Vous êtes sur la page 1sur 10

Tulisan Asha SMK Semambu. Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat.

Oleh itu, generasi kini perlu dididik untuk mengamalkan budaya hidup sihat. Bincangkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup sihat. Contoh bahagian pendahuluan: Mayapada budaya hidup sihat perlu diamalkan dalam kalangan masyarakat terutamanya anakanak di negara ini. Dari segi konsepsinya, gaya hidup sihat boleh diikhtisarkan sebagai amalan pemakanan dan gaya hidup yang perlu diamalkan agar kita dapat hidup secara baik dan terarah. Izharnya, gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh setiap insan supaya badan mereka cergas dan otak menjadi cerdas. Menurut Datuk Dr Hj Fadzillah kamsah, gaya hidup sihat perlu dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa dalam memastikan kelangsungan hidup yang sihat, berkat dan harmonis. Oleh itu, ibu bapa perlu bersinergi dalam menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan keluarga sakinah.

Tajuk 1:Peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup sihat
Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. Generasi masa kini perlulah dididik untuk mengamalkan budaya hidup yang sihat. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat. Gaya hidup yang sihat bermula dengan cara pemakanan yang sihat serta seimbang. Diet makanan yang seimbang bermakna makanan harian yang mempunyai nutrisi yang mencukupi yang diperlukan oleh tubuh seseorang. Makanan tersebut haruslah mengandungi zat besi, protein, lemak, kalsium, mineral vitamin serta kandungan-kandungan yang lain dalam sukatan yang betul. Jika sukatan-sukatan kandungan ini tidak betu iaitu diambil secara berlebihan atau kurang, anak-anak akan menghadapi masalah kesihatan pada masa akan datang. Oleh itu ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi cara pemakanan anak-anak mereka. Seterusnya ibu bapa juga haruslah mengalakan anak-anak mereka untuk bersenam. Bersenam adalah kunci utama untuk gaya hidup yang sihat. Para doktor menasihatkan agar setiap orang untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Bersenam dapat melancarkan peredaran darah di dalam tubuh kita justeru mengkuatkan jantung kita. Walaupun pada masa kini semua orang sangat sibuk dengan kerja serta persekolahan mereka namun sedikit masa haruslah diluangkan untuk bersenam agar kesihatan kita terjamin. Ibu bapa juga haruslah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Kegiatan serta aktiviti yang kurang sihat seperti merokok dan meminum arak haruslah tidak diamalkan. Hal ini demikian kerana perbuatan tidak siahat yang diamalkan oleh ibu bapa yang tidak bertanggungjawab boleh menjadi ikutan anak-anak mereka. Ibu bapa juga harus membawa anak-anak mereka kepada pemerikasaan doktor dari semasa ke semasa. Pada zaman moden ini, termasuk anak-anak kecil seperti kanak-kanak juga menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti darah tinggi kencing manis dan obesiti. Oleh itu pemerikasaan yang kerap mampu mengecam masalah-masalh seumpama ini di peringkat yang awal lagi. Kesimpulannya para ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan gaya hidup yang sihat di kalangan anak-anak mereka. Anak-anak yang sihat mampu dilahirkan jika gaya hidup sihat menjadi pegangan hidup setiap keluarga.

Kepentingan Makanan Seimbang

Dasawarsa, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Sejak dua dan tiga dekad belakangan ini kita dapat menyaksikan lambakan jenama makanan yang memenuhi pasaran. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa makanan yang kita nikmati akan membentuk fizikal, mental waima keperibadian seseorang. Sebagaimana yang kita ketahui, makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan manusia yang amat memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan penjagaan kesihatan. Media massa turut berperanan menggalakkan pengambilan makanan seimbang dalam kalangan masyarakat. Kendatipun demikian, kita seharusnya memastikan pengambilan makanan yang seimbang mampu membawa kemaslahatan kepada setiap lapisan masyarakat. Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa pemakanan seimbang mampu menjadi faktor dominan yang merangsang tumbesaran seseorang itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat dan kudrat tulang empat kerat yang berfungsi dengan sempurna, kita memerlukan zat yang mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat dan kalsium. Berdasarkan petikan hadis yang berbunyi, Jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit jelas menyatakan bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam hidup. Tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas membolehkan seseorang manusia itu mampu melunaskan amanah yang terpikul di pundak mereka dengan begitu lancar dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang amat penting bukan sahaja untuk tumbesaran fizikal manusia malahan turut menjadi agen penggerak yang paling efektif bagi memastikan kesejahteraan berkekalan. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, kepentingan pemakanan seimbang yang menunjangi perkembangan mental seseorang. Selain itu,

pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu terganggu dan mengalami pelbagai kemudaratan. Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah sekiranya seseorang kekurangan sumber vitamin c dan zat yang penting, mereka akan menghadapi masalah daya ingatan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Sudah terang lagi bersuluh, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil dan berdaya tahan persis cogan kata badan sihat otak cerdas. Kita mengakui hakikat bahawa, pemakanan seimbang juga dapat membekalkan vitamin yang cukup kepada badan seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih sihat dan cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat diperlukan untuk kesihatan kulit. Vitamin ini sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka. Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisme beberapa jenis asid amino dan hormon. Keseimbangan vitamin ini turut mengandungi antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisme yang digelar sebagai radikal bebas. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan manusia lebih sihat. Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Dengan cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit. Penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan sihat sepanjang hayat. Pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti (kegemukan) dalam kalangan masyarakat . Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya. Sudah terang lagi bersuluh, makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan

kita terjamin. Jika kita masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua merancang prakarsa yang pragmatik.

ISU - GAYA HIDUP SIHAT Tugasan - langkah-langkah menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat Idea ibu bapa perlu mengutamakan pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian keluarga ibu bapa perlu melakukan aktiviti bersenam dan riadah bersama-sama anak-anak ibu bapa perlu mengurus tekanan yang dialami oleh anak-anak ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya ibu bapa perlu membelikan alat-alat senaman di rumah sekolah perlu mewajibkan pelajar-pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah perlu merangka program yang berbentuk kecergasan kepada pelajar sekolah perlu melaksanakan dasar 1 Murid 1 Skan dengan serius sekolah perlu merancang sukan sepanjang tahun kepada pelajar

kerajaan perlu mengetatkan dasar 10 peratus penglibatan pelajar dalam kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi media massa perlu menguar-uarkan kepentingan gaya hidup sihat kepada masyarakat

Peranan ibu bapa.


IB -6 1.suri teladan yang baik Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak untuk _____________. Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain lagi. Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak akan mencanai generasi muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang. 2. didikan agama dan moral Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang remaja daripada masalah sosial . Senario ini dapat membantu anakanak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama. Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya. 3.pengawasan dan pemantauan Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anakanak agar mereka tidak____________. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar. Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia, remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak yang mulia sehingga berjaya. 4.kasih sayang Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna dan kamil amat diperlukan oleh anakanak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak agar ____________. Anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh gejala sosial. Ibu bapa perlu

sentiasa melayani anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. .Ternyata keluarga yang harmoni berdominan untuk membanteras kegiatan negatif. 5.masa Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anakanak___________. Percayalah ,anak-anak berasa lebih dihargai apabila ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka .Tamsilannya,ibu bapa membawa anak-anak melancong,beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara berjemaah. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari,ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka.Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing,ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala sosial. Maka ,jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan prioriti utama dalam usaha membendung kemelut ini. Contoh pendahuluan : Remaja, Ingatlah masa depanmu, Kenanglah, Jasa ibu dan ayahmu, Susah payah mereka membesarkan kita.

Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya sentiasa menghargai ibu dan bapa. Umum mengetahui,para remaja marcapada terlalu leka dan lalai dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen sosial sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Justeru,ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama malah pertuturan dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja.

Kesimpulan Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincangkan dengan anak-anak tentang Piramid Panduan Makanan dan pelbagai sajian makanan lazat yang boleh dinikmati. Jelaskan kepada mereka bahawa anda membuat pilihan makanan yang sihat bila membeli keperluan dapur dan buat pilihan yang sihat bila membawa mereka makan di luar. Tetapkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi apabila makan di luar, seperti memesan minuman susu rendah lemak atau air kosong. Sebagai ibu bapa, pilihan yang anda buat akan mempengaruhi pilihan anak-anak anda. Jika anda memilih makanan yang sihat, besar kemungkinan anak-anak anda juga akan menggemari makanan yang sihat. Hasil beberapa kajian selama dua dekad yang lalu menunjukkan anak-anak cenderung mengikut tabiat makan ibu bapa. Jadi, kita perlu menunjukkan contoh yang baik dan mempengaruhi tabiat makan dan pilihan makanan anak-anak.

Vous aimerez peut-être aussi