Vous êtes sur la page 1sur 13

PENILAIAN NEGERI SARAWAK (SNS) Aras Tinggi

TATABAHASA. i.

Kata Nama.
a. Kata Nama Am b. Kata Nama Khas Konstrak Analisis Konteks Aras tinggi Skema B

1. Semua _____________ pasar malam diingatkan supaya menjaga kebersihan tempat perniagaan mereka. A. pelanggan C. pembeli B. penjaja D. pemborong

ii.

Kata Ganti Nama.


Konstrak Analisis Konteks Aras tinggi Skema B

1. Memanda Menteri, esok ____________ akan berangkat ke Melaka, titah Sultan Mansur kepada Tun Perak. A. aku C. saya B. beta D. baginda

iii.

Kata Adjektif.
Konstrak Analisis Konteks Aras Tinggi Skema A

1. Pokok-pokok bunga itu kelihatan __________ apabila sudah lama tidak disiram. A. layu C. segar B. kuncup D. subur

iv.

Kata Sendi.
Konstrak Analisis Konteks Aras Tinggi Skema A

1. Yusri kerap bercerita __________ pengalamannya ketika menyertai perkhemahan unit beruniform __________ anak-anak saudaranya. A. tentang kepada C. akan ke B. kepada untuk D. dengan selain

v.

Kata Kerja.
Konstrak Analisis Konteks Aras Tinggi Skema C

1. Dahan pokok itu telah di __________ kepada beberapa bahagian. A. hiris C. kerat B. cencang D. cantas

vi.

Kata Hubung.
Konstrak Analisis Konteks Aras Tinggi Skema C

1. ___________ lelaki __________ , semua diwajibkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang diadakan. A. Bukan sahaja tetapi juga B. Jangankan atau C. Baik mahupun D. Sungguhpun tetapi

vii.

Kata Seru.
Konstrak Analisis Konteks Aras Tinggi Skema C

1. __________ ,rupa-rupanya kamu yang membuang sampah-sarap di sini! marah Mak Minah kepada anaknya. A. Amboi. C. Oh B. Aduh D. Wah

viii.

Kata Tanya.
Konteks Aras Tinggi Skema A

Konstrak Analisis

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. 1. Tun Perak ialah Bendahara Melaka yang terkenal di Kepulauan Melayu. A. Siapakah Bendahara Melaka yang terkenal di Kepulauan Melayu? B. Mengapakah Bendahara Melaka terkenal di Kepulauan Melayu? C. Di manakah Bendahara Tun Perak dilahirkan? D. Apakah yang dilakukan oleh Bendahara Tun Perak di Kepulauan Melayu?

Bahagian pemahaman petikan. Cerita.


Dahulu aku pernah mempunyai nenek tetapi sekarang tidak lagi. Nenek telah tiada. Dia telah lama meninggalkan kami sekeluarga.walaupun begitu, aku tetap terkenangkan nenek. Aku teringatkan kebaikan, keramahan dan kelucuannya. Bagi aku, nenek terlalu baik dan dia amat memahami diriku. Dahulu senasa nenek ada, aku dan keluarga sering pulang ke kampung. Kadangkadang kami bermalam di sana. Pada masa cuti sekolah, aku tinggal terus di rumah nenek. Abang dan kakak pun turut serta. Pada waktu itu, nenek akan memasak bermacam-macam jenis makanan kegemaran kami. Rumah nenek terletak berdekatan dengan sawah. Apabila musim menanam padi tiba, nenek akan turun ke sawah. Kadang-kadang aku turut serta walaupun berkali-kali dihalang oleh nenek. Aku tidak takut turun ke sawah walaupun di dalamnya terdapat banyak lintah. Bagiku, anak lelaki harus berani. Nenek pula tersenyum sambil menepuk bahuku apabila mendengar aku berkata begitu. Nenek selalu menasihati aku, kakak dan abang supaya belajar dengan bersungguhsungguh. Nenek sangat berharap agar kami dapat melanjutkan pelajaran hingga peringkat universiti. Kata nenek, ilmu itu pelita hidup. Pada mulanya aku tidak faham akan maksud nenek. Aku bertanyakan tentang perkara itu kepada ayah. Ayah menyuruh aku mencari maksudnya sendiri. Kini, sudah dua tahun nenek pergi. Aku sudah faham akan maksud kata-kata nenek dahulu. Aku bersetuju bahawa ilmu amat penting kerana cerah atau gelapnya masa depan seseorang bergantung pada ilmu yang ada padanya. Orang yang berilmu akan dapat mencari pekerjaan yang baik dan dapat membalas jasa ibu bapa . aku sungguh berterima kasih atas segala nasihat yang nenek berikan. Semua itu akan aku jadikan pegangan hidup pada sepanjang masa. Konstrak Analisis Konteks Aras Tinggi Skema B

1. Frasa ilmu itu pelita hidup dalam cerita tersebut bermaksud A. Ilmu dapat memberikan kegembiraan dalam ilmu. B. Ilmu dapat menjamin masa depan yang lebih cerah C. Ilmu dapat memberikan kekayaan dalam hidup D. Ilmu dapat menjamin keselamatan dalam hidup

Surat Kiriman Biasa.


No. 22, Jalan PP 1/2, Puchong Perdana, 47100 Puchong, Selangor, 13 Mei 2005. Menemui sahabatku, Maria Mustaffa. Apa khabar saudari pada ketika ini? Saya doakan semoga saudari sihat di sisi keluarga tersayang. Saudari, Cuti persekolahan baharu sahaja berakhir. Apakah yang saudari lakukan sepanjang cuti tersebut? Buat pengetahuan Maria, saya telah mengikuti Kem Motivasi menjelang peperiksaan UPSR di Universiti Putra Malaysia. Pengalaman mengikuti kem tersebut amat berguna bagi saya. Saya mamat bertuah kerana berpeluang mengikutinya. Sebenarnya ayah saya yang terbaca iklan tentang kem berkenaan dalam surat khabar. Kemudian, ayah memaklumkan kepada saya. Saya tidak menolak cadangan ayah kerana banyak faedah yang boleh saya timba daripada Kem Motivasi itu. Kem itu berlangsung selama dua hari dua malam. Antara program sepanjang kem tersebut ialah ceramah, aktiviti kumpulan, perbincangan secara kumpulan dan permainan. Saya juga dapat berkenalan dengan ramai peserta dari beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Kelang. Ceramah yang paling saya minati ialah Teknik Belajar Secara Berkesan yang disampaikan oleh Dr. HM Tuah Iskandar. Beliau merupakan pakar motivasi yang amat saya kagumi. Dalam ceramahnya, beliau mengingatkan murid-murid agar tidak menghafal tetapi mestilah memahami sesuatu tajuk. Menurutnya lagi, selain belajar dengan tekun, kita juga mestilah sentiasa berdoa kepada Tuhan dan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Nampaknya hanya setakat ini sahaja daripada saya. Semoga kita mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti. Saya berharap saudari dapat mengirim berita kepada saya di sini serta rakan-rakan yang lain. Kami semua amat rindu untuk bertemu dengan saudari setelah hamper satu tahun kita tidak bertemu. Sambutlah salam mesra daripada saya di sini. Sahabatmu, Fatima Konstrak Analisis Konteks Aras Tinggi Skema D

1. Perkara utama yang diperkatakan dalam surat itu ialah A. Persedia menghadapi UPSR B. Ceramah Teknik Belajar Secara Berkesan C. Cara-cara mencapai kejayaan cemerlang D. Kem Motivasi yang diikuti oleh pengirim

Ucapan.
Selamat datang saya ucapkan kepada tetamu saya, iaitu murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang. Semua kakitangan Kompleks Pusat Penyelidikan Pertanian ( PPP ) Tun Razak amat berbesar hati menerima kedatangan kalian pada pagi yang ceria ini. Selamat datang juga ndiucapkan kepada mereka yang kali pertama menjejakkan kaki ke Jerantut. Kompleks PPP Tun Razak merupakan kawasan pelancongan yang berasaskan pertanian. Pelbagai kemudahan dan tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini. Antaranya ialah lading buah-buahan, taman herba, kolam ikan, padang golf dan sebagainya. Kompleks ini juga menyediakan kemudahan penginapan yang terdiri daripada chalet dan banglo. Kamu semua amat bertuah kerana datang ke sisni pada musim buah-buahan. Pokok rambutan, durian, ciku, manggis dan pokok-pokok lain yang terdapat di sini sedang berbuah. Oleh itu, bolehlah kamu menikmati buah-buahan tersebut dengan sepuas-puasnya. Para pengunjung yang datang ke sini pada bulan Jualai hingga September memang berpeluang merasa menjadi pemilik dusun. Mereka boleh memungut dan makan buah-buahan yang ada di sini seperti di dusun sendiri. Murid-murid sekalian, Semasa dalam lawatan nanti, kamu boleh melihat dengan lebih dekat proses pemilihan biji kelapa sawit untuk dijadikan benih yang bermutu tinggi. Proses ini dilakukan di makmal yang berhawa dingin di Kompleks Bahan Tanaman. Selain itu, bagi mereka yang gemar aktiviti lasak, kamu akan dipandu oleh kakitangan kompleks untuk meredah gua-gua yang terdapat di tapak warisan ini., Murid-murid sekalian, Kompleks PPP Tun Razak turut menawarkan pakej pelancongan pelajar. Pakej yang berunsur pendidikan ini bertujuan memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar. Antara aktiviti yang disediakan ialah berjalan malam, berakit, melawat lading kelapa sawit, koko, getah, dan kopi serta meredah gua. Oleh itu, kamu boleh mencadangkan kepada guru-guru kamu agar mengadakan kursus motivasi di sini. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan selamay datang ke kompleks ini. Semoga kamu memperoleh pengalaman baru sepanjang berasa di sini. sekian, terima kasih. Konstrak Analisis Konteks Aras Tinggi Skema C

1. Apakah ciri-ciri pelancongan yang berasaskan pertanian ? A. Pelancong boleh melancong sasmbil menjadi petani. B. Golongan petani yang pergi melancong. C. Aktiviti melancong yang berasaskan alam semula jadi dan pendedahan tentang dunia pertanian. D. Kawasan pertanian yang telah dimajukan.

Puisi.
Sekian lama Negara dijajah, Rakyat hidup dalam gundah, Tiada kebebasan hilang maruah, Hidup melarat di bumi bertuah. Ramai pejuang bangun menentang, Meskipun sedar diri mungkin telentang, Kadaulatan Negara harus dijelang, Tidak mungkin mereka berpatah alang. 31 Ogos tarikh keramat, Pejuang Negara dilimpahi rahmat, Negara kita akhirnya mendapat berkat, Saat jaminan rakyat selamat. Negara kita sudah merdeka, Mari bersama mencapai cita, Kita buktikan pada mereka, Kita mampu maju bersama. Kawan-kawan maju semua, Jangan mudah berputus asa, Ilmu itu senjata utama, Oleh itu janganlah leka. Wahai teman mari berjuang, Melangkah maju hapuskan petualang, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, Impian bangsa harus dijulang.

Konstrak Analisis

Konteks

Aras Tinggi

Skema

1. Berikut merupakan antara baris-baris puisi yang mengandungi unsur-unsur patriotik, kecuali A. Ramai pejuang bangun menentang. B. Tidak mungkin berpatah alang. C. Impian bangsa harus dijulang. D. Rakyat hidup dalam gundah.

BM Kertas 2 Bahagian A

Konsrtak Kefahaman

Konteks

Aras Tinggi

Skema

1. Pak Harun dan anaknya sedang membanting padi untuk memisahkan buah padi dari tangkainya. 2. Pak Halim menambat kerbaunya pada sebatang pokok kelapa agar tidak mengganggunya bekerja. 3. Aman dan Amin memancing ikan keli di tepi sawah sementara menunggu makan tengah hari. 4. Mak Aminah menghidangkan juadah tengah hari di atas sebidang tikar mengkuang. 5. Beberapa orang petani sedang memotong padi yang sudah masak.

Bahagian B. ( Karangan )
1. Menyambung cerita. Konstrak Analisis Konteks Aras Tinggi Skema

Pada petang itu, aku balik agak lewat dari sekolah kerana menghadiri perjumpaan Persatuan Pengakap. Hari sudah semakin gelap. Aku terpaksa melalui kawasan perkuburan untuk balik ke rumah. Semasa aku melalui kawasan perkuburan itu, tiba-tiba. Tiba-tiba aku terdengar bunyi letupan yang amat dahsyat. Tidak lama kemudian, aku terdengar bunyi jeritan meminta tolong. Tanpa melengahkan masa, aku memberanikan diri lalu melangkahkan kakiku menuju ke arah tanah perkuburan tersebut untuk menyiasat apa yang sedang berlaku. Apabila tiba di situ, aku terlihat sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan itu sedang dijilat api yang marak. Tanpa membuang masa, aku menghayunkan langkah kakiku dengan sekuat hati menuju ke pondok telefon yang berhampiran. Apabila tiba di pondok telefon, aku segera menghubungi pihak bomba. Aku segera memaklumkan insiden yang berlaku kepada pihak bomba. Setelah memaklumkan tragedi yang berlaku kepada pihak bomba, aku segera menuju ke tempat kejadian semula. Apabila tiba di sana, aku melihat penduduk kampung sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran itu. Namun begitu, usaha mereka ibarat mencurah air ke daun keladi. Kudrat mereka amat terhad. Namun begitu, aku kagum dengan sikap bekerjasama yang diperlihatkan. Tidak lama kemudian, pihak bomba pun tiba. Tanpa melengahkan masa, mereka segera memadamkan kebakaran itu. Mereka berusaha dengan bersungghuh-sungguh untuk mengalahkan kebakaran itu. Meskipun sumber air agak terhad, namun setengah jam kemudian kebakaran tersebut dapat ditumpaskan. Hampir 80 peratus rumah itu musnah. Penduduk kampung berjanji untuk membantu mangsa kebakaran itu. Setelah insiden kebakaran itu berakhir, aku segera pulang ke rumah. Jam telah menunjukkan pukul 8.30 malam. Apabila aku sampai di rumah, ibu dan bapaku memarahiku kerana lewat pulang. Setelah mendengar ceritaku, barulah mereka mengerti. Mereka bangga terhadapku.

2. Surat Kiriman Biasa. Konstrak Konteks Aras Tinggi Skema

Sekumpulan kawan kamu dari bandar akan bercuti di kampung kamu. Tulis surat kepada ketua kumpulan itu bertanyakan tentang rencana mereka selama beberapa hari percutian tersebut. Bilik nombor 13, Rumah Dian, Ulu Balingian, Selangau, 96000 Sibu. 28 Mac 2012. Menemui sahabatku Mohamad Najib Bin Mohamad Hamka, yang kini berada di Kampung Astana, Bandaraya Kuching, dengan selamatnya. Sahabatku yang diingati, Apakah perkhabaran dirimu di sana? Diriku di sini sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Diriku sentiasa mendoakan semoga dirimu sentiasa berada di bawah limpahan kurnia Ilahi. Diriku di sini acap kali digamit rindu merindui dirimu yang jauh. Sebelum pena ini melayari warkah yang usang ini dengan lebih jauh lagi, izinkan diriku untuk menyusun sepuluh jari senadainya kehadiran warkah ini mengganggu-gugat kebahagiaanmu di sana. Sahabatku yang dirindui, Bagaimana dengan rancangan dirimu dan rakan-rakan untuk bercuti di kampung diriku. Seandainya rancangan itu diteruskan, diriku ingin mengetahui tarikh kalian akan berangkat ke kampung. Diriku juga ingin mengetahui apakah rancangan dirimu dan rakan-rakan semasa bercuti di sini nanti. Seandainya dirimu masih belum ada rancangan, diriku telah merancang aktiviti kita nanti. Untuk pengetahuan dirimu, ayahku telah merancang untuk membawa dirimu dan rakanrakan mengutip buah-buahan di kebunnya. Beliau juga merancang membawa kalian memancing di laut dalam. Sebenarnya banyak lagi rancangan yang telah kami rancang. Semuanya akan dirimu ketahui apabila dirimu sampai nanti. Tak sabar rasanya menanti saat itu. Nampaknya pena ini telah kepenatan menari-nari mengikut irama hati di atas lembaran usang ini. Sebelum mengundur diri, sambutlah salam kemesraan persahabatan yang berpanjangan daripada diriku yang jauh. Terimalah serangkap pantun daripada diriku. Burung kenari terbang tinggi, Hinggap sebentar di pohon kuini, Rindu di hari sudahlah pasti, Menanti dirimu bertandang ke mari. Sekian, terima kasih. Yang benar, ( Zamri Jemali)

3. Surat Kiriman Rasmi. Konstrak Konteks Aras Tinggi Skema

Kelab Bahasa Melayu sekolah kamu akan mengadakan pertandingan bercerita. Sebagai setiausaha, tulis surat kepada Guru Besar untuk untuk memohon menggunakan makmal computer. Kelab Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Kuala Pelugau, Pejabat Pelajaran Daerah Selangau, 96000 Sibu. ______________________________________________________________________________ Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kuala Pelugau, Pejabat Pelajaran Daerah Selangau, 96000 Sibu. Tuan, Memohon Menggunakan Makmal Komputer. Sehubungan dengan perkara di atas, saya, Zamri Bin Jemali, setiausaha Kelab Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Kuala Pelugau, ingin memohon untuk menggunakan makmal computer untuk pertandingan bercerita dalam Bahasa Melayu. 2. Tujuan pertandingan bercerita ini diadakanb untuk mencungkil bakat bercerita di kalangan murid-murid sekolah. Pemenang bagi pertandingan tersebut akan mewakili sekolah ini dalam pertandingan bercerita dalam Bahasa Melayu peringkat daerah Selangau. Di samping itu, pertandingan itu diadakan untuk memenuhi rancangan tahunan kelab kami. 3. Untuk pengetahuan pihak tuan, pertandingan bercerita ini akan diadakan pada 30 April 2012 iaitu pada hari Selasa. Pertandingan tersebut akan diadakan pada pukul 3.00 petang. Kami bercadang untuk mengadakan pertandingan tersebut di makmal computer. Pertandingan tersebut akan disertai oleh murid-murid tahap 2 sahaja. Hakim pertandingan tersebut ialah Cikgu Nurul Anisa, Cikgu Jemaluddin dan Cikgu Isaac. 4. Kami amat berharap agar permohonan kami ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Segala pertimbangan dan kerjasama yang pihak tuan berikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

11 APRIL 2012

Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, ( ZAMRI BIN JEMALI) Setiausaha, Kelab Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Kuala Pelugau, Pejabat Pelajaran Daerah Sealangau, Sibu.

Bahagian C ( Mengulas ).
Konstrak Analisis Konteks Aras Tinggi Skema

Tulis amalan baik yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Syukri memandang wajah Ikhmal yang masih dalam kesedihan. Kasihan, Ikhmal! Dalam usia yang semuda itu dia telah menjadi anak yatim. Syukri dapat menyelami perasaan sedih Ikhmal akibat kehilangan ayah yang tersayang. Ibunya pula dimasukkan ke hospital kerana menghidap barah perut. Bagi Syukri, dia mat menghormati rakannya yang sering dipandangrendah oleh rakan-rakan sekelas yang lain akibat kemiskinannya. Bagi Syukri, kekayaan tidak wajar dijadikan sebagai kayu pengukur untuk menjalin hubungan persahabatan dengan seseorang. Syukri dapat memahami keadaan rakannya itu ketika ini. Oleh sebab itu, pada malam ini,dia akan menemankan Ikhmal. Mujurlah ibu bapanya turut simpati akan nasib yang menimpa Ikhmal. Mereka juga bangga kerana Syukri berkemampuan menimbang perkaraperkara yang baik untuk dirinya.

Jawapan. Kita hendaklah sentiasa bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan. Di samping itu, kita haruslah sentiasa prihatin terhadap orang yang susah dengan membantu mereka. Selain itu, kita mestilah sentiasa menghormati kawan kita dengan tidak memandang rendah terhadap mereka. Seterusnya, kita perlulah ikhlas apabila berkawan tanpa memandang darjat. Akhir sekali, kita wajar menyemai sikap suka membantu golongan yang susah.

Vous aimerez peut-être aussi