Vous êtes sur la page 1sur 5

(a) Terangkan bidang kuasa mahkamah-mahkamah yang terdapat di Malaysia

Terdapat lima jenis mahkamah yang terdapat di Malaysia iaitu Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret. Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi dan juga mahkamah

rayuan terakhir untuk kes-kes sivil dan juga jenayah di Malaysia. Artikel 121(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bidangkuasa Mahkamah Persekutuan adalah bidangkuasa Rayuan, bidangkuasa Asal, bidangkuasa Rujukan, dan bidangkuasa Penasihat. Dalam bidangkuasa rayuan, Mahkamah Persekutuan mendengar kes-kes rayuan bersabit keputusan yang di buat oleh Mahkamah Rayuan yang di bawa di hadapannya. Dalam kes-kes jenayah, pihak pendakwaraya boleh membuat rayuan terhadap pembebasan atau hukuman yang telah di putuskan oleh Mahkamah Rayuan. Manakala pihak yang di persalahkan pula boleh membuat rayuan terhadap sabitan kesalahan atau hukuman berdasarkan peraturan undang-undang atau fakta atau campuran kedua-duanya. Perayu dalam kes-kes sivil boleh merujuk kes mereka kepada Mahkamah Persekutuan berdasarkan kepada peraturan undang-undang atau berdasarkan kepada penerimaan atau penolakan bukti oleh mahkamah yang lebih rendah dalam struktur hierarki. Rayuan kepada Mahkamah Persekutuan adalah melalui perbicaraan semula. Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan bukti-bukti lanjut melalui keterangan bersumpah secara bertulis, keterangan bersumpah secara lisan di mahkamah dan juga melalui pemeriksaan lisan di mahkamah.Selain itu, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidangkuasa asal yang eksklusif berkaitan dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengan perlembagaan iaitu mengenai kesahihan mana-mana undang-undang yang di buat oleh perundangan persekutuan atau negeri yang mana ianya di luar bidangkuasa badan-badan perundangan tersebut. Dalam bidangkuasa rujukan, Mahkamah Persekutuan boleh mendengar kes-kes yang di rujukkan kepadanya untuk memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan persoalan perlembagaan yang berbangkit dalam perbicaraan di mahkamah-mahkamah lain. Selepas membuat pertimbangan, Mahkamah Persekutuan akan menyerahkan keputusan yang di tentukan oleh mereka berkaitan dengan perkara tersebut untuk di ambil tindakan oleh mahkamah yang merujuk. Dalam bidangkuasa penasihat pula, Yang Di Pertuan Agong akan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan berkaitan dengan perkara-perkara yang telah atau bakal timbul akibat atau kesan daripada manamana peruntukan perlembagaan.

Mahkamah Rayuan di tubuhkan dengan tujuan untuk menjalankan bidang kuasa yang khusus iaitu berkaitan dengan rayuan. Mahkamah Rayuan dalam bidang kuasa rayuannya boleh mendengar rayuan bagi kedua-dua kes sivil dan jenayah dari Mahkamah Tinggi dan rayuan berkaitan kes-kes jenayah sahaja dari Mahkamah Seksyen. Dalam keskes sivil, tiada rayuan boleh di bawa ke Mahkamah Rayuan dalam keadaan-keadaan seperti apabila ianya melibatkan jumlah atau nilai yang kurang daripada RM250,000-00 (RM: Dua Ratus Lima Puluh Ribu) tidak termasuk faedah kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan, dimana penghakiman ke atas perbicaraan asal di buat dengan persetujuan ke duadua belah pihak, dimana penghakiman adalah berkaitan dengan kos sahaja yang mana terdapat peruntukan undang-undang yang memberi kuasa pemutus muktamad kepada mahkamah di mana perbicaraan asal di jalankan dan dimana di nyatakan dengan jelas oleh peruntukan undang-undang bahawa penghakiman yang di buat oleh Mahkamah Tinggi adalah muktamad dan tidak boleh di buat rayuan. Di samping mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes-kes rayuan terhadap keputusan-keputusan sivil dan jenayah dari Mahkamah Tinggi serta kes-kes jenayah tertentu dari Mahkamah Seksyen, kes-kes yang berkaitan dengan persoalan undang-undang dari Mahkamah Majistret boleh juga di bawa kepada Mahkamah Rayuan dengan kebenarannya dan Mahkamah Rayuan boleh membuat semakan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan dengan perkara tersebut. Seterusnya, Mahkamah Tinggi. Terdapat dua Mahkamah Tinggi di Malaysia iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Kedua-dua Mahkamah Tinggi ini mempunyai bidang kuasa yang sama. Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes sivil dan jenayah. Kes sivil yang didengar disini adalah yang melibatkan tuntutan yang melebihi RM280 000. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan segala jenis hukuman termasuk hukuman mati. Bidang kuasa lainnya termasuklah hal-hal kebankrapan, hak penjagaan, harta sepencarian dan sebagainya. Mahkamah Seksyen pula adalah hierarki tertinggi di kalangan mahkamahmahkamah rendah. Ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kedua-dua kes jenayah dan sivil. Bidang kuasa jenayahnya meliputi kesemua jenis kesalahan kecuali kes-kes yang melibatkan hukuman bunuh. Bidang kuasa sivilnya termasuk semua jenis tindakan dan saman yang melibatkan jumlah dan nilai tidak kurang daripada RM25,000-00 (RM: Dua Puluh Lima Ribu) dan tidak lebih daripada RM250,000-00 (RM: Dua Ratus Lima Puluh Ribu). Tiada had ke atas jumlah dan nilai di kenakan dalam kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, tuan tanah dan penyewa dan pengambilan barangan atau harta benda yang dijadikan sebagai cagaran dalam kes-kes sewaan atau perletakkan barangan atau harta benda dalam tanah seseorang.

Akhir sekali, Mahkamah Majistret. Terdapat dua jenis Mahkamah Majistret iaitu Majistret kelas I dan Majistret kelas II. Majistret kelas I mempunyai bidang kuasa jenayah untuk membicarakan semua jenis kesalahan yang mana penetapan hukuman maksimanya ialah penjara tidak melebihi 10 tahun atau kesalahan-kesalahan yang mana hukumannya di kenakan denda sahaja dan kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 392 (berkaitan rompakan) dan seksyen 457 (berkaitan pecah rumah) kanun keseksaan. Apabila tertuduh di sabitkan kesalahan, Majistret kelas I mempunyai kuasa memberi hukuman tidak melebihi lima tahun penjara, denda tidak melebihi RM10,000-00, rotan tidak melebihi 12 sebatan; atau apa-apa hukuman yang terdiri daripada campuran hukuman-hukuman di atas. Majistret kelas I mempunyai bidang kuasa sivil untuk mendengar kes-kes yang melibatkan jumlah tidak melebihi RM25,000-00 (RM: Dua Puluh Lima Ribu). Ia juga mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes yang berkaitan dengan tuntutan ke atas harta tak alih, tuntutan ke atas sewaan, tuntutan ke atas bayaran sewaan daripada penyewa yang masih lagi menduduki premis selepas perjanjian sewaan tamat (mesne profit) dan tuntutan ke atas kerosakan di mana jumlah tuntutan tidak melebihi RM24,000 (RM: Dua Puluh Empat Ribu) atau dalam kes sewaan, bayaran sewaan tidak melebihi RM2,000-00 (RM: Dua Ribu) sebulan atau RM24,000-00 (RM: Dua Puluh Empat Ribu) setahun. Majistret kelas II pula mempunyai bidang kuasa membicarakan kes-kes jenayah yang mana penetapan hukuman maksimanya ialah penjara tidak melebihi 12 bulan atau kesalahan yang mana hukumannya di kenakan denda sahaja. Majistret kelas II mempunyai kuasa memberi hukuman tidak melebihi 6 bulan penjara, denda tidak melebihi RM1,000-00 (RM: Satu Ribu), atau apa-apa hukuman yang terdiri daripada campuran kedua-dua di atas. Majistret kelas II mempunyai bidang kuasa sivil untuk mendengar kes-kes tuntutan hutang yang melibatkan jumlah tidak melebihi RM5,000-00 (RM: Lima Ribu). Bidang kuasa tambahan Mahkamah Majistret ialah menjalankan perbicaraan awal ke atas kes-kes jenayah yang akan di rujuk ke Mahkamah Tinggi bagi memastikan wujudnya kes prima facie untuk di teruskan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi.

(b) Berikan gambar rajah hierarki mahkamah mahkamah di Malaysia

Mahkamah Persekutuan Mahkamah Rayuan

Mahkamah Atas

Mahkamah Tinggi Malaya

Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Mahkamah Majistret Juvana Mahkamah Rendah Mahkamah Tuntutan Kecil

Mahkamah Mahkamah Majistret Juvana

Mahkamah Tuntutan Kecil

Mahkamah Penghulu

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Tinggi

Mahkamah Seksyen

Mahkamah Majistret

Vous aimerez peut-être aussi