Vous êtes sur la page 1sur 2

Nama :Anis Izzati Binti Abu Kassim Tajuk : Banjir kilat sering melanda Bandar besar di Malaysia terutamanya

apabila berlaku hujan lebat untuk beberapa jam. Hal ini menyebabkan penduduk di beberapa kawasan sering menghadapi masalah tersebut. Bincangkan punca dan langkah mengatasinya. Muka Surat :12 Negeri/ Tahun : Kota Tinggi, Johor /2007 Kehendak Soalan : 5 2 3

Masalah banjir kilat ini sering di perdebat di media massa dan elektronik. Permasalahan ini sering berlaku di Selangor. Banjir kilat menyebabkan pendudukpenduduk terpaksa bersesak perjalanan dan membantutkan urusan penduduk. Masalah ini berlaku akibat sikap manusia yang tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah sarap di longkang dan kawasan sungai. Ramai diantaranya bersikap tidak ambil endah tentang kebersihan alam sekitar dan menyebabkan longkang tersumbat dan menyukar air mengalir tersekat. Malahan menyebabkan air melimpah keluar daripada longkang. Bukan itu sahaja, air sungai menjadi tercemar akibat pembuangan sampah sarap dan mencetuskan banjir kilat di kawasan berkenaan. Selain itu, sebabnya yang lain ialah pembangunan yang tidak terancang menjadi menjadi salh satu akibat banjir kilat. Keadaan ini berlaku kerana projek yang meluluskan pembangunan tidak memikirkan kesan dan akibat terhadap alam sekitar. Di samping itu, pembangunan menyebabkan berlakunya pencemaran alam. Hal ini menyebabkan hakisan tanah yang membentuk tanah mandap di dasar sungai. Akibatnya sungai menjadi cetak kerana berlakunya penambahan tanah di dasar sungai dan apabila hujan air sungai melimpah keluar. Jadi berlakunya banjir kilat di sebabkan masalah tersebut. Di samping itu, masalah ini boleh berlaku sekiranya sistem saluran air tersumbat. Hal ini berlaku sekiranya sistem saluran air tersumbat. Hal ini berlaku kerana bilangan longkang di kawasan tertentu tidak mencukupi dan sukar untuk air sungai disalurkan. Malah kebanyakan longkang- longkang yang dibina sempit dan pendek.akibatnya air tidak dapat dikeluarkan dengan berkesan menyebabkan saluran tersekat longkang. Selain itu, longkang yang tersempit mudah tersumbat dan menyebabkan banjir kilat berlaku. Malahan turut memudaratkan kesihatan penduduk Malaysia akibat daripadabanjir kilat.

Oleh itu, kita perlulah mengatasi masalh dengan menguatkuasakan undang-undang. Membuat pemantauan yang lebih kerap dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas. Selain itu, pihak berkuasa harus memastiakn bahawa para pemaju mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan hakisan tanah. Mana- mana pemaju yang tidak membuat demikian atau tidak mematuhi arahan yang di tetapkan akan dikenakan denda keatas mereka. Selain itu, mengenakan kompaun dengan kadar tinggi sekurang-kurangnya seratus ribu ringgit ke atas kepada mana-mana pihak yang membuang sampah sarap sesuka hati. Di samping itu, mengadakan kempen bergotong royong secara besar- besaran . dengan adanya gotong-royong ini pembersihan dapat dilakukan di kawasan yang berlaku banjir kilat terutamanya di kawasan berdekatan dengan longkang agar saliran air dapat disalurkan dengan baik. Selain itu, mengutip sampah sarap di kawasan-kawasan sungai. Malahan pembersihan bersama-sama dapat membangkitkan rasa perpaduan dalam diri rakyat. Bukan itu sahaja, dengan membina dan membesarkan longkanglongkang yang sempit dan kecil serta pendek dapat dilakukan dengan pantas dengan bilangan yang ramai mengikut kempen ini. Oleh itu, kita perlu membina system perparitan bagi mengelak masalh ini. Kesimpulannya, pihak berkuasa haruslah mengambil berat masalah ini dan menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegar. Malah masyarakat mengambil berat tentang banjir kilat yang berlaku di Negara mereka.

Vous aimerez peut-être aussi