Vous êtes sur la page 1sur 15

ANALISIS MODEL ASSURE

PENILAIAN

PENGLIBATAN MURID

MENGGUNAKAN MEDIA DAN BAHAN

MEMILIH KAEDAH, MEDIA DAN SUMBER

MENYATAKAN OBJEKTIF

ANALISIS MURID

1.Menganalisis Murid Dalam langkah membuat analisis terhadap murid, terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis iaitu ciri-ciri umum murid, pengetahuan dan pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran murid. Ciri-ciri umum yang boleh dianalisis bagi tajuk Elektrik dan Elektronik tahun 4 ialah dari segi peringkat umur mereka, jantina, taraf sosio ekonomi dan petempatan / daerah / kawasan. Menurut Piaget, beliau telah mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan Kognitf. Dalam peringkat tersebut murid tahun 4 yang merupakan kumpulan sasaran untuk topik ini dikategorikan dalam peringkat Operasi Konkrit iaitu yang berumur 7-11 tahun. Kanak- kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit. Oleh yang demikian, berdasarkan teori tersebut, terdapat implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar murid pada peringkat umur 7-11 tahun. Pertamanya, guru meneruskan kaedah penggunaan bahan yang konkrit terutama untuk mempelajari kemahiran yang baru Contohnya

komponen-komponen elektrik seperti mentol,suis dan sel kering. Penggunaan bahanbahan yang ditunjukkan boleh membantu kanak-kanak mengaitkan dengan

pengetahuan sedia ada mereka.

GAYA PEMBELAJARAN MURID

Model Gaya Pembelajaran oleh Dunn dan Dunn bergantung kepada unsur-unsur yang disukai di bawah lima stimulus iaitu alam sekitar, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi.

PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN SEDIA ADA

murid mempunyai pengalaman yang berbeza Tahap pengetahuan sedia ada dan pengalaman murid melalui sesi soal jawab atau ujian pra bertulis

CIRI-CIRI UMUM MURID

murid tahun 4 ( teori piaget; operasi konkrit 7-11 tahun) berkebolehan berfikir secara logik sekolah luar bandar latar belakang keluarga yang sederhana kurang kemudahan dan perlalatan

Setiap murid mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada murid. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman murid mengenai topik yang akan dipelajari, mudah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan. Tahap pengetahuan sedia ada dan pengalaman murid mengenai tajuk Elektrik dan Elektronik Tahun 4 boleh diuji melalui sesi soal jawab atau ujian pra bertulis. Seandainya diadakan sesi soal jawab, guru bolehlah bertanya dan berbincang dengan murid mengenai tajuk Elektrik dan Elektronik Tahun 4 bagi memanggil semula ingatan murid terhadap terhadap tajuk tersebut. Sebagai contoh, guru bertanyakan dan berbincang dengan murid mengenai bagaimana kipas di dalam bilik darjah itu berfungsi. Seandainya ujian pra bertulis diadakan, guru bolehlah memasukkan beberapa soalan pengetahuan am berkaitan dengan tajuk bagi menguji tahap pengetahuan murid-murid. Berdasarkan topik Elektrik dan Elektronik tahun 4 ini, gaya pembelajaran yang sesuai adalah berdasarkan model gaya pembelajaran Dunn & Dunn. Model Gaya Pembelajaran oleh Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang murid bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus iaitu alam sekitar, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi. Dari segi stimulus alam sekitar,

contohnya dari unsur suhu dan dan cahaya, murid belajar di kelas atau bengkel yang cerah dan suhu bilik yang tidak panas. Oleh yang demikian guru perlu memastikan gaya pembelajaran yang sesuai bagi memastikan perancangan pengajaran dapat dilaksanankan dengan baik.

2. Menyatakan Objektif Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik. Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian murid tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut: Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar), Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru), Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan), Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian) Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran.kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah murid tahun 4. Pembelajaran akan berlaku sekiranya murid terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal. Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru) Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada murid.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan dalam topik Elektrik dan Elektronik tahun 4 ini ialah melakar menamakan meramal membaca menjawab melukis menilai melabel menjelas. Contohnya murid menamakan dan melukis nama komponen elektrik berdasarkan Televisyen Wayang Kulit yang merupakan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru di dlaam topik ini.

Situasi dan Syarat Perlakuan Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan. Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan) Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai. Adakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian) Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru

menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contih penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran bagi toipk ini ialah; Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat; i)mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen ii) mengenal pasti alatan tangan membuat penyambungan litar

Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar),

Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

Menyatakan Objektif

Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru),

Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)

3.Memilih Kaedah, Media dan Bahan Sumber Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut: 1)Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. 2)Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. 3)Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran. Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuai, soalan-soalan berikut perlu ditanya; Adakah bahan ini menepati kurikulum? Adakah isi pelajaran menepati kurikulum? Adakah laras bahasanya jelas? Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan murid? Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan murid? Adakah bahan ini berkualiti? Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan? Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?Adakah ada panduan pengguna? Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa. Dalam pengajaran topik Elektrik dan Elektronik tahun 4 ini, bahan bantu mengajar yang digunakan ini menepati kurikulum kerana di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Kaedah dan Pembelajaran yang sesuai yang mana pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita,kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan,permainan, temu bual, tinjauan dan lawatan boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan. Pemilihan kaedah bergantung kepada beberapa faktor iaitu objektif pelajaran, kemudahan, saiz kelas, dan taraf kebolehan murid. Guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka supaya kaedah ini dapat digunakan dengan berkesan untuk menggalakan pembelajaran yang lebih mencabar.

Kriteria memilih bahan sumber yang sesuai Adakah ada panduan pengguna? Adakah bahan ini menepati kurikulum?

Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?

Adakah isi pelajaran menepati kurikulum?

Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?

Adakah laras bahasanya jelas?

Adakah bahan ini berkualiti? Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan murid?

Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan murid?

4. Menggunakan Media dan Bahan Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4, ada dinyatakan mengenai penggunaan bahan terbuang dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Dalam topik guru ada mengunakan bahan bantu mengajar yang dinamakan Televisyen Wayang Kulit. Dari seni guru sudah dapat menerapakan nilai yang terkandung di dalam kurikulum KHSR tersebut. D alam menjalankan aktiviti atau membuat projek, guru tidak seharusnya bergantung hanya pada bahan yang dibeli sahaja. Bahan terbuang dan mudah didapati di persekitaran hendaklah dikenal pasti dan digunakan seberapa banyak yang boleh. Antara bahan tersebut termasuklah kotak-kotak, tin dan botol minuman, rotan, buluh, kotak, botol plastik, cengkerang,reja kayu, reja paip plastik, bahagian atau komponen mesin yang sudah digunakan lagi seperti skru, bol dan nat, alas bebola dan roda.Penggunaan bahan ini dapat menjimatkan kos di samping dapat menanamkan sifat jimat cermat dan inovatif kepada murid. Dengan ini murid akan lebih sedar kepada sumber yangada di sekeililing mereka dan berupaya menggunakannya untuk mendapat faedah Selain itu juga, seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, murid perlu digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran mereka terutamanya dalam pengumpulan, pemilihan dan pemprosesanmaklumat. Dengan ini kemahiran ICT murid juga boleh diperkembangkan seperti melayarilaman web, menggunakan perisian, CD-ROM dan pengkalan data serta berkomunikasi secara elektronik. Oleh yang demikian, dalam topik ini, kami juga menggunakan bahan-bahan berasakan TMK iaitu dengan menggunakan

pembentangan topik melalui powerpoint yang mana telah dimasukkan bebeberapa imej, video dan laithan iteraktif yang berkaitan bagi memudahkan pemahaman murid disamping memudahkan pengawalan kelas kerana murid tertumpu terhadap

penerangan yang ditunjukkan di hadapan kelas.

5.Memerlukan Penglibatan Murid Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid. Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru,ialah; semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah mengkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan murid, objektif pengajaran dan

pembelajaran. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sediakan pengalaman

pembelajaran bagi murid.

semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas

Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran

Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

Dalam pengajaran tajuk Elektrik dan Elektronik tahun 4 ini, penggunaan bahan sumber seperti bahan bantu mengajar yang disediakan oleh guru, seperti televisyen wayang kulit dan powerpoint dalam sesi main peranan akan dapat membantu meningkatkan serta mengekalkan penglibatan murid dalam pembelajaran. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan perubahan tingkah laku yang diharapkan iaitu murid-murid dapat mempraktikkan dan mengingat nama dan bentuk komponen yang ditunjukkan dengan betul. Penggunaan video semasa sesi induksi mengenai tajuk Elektrik dan Elektronik juga sesuai. Tayangan video dapat membolehkan murid-murid melihat dengan jelas sesuatu pembelajaran dan dapat diulang tayang seberapa kali yang mahu serta dapat menjana idea murid-murid. Selain itu juga ia mudahkan guru untuk membentuk kawalan kelas yang baik kerana murid akan menumpukan perhatian terhadap video yang dtayangkan. Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sesuai, menarik serta efektif. Bagi mencapai tujuan ini, aktiviti yang melibatkan murid perlulah bersifat baru, menarik serta melibatkan semua orang murid. Perlu dipastikan bahawa isi yang disampaikan adalah ringkas tetapi padat. Jangan biarkan isi yang ingin disampaikan adalah meleret kerana hal ini akan membuat muridmurid berasa bosan.

6.Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspek penilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Di dalam topik ini, guru ada menggunakan tiga kaedah penilaian iaitu penilaian, individu, berkumpulan dan keseluruhan kelas. Kaedah penilaian yang digunakan oleh guru adalah melalui penggunaan bahan multimedia iaitu slide powerpoint. Antara tujuan kami menggunakan kaedah penilaian melalui bahan multimedia ialah; i)Menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat. ii)Pengintegrasian multimedia daripada sumber yang pelbagai. iii)Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan luwes dengan kawalan kendiri. iv)Memperluaskan capaian dengan pautan kepada sumber yang pelbagai. v)Cara kerja baru dalam komputer akan membangkitkan motivasi kepada pelajar dalam pembelajaran. vi)Warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan sebagainya. vii)Tindak balas peribadi yang cepat dalam kegiatan

pembelajaran murid akan menghasilkan penguatan yang tinggi. viii)Pengawasan pengajaran daripada guru dapat diperluaskan kerana maklumat senang didapati dan mudah diatur dan ia membantu pengawasan yang lebih terhadap murid

tujuan:

Menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat.

Pengintegrasian multimedia daripada sumber yang pelbagai.

Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan luwes dengan kawalan kendiri.

Memperluaskan capaian dengan pautan kepada sumber yang pelbagai.

Cara kerja baru dalam komputer akan membangkitkan motivasi kepada pelajar dalam pembelajaran.

Warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan sebagainya.

Tindak balas peribadi yang cepat dalam kegiatan pembelajaran murid akan menghasilkan penguatan yang tinggi

Pengawasan pengajaran daripada guru dapat diperluaskan kerana maklumat senang didapati dan mudah diatur dan ia membantu pengawasan yang lebih terhadap murid

Namun

begitu

kami menyedari beberapa

kelemahan mengenai bahan

multimedia antara yang ketara ialah sekiranya berlkau masalah teknikal seperti ketadaan sumber elektrik. Oleh yang demikian, kami telah merancang untuk membuat Bahan Bantu Mengajar yang kedua iaitu Televisyen Wayang Kulit sebagai back-up sekiranya berlaku masalah sedemikian. Bahan Bantu Mengajar tersebut adalah berdasarkan cara penerangan melalui slide powerpoint dan dipindahkan untuk dijadikan bahan 3D. Bahan Bantu Mnegajar ini juga perlu dipastikan dihasilkan dalam bentuk yang sesuai dan penggunaanya yang multi-purpose yang mana ia akan menjimatkan dari segi kos dan masa. Selain itu juga, ia memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan mengalami sendiri pembelajaran tersebut secara langsung. Kesimpulannya, berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pemilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Vous aimerez peut-être aussi