Vous êtes sur la page 1sur 2

Hamdan bin Mohd Ali,1970

Hukuman buat Sang Gajah/Hamdan Mohd Ali (siri bacaan rimbunan flora) Impiana publications & distributors sdn.bhd cetakan pertama..2007 Cerita ini mengisahkan seekor gajah jantan telah mengamuk di dalam hutan rimba.Semua binatang lari bertempiaran kerana ketakutan.Tidak ada seekor haiwan pun berani untuk menghalang Sang Gajah.Sang Gajah gembira menakutnakutkan haiwan rimba.Di sepanjang laluan,Sang Gajah terjumpa seekor arnab

yang sedang berkebun. Sang Arnab yang keletihan sangat terkejut dengan kedatangan Sang Gajah. Sang Gajah menyatakan hasratnya yang ingin merasa keenakan sayur lobak Sang Arnab. Sang Arnab tidak mahu menunaikan hasrat Sang Gajah.Sang Gajah amat marah lalu memijak-mijak kebun Sang Arnab tanpa belas kasihan.Selepas itu, Sang Gajah menemui kebun pisang milik Sang Monyet.Sang Monyet merasa amat takut dan merayu supaya Sang Gajah tidak mengganggunya.Sang Gajah menyatakan hasratnya yang inginkan semua pisang milik Sang Monyet.Oleh kerana bimbang dengan keselamatannya,Sang Monyet memberi beberapa tandan pisang kepada Sang Gajah.Sang Monyet hanya mampu melihat Sang Gajah menghabiskan semua pisangnya.Akibat kemarahan haiwanhaiwan di hutan rimba itu,semua haiwan berkumpul untuk berbincang mengenai kekacauan yang dilakukan oleh Sang Gajah.Sang Singa sebagai Raja Rimba bersetuju menghukum Sang Gajah dengan memerintahkan supaya melakukan kerja-kerja kebajikan di dalam hutan.Hukuman ini dapat mendidik Sang Gajah menjadi seekor haiwan yang bersilap prihatin. Moral dan Pengajaran. Kita semua telah dikurniakan akal.Dengan menggunakan akal,kita dapat berfikir sehingga menjadi bijak dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah.

Vous aimerez peut-être aussi