Vous êtes sur la page 1sur 3

Takut:

Azfa Hanani terlalu ralit mengelamun sehingga tidak terbuka buku kimia dihadapanya.Pada fikirannya hanya terbayangkan hukuman yang akan dikenakan kepadanya setelah pihak sekolah mengetahui bahawa dia yang mencuri buku rujukan di perpustakaan sekolah . Rakan rakannya telah memanggilnya berkalikali untuk melakukan kajian di dalam bilik kimia . Namun , panggilan mereka hanya dijawab selepas seketika .Azfa Hanani membayangkan hidupnya yang serba miskin dan ketiadaan ibu bapanya mengakibatkan dia tidak dapat membeli buKubuku rujukan Spm . Rakannya Kamilah yang sudah tahu dia mencuri asyik menyindirnya pda Falina dan Aini . Pada akhir bab , hanani dipanggil berjumpa dengan pengetua .

Siapa Mereka??:
Semasa berjalan ke bilik pengetua Azfa Hanani berpura pura tanya kepada Nordin dan Rozlan tentang sebab dia dipanggil ke bilik pengetua . Namun , kedua dua pengawas tersebut tidak mengatuhui hal itu . Mereka berdua tidak mengikut Azfa Hanani sehingga ke bilik pengetua kerana semua pengawas lelaki dipanggil ke bilik pengawas . Sebaik sahaja sampai di pejabat , hanani disuruh masuk oleh kerani untuk masuk ke bilik pengetua.Katanya juga terdapat tetamu yang bertemu dengannya.Azfa hanani masuk dengan rasa gementar.Setelah masuk,dia melihat seorang ,lelaki dan dua orang perempuan.Salah seorang daripada mereka ialah kakak ipar Nordin,Kak Rozan.Pengetua mempelawanya untuk duduk di atas sofa yang lembut.Selepas bercakap dengan Abang Marzan dan Kak Syafinaz,Azfa Hanani kebingungan.Mereka

mengatakan dia seiras adik mereka,Mimi.Dia diberi tanggunjawab unutk berlakon sebagai mimi yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.Afa Hanani dijanjikan peluang belajar,wang belanja dan hiburan.Dia bertekak untuk meminta izin ibu dan bapa saudaranya untuk memikul tanggunjawab tersebut.

Kerana Terdesak:
Tengku Mazran dan Syafinaz yang ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad tiba di rumah pak long untuk berbincang dengan pak long dan mak long. Pak Haji Arshad menjadi orang tengah dalam perbincangan itu. Tengku Mazran menceritakan kemalangan yang menimpa adiknya, Tengku Murni. Menurut Tengku Mazran, apabila ibunya, Datin Maziah tersedar daripada koma, yang ditanya ialah Tengku Murni. Puas mereka berdalih dengan mengatakan Tengku Murni mengikuti program pertukaran pelajar di Jepun. Dia tidak mampu berterusan menipu dan tidak mahu ibunya menghadapi tekanan jiwa. Tengku Mazran meminta keizinan pak long dan mak long untuk membawa Azfa Hanani ke Kuala Lumpur. Sebagai balasan, sekiranya Azfa Hanani mahu menggantikan tempat "Tengku Murni", kos perubatan anak pak longnya, Zuraini yang hampir lumpuh akan ditanggung. Azfa Hanani berfikir, sekiranya dia masih kekal di Sekolah Menengah Sri Dian, dia akan dibuang sekolah kerana mencuri buku di perpustakaan. Selain itu, bila-bila masa sahaja pak longnya akan memberhentikan persekolahannya kerana kesempitan hidup. Setelah memikirkan masalah dirinya dan penyakit Zuraini boleh disembuhkan, akhirnya dia menerima tawaran Tengku Mazran.

Seawal Kehadiran:
Di Hotel Universe, Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz mengajar cara-cara bertutur, makan dan bergaul dengan Datin Maziah. Apabila tiba di banglo yang dimaksudkan, dia dibawa ke bilik Tengku Murni ketika hayatnya dahulu. Tengku Mazran dan Syafinaz memujuk Azfa Hanani akan sikap kasar Tengku Muzaffar yang mengungkapkan kata-kata menyakitkan hatinya. Azfa Hanani kemudian berehat di dalam bilik itu. Ketika itu, dia teringat akan kata-kata Nordin sebelum dia bertolak ke sini, bahawa bukan dia yang dituduh mencuri buku, sebaliknya yang mencari beberapa orang pelajar lelaki. Apabila Datin Maziah sudah terjaga daripada tidur, Azfa Hanani dibawa bertemu. Dia mengikut arahan seperti yang diajar oleh Tengku Mazran dan Syafinaz.

Sebagai Murid Baharu:


Azfa Hanani dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah itu, dia berkenalan dengan saudara dua pupu Tengku Murni, iaitu Tengku Ellina. Dia juga berkenalan dengan rakan-rakan Tengku Murni yang lain seperti Adriani, Ekran, selain 'musuh' Tengku Murni, iaitu Laili, Syafikah, dan Fauziana yang dipanggil Budak Glamor. Tengku Ellina menyatakan kehairanannya kerana sehingga kini kad pengenalan, kad ATM dan dompet Tengku Murni belum ditemukan lagi.

Vous aimerez peut-être aussi