jadual 3.2 : Anggaran syer pasaran.

3.3.3 Strategi Pesaing Pelbagai strategi yang digunakan oleh pesaing pesaing penternak Ikan Keli. Antara strategi yang digunakan adalah dari segi strategi perkhidmatan. Antara strategi perkhidmatan yang telah disusun adalah merangkumi perkara-perkara seperti memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala masalah mengenai Ikan, mematuhi jadual kerja yang ditetapkan dan memberikan layanan terbaik kepada pelanggan dan menekankan konsep pelanggan adalah raja. Selain itu, pesaing-pesaing menyediakan tempahan dan bekalan Ikan Keli

mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pelanggan. Pesaingnya juga mengambil kerjakerja ladang dan tempahan menternak Ikan Keli mengikut keupayaan dan kemampuan semasa agar kualiti perkhidmatan dapat

dipertahankan.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 12

3.4

Strategi Pemasaran 3.4.1 Produk/Product Strategi yang dijalankan oleh kami iaitu Syarikat Indah Keli Sdn.Bhd mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri. Antara keunikan yang kami tawarkan adalah produk Ikan Keli yang terdiri daripada Ikan Keli Afrika, Ikan Keli Bunga, Ikan Keli Jeram, Ikan Keli Mata Kati dan Ikan Keli Rusian. Ikan Keli kami, dijual mengikut jenis gred iaitu gred A (200-250 gram) dan gred B (150-200 gram). Produk Ikan keli kami banyak mengandungi Omega 3, 6, dan 9 serta dengan protein tinggi dan tanpa karbohidrat kerana kami menggunakan makanan ikan yang berkualiti serta pegawai veterinar kami sentiasa menjalankan pemeriksaan ke atas Ikan keli dari masa ke masa selain daripada memberikan Palet yang berkualiti. Selain itu, kami turut mewujudkan pusat pengeluaran benih Ikan Keli kepada spesis yang terpilih serta kacukan pada benih daripada baka yang sihat. Strategi lain ialah kami telah memilih menternak Ikan Keli dalam kanvas kerana kelebihannya adalah terhasilnya ikan berprotein tinggi, kurang berbau hanyir, ikan cepat membesar dalam tempoh 3-4 bulan, tidak memerlukan kawasan yang besar dan hasil pulangan yang tinggi menjadikan produk kami tumpuan pasaran kini. Syarikat Indah Keli Sdn. Bhd. turut mengeluarkan produk sampingan yang berasaskan Ikan Keli seperti Bebola Ikan Keli, Ikan Keli Pekasam, Serunding Ikan Keli dan Ikan Keli Salai.

3.4.2 Tempat/Place Tapak projek ternakan ikan air tawar ini terletak di Kampung Guar, Panji, Kangar, Perlis. Iaitu terletak lebih kurang 20 kilometer daripada pekan Kuala Perlis dan 12 kilometer daripada pelabuhan ke Pulau Langkawi. Lokasi ini merupakan laluan utama bagi kenderaan yang hendak ke Pulau Langkawi dan kawasan sekitarnya seperti Sintok, Changlun, dan Jitra. Ikan Keli turut dipasarkan di seluruh kawasan negeri Perlis terutama di Kangar dan Arau malah di Pulau

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 13

Langkawi , Pulau Pinang serta di sekitar selatan Kedah. Dilengkapi dengan jaringan jalan raya yang lebar dan luas bagi kemudahan sistem pengangkutan. Terdapat masjid, klinik, sekolah, kawasan perumahan, warung, kawasan perindustrian kecil, gudang komersial dan stesen minyak berdekatan dengan tapak lokasi projek. Kawasan yang dipilih juga melibatkan kawasan

perkampungan, asrama sekolah dan kediaman di kawasan tempat yang berselerakan di sekitar kawasan tersebut. Disebabkan lokasinya yang strategik dengan segala kemudahan tersebut, ianya mendorong kepada peningkatan permintaan Ikan Keli yang tinggi.

3.4.3 Lokasi Pasaran/Positioning Hasil pengeluaran produk-produk Indah Keli Sdn. Bhd akan dipasarkan di sekitar kawasan luar bandar dan kawasan bandar terutamanya ialah di sekitar negeri Perlis, Kedah serta sekitar kawasan Pantai Timur Semanjung Malaysia. Namun hasil daripada pengeluaran produk-produk Syarikat Indah Keli lebih tertumpu di sekitar kawasan bandar atau kawasan-kawasan elit ini adalah kerana produkproduk ini lebih mendapat perhatian kerana produk yang berasaskan Ikan Keli kurang sambutan di sekitar kawasan luar bandar. Selain daripada itu, pihak kami juga akan memasarkan produk-produk kami di sekitar hotel atau restoran sama ada yang telah membuat tempahan atau yang baru mahu membuat tempahan dengan pihak kami.

3.3.4 Strategi Harga/Pricing Sebut harga daripada Syarikat Indah Keli Sdn. Bhd adalah amat berpatutan dan mengikut standard harga-harga yang terdapat di pasaran. Antara sebut harga yang berpatutan dengan penjualan ikan keli di pasaran adalah seperti sekitar RM6.00 hingga RM8.00 sekilo bagi Ikan Keli matang. Selain itu, Ikan Keli yang matang di bahagikan mengikut harga bagi setiap saiz Ikan Keli yang telah

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 14

digredkan seperti bagi saiz S berharga RM6.00, bagi saiz M berharga RM7.00 dan bagi saiz L berharga RM8.00. Selain daripada itu, bagi sebut harga penjualan Benih Ikan Keli ialah RM0.10 bagi seekor Benih Ikan Keli bersaiz 1 inci dan RM0.20 bagi saiz 3 inci. Selain daripada itu, bagi sebut harga dalam hasil pengeluaran produkproduk sampingan kami ialah seperti bebola Ikan Keli ialah RM 7.50 (sebungkus) iaitu sebanyak 300gram. Manakala bagi hasil produk pengeluaran ikan keli

pekasam ialah RM 8.00 bagi 500gram ikan keli. Selain itu, pihak kami juga mengenakan bayaran tambahan bagi kos penghantaran ke sesuatu lokasi yang berada luar daripada kawasan petempatan kami, seperti negeri Kedah, Langkawi dan juga sekitar Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

3.4.5 Promosi/Promotion Pihak Syarikat Indah Keli Sdn. Bhd. telah mempromosikan hasil pengeluaran produk sampinganIkan Keli dan Ikan Keli mentah di sekitar kawasan petempatan daerah Guar Panji, Kangar, Perlis dengan menggantungkan banner, banting, poster di sekitar kawasan kami bagi memperkenalkan penjualan Ikan Keli kami. Selain itu, pihak syarikat kami juga telah mempromosikan produk melalui internet, pamplet dan juga brochures ke restoran-restoran dan juga hotel untuk memperkenalkan produk-produk kami. Disamping itu, pihak kami juga akan

mempromosikan hasil pengeluaran produk-produk Ikan Keli melalui media cetak dan media elektronik bagi memperkenalkan produk kami luar dari kawasan petempatan kami dan sekaligus dapat membantu meningkatkan hasil

pengeluaran Ikan Keli Indah Keli Sdn. Bhd.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 15

4.0 4.1

PELAN OPERASI Bangunan

Tanah yang dijadikan tapak infrastruktur adalah dengan menggunakan tanah persendirian hak milik salah seorang rakan kongsi kami setelah mendapat persetujuan daripada semua ahli. Projek penternakan Ikan Keli ini diusahakan di atas tanah lapang milik persendirian Encik Fahmin bin Kamarudin yang seluas 2 ekar di Kampung Guar Panji, Perlis. Oleh itu, tapak tersebut akan didirikan premis seperti bangunan pejabat, kilang pengumpulan dan pemprosesan ikan, kolam tadahan dan punca air serta kolam kanvas. Rujuk pada jadual 4.1 di bawah.

Item Bangunan pejabat Kilang Penternakan Ikan Keli Kolam tadahan dan punca air

Saiz 20 x 30 30 x 40 40 x 50 20 x 10

Kuantiti 1 1 1 3

Jadual 4.1 : Item yang akan dibangunkan

4.2

Ubahsuai/Renovation

Kini banyak perubahan telah dilakukan agar hasilnya lebih memuaskan antaranya dengan mewujudkan kolam kanvas di mana kolam ini turut memainkan peranan yang sama seperti kolam tanah yang biasa digunakan tetapi lebih mudah untuk dijaga. Selain itu, anak benih Ikan Keli turut menjalani penyelidikan iaitu R & D di mana hanya baka yang bermutu tinggi yang akan dihasilkan dan di pasar kepada kumpulan sasaran tumpuan yang diinginkan. Ubahsuai akan dilakukan juga untuk membina sistem perparitan yang ideal dan membina kilang memproses ikan dan ruang pejabat.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 16

4.3

Mesin dan Peralatan

Projek ini memerlukan banyak mesin dan peralatan yang terkini agar penternakan Ikan Keli ini dapat berjalan dengan lancar dan hasil dapat diperoleh dengan kadar yang lebih cepat dan bermutu. Peralatan dan mesin yang diperlukan untuk menternak ikan keli adalah seperti dalam jadual 4.2 di bawah :

Jenis Jaring/Tangguk Peralatan Sistem Kualiti Air Tangki Oksigen Timbang-200kg Alatan Pembenihan Peralatan Pejabat Jumlah Bagi Proses

Bil Unit 4 1 set 2 2 10

Harga RM 400 RM 280 RM 500 RM 180 RM 320

Pembekal Irev Venture Irev Venture Malaysian Oxygen Comscale Enterprise Irev Venture

10

RM 2000 RM 3,680

Delta Business

Jadual 4.2 : Jenis peralatan yang diperlukan

4.3.1 Mesin dan Peralatan Ikan Pekasam Mesin yang digunakan untuk proses ikan pekasam keli adalah mesin pengisar beras yang berharga RM5,000 seunit, peralatan menggoreng dan membungkus, tong bertutup juga diperlukan, setiap tong memerlukan seguni garam bagi 30kg ikan yang diperam. Oleh itu, kami telah dapat menyewa mesin pengisar dengan bank sebanyak RM 500 sebulan.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 17

4.3.2 Mesin Ikan Salai Ikan Keli salai memerlukan mesin penyalai yang berharga RM80,000 atau menggunakan ketuhar bagi menyalai ikan tersebut, habuk kayu oak juga diperlukan semasa menyalai ikan. Kami juga telah menyewa mesin salai ini dengan harga RM 400 sebulan dengan pihak bank.

4.3.3

Mesin Bebola Ikan

Bebola ikan memerlukan mesin pengisar untuk mengisar isi ikan yang berharga RM280 seunit jenama Panasonic manakala untuk membentuknya hanya melalui cara tradisional dengan mengulinya dengan tangan. Untuk mesin pengisar bebola ikan ini kami telah membelinya dengan harga tersebut.

4.4

Tenaga Kerja 4.4.1 Lembaga Pengurusan Syarikat 1) Pengarah Urusan Nama Tarikh Lahir Gaji Bulanan Warganegara Taraf Pendidikan : : : : : Encik Fahmin bin Kamarudin 16 Mei 1989 RM 2000 Malaysia Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 18

2) Penolong Pengurus Nama Tarikh Lahir Gaji Bulanan Warganegara Taraf Pendidikan : : : : : Cik Nur Farah Hananim binti Yunos 6 November 1990 RM 1700 Malaysia Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Prmbangunan

3) Pegawai Eksekutif Sumber Manusia Nama Tarikh Lahir Gaji Bulanan Warganegara Taraf Pendidikan : : : : : Cik El NurwanieBinti Mokhyin 4 Mac 1990 RM 1500 Malaysia Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

4) Pegawai Eksekutif Kewangan Nama Tarikh Lahir Gaji Bulanan Warganegara Taraf Pendidikan : : : : : Cik Nurul Najwa Binti Ismail 20 April 1990 RM 1500 Malaysia Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 19

5) Pegawai Eksekutif Operasi dan Teknikal Nama Tarikh Lahir Gaji Bulanan Warganegara Taraf Pendidikan : : : : : Cik Nur Azrah Binti Abu Bakar 8 Januari 1990 RM 1500 Malaysia Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

6) Pegawai Eksekutif Pemasaran Nama Tarikh Lahir Gaji Bulanan Warganegara Taraf Pendidikan : : : : : Cik Nur Hasanah Binti Haramaini 16 April 1990 RM 1500 Malaysia Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

7) Pegawai Kawalan Kualiti Produk Nama Tarikh Lahir Gaji Bulanan Warganegara Taraf Pendidikan : : : : : Encik Muhamad Fakhrurazi Bin Saad 1 Disember 1992 RM 1200 Malaysia Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 20

8) Pegawai Veterinar Nama Tarikh Lahir Gaji Bulanan Warganegara Taraf Pendidikan : : : : : Cik Siti Nur Hazirah binti Holil 29 Februari 1990 RM 1200 Malaysia Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

9) Pegawai Pentadbiran Nama Tarikh Lahir Gaji Bulanan Warganegara Taraf Pendidikan : : : : : Cik Nurul Dalila Binti Shafei 29 Mei 1990 RM 1200 Malaysia Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

10) Kerani Pentadbiran Nama Tarikh Lahir Gaji Bulanan Warganegara Taraf Pendidikan : : : : : Cik Siti Aesah Binti Sirojudin 28 Mei 1990 RM 1200 Malaysia Ijazah Sarjana Muda Pegurusan Pembangunan

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 21

11) Ketua Pekerja Operasi Nama Tarikh Lahir Gaji Bulanan Warganegara Taraf Pendidikan : : : : : Encik Syed Putera Amirul Bin Syed Amran 2 September 1990 RM 1000 Malaysia Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

4.4.2 Bahagian Bukan Pengurusan 1) Pekerja Operasi Bilangan : 8 Orang RM 500 Malaysia dan Indonesia

Gaji Bulanan : Warganegara:

4.5

Bahan Mentah

Bahan mentah yang akan digunakan dalam projek penternakan ikan keli ini adalah diambil daripada pembekal yang telah dirunding harga bagi setiap barang di sekitar negeri Perlis dan Kedah. Berikut adalah antara bahan mentah yang diperlukan bagi 100,000 ekor ikan keli seperti dalam jadual 4.3 di bawah.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 22

Bilangan 1 Benih Ikan 1 RM0.05/ekor 3 RM0.11/ekor

Item

Kuantiti

Jumlah

70,000 ekor 30,000 ekor

RM 3,500 RM 3,300

Khemah Kanvas (1 unit = 7 ekor) 6 x 16 kaki (RM400) 150 unit RM 60,000

Makanan Ikan Makanan Tambahan Dedak dan jagung (RM100) Makanan Lengkap/Palet (RM2) Ubat-ubatan ikan (RM100) 200 kg 10 set RM 400 RM 1000 540 beg RM 54,000

Mesin Memproses Ikan (sewa & beli) Jumlah Jumlah ( Bahan mentah & Tenaga kerja )

3 unit

RM 86,960 RM 209,160 RM 228,660

Jadual 4.3 : senarai bahan mentah yang diperlukan

4.6

Utiliti

Barang utiliti syarikat kami adalah barang milik syarikat kerana kami telah membelinya terdahulu. Senarai utiliti adalah seperti dalam jadual 4.4 di bawah. Bilangan 1 2 3 Lori (Sewa-Beli) Peti Ais (Beli) Kotak Utiliti (Beli) Item Kuantiti 2 1 2
Jadual 4.4 Senarai utiliti

Lampiran INDAH KELI SDN. BHD.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 23

No. 356 Kampung Guar Panji, Bukit Keteri Kangar, 02450 Kangar Perlis. Tel : 04-9991356 Faks : 04-9992356

Tarikh : 18 April 2012 SME Bank No. 1 Jalan Kangar, Seriap 01000 Kangar, Kuala Perlis.

Tuan, Per : Permohonan Kemudahan Pembiayaan Pinjaman Industri Kreatif Kami dari Syarikat Indah Keli Sdn. Bhd memohon kemudahan tersebut seperti di atas dari SME Bank berjumlah RM 500,000 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Ribu Sahaja) bagi membiayai kos/keperluan kewangan berkenaan modal pusingan/ pembelian aset / pemasaran produk syarikat kami. 2. Bersama permohonan ini kami sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan (sila rujuk lampiran). Kami juga memberi kuasa kepada Bank atau wakil Bank untuk mendapatkan daripada bank-bank lain/pihak ketiga ataupun punca lain sebarang butiran/maklumat yang diperlukan berkaitan permohonan ini. 3. Kerjasama daripada pihak tuan dalam meluluskan permohonan kami ini diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih. Yang benar,

__________________ (Cik Nur Farah Hananim binti Yunos) Penolong Pengurus.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 24

Peta 3.1 : Lokasi syarikat Indah Keli Sdn. Bhd. Yang diambil daripada google map

Peta 2 : Pelan kawasan operasi penternakan Ikan Keli

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 25

Gambar Produk Utama

Gambar 1 : Sebahagian Ikan Keli yang telah matang

Gambar 2 : Ikan Keli jantan yang telah dibedah untuk pemeriksaan kesihatan

Gambar 3 : Antara sebahagian Ikan Keli lingkungan 3 bulan

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 26

Gambar 4 : tangki anak anak benih Ikan Keli

Gambar 5 : Antara kanvas yang telah dipasang

Gambar 6 : Kanvas Ikan Keli pertengahan matang

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 27

Gambar Produk Sampingan

Gambar 7 : Produk Sardin Ikan Keli

Gambar 8 : Ikan Keli Salai yang telah di kotakkan

Gambar 9 : Serunding Ikan Keli

Gambar 10 : Ikan Keli Pekasam

Vous aimerez peut-être aussi