Vous êtes sur la page 1sur 8

GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI DI SEKOLAH Sosialisasi merupakan satu proses interaksi sosial yang membolehkan manusia memperolehi

personaliti atau sahsiah serta belajar cara hidup bermasyarakat. Proses ini berlaku secara berterusan dan banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangkumi pemikiran, tahap emosi, daya kesedaran diri serta konsepsi. Selain itu, sosialisasi ditakrifkan sebagai interaksi antara manusia sama ada secara langsung atau tidak tidak langsung. Sebagai contoh, apabila manusia melakukan tugasan bersama tanpa interaksi ia juga dianggap sebagai proses sosialisasi. Di sekolah guru memainkan peranan sebagai agen sosialisasi. Guru memainkan peranan penting terhadap pelajar, rakan sejawat, kakitangan sekolah, masyarakat dan pengetua di sekolah. 1) Peranan guru dengan pelajar Di sekolah, guru memainkan peranan yang penting untuk membantu dan memberi dorongan yang berkaitan dengan disiplin pelajar untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin serta patuh terhadap peraturan di sekolah serta norma hidup dalam keluarga dan masyarakat. Guru mengambil alih tanggungjawab ibu bapa dalam mengawasi tingkah laku pelajar di sekolah. Di sekolah, guru diberi tanggungjawab sepenuhnya terhadap pelajar tersebut. Guru bertanggungjawab mengawal setiap aktiviti pelajar agar tingkah laku pelajar tidak menyimpang dengan norma-norma yang ada. Selain itu, guru merupakan role model atau contoh kepada pelajar di sekolah. Setiap tingkahlaku guru menjadi perhatian dan ikutan pelajar sama ada baik atau buruk. Oleh itu, guru mestilah menunjukkan tingkahlaku yang baik di depan pelajar. Ini adalah kerana tingkahlaku guru yang baik adalah bertepatan dengan norma-norma yang dianuti masyarakat, bangsa dan negara. Dari segi percakapan, guru juga mestilah menjaga percakapan dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat di mana boleh menyinggung perasaan pelajar. Selain sebagai role model, guru juga mestilah bijak dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk nilai-nilai moral yang baik dikalangan pelajar.

Guru mestilah bijak mencari jalan penyelesaikan masalah apabila berdepan dengan masalah agar ia dapat diamalkan oleh pelajar dan seterusnya melahirkan pelajar yang lengkap dengan nilai-nilai moral yang tinggi seperti

bertanggungjawab, amanah, berdikari dan berhemah. Penerapan nilai murni dikalanga pelajar dapat membantu pelajar bersosialisasi dengan baik dalam masyarakat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik dan melahirkan pelajar yang cemerlang pada masa hadapan. Menurut Mok Soon Sang (1988), antara peranan guru yang penting ialah sebagai fasilitaor dalam pembelajaran. Fasilitator pembelajaran berperanan untuk membimbing pelajar supaya mereka sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sebagai fasilitator, guru mestilah menggalakkan para pelajar belajar secara individu dan berkumpulan. Pembelajaran secara berkumpulan lebih berkesan kerana melalui kaedah ini setiap pelajar boleh berkongsi maklumat antara satu sama lain. Selain sebagai fasilitator, guru juga bertindak sebagai ibu bapa kepada pelajar demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar sepangjang sesi persekolahan. Seterusnya, guru bertindak sebagai guru disiplin di sekolah. Di setiap sekolah guru disiplin memainkan peranan yang amat penting untuk mengurangkan masalah disiplin dikalangan para pelajar. Pelajar yang tidak mematuhi peraturan sekolah akan dikenakan tindakan yang sewajarnya yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Contoh tindakan yang diambil ialah merotan, denda dan mengeluarkan surat amaran yang pertama. Kesalahan berat yang dilakukan oleh pelajar berkemungkinan pelajar tersebut akan digantung sekolah atau dibuang sekolah. Tujuan tindakan disiplin dikenakan kepada pelajar adalah untuk member pengajaran supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. 2) Peranan guru dengan majikan (Pengetua)

Selain memainkan peranan terhadap pelajar, guru juga memainkan peranan yang penting terhadap majikan. Di sekolah, majikan adalah pengetua di mana ia berperanan untuk mengatur perjalanan aktiviti kurikulum dan pentadbiran di sekolah. Setiap guru mestilah menjalinkan hubungan yang baik dan mesra

dengan pengetua supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Melalui hubungan yang baik dengan pengetua, semua guru tidak akan rasa tertekan kerana adanya kemesraan daripada pengetua. Seterusnya, guru-guru merasakan diri mereka akan dihargai, dikasihi dan dimuliakan.

Komunikasi yang baik dengan pengetua juga amat penting. Dengan adanya saluran komunikasi yang baik, guru yang mempunyai masalah boleh terus berjumpa dengan pengetua untuk meluahkan masalah yang dihadapi guru. Luahan masalah tersebut seterusnya dapat membantu guru tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi terutamanya masalah yang berkaitan dengan aktiviti atau urusan pentadbiran di sekolah. Pengetua berperanan sebagai ketua pemimpin di sekolah dan mestilah mempunyai pertuturan yang baik dengan guru supaya tidak menyinggung perasaan antara satu sama lain.

Selain komunikasi yang baik antara guru dengan pengetua, sikap saling faham memahami antara satu sama lain juga amat penting untuk mewujudkan hubungan yang baik antara guru dengan pengetua. Komunikasi yang baik dengan pengetua seterusnya mendorong pengetua untuk memahami masalah yang dihadapi oleh setiap guru serta apa yang berlaku dalam pengurusannya. Pengurusan yang baik ialah ialah hubungan mesra antara pentadbir dan orang bawahannya. Seterusnya, dengan adanya sikap saling faham memahami, penyebaran maklumat adalah lebih berkesan dari segi pengetahuan teknologi, latihan kerja, kewangan, pengurusan dan sebagainya. Pihak bawahan akan berfungsi dengan lebih bebas, kreatif, berkeyakinan dan penuh dedikasi.

Seterusnya, guru mestilah menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengetua dengan baik. Tugas yang dilaksanakan dengan baik dan lancar merupakan satu cara untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan bahawa seseorang guru itu boleh melaksanakan kerja dengan baik dan berkesan. Hal ini menimbulkan keyakinan pada pengetua di sesebuah sekolah. Guru yang cemerlang sentiasa melaksanakan tugas dengan baik dan amanah tanpa sebarang rungutan di mana ia boleh menjejaskan prestasi dalam profesion perguruan. Setiap guru mestilah menjalankan tugas yang diberikan dengan amanah tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Selain amanah, kerjasama antara guru dan pengetua juga amat penting dalam melancarkan pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Melalui kerjasama yang baik, segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Sebagai contoh aktiviti gotong royong yang diadakan di sekolah. Sebagai seorang pengetua yang prihatin dan ada sikap kerjasama, pengetua akan turut serta dalam aktiviti tersebut bagi memeriahkan lagi aktiviti tersebut. Seterusnya, di sekolah pengetua merupakan orang yang berpengaruh. Segala tingkahlaku yang ditunjukkan oleh pengetua menjadi ikutan kepada guru yang lain. Tingkahlaku yang baik akan menjadi ikutan guru bawahan manakala tingkahlaku yang tidak baik akan menjadi bualan guru bawahan. Contoh, selalu datang sekolah lambat, bercakap dengan menggunakan kata-kata yang kesat dan sebagainya.

3)

Peranan guru dengan rakan sejawat

Dalam mewujudkan suasana kerja yang harmoni, guru juga memainkan peranan yang penting dengan rakan sejawat. Komunikasi yang baik antara guru amat penting supaya tidak mengguris perasaan rakan sekerja. Percakapan mestilah menggunakan nada suara yang perlahan dan tidak menengking supaya tidak menimbulkan sebarang perselisihan faham dan pergaduhan. Selain itu, komunikasi yang baik juga merupakan satu cara yang baik dan berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Selain itu, seseorang guru juga sentiasa mewujudkan hubungan yang baik dengan guru yang lain. Untuk mewujudkan hubungan yang baik, setiap guru mestilah sentiasa mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru. Kenyataan yang berbentuk negetif yang dikeluarkan kepada pelajar atau ibu bapa berkenaan seseorang guru yang lain boleh menimbulkan satu persepsi yang buruk terhadap guru berkenaan. Tindakan memburukkan rakan sekerja atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru dianggap sikap yang tidak dalam profesion keguruan.

Selain mewujudkan hubungan yang baik, setiap guru juga mestilah mempunyai semangat kerjasama yang tinggi antara satu sama lain. Semangat kerjasama

yang tinggi di kalangan guru akan mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan menceriakan. Contoh, kegiatan gotong royong yang diadakan di sekolah memerlukan tahap kerjasama yang baik dari semua guru supaya program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap guru mestilah melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung. Guru yang mempunyai sikap kerjasama tidak mengambil peluang untuk mengelakkan diri dari terlibat sama dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.

Selain kerjasama, setiap guru juga mestilah menghindarkan diri dari berlaku konflik di antara satu sama lain. Tanpa konflik, tugas dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya dapat menghindarkan diri dari perasaan stress atau tertekan. Antara punca utama berlaku konflik ialah perbezaan pendapat, tiada tolak ansur antara guru dan mempunyai sikap mementingkan diri sendiri. Sikap ini seharusnya tidak diamalkan oleh seseorang guru kerana sedikit sebanyak akan mempengaruhi pelajar di sekolah. Sikap ini adalah bertentangan dengan prisip profesion keguruan. Seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Beliau juga tidak patut melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Guru juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga patut mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. 4) Peranan guru dengan kakitangan sekolah Kakitangan sekolah merujuk kepada Penolong Kanan Pentadbiran, penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, kerani, tukang kebun dan sebagainya. Mereka adalah orang yang penting dalam pengurusan pentadbiran di sesebuah sekolah. Selain dengan rakan sejawat, guru juga mestilah mewujudkan hubungan yang baik dengan kakitangan sekolah bagi

memudahkan setiap guru berurusan sama ada dalam bidang akademik atau melibatkan pengkeranian. Sebagai contoh, hubungan yang baik dengan pihak kerani di sekolah memudahkan seseorang guru berurusan berkaitan dengan hal kewangan atau masalah gaji. Selain itu, hubungan ini amat penting kerana hubungan yang baik dan erat di kalangan guru dengan kakitangan sekolah akan dapat mewujudkan suasana kerja yang harmoni. Hubungan yang baik dapat mengelakkan dari perasaan stress. Melalui hubungan yang baik juga, setiap guru akan suka datang ke sekolah tanpa mengharapkan ganjaran serta melakukan sesuatu dengan niat yang ikhalas untuk memantapkan prestasi sekolah. Seterusnya, setiap guru juga mestilah menjalankan arahan yang diberikan dengan sebaik yang mungkin. Sebagai contoh, dalam aktiviti ko-kurikulum. Sepanjang perjalanan aktiviti ini segala arahan dan taklimat akan diberikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum. Bagi menjayakan program rumah sukan, setiap guru mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak atasan. Seiap guru mestilah mengadakan latihan rumah sukan dua kali seminggu sepertimana yang diarahkan. Guru penasihat rumah sukan tidak boleh engkar dengan arahan yang dikeluarkan seandainya guru engkar, tindakan boleh diambil. 5) Peranan guru dengan masyarakat

Sejak dari dulu lagi guru adalah profesion yang bertanggungjawab untuk mendidik dan memimpin masyarakat. Hal ini terbukti sehingga hari ini bahawasanya guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara terutamanya dalam membentuk sahsiah seseorang pelajar. Dalam melahirkan pelajar yang bersahsiah, setiap guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dijadikan contoh atau ikutan dikalangan pelajar di sekolah.

Menurut Prof Mohd Kamal Hasan (1998), contoh teladan yang baik dikalangan guru banyak membantu dalam pembentukan akhlak pelajar. Manakala, menurut Abdul Halim al-Muhammadi (1991), di sekolah guru merupakan ejen kepada

keberkesanan dalam pendidikan. Matlamat utama dalam sistem pendidikan tidak akan tercapai seandainya pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut adalah tidak efektif dan tidak berkesan.

Seterusnya, kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmu pengetahuan dan keluhuran keperibadian yang tinggi memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada kejayaan dan keberkesanan dalam sesuatu pendidikan. Panduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah kriteria peribadi pendidik yang tidak dapat dipisahkan tetapi sebaliknya boleh dijadikan sebagai contoh kepada masyarakat. Oleh itu, guru adalah orang bertanggungjawab untuk membentuk tamadun manusia di dunia melalui penyebaran ilmu kepada masyarakat. Justeru, semua guru mesti menyedari tanggungjawab dan sentiasa menjaga nama baik sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat yang sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab secara ikhlas dan jujur.

Sebagai usaha untuk memastikan setiap guru dapat berperanan sepertimana yang diharapkan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan empat strategi yang utama untuk memartabatkan profesion perguruan. Antaranya ialah; i) ii) iii) iv) memantapkan aspek proses pemilihan bakal guru dan latihan, memantapkan karier keguruan, memperbaiki persekitaran kerja guru, dan meningkatkan keyakinan dan rasa bangga guru terhadap profesion keguruan. Dalam Islam, guru juga dipandang tinggi dan dianggap sebagai murabbi, muaddib, atau ulama. Islam juga member penghormatan yang tinggi kepada profesion keguruan. Pada pandangan Islam, guru bukan sahaja berperanan memberi kesedaran kepada diri sendiri, malah masyarakat mengenai komitmen dan hubungan dengan hukum Allah SWT. Bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah ini, guru mestilah melaksanakan kewajipan untuk mendidik anak bangsa walaupun mereka terpaksa menempuhi pelbagai cabaran demi cabaran yang datang silih berganti. Tanpa pengorbanan

mereka, mungkin kita akan berada pada kedudukan yang serba mewah dan senang. Justeru, guru mestilah diberi penghormatan yang tinggi sepertimana penghormatan yang diberikan dalam Islam. Guru yang ikhlas dalam menyalurkan ilmu kepada pelajar tidak mengharapkan sebarang ganjaran serta pujian daripada pelbagai pihak. Contoh sambutan hari guru. Guru yang baik sentiasa berharap semoga anak didik mereka menjadi insan yang berilmu serta berguna dan seterusnya dapat memenuhi keperluan tenaga kerja dalam meningkatkan ekonomi negara. Di samping itu, setiap guru juga mengharapkan sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa dan masyarakat bagi meningkat taraf pendidikan anak-anak mereka. Ibu bapa dan masyrakat yang sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang pembelajaran anak-anak mereka perlu sedar mereka juga

bertanggungjawab untuk mendidik dan membangunkan manusia dan tidak boleh melepaskan tangan sepenuhnya kepada guru di sekolah. Namun begitu, tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh guru memang tidak boleh dipertikaikan walaupun kadangkala mereka sering dipersalahkan apabila berlakukes keruntuhan akhlak di kalangan remaja. BIBLIOGRAFI 2009. Peranan Guru. Dimuatturun daripada
http://sharingmama.wordpress.com/2009/09/16/peranan-guru/ Peranan Guru Dalam Pendidikan. Dimuatturun daripada http://pakguruonline.pendidikan.net/buku_tua_pakguru_dasar_kpdd_154.html Mohd. Shukri Hanapi. (2007). Guru contoh terbaik kepada masyarakat. Dimuatturun daripada http://nurjeehan.wordpress.com/2007/05/15/guru-contoh-terbaik-kepadamasyarakat/ 2008. Kes-kes Keganasan Yang Dilakukan Guru. Dimuatturun daripada http://rafidahshapuan.wordpress.com/2008/02/18/kes-kes-keganasan-yangdilakukan-guru/ 2008. Pengetua Dan Hubungan Manusia. Dimuatturun daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengetua_dan_Hubungan_Manusia Peranan Guru Di Sekolah Dan Masyarakat. Dimuatturun daripada http://www.uns.ac.id/data/sp6.pdf

Vous aimerez peut-être aussi