Vous êtes sur la page 1sur 20

MARKAH

POLITEKNIK PREMIER SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

PENDIDIKAN ISLAM 2 (AA201) TAJUK:

PERBEZAAN PANDANGAN ISLAM DAN AGAMA LAIN TERHADAP KONSEP IHDAD


PUAN AISHAH AB RAZAK (JABATAN PENGAJIAN AM)

PERNIAGAAN ANTARABANGSA (DPI 2 SESI DISEMBER 2011)

NAMA PELAJAR NURUL FARAH AISYAH BT MOHAMAD NOOR NUR ATHIRAH BT YAHAYA NUR SALMA BT MOHD YUSOF NOR SAKINAH BT RABUDIN

NO. MATRIK 08DPI11F 1023 08DPI11F 1028 08DPI11F 1086 08DPI11F 1013

Perbezaan Pandangan agama Islam dan agama lain Terhadap konsep ihdad Atau berkabung

ISI KANDUNGAN
BIL 1 2 3 4 5 KANDUNGAN PENGHARGAAN KONSEP OBJEKTIF PENGENALAN DEFINISI BERKABUNG JENIS BERKABUNG MUKA SURAT 1 2 3

HUKUM BERKABUNG

KESAN-KESAN KE ATAS UMAT ISLAM

CARA-CARA UNTUK MENGATASI

9 10 11

KESIMPULAN LAMPIRAN RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

PENGHARGAAN
Bismillahhirohmanirohim.. Assalamualaikum w.b.t

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk mencari,memahami dan menyiapkan tugasan kumpulan yang bertajuk Perbezaan agama islam dan agama lain terhadap konsep ihdad.Bagi pihak kumpulan kami, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada PUAN AISHAH BINTI AB RAZAK iaitu Pensyarah AA201, dan rakan-rakan yang secara langsung atau tidak langsung yang telah banyak menolong kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik dalam memberikan pandangan dan berkongsi idea yang cukup berguna untuk kami .Selain itu kepada semua yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini. Mudah -mudahan kita mendapat kefahaman yang jelas dan kefahaman yang benar terhadap isu ini .

OBJEKTIF

Objektif tugasan yang diberikan kepada kami ini adalah untuk :

a) b)

Dapat mengetahui konsep sebenar ihdad yang disyariatkan dalam Islam Dapat menambahkan il

PENGENALAN
Kematian seseorang yang dikasihi tentunya mengundang rasa sedih dan duka apatah lagi orang yang meninggal itu ialah daripada kaum keluarga. Berbagai cara dan keadaan yang dilakukan dalam menzahirkan rasa sedih atau dukacita di atas kematian itu. Umpamanya, apa yang dapat kita saksikan di sesetengah upacara pengkebumian bagi masyarakat tertentu, kita mendapati kebanyakkan mereka yang ditimpa musibah sebegini akan memakai pakaian dengan warna yang mereka anggap sebagai tanda melahirkan rasa sedih mereka. Sebahagian besar masyarakat ini menganggap warna hitamlah yang sesuai dipakai dalam situasi sedemikian. Inilah antaranya yang dikatakan berkabung menurut mafhum adat dan budaya sebahagian tempat. Kematian merupakan sunatullah yang pasti menimpa setiap makhluk yang bernyawa, sebagaimana firman Allah:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan (QS. Al Ankabut: 57) Dan firman Allah:

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (QS. Al Mulk: 2)

Menurut Kamus Dewan berkabung itu maksudnya memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita kerana kematian seseorang dan lain-lain. Maka dalam tugasan yang diberikan ini,kita akan mengupas isu berkabung atau ihdad menurut syariat yang telah ada dan diajar dalam agama kita iaitu agama Islam yang benar lagi lurus.

DEFINISI BERKABUNG ATAU IHDAD


Berkabung ataupun ihdad menurut Imam An-Nawawi Rahimahullah ialah: Meninggalkan berhias-hias samada dengan pakaian, barang kemas dan bau-bauan yang harum. (Raudhah Al-Thalibin, 8 / 405) Ini bermaksud perempuan yang berihdad ialah perempuan yang meninggalkan perkara yang berkaitan dangan berhias dan apa-apa yang boleh merangsang umpamanya memakai minyak wangi serta bersolek. Tuntutan berkabung ini pada lazimnya hanyalah ditujukan kepada perempuan yang kematian suami selama iddahnya. Sementara lelaki tidak berkaitan dengan tuntutan berkabung ini. Tradisi berkabung sememangnya sudah wujud sejak dahulu lagi dengan cara yang berbezabeza mengikut adat dan kepercayaan. Ini jelas sebagaimana yang berlaku pada zaman jahiliah, perempuan yang kematian suami ada yang dikenakan berbagai pantang larang yang langsung tidak memberi keselesaan hidup di sepanjang tempoh iddah mereka. Hal ini dijelaskan di dalam hadits Baginda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam yang diceritakan oleh Zainab Radhiallahu anha: Maksudnya: Aku telah mendengar ibuku, Ummu Salamah berkata: Telah datang kepada Baginda Rasulullah Shallallahu alahi wasallam seorang perempuan lalu berkata kepada Baginda: Wahai Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, sesungguhnya anak perempuanku telah kematian suaminya, matanya nampak membengkak (kerana banyak menangis) adakah boleh saya mencelak matanya? Maka Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam pun menjawab: Tidak (sebanyak dua atau tiga kali kesemuanya dikatakan Baginda:tidak) Kemudian Baginda bersabda: (Dia sepatutnya berkabung) selama empat bulan dan sepuluh hari, dan kalian tidak perlu meniru kebiasaan wanita Jahiliah (yang suka memanjangkan masa iddah dan tidak mahu celaka) dengan membuang kotoran haiwan pada awal tahun. Humaid bertanyakan kepada Zainab : Apakah yang dimaksudkan dengan membuang kotoran haiwan pada awal tahun itu?. Zainab berkata: (Pada zaman jahiliah) apabila ada seorang wanita yang kematian suaminya,

dia lalu masuk ke sebuah rumah kecil dengan mengenakan seburuk-buruk pakaiannya tanpa menyentuh wangian dan segala sesuatu yang lainnya. Ketika genap satu tahun, maka didatangkan padanya seekor binatang berupa keldai atau kambing ataupun burung, lalu dibunuhnya dengan cara memecah atau membantingnya, dan biasanya binatang itu langsung mati . Setelah itu kotoran binatang ternak tersebut diberikan padanya dan dia lalu membuangnya. Setelah itu, kalau dia mahu barulah dia boleh kembali memakai wangi- wangian dan sebagainya. (Hadis riwayat Muslim) Di samping itu, ada juga perempuan yang kematian suami ini akan dipandang hina oleh kaum kerabat dan juga masyarakat sekelilingnya. Mereka boleh melakukan apa sahaja terhadapnya termasuklah memperisterikannya. Hal sedemikian akan mengakibatkan kehidupan perempuan berkenaan teraniaya. Hal ini terbukti sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radiallahu anhuma: Maksudnya: Mereka (masyarakat Jahiliah) apabila terjadinya kematian suami bagi seseorang isteri maka wali-wali si suami itulah yang berhak ke atas diri perempuan tersebut, jika mereka ingin mengahwininya maka mereka akan memperisterikannya dan jika mereka mahu mengahwinkannya maka mereka akan mengahwinkan perempuan itu dan jika mereka enggan untuk menyuruhnya berkahwin maka mereka akan menghalangnya dari berkahwin, jadi mereka lebih berhak dengannya berbanding keluarganya sendiri. (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Abu Daud dan An-Nasaiie) Sebahagian anggota masyarakat hari ini, khasnya para isteri, memandang ringan akan tuntutan berkabung ini. Kurangnya perhatian berkenaan kemungkinan kerana ketiadaan maklumat atau kurang pengetahuan tentang adanya syariat ihdad atau berkabung ini. Apa yang kita selalu saksikan hari ini, apabila kita menghadiri majlis penyempurnaan jenazah dan majlis bertahlil (semasa masih dalam tempoh berkabung), isteri si mati tersebut tidak menampakkan dirinya dalam berkabung atas kematian tersebut. Bahkan masih juga memakai pakaian yang tidak melambangkan tanda berkabung, padahal syara menuntutnya untuk menjauhkan diri dari perkara yang menampakkan diri sebagai berhias.

Sebahagian masyarakat pula menganggap bahawa berkabung itu hanya dilakukan apabila pemimpin atau ketua pemerintah serta orang-orang ternama di sesebuah negara itu meninggal dunia, pada ketika itulah penduduk di negara tersebut akan berkabung bagi tempoh masa yang tertentu dengan keadaan-keadaan tertentu.

Antara cara berkabung itu pula ialah dengan memakai tanda-tanda khas pada pakaian, menaikkan bendera setengah tiang sebag ai menzahirkan rasa dukacita dan sedih terhadap kehilangan pemimpin atau orang besar berkenaan. Amalan sedemikian adalah tidak menepati dengan pengertian berkabung menurut apa yang dijelaskan oleh syara, berdasarkan hadits Baginda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam yang menyentuh mengenainya.

JENIS BERKABUNG
Al Hadaad ini terbahagi kepada dua iaitu:

1. Berkabung dari kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.

2. Berkabung dari kematian salah satu keluarganya selain suami selama tiga hari. Pembagian ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahualaihi Wasallam:

Tidak boleh seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhir untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari kecuali atas kematian suaminya[3]

Dan dalam riwayat Al Bukhari ada tambahan lafadz : Maka ia berkabung atas hal tersebut (kematian suami) selama empat bulan sepuluh hari [4]

HUKUM BERKABUNG ATAS KEMATIAN SUAMI


Para ulama ahlu sunnah bersepakat kecuali Al Hasan Al Bashri, Al Hakam bin Utaibah dan Al Syabi menyatakan bahwa hukum Al Hadaad jenis yang pertama adalah wajib. Hal ini juga didasari oleh dalil dari Al Quran dan Sunnah. Dalil dari Al Quran adalah Firman Allah :

Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beriddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya, maka tiada dosa bagimu(para wali) memberiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat (QS. Al Baqarah: 234)

Sedangkan dari sunnah adalah hadits dari Zainab bintu Abu Salamah, beliau berkata :

Aku telah mendengar Umuu Salamah berkata: Seorang wanita datang menemui Rasulullah Shallallahualaihi Wasallam dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya putriku ditinggal mati suaminya dan ia mengadukan sakit pada matanya, apakah ia ia boleh mengenakan celak mata? Lalu Rasulullah menjawab: tidak sebanyak dua kali atau tiga kali, semuanya dengan kata tidak. Kemudian Rasulullah berkata: Itu harus empat bulan sepuluh hari dan dahulu salah seorang dari kalian dizaman jahiliyah membuang kotoran binatang pada akhir tahun [5]

Demikian juga hadits yang berbunyi: Tidak boleh seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhir untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari kecuali atas kematian suaminya [6]

MASA ATAU WAKTU BERKABUNG


Telah dinyatakan diatas bahawa masa berkabung bagi wanita adalah empat bulan sepuluh hari. Ini berlaku pada semua wanita kecuali yang hamil. Wanita hamil yang ditinggal mati suaminya berkabung sampai melahirkan, berdasarkan firman Allah Taala:

Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya (QS. 65:4) Dan hadits Suabiah yang berbunyi: Umar bin Abdillah bin Al Arqam Al Zuhri menulis surat kepada Abdullah bin Utbah memberitahukan kepadanya bahwa Subaiah telah menceritakan kepadanya bahwa beliau (Subaiah) adalah isteri Saad bin Khaulah yang berasal dari bani Amir bin Luai dan beliau ini termasuk orang yang ikut perang Badar. Lalu Saad meninggal dunia pada haji wada sedangkan Subaiah dalam keadaan hamil. Kemudian tidak lama kemudian beliau melahirkan setelah wafat suaminya tersebut. Ketika selesai nifasnya maka Subaiah berhias untuk dinikahi. Abu Sanaabil bin Bakak seorang dari bani Abduddar menemuinya sambil berkata: Mengapa saya lihat kamu berhias, tampaknya kamu ingin menikah? Tidak demi Allah kamu tidak boleh menikah sampai selesai empat bulan sepuluh hari. Subaiah berkata: ketika ia bicara demikian kepada ku maka aku memakai pakaianku pada sore harinya lalu aku mendatangi Rasululloh dan menanyakan hal tersebut. Kemudian rasululloh memberikan fatwa kepadaku bahwa aku telah halal dengan melahirkan dan memerintahkanku menikah bila ingin [13] Oleh kerana itu imam Ibnu Al Qayyim menyatakan: Adapun orang yang hamil, jika telah melahirkan, maka gugurlah kewajiban berkabungnya tersebut menurut kesepakatan mereka, sehingga ia boleh menikah, berhias dan memakai wangi-wangian untuk suaminya (yang baru) dan berhias sesukanya [14]. Sedangkan Ibnu Hajar menyatakan: Mayoritas ulama dari para salaf dan imam fatwa di negerinegeri berpendapat bahwa orang yang hamil jika wafat suaminya menjadi halal (boleh menikah) dan selesai masa iddahnya dengan melahirkan [15].

Masa berkabung ini dimulai dari hari kematian suami, walaupun berita kematiannya terlambat ia dengar. Demikianlah pendapat mayoritas para sahabat, imam madzhab yang empat, Ishaaq bin Rahuyah, Abu Ubaid dan Abu Tsaur.[16]

PENDAPAT AGAMA ISLAM TENTANG AMALAN BERKABUNG

Amalan Berkabung 40 Hari Bukan Ajaran Islam


Perkara ini perlu diingatkan. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang berlebihandalam memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara-perkara berikut perlu dijelaskan;

1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya) Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari... Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.

2. Hadis Nabi s.a.w: Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata, Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi s.a.w ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.aw. : Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari. 3. Telah wafat Rasulullah s.a.w sedangkan para sahabah baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal Umar bin Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung jika diizinkan.

4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda.

PENDAPAT BUKAN ISLAM TENTANG AMALAN BERKABUNG

Amalan Potong Jari Sebagai Tanda Berkabung


Suku kaum Dani yang berasal dari Papua, Indonesia mengamalkan amalan memotong jari jika berlaku sesuatu kematian. Amalan ini mengikut kepercayaan mereka adalah untuk mententeramkan roh si mati agar tidak mengganggu mereka. Ianya dilakukan oleh ahli keluarga perermpuan si mati. Amalan ini tidak lagi dilakukan sekarang namun kebanyakkan wanita tua suku kaum ini boleh dilihat telah memotong jari mereka.

KESIMPULAN
Demi menyelamatkan kesucian akidah dan syariat terutama dalam kalangan generasi muda yang akan mewarisi masa hadapan islam dan umatnya di Malaysia, kita hendaklah beriman kukuh dengan Al-quran yang telah diturunkan oleh Allah dan al-sunnah sebagai dua sumber utama yang pasti dapat menyelamatkan kehidupan. Oleh itu, umat islam wajib meningkatkan keupayaan memahami ajaran islam sedalam mungkin. Berkabung pada hakikatnya bukan lah dari ajaran islam cume pada isteri yang baru sahaja kehilangan suami,dan perlu berkabung selama empat bulan sepuluh hari.Hal ini,bagi memastikan isteri habis dari tempoh iddah. Pada mulanya,amalan berkabung ini dipraktik kan oleh masyarakat arab tetapi islam membuang perkara yang tdak baik pada amalan ini.Islam juga mengekalkan dan menambah perkara yang baik ke dalamnya.

Demikian juga hadits yang berbunyi:


Tidak boleh seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhir untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari kecuali atas kematian suaminya [6]

SUMBER @ BILIOGRAFI

Diambil dari :

MAJALAH ANNUR MAJALAH AL ISLAM MAJALAH SOLUSI http://www.scribd.com/doc/40144358/Islam-Liberal-Dan-Plural-is-Me http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/248-rencanaagama/1785-waspada-fahaman-islam-liberal.html

Vous aimerez peut-être aussi