Vous êtes sur la page 1sur 11

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian 2010 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (SEKOLAH RENDAH) NO. KOD: BMM 3101 PERATURAN MEMBERI MARKAH (PMM) BAHAGIAN A TARIKH: MEI 2010

1. B 2. C 3. B 4. B 5. D 6. D

11. B 12. C 13. C 14. B 15. A 16. B 17. C 18. D 19. D 20. A

7. A
8. A 9. A 10. C

BAHAGIAN B Jawab semua soalan. 1. a. 2.1 Aras 2 (Tahun 1) . i. Menceritakan perkara yang terdapat dalam gambar dengan perkataan dan ayat yang betul Cadangkan dua aktiviti pembelajaran yang boleh dilaksanakan berdasarkan Huraian Hasil Pembelajaran di atas.

i. ii.

Menyebut perkataan yang berkaitan dengan gambar. Menyatakan perkara yang terdapat daripada gambar yang ditunjukkan. dan ayat yang diberi.

iii. Menceritakan tentang gambar yang ditunjukkan menggunakan perkataan iv. Menceritakan semula gambar yang ditunjukkan menggunakan ayat sendiri v.

Lain-lain jawapan yang betul dan sesuai.

1 fakta

= 2 markah

2 fakta x 2 = 4 markah

b. Jelaskan sistem bahasa yang boleh diajar berdasarkan Huraian Hasil Pembelajaran di atas dan cadangkan aktiviti pembelajaran bagi setiap satunya. i Sistem Bahasa : morfologi Aktiviti Pembelajaran : murid-murid menyenaraikan kata kerja yang terdapat daripada gambar. ii Sistem Bahasa : sintaksis Aktiviti Pembelajaran : murid-murid membina ayat berdasarkan cerita yang terdapat daripada gambar. Sistem bahasa : 1 markah X 2 = 2 markah Aktiviti pembelajaran : 2 markah X 2 = 4 markah JUMLAH = 6 markah
2

2.

a.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Nyatakan dua jenis bacaan beserta contoh aktiviti pembelajaran yang boleh dilaksanakan berdasarkan Hasil Pembelajaran di atas. Jenis Bacaan : bacaan mekanis Contoh aktiviti : membaca kuat teks cerita yang mengandungi kata bual dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Jenis bacaan : bacaan akaliah Contoh aktiviti : menjawab soalan kefahaman berdasarkan teks yang dibaca
i.

Jenis bacaan 1 markah X 2 = 2 markah Contoh aktiviti 2 markah X 2 = 4 markah JUMLAH = 6 markah b. Aktiviti Pembelajaran : Murid diminta membaca dialog perbualan melalui telefon yang terdapat dalam teks. Murid diminta menjawab soalan kefahaman berdasarkan dialog tersebut. Murid diminta menyenaraikan ayat permintaan yang terdapat dalam dialog tersebut. Dua objektif pembelajaran kemahiran membaca. Pada akhir pengajaran pembelajaran murid dapat: i. Membaca dialog perbualan melalui telefon dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Menjawab lima soalan kefahaman berdasarkan dialog dengan menggunakan struktur ayat yang betul. iii. Menyenaraikan lima ayat permintaan yang terdapat dalam dialog tersebut secara bertulis. iv. Lain-lain jawapan yang betul dan sesuai. 1 fakta = 2 markah 2 fakta X 2 = 4 markah 3. a. Guru menggunakan teks cerita Hang Tuah Lima Bersaudara dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
3

Jelaskan dua cara penggabungjalinan yang dapat guru laksanakan berdasarkan aktiviti pembelajaran di atas.
i. ii.

iii.

Gabung jalin kemahiran membaca + bertutur iaitu membaca teks dan bercerita semula/lakonan Gabung jalin membaca + menulis iaitu membaca teks dan menulis nilai murni daripada cerita tersebut. Lain-lain jawapan yang betul.dan sesuai. 1 fakta = 2 markah 2 fakta X 2 = 4 markah

Huraikan unsur penyerapan yang boleh dilaksanakan daripada lakonan tersebut. Penyerapan ilmu dari mata pelajaran sejarah iaitu cerita zaman kegemilangan Melaka/Pahlawan Melayu Zaman Kesultanan Melayu Melaka. 1 fakta = 2 markah 1 fakta X 2 = 2 markah
b.

Beri dua contoh Penilaian Formatif yang boleh dilaksanakan bagi aktiviti pembelajaran di atas. i. Menjawab soalan kefahaman berdasrkan teks. ii. Bercerita semula menggunakan ayat sendiri. iii. Menyenaraikan kata kerja daripada teks yang dibaca. iv. Menyatakan unsur pengajaran daripada cerita tersebut. v. Lain-lain jawapan yang betul.dan sesuai. 1 fakta = 2 markah 2 fakta X 2 = 4 markah Guru memberI satu teks bertajuk Kemeriahan Pasar Malam. Murid-murid diminta membaca teks tersebut dan melaksanakan aktiviti kumpulan untuk memahami teks dengan lebih berkesan .Kumpulan satu membina dialog penjual dengan pembeli; kumpulan dua menyenaraikan harga barangan di pasar malam dan kumpulan tiga menyanyikan lagu buah-buahan. Berdasarkan aktiviti pembelajaran di atas guru menggunakan Elemen Kecerdasan Pelbagai.
a. Jelaskan dua jenis Kecerdasan Pelbagai yang terdapat daripada aktiviti di

4.

atas. i. Kecerdasan pelbagai : logik-matematik Aktiviti : menyenaraikan harga barangan di pasar malam ii. Kecerdasan pelbagai : verbal-linguistik Aktiviti : membina dialog penjual dengan pembeli; iii. Kecerdasan pelbagai : muzik
4

Aktiviti

: menyanyikan lagu buah-buahan

1 fakta = 2 markah 2 fakta X 2 = 4 markah b. Huraikan dua kelebihan menggunakan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
i.

ii. iii. iv. v. vi. vii.


viii.

Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui p&p yang menyeronokkan. Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam p&p. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan menngakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar cara berlainan. Mempelbagaikan cara penilaian.. Menyokonh pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. Lain-lain jawapan yang betul.dan sesuai. 1 fakta = 3 markah 2 fakta X 3 = 6 markah

BAHAGIAN C 40 markah

Jawab dua soalan sahaja.

1. 10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik, dan bermakna.

a.

Berdasarkan hasil pembelajaran kemahiran menulis di atas, senaraikan dua tujuan kemahiran menulis diajar kepada murid-murid.

Dua tujuan kemahiran menulis diajar kepada murid-murid. i.


ii.

Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti menulis Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata,tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti kemahiran menulis. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu Lain-lain jawapan yang betul.dan sesuai 1 fakta = 2 markah 2 fakta X 2 = 4 markah

iii. iv.
ix.

b.

Huraikan empat aktiviti pembelajaran secara berturutan yang boleh dilakukan untuk mencapai hasil pembelajaran menulis tersebut. Contoh jawapan :
6

i.

Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang pengalaman mereka pergi bercuti bersama-sama dengan keluarga atau pergi melawat sesuatu tempat di dalam atau di luar Negara. Guru menunjukkan 2 keping gambar tentang Cuti-cuti Malaysia, dan meminta murid membina ayat berdasarkan gambar tersebut dalam kumpulan perbincangan. Guru bersama-sama murid memurnikan ayat-ayat yang dibina melalui pembentangan kerja kumpulan. Murid diminta menyambungkan ayat-ayat tersebut menggunakan penanda wacana suapaya menjadi dua perenggan yang bermakna tentang Cuti-cuti Malaysia. Jawapan lain yang betul mengikut kehendak kemahiran menulis secara berturutan. 1 aktiviti = 4 markah 4 X 4aktiviti =16 markah

ii.

iii.

iv.

v.

2.

Huraian Hasil Pembelajaran mempunyai aras kemahiran yang perlu dicapai oleh murid-murid mengikut tahap keupayaan dan kemajuan mereka.. a. Maksud setiap aras :
i.

Aras 1 : aras paling asas atau minimum yang harus dicapai oleh semua murid.

ii. iii.

Aras 2 : aras bagi murid yang berpencapaian sederhana. Aras 3 : aras paling tinggi bagi murid yang berpencapaian cemerlang. 1 fakta = 2 markah 3 fakta X 2 = 6 markah

b. 9.3 Aras 1 : Menyusun maklumat menggunakan lakaran berbentuk grafik. Aras 2 : Menyusun atur maklumat mengikut keutamaan.
7

Bina langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai dua aras yang berbeza dalam huraian hasil pembelajaran yang diberikan tersebut secara berasingan. Contoh jawapan: Aras 1 : Menyusun maklumat menggunakan lakaran berbentuk grafik. Langkah 1 : murid membaca teks bertajuk Semangat Kejiranan. Langkah 2 : guru meminta murid menyenaraikan kebaikan hidup berjiran. Langkah 3: murid diminta mengasingkan senarai kebaikan hidup berjiran mengikut tajuk-tajuk kecil. Langkah 4 : murid diminta memindahkannya dalam bentuk peta minda.

Aras 2 : Menyusun atur maklumat mengikut keutamaan Contoh jawapan : Langkah 1: murid diminta berbincang dalam kumpulan tentang persiapan pertandingan bercerita anjuran kelas mereka. Langkah 2: setiap kumpulan diminta menyusun atur cara pertandingan bercerita. Langkah 3 : kumpulan membuat pembentangan dan membuat banding beza antara kumpulan tentang susunan atur cara yang dirancang. Langkah 4: guru memilih atur cara pertandingan bercerita yang menepati kehendak susun atur majlis mengikut keutamaan. Setiap aras = 7 markah 2 aras X 7 = 14 markah

*Jawapan lain hendaklah menepati kehendak aras tersebut.

3. a.

Nyatakan dua objektif elemen Kajian Masa Depan (KMD) dimasukkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

. Dua objektif : 1. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan. 2. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan. 3. Membina sikap dan nilai tentang masa depan. 4. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan. 5. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan. 1 fakta = 2 markah 2 fakta (2X2) = 4 markah

b. 6.6

Membaca dan membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau

maklumat yang diberikan dalam bahan ilmu.

Berdasarkan hasil pembelajaran 6.6 di atas, rancang elemen Kajian Masa Depan.

empat

langkah

pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memasukkan

Contoh jawapan :
9

Langkah 1 : murid diminta membaca petikan cerita bertajuk Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah 2 : murid berbincang tentang jalan cerita berdasarkan peta cerita yang guru lakarkan. Langkah 3: setiap murid diminta membuat ramalan kesudahan cerita berdasarkan jalan cerita dan andaian masing-masing dengan alas an yang logik. Langkah 4 : guru membacakan teks cerita yang lengkap dan murid diminta membuat perbandingan jawapan mereka. 1 langkah = 4 markah 4 langkah X 4 =16 markah

10

@ Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

11

Vous aimerez peut-être aussi