Vous êtes sur la page 1sur 3

Analisis Teori Kepimpinan

Kepimpinan adalah proses membimbing, mengarah dan mempengaruhi orang bawahan atau kakitangan untuk melaksanakan tugas. Kepimpinan berlaku apabila ia mendorong orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif. Ianya juga melibatkan pengagihan kuasa, kelakuan dan gaya kepimpinan. Kepimpinan merujuk kepada keupayaan serta kebijaksanaan seseorang ketua dalam menguruskan kakitangan bawahannya dan sumber yang ada. Untuk mempengaruhi kakitangan, biasanya seseorang pemimpin

menggunakan pelbagai cara seperti memberi pujian, semangat, sokongan, ganjaran, menunjukkan model yang baik, menjelaskan matlamat yang dikehendaki dan sebagainya. Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, teori kepimpinan yang digunapakai oleh organisasi KABA ialah Teori Y dan Teori Perhubungan Manusia. Teori Y bercirikan motivasi dan pengiktirafan. Mereka ada usaha untuk mencapai matlamat . Mereka juga mempunyai komitmen terhadap objektif yang ingin dicapai untuk mendapatkan ganjaran. Mereka juga akan memenuhi tanggungjawab yang diberikan kerana ia membawa kepad kepuasan jiwa. KABA telah menepati kebanyakan ciri yang dinyatakan dalam Teori Y. Ini dapat dibuktikan dengan menjalankan aktiviti mengikut jadual dan AJKnya dapat menjalankan tugas masing-masing dengan bertanggungjawab. Selain daripada itu, dibawah pimpinan presidennya En Yap, banyak kejayaan telah diperolehi oleh KABA. AJK organisasi ini tidak mengelakkan diri dari tanggungjawab. Mereka boleh menyiapkan tugasan masing-masing tanpa dikawal atau diarah berulangkali. Selain daripada Teori Y, pemimpin KABA juga menggunakan Teori Perhubungan Manusia. Melalui temubual, En. Yap percaya bahawa perlakuan

pemimpin boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas. Justeru itu, En. Yap selalu memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Di samping itu, beliau juga menjaga perhubungan baik dengan pengikutnya seperti mengadakan jamuan Chinese New Year untuk organisasinya. Pemberian biasiswa kepada wakil sekolah dan pemain KABA yang prestasinya bagus dalam akademik jelas menunjukkan pemimpin berhasrat menjalinkan hubungan yang mesra dengan pengikutnya.

Penambahbaikan Gaya Kepimpinan Pada dasarnya di dalam setiap gaya kepimpinan terdapat dua unsur utama iaitu Unsur Pengarahan dan Unsur Bantuan. Setelah meneliti laporan mesyuarat agung dan catatan aktiviti KABA, didapati gaya kepimpinan presidennya lebih bersifat kepada Gaya Kepimpinan Demokraktik. Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat sesuatu keputusan/tindakan. Dia sering menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan masing-masing. Gaya Kepimpinan ini boleh dilihat dari catatan aktiviti KABA di mana aktiviti yang diadakan atau penglibatan mereka dalam aktiviti adalah sangat aktif. Ini memerlukan sumber tenaga manusia yang banyak. En. Yap menginsafi peranannya sebagai penyelaras tugas anggotanya dengan mengutamakan rasa tanggungjawab dan kerjasama baik kepada setiap individu yang dipimpinnya. Sebagai pemimpin, beliau menyedari dia tidak mampu bekerja seorang diri. Dia memerlukan sokongan orang-orang bawahannya. Kuasa diagih-agihkan menyebabkan semua orang merasa yakin dan senang hati menunaikan tugas masing-masing. Gaya Kepimpinan selalunya membawa kejayaan yang cemerlang bagi organisasinya. Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah Negara yang

berbilang kaum, bola keranjang selalunya dimainkan oleh kaum Cina. Jika KABA boleh melatih kaum Melayu dan kaum India sebagai pemain KABA, saya yakin organisasi ini akan lebih terkenal di peringkat antarabangsa. Pada keseluruhannya, apa-apa Teori Kepimpinan dan Gaya Kepimpinan yang digunapakai tentulah mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Namun teori-teori dan gaya kepimpinan ini sangat berguna untuk diteliti oleh orang-orang yang ingin menjadi pemimpin kerana mereka dapat mengetahui hal-hal yang boleh memberi kesan ke atas kepimpinan.

By NG GEOK CHIN

Vous aimerez peut-être aussi