Vous êtes sur la page 1sur 5

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN

- Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1

Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz. Bahan: Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain. Aktiviti Murid: Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.

- Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2

Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas. Bahan: Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. 2. Murid menyebut benda hidup atau benda bukan hidup sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. 3. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain. 4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu.

AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN

- Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1

Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. Bahan: Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu. 2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. 3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. 4. Murid menyanyi lagu Mari Bergembira dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.

- Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2

Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. 2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu. 3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA

- Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1

Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain. Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas. Aktiviti Guru/Murid: 1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. 2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. 3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

- Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2

Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus.

Aktiviti Murid: 1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya. 2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. 3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan Tajuk Bahan: Kenali Kami (Padankan)

Aktiviti: Murid mencabut satu bongkah bentuk yang berbeza saiz, warna dan bentuk bagi setiap satunya. Kemudian dipadankan dengan ruangan kosong yang sama dengan bentuk yang dicabut.

Keistemewaaan: Murid seronok bermain dengan bongkah bentuk pelbagai warna menarik dan bentuk, serta secara tidak langsung menguji pengamatan penglihatan mereka daripada pelbagai aspek termasuklah saiz, warna dan bentuk.

Tambahan dan pandangan: -Meletakkan tajuk pada bahan

Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran

Tajuk Bahan: Siapa Saya?

Aktiviti: Murid mengecam bunyi yang dimainkan, kemudian menyatakan gambar yang padan dengan bunyi yang dimainkan.

Keistimewaan: Memberi peluang kepada murid untuk berlatih berfikir tentang bunyi apa yang sedang dimainkan. Gambar-gambar dan bunyi-bunyi yang menarik, menambahkan lagi minat murid untuk fokus kepada tajuk. Guru juga dapat mengenal pasti murid yang lemah dalam sistem pendengarannya sebelum belajar untuk membaca.

Tambahan dan pandangan: -menggunakan bunyi alam yang sering didengar bagi alternatif lain ketika ketiadaan bekalan elektrik atau pemain audio.

Melaksanakan aktiviti pengamatan tangan dan mata Tajuk Bahan: Jom Menjahit, Kawanku Heroku.

Aktiviti: Jom menjahit, murid menggunakan benang bagi menyambung kepingan kad gerabak kereta api yang dilubangkan. Setelah selesai menjahit, gerabah tadi akan menjadi sebuah kereta api berbentuk kad yang bersambung-sambung. Kawanku Heroku, merupakan permainan mencari jalan keluar bagi menyelamatkan rakan bagi setiap watak kartun.

Keistimewaan: Melatih pergerakan tangan murid terhadap apa yang dilihat. Melatih motor halus murid bagi penyediaan aktiviti menulis.

Vous aimerez peut-être aussi