Vous êtes sur la page 1sur 1

ATLIT OLIMPIK SPANYOL AKAN MEMASUKI SEMINARI SELEPAS SUKAN OLIMPIK LONDON 2012

oleh CAN/EWTN
MADRID: Carlos Ballve dikenali sebagai Litus oleh kawan-kawannya bermain di posisi pertahanan dalam pasukan hoki Spanyol yang akan bertanding di Sukan Olimpik London 2012. Tetapi selepas sahaja pertandingan selesai, dia akan ke seminari Belgium untuk memulakan proses untuk menjdai seorang paderi. Menurut akhbar Spanyol El Pais, walaupun dia selalu mengakui dirinya seorang yang percaya kepada Tuhan, namun hanya pada tahun 2005 dia menjadi sedar akan kepentingan Tuhan di dalam kehidupannya. Pada musim panas tahun tersebut, semuanya mula berubah sewaktu dia ikut bertanding di Kejohanan Dunia 21 tahun ke bawah. Kami memulai pertandingan dengan sangat teruk. Ianya sangat teruk dan pada suatu Hari Minggu saya pergi menghadiri Misa dan membuat perjanjian dengan Tuhan: Saya memberitahu Dia bahawa jika Dia membantu kami semasa Kejohanan itu nanti, Saya akan pergi ke Medjogorje (tempat di mana penampakan Bonda Maria masih dikaji siasat oleh Vatikan) bersama-sama dengan bapa saya. Kami telah melakar sejarah. Tidak pernah dalam pasukan negara Spanyol bawah 21 tahun memenangi sebarang pingat dalam kejohanan itu, dan kami mendapat tempat yang ke-3, katanya. Ballve menepati janjinya dan menziarahi Medgogorje. Walaubagaimana pun, dia mengatakan bahawa kehidupannya masih tidak berubah, sebab dia masih keluar berparti dengan perempuan-perempuan, menghabiskan wang di kiri dan kanan, dan hanya sedikit atau tiada langsung niat untuk berdoa. Tetapi ada sesuatu di dalam saya yang berkata, Litus, kau bebas dan kau boleh buat apa saja yang kau mahu lakukan, tetapi sekarang ini engkau tidak pun gembira. Walaupun dia sedang berada di kemuncak perlawanannya, dia memilih untuk berhenti lagi dan pergi untuk mencari Tuhan. Saya telah memberitahu Dia, Saya tidak tahu apa yang berlaku. Banyak perkara pelik terjadi. Saya mahu berterus terang dengan Mu, jadi, ini aku, lakukan apa yang Kau kehendaki. Hidupnya mula berubah, dan dia hanya memohon kepada Tuhan untuk membenarkannya memenuhi impian untuk bermain di Kejohanan Olimpik. Ballve mengatakan bahawa masanya di kejohanan itu adalah sungguh ajaib dan pengalaman yang berharga. Dia berharap bukan untuk menang sahaja, tetapi untuk bertumbuh dalam melakukan iman, berkongsi mengenai iman dengan semua orang dari pelbagai bahagian di dunia, akhbar itu melaporkan. CAN/EWTN

Diterjemah dari sumber:Herald, The Catholic Weekly, 12 Ogos 2012, Page 9

Vous aimerez peut-être aussi