Vous êtes sur la page 1sur 16

1.0 PENGENALAN Kertas kerja ini akan memperlihatkan aspek ikatan kohesi dalam wacana prosa, iaitu cerpen.

Cerpen merupakan singkatan kata daripada perkataan cerita pendek. Cerpen juga sebahagian daripada cereka atau dikenali sebagai cerita reka-rekaan. Menurut Henry Guntur Taringan (1984), cerita pendek harus mengandungi interpretasi pengarang tentang konsepsi mengenai kehidupan, baik secara langsung atau pun tidak langsung, harus menimbulkan satu kesan dalam fikiran pembaca. Cerita pendek juga mengandungi maklumat-maklumat dan insiden-insiden yang dipilih dengan sengaja, dan yang boleh menimbulkan pertanyaan-pertanyaan di dalam fikiran pembaca. Kohesi berperanan dalam memperlihatkan kesinambungan antara sesebahagian teks yang lain dan sehingga membentuk kesatuan sesebuah teks atau wacana yang utuh. Oleh itu, objektif utama analisis ini dilakukan adalah untuk menganalisis penggunaan unsur-unsur kohesi dalam wacana prosa yang dikarang oleh Salina Ibrahim (2006) dalam cerpennya yang bertajuk Tanah Kampung Kami halaman 9295. Sumber rujukan telah diambil daripada Dewan Sastera keluaran Februari. Kajian ini memfokuskan kepada aspek kohesi yang terbahagi kepada tiga iaitu kohesi nahuan, kohesi leksikal dan kohesi kata hubung. Kohesi nahuan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu rujukan, penggantian dan elipsis atau pengguguran. Kohesi leksikal pula dibahagikan kepada enam bahagian, iaitu pengulangan kata, sinonim, antonim, supraordinat, perkataan umum dan kolokasi. Kohesi kata hubung pula merujuk kepada kata hubung seperti, dan, tetapi dan lain-lain.

2.0 DEFINISI Wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, dan lain-lain yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. Menurut Asmah Hj Omar (1986), wacana adalah keseluruhan kelahiran bahasa oleh penutur atau penulis iaitu penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar pada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan petuturan atau tulisan itu sebagai yang bermakna dalam berkomunikasi. Dalam menghasilkan sesuatu wacana, aspek kohesi sangat ditekankan bagi memastikan penutur dan penulis dapat menghasilkan teks wacana yang bermutu dan berkualiti. Konsep kohesi diperkenalkan oleh Halliday dan Hasan pada tahun 1976 melalui buku mereka yang bertajuk Cohesion in English. Menurut Halliday dan Hasan, kohesi adalah ciri-ciri linguistik yang membantu menghubungkan satu urutan ayat sehingga melahirkan sesuatu teks yang padu atau memperlihatkan pautannya. Pada dasarnya, aspek kohesi berkaitan dengan aspek semantik dan merujuk kepada kebahasaan yang ada pada sesuatu teks. Ia merujuk kepada hubungan di antara makna yang terdapat di dalam teks. Manakala menurut Idris Aman (2010:36), kohesi merupakan aspek formal bahasa dalam wacana atau teks. Ia juga dikatakan tentang organisasi sintaktik wacana atau teks, iaitu wadah ayat-ayat digembleng secara sepadu dan berkaitan dengan memanfaatkan alat-alat kebahasaan untuk menghasilkan wacana (tulisan atau tuturan).

3.0 RINGKASAN WACANA Cerita Tanah Kampung Kami karya Salina Ibrahim telah mengisahkan kehidupan sebuah keluarga di sebuah kampung. Empat beradik yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan seorang perempuan, Along, Angah, Acik, dan Acu telah dibesarkan di kampung oleh kedua-dua orang tuanya. Ayahanda dan bonda mereka seorang yang tegas, berdisiplin, suka menasihati dan penyayang. Ayahanda dan bonda telah berjaya mendidik anak-anaknya sehinggakan masing-masing berjaya dengan cita-citanya. Dengan tiba-tiba, ayahanda telah meninggal dunia tanpa sebarang sakit dan disusuri oleh bonda mereka selepas enam bulan kemudian. Selepas itu, mereka berhijrah ke kota dan menetap di sana setelah kedua-dua orang tuanya meninggal dunia. Hubungan adik-beradik semakin renggang setelah mereka berhijrah dan menetap di kota. Along, Angah, Acik dan Acu jarang berjumpa sehingga mereka terdengar satu suara dari ayahanda dan bonda mereka supaya mereka pulang ke kampung halaman dengan segera. Panggilan pulang itu telah membuatkan kesemuanya bersua kembali. Mereka akhirnya sedar akan pesanan ayahanda dan bonda di sini adalah tanah kelahiran anakanaknya.

4.0 ANALISIS KOHESI WACANA Terdapat tiga aspek kohesi dalam kajian ini, iaitu kohesi nahuan, kohesi leksikal dan kohesi kata hubung. Kohesi nahuan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu rujukan, penggantian dan elipsis atau pengguguran. Kohesi leksikal pula dibahagikan kepada enam bahagian, iaitu pengulangan kata, sinonim, antonim, supraordinat, perkataan umum dan kolokasi. Kohesi kata hubung pula merujuk kepada kata hubung seperti, dan, tetapi dan lain-lain. 4.1 Analisis Kohesi Nahuan Halliday dan Hasan membahagikan kohesi nahuan kepada tiga jenis iaitu rujukan (reference), penggantian (substitution), dan elipsis (ellipsis). Kohesi nahuan berfungsi untuk menghubungkan unsur linguistik gramatikal dengan unsur linguistik gramatikal yang lain di antara ayat dengan ayat, dengan menggunakan tautan-tautan yang kohesif dalam sesebuah teks. 4.1.1 Rujukan Mengikut Halliday dan Hasan (1976: 304) dari segi nahu makna rujukan ialah satu hubungan semantik, yakni hubungan di antara makna sesuatu perkataan tertentu dan bukan di antara bentuk linguistik lain seperti perkataan atau frasa. Contohnya:-

a) Rujukan Anafora Ayahanda dan bonda tidak perlu dana daripada anak-anak. Mereka cukup selesa, lebih daripada cukup ketika terbang ke tanah suci melengkapkan Rukun Islam. (Muka surat 3, kolum 2, perenggan 2, baris 1) Huraian: Dalam ayat di atas, kata ganti nama mereka merujuk kepada Ayahanda dan bonda. Kedua-dua ayat tersebut ditautkan dengan penggunaan kata ganti nama diri ketiga mereka. Rujukan anafora adalah rujukan kepada unsur yang disebut dahulu. b) Rujukan Katafora Pesanan ayahanda dan bonda kami- Along, Angah, Acik, Acu ibarat ranting-ranting pohon. (Muka surat 1, kolum 2, perenggan 2, baris 1) Huraian: Dalam ayat di atas, kata ganti nama kami merujuk kepada Along, Angah, Acik, Acu. Rujukan katafora adalah rujukan kepada unsur yang disebut kemudian. c) Rujukan Penunjuk

Walau berbalah, bertikai dan bertelagah, kita tetap keluarga, kata kedua-duanya
terpahat kukuh dalam ruyung minda kami. (Muka surat 1, kolum 3, perenggan 3, baris 1) Kata-kata itu menjadi azimat yang paling berharga sebenarnya. (Muka surat 1, kolum 3, perenggan 4, baris 1) Huraian: Dalam ayat di atas kata ganti nama tunjuk itu merujuk kepada ayat pada perenggan yang sebelumnya, iaitu pesanan ayahanda dan bonda mereka.

d) Rujukan Diri Along dengan dunia lakarannya, membina bangunan tertinggi di dunia dan menjadi arkitek tersohor. Dalam kalangan kami adik beradik, dia yang paling cepat meninggalkan rumah apabila ditawarkan tempat di sekolah berasrama penuh di Ipoh. (Muka surat 2, kolum 1, perenggan 4, baris 3) Huraian: Dalam ayat di atas, kata ganti nama dia merujuk kepada Along. Kedua-dua ayat tersebut ditautkan dengan penggunaan kata ganti nama diri ketiga dia. 4.1.2 Penggantian Penggantian adalah hubungan yang terdapat di dalam perkataan dan bukan dalam makna. Penggantian merupakan hubungan yang wujud di dalam teks. Menurut Tarigan (1995: 128), penggantian dalam bahasa Melayu dapat bersifat sebagai kata nama, kata kerja, klausa atau campuran; misalnya satu, sama, seperti itu, sedemikian rupa, demikian, dan begitu. Contohnya:Ketika menerima dua menantu perempuan serentak, isteri kepada Along dan Angah, ayahanda bonda bangga bahawa tanah kecil yang kaya. (Muka surat 3, kolum 2, perenggan 4, baris 1) Kamu sudah jadi sebahagian daripada semua ini. Di sini anak emak membesar dan kamu sebagai suri mereka mesti faham asal usul ini, kata bonda kepada mereka. (Muka surat 3, kolum 2, perenggan 5, baris 1)

Huraian: Dalam contoh di atas, isteri kepada Along dan Angah dan suri mereka menggantikan dua menantu perempuan. Penulis menggantikan perkataan-perkataan tertentu dengan perkataan lain yang sama maksudnya. 4.1.3 Elipsis Elipsis melibatkan proses pengguguran sesuatu kata, frasa dan klausa pada ayat seterusnya jika maklumat atau sesuatu kata telah dinyatakan dengan jelas dan difahami oleh pembaca dan pendengar sebelumnya. Tanda kurung siku [ ] digunakan bagi menunjukkan pengulangan kata, frasa dan klausa sebelum berlakunya perguguran. Menurut Haliday dan Hasan (1976:142), elipsis adalah sebagai substitution by zero [0], yakni penggantian kosong, iaitu sesuatu yang wujud tetapi tidak dinyatakan atau tidak dituliskan, namun difahami oleh pendengar dan pembaca. Manakala Kridaklaksana (1983:40) menyatakan peniadaan kata atau satuan lain yang wujud asalnya dapat diramal dari konteks luar bahasa. Contoh elipsis yang terdapat dalam cerpen tersebut adalah seperti yang berikut:a) Pengguguran pada peringkat kata Kampung sudah pudar hijau, [kampung] sudah lupus asli, [kampung] sudah tidak berwajah kampung asli, tetapi tetap kampung yang kami banggakan. (Muka surat 3, kolum 1, perenggan 3, baris 5) Huraian: Dalam contoh di atas, kata nama am kampung digugurkan selepas perkataan pudar hijau. Pengguguran ini adalah mengelakkan pengulangan perkataan yang sama dalam sesuatu penyataan. Namun begitu, masih wujud tautan dalam contoh tersebut.

b) Pengguguran pada peringkat frasa Sifat tanah merendah dan [sifat tanah] berharap pada kuasa teratas, iaitu Allah untuk menyuburkannya. (Muka surat 2, kolum 1, perenggan 3, baris 6) Huraian: Dalam contoh di atas, frasa nama sifat tanah digugurkan dalam ayat tersebut. Keadaan ini bagi mengelakkan berlaku unsur lewah dalam ayat tersebut. Apabila frasa nama digugurkan selepas perkataan dan unsur lewah dapat dielakkan. c) Pengguguran pada peringkat klausa Di situ kami meneroka makna kehidupan, [di situ kami meneroka makna] akrab perhubungan, [di situ kami meneroka makna] manis ikatan darah daging dan [di situ kami meneroka makna] mesra kasih sayang. (Muka surat 1, kolum 1, perenggan 1, baris 7) Huraian: Dalam contoh di atas, klausa di situ kami meneroka makna digugurkan kerana klausa ini boleh menyebabkan berlaku unsur lewah dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun, masih wujud tautan dalam ayat tersebut. 4.2 Analisis Kohesi Leksikal Haliday dan Hasan (1976) membahagikan kohesi leksikal kepada dua jenis iaitu reiterasi (reiteration) dan kolokasi (collocation). Reiterasi adalah satu bentuk kohesi leksikal yang melibatkan pengulangan item leksikal dan penggunaan kata umum untuk merujuk kembali kepada sesuatu item leksikal. Contoh reiterasi ialah pengulangan kata, sinonim, supraordinat dan kata umum. Kolokasi pula adalah satu bentuk kohesi leksikal yang melibatkan dua perkataan atau lebih yang mempunyai hubungan
8

semantik, misalnya antonim (lelaki/perempuan), ia juga terdiri daripada perkataan yang tersusun (Isnin/Selasa/Rabu,Utara/Selatan) atau satu set leksikal yang tidak tersusun.

4.2.1

Pengulangan Kata Pengulangan kata ialah kata yang sering kali diulang ini terdiri daripada kata

isi(content word). Ini bermakna kata - kata itu adalah kata yang amat penting bagi sesuatu ayat yang dibentuk dan dibina bagi teks ataupun wacana. Contoh pengulangan kata yang terdapat dalam cerpen tersebut adalah seperti yang berikut:Di situ kami kenal bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung. Di situ kaki kecil kami merangkak, melangkah sehingga membawa kepada berlari. Di situ kami meneroka makna kehidupan, akrab perhubungan, manis ikatan darah daging dan mesra kasih sayang. Di situ segala-galanya bermula. (Muka surat 1, kolum 1, perenggan 1, baris 2) Huraian: Contoh di atas menunjukkan satu pengulangan perkataan iaitu dari peringkat frasa. Frasa di situ diulang sebanyak empat kali dalam ayat tersebut untuk menunjukkan penegasan. Frasa di situ digunakan bagi mentautkan ayat tersebut. 4.2.2 Sinonim Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1502), sinonim merupakan kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain. Dalam maksud lain ialah kata seerti. Contoh sinonim yang terdapat dalam cerpen tersebut adalah seperti yang berikut:-

Walau bagaimanapun, barangkali kami memang anak-anak yang alpa dan leka. (Muka surat 4, kolum 1, perenggan 3, baris 3.) Huraian: Dalam ayat tersebut, perkataan sinonim yang dapat dilihat ialah alpa dengan leka yang membawa maksud yang sama, iaitu lalai atau kurang mengendahkan. 4.2.3 Antonim Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:69), antonim merupakan kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain. Contoh antonim yang terdapat dalam cerpen tersebut adalah seperti yang berikut:Kerana daripada tanah kita datang, dan kepada tanah kita bakal kembali. (Muka surat 2, kolum 1, perenggan 3, baris 3) Huraian: Dalam ayat tersebut, perkataan antonim yang dapat dilihat ialah datang dengan kembali yang membawa maksud yang berlawanan maknanya. Datang bermaksud sampai atau tiba manakala kembali bermaksud balik atau pulang. 4.2.4 Supraordinat Supraordinat adalah penggunaan kata yang lebih khusus atau hiponim kepada kata yang lebih umum atau dikenali sebagai hiperonim. Contoh satu petikan yang mengandungi supraordinat adalah seperti yang berikut:Padi yang bendang pusaka serelung jadi simpanan setahun. Keli, sepat, puyu dari lubuk ikan yang bersambung dengan tanah bendang, sumber protein terbaik. (Muka surat 3, kolum 2, perenggan 3, baris 5)

10

Huraian: Dalam petikan cerpen diatas, ikan merupakan supraordinat dan keli, sepat dan puyu adalah hiponim. Oleh itu, terdapat tautan antara ayat dalam perenggan di atas. Dengan itu terdapat ikatan kohesif di antara ayat-ayat dalam perenggan di atas. 4.2.5 Perkataan Umum Halliday dan Hassan (1976) telah membahagikan kohesi leksikal kepada dua jenis iaitu reiterasi dan kolokasi. Perkataan umum tergolong di dalam reiterasi untuk merujuk kembali kepada sesuatu item leksikal. Perkataan umum juga merupakan perkataan yang mempunyai makna umum dan boleh mewakili perkataan lain walaupun perkataan tersebut tidak tergolong dalam kelas kata tertentu. Di dalam analisis cerpen bertajuk Tanah Kampung Kami didapati terdapat penggunaan perkataan umum yang digunakan ikatan kohesif boleh dibentuk apabila sesuatu perkataan itu diwakili oleh perkataan lain dalam ayat yang lain tetapi berkait dengan perkataan tersebut. Contoh penggunaan perkataan umum di dalam cerpen tersebut adalah seperti yang berikut:Ayahanda dan bonda tidak ajar kami rindu merindu tanpa sebab munasabah. Jangan kecundang pada perasaan (Muka surat 2, kolum 3, perenggan 1, baris 3) Huraian: Contoh di atas menunjukkan perkataan umum yang digunakan adalah rasa iaitu kata adjektif dan perasaan mewakili kata gandaan menyalin rindu- merindu. Melalui perasaan, akan melahirkan rasa rindu-merindu.

11

4.2.6

Kolokasi Kolokasi merujuk kepada kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan

sesuatu idea, topik, situasi atau konteks dunia dalam sesuatu teks. Selain itu, setiap laras bahasa biasanya akan melibatkan kolokasi yang berlainan selaras dengan topik, situasi ataupun konteks penggunaannya. Kolokasi turut mewujudkan keteraturan fikiran sesebuah teks. Di dalam cerpen Tanah Kampung Kami terdapat penggunaan kolokasi yang digunakan. Berikut merupakan contoh petikan yang menggunakan konsep kolokasi:Bonda menerima dengan hati sangat tenang, reda, dan insaf. (Muka surat 3, kolum 3, perenggan 1, baris 3) Huraian: Dalam contoh di atas ialah kolokasi untuk situasi berkaitan dengan hati, kumpulan katanya seperti tenang, reda, dan insaf. Kumpulan kata ini mempunyai hubungan leksikal selingkungan apabila berbicara tentang hati atau perasaan. 4.3 Analisis Kohesi Kata Hubung Wong Khek Seng (1993:312) menyatakan bahawa terdapat beberapa cara untuk menghubungkan klausa dalam sesuatu ayat dan antara ayat dalam sesuatu teks bagi mewujudkan pautan. Penghubung dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada penghubung setara, penghubung tak setara dan penghubung adverba. Oleh hal yang demikian, kajian cerpen yang bertajuk Tanah Kampung Kami menggunakan penghubung-penghubung untuk menjadikan cerpen ini berpaut. Fokus utama dalam kajian kata hubung kohesi ialah kekerapan kata hubung yang digunakan dalam cerpen ini ialah yang, dan, untuk, dengan dan pada.
12

Bil Kohesi Kata hubung Fungsi 1. Kata Hubung Dan (80 kekerapan penggunaannya) menggandingkan atau menghubungkan subjek

Contoh ayat Pesan ayahanda dan bonda, kami Along, Angah, Acik, Acu, - ibarat ranting-ranting pohon. (Muka surat 1, kolum 2, perenggan 2, baris 1)

2.

Kata Hubung Yang (77 kekerapan penggunaannya)

sebagai keterangan kepada salah satu unsur dalam ayat induk iaitu subjek, objek atau predikat

Di situ kami kenal bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung. (Muka surat 1, kolum 1, perenggan 1 , baris 2)

3.

Kata Hubung Untuk (23 kekerapan penggunaannya)

sebagai keterangan sesuatu perbuatan atau kejadian yang mempunyai tujuan

Kami masih ingat, menjelang usia kami semakin mengenali alam, ayah dan bonda mengamanahkan pohon masing-masing untuk kami jaga. (Muka surat 1, kolum 3, perenggan 5, baris 1)

4.

Kata Hubung Dengan (18 kekerapan penggunaannya)

menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.

Ayahanda

dan

bonda

hantar

keberangkatan anak-anak dengan doa tulus dari sudut hati paling dalam (Muka surat 3, kolum 1, perenggan 2, baris 4).

5.

Kata Hubung Kerana (12

menunjukkan sebab dan akibat

Acu teringat betapa Acu pernah merajuk dan bawa diri sejenak

13

kekerapan penggunaannya)

sehingga kesedihan

berjaya kerana

melupakan ditinggalkan

bonda di rumah ini. (Muka surat 4, kolum 2, perenggan 3, baris 13) Jadual 4.3: Kohesi Kata Hubung Dalam Cerpen Tanah Kampung Kami

Berdasarkan dalam jadual di atas, dapat dilihat terdapat lima kohesi kata hubung yang digunakan dalam cerpen Tanah Kampung Kami. Dalam contoh satu (1) di atas, kata hubung dan digunakan bagi menghubungkan kedua-dua subjek dalam ayat iaitu subjek ayahanda dan subjek bonda. Manakala, dalam contoh kedua (2) di atas, kata hubung yang berfungsi sebagai keterangan kepada salah satu unsur dalam ayat induk iaitu sebagai predikat. Di situ kami kenal bumi telah dipancangkan dalam ayat tersebut iaitu kata hubung yang dan terbentuk yang dipijak dan yang dijunjung. Seterusnya dalam contoh ketiga (3), kata hubung untuk adalah untuk menyatakan sesuatu perkara itu dilakukan di samping menghubungkan ayat induk iaitu untuk kami jaga merupakan tujuannya lalu menghasilkan ayat majmuk keterangan. Dalam contoh keempat (4) pula, kata hubung dengan berfungsi untuk menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Hal ini kerana dengan menggunakan kata hubung dengan adalah untuk menunjukkan cara ayahanda dan bonda mendoakan anak-anaknya.

14

Akhir sekali dalam contoh kelima (5), kata hubung kerana berfungsi untuk memberi penjelasan kepada sesuatu perkara itu atau menyatakan sebab mengapa sesuatu perkara itu berlaku. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, kohesi terbahagi kepada tiga iaitu kohesi nahuan, kohesi leksikal dan kohesi kata hubung. Dalam analisis cerpen bertajuk Tanah Kampung Kami terdapat pelbagai penggunaan alat dan ikatan kohesi yang digunakan. Hal ini dapat memainkan peranan penting dalam usaha menimbulkan keteraturan fikiran sesebuah teks sama ada teks kreatif mahupun teks laras lain. Jalinan ayat demi ayat menunjukkan penggunaan kohesi digunakan secara luas dalam cerpen ini. Buktinya, analisis alat atau ikatan ini jelas terdapat pada setiap halaman yang dianalisis. Tambahan lagi, jalinan ayat demi ayat ditautkan berdasarkan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang ada pada sesuatu teks untuk membezakan penggunaan kohesi yang mengkaji mengenai perkaitan ayat dengan ayat berbanding penggunaan koheren yang mengkaji mengenai perenggan dengan perenggan. Dengan penggunaan kohesi dalam cerpen Tanah Kampung Kami cerita yang dihasilkan akan lebih jelas dan menarik dalam penyampaian sekali gus menarik minat pembaca untuk membaca cerpen ini.

15

6.0 RUJUKAN Asmah Haji Omar. (1980). Analisis Wacana (Bahagian Akhir). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa. Halliday, M.A.K., & Hasan, R. (1976). Cohesion in English. London: Longman Group Limited. Harimuti kridaklaksana (1983). Kamus Linguistik. Jakarta: Penerbit PT Gramedia. Henry Guntur Tarigan. (1995). Pengajaran Wacana. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kementerian Pelajaran Malaysia: Kuala Lumpur. Idris Aman. (2010). Analisis Wacana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Salina Ibrahim. (2006). Tanah Kampung Kami. Jurnal Dewan Sastera. Februari, 92-95. Wong, Khek Seng. (1993). Pautan dan pembinaan Teks dalam Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. April, 306-313.

16

Vous aimerez peut-être aussi