Vous êtes sur la page 1sur 9

Senarai Nilai Murni Dan Contoh Ayat

Berdasarkan petikan, kita haruslah / patutlah / mestilah / perlulah / wajarlah / hendaklah / bolehlah 1. Baik hati () Kita harus baik hati menolong orang yang berada dalam kesusahan. 2. Berdikari () Kita patut berdikari tanpa bergantung kepada orang lain. Kita patut berdikari menyempurnakan tugas kita tanpa disuruh oleh orang lain. Kita patut berdikari dan jangan bergantung kepada orang lain sahaja. 3. Hemah tinggi () Kita mesti mempunyai budi pekerti yang baik supaya dipandang tinggi orang lain. 4. Hormat-menghormati / berterima kasih () Kita perlu hormat-menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan bangsa. Kita perlu menghormati ibu bapa kita kerana mereka ialah orang yang membesarkan kita. Kita perlu menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Kita perlu menghormati / berterima kasih ibu bapa kerana mereka sanggup menyediakan keperluan kita dan membesarkan kita. Kita perlu menghormati / berterima kasih guru kerana mereka mendidik kita menjadi manusia yang berguna. 5. Kasih saying ( / ) Kita mesti menyayangi keluarga kita kerana mereka ialah orang yang rapat dengan kita. Kita seharusnya menyayangi warga sekolah kita untuk mewujudkan suasana yang harmoni. Kita seharusnya menyayangi binatang-binatang atau tumbuh-tumbuhan di sekeliling kita tanpa memusnahkannya.

6. Keadilan ( / ) Kita mesti bersikap adil kepada semua orang tanpa pilih kasih. Kita perlu bertimbang rasa secara adil tanpa berat sebelah semasa membuat sesuatu keputusan . Kita jangan berat sebelah dan mesti bersikap adil kepada semua orang tanpa pilih kasih supaya kita dipandang tinggi. 7. Keberanian () Kita seharus berani mengakui kesalahan sekiranya kita telah melakukannya. Kita harus berani untuk mencuba sesuatu. Kita harus bersikap berani untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. 8. Kebersihan fizikal dan mental () Kita perlu sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar kita supaya kita dapat menjauhi penyakit. Kita patut menjaga kebersihan di sekitar supaya kita dapat hidup dalam suasana yang bersih dan segar. Kita patut menjaga kebersihan diri kita untuk mengelakkan kita daripada dijangkit penyakit. Kita patut sentiasa membersihkan kawasan rumah kita supaya kita hidup dengan sihat. Kita seharusnya menjaga kebersihan sendiri supaya tidak mudah dijangkit oleh penyakit. 9. Kejujuran () Kita harus bersikap jujur dan jangan mengambil barang orang lain tanpa kebenaran tuan barang tersebut. Kita harus bersikap jujur supaya orang akan mempercayakan kita. Kita seharusnya bersikap jujur dan tanpa mengharapkan balasan apabila melakukan sesuatu. 10. Kerajinan () Kita harus bersikap rajin semasa belajar di sekolah. Kita seharusnya bersikap ringan tulang semasa bekerja supaya tugasan dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kita memang patut bersikap rajin semasa bekerja dan belajar.
8

11. Kerjasama () Kita harus bersikap kerjasama semasa menjalankan aktiviti gotong-royong supaya kerja boleh disiapkan dengan cepat Kita mesti bekerjasama untuk melakukan sesuatu tugas demi kebaikan kita bersama kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. 12. Kesederhana / berjimat-cermat () Kita perlu bersikap sederhana dalam kehidupan supaya kita tidak membazirkan sumber alam. Kita perlu berjimat cermat semasa menggunakan sumber alam supaya ia tidak mudah pupus. Kita perlu berjimat cermat menggunakan duit saku yang diberi oleh ibu bapa supaya ia tidak disalahgunakan. Kita bersikap sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. 13. Kesyukuran ( / ) Kita harus bersyukur kepada Tuhan / ibu bapa kerana mereka telah banyak terkorban terhadap kita. Kita harus berterima kasih kepada orang yang telah menolong kita. Kita perlu menghargai terhadap apa yang ada pada kita. Kita perlu menghargai masa kerana ia umpama emas. Kita patut berterima kasih dan mengingati jasa baik seseorang serta berhasrat untuk membalasnya kerana ada ubi ada talas, ada hati ada balas. 14. Partriotisme () Kita mesti mencintai Negara dan berjasa kepada Negara. Kita perlu menghormati raja dan lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera dan berdiri tegak semasa menyanyi lagu kebangsaan. 15. Rasional () Kita harus mengambil keputusan yang sewajar semasa membuat sesuatu. Kita perlu mengambil keputusan yang sewajar semasa membuat sesuatu kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
9

16. Semangat bermasyarat / beramah mesra () Kita seharusnya bersikap bantu-membantu di antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan bangsa. Kita perlu beramah-mesra dengan jiran kita tanpa mengira kaum dan bangsa. Kita harus menghormati adat istiadat kaum lain supaya dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Kita mengambil berat dan mesti tolong-menolong sesama kita bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat. 17. Kebebasan () Kita harus menghormati kebebasan dan tanpa menjejaskan hak asasi orang lain. Kita harus mengikuti peraturan-peraturan dan undang-undang yang ada semasa melakukan sesuatu aktiviti. Kita mesti menghormati kebebasan orang lain untuk menjamin kesejahteraan hidup. 18. Bertanggungjawab / beramanah () Kita seharus bertanggungjawab terhadap apa yang telah kita lakukan. Kita harus bertanggungjawab dan menyiapkan sesuatu tugasan yang telah kita terima pada masa yang ditetapkan. Kita harus bertanggungjawab dan menyiapkan kerja dengan sempurna demi kita disanjungi tinggi dan dipercayai orang lain. 19. Tepat kepada janji () Kita harus tepat pada apa yang kita sudah menjanjikan orang. 20. Keselamatan () Kita perlu mematuhi peraturan jalan raya untuk menjamin keselamatan kita sendiri dan orang lain. 21. Menghargai masa ()

10

Kita mesti menghargai masa dan menggunakannya dengan berfaedah kerana masa itu emas. 22. Bersopan-santun () Kita mesti bersopan-santun semasa bercakap atau melakukan sesuatu perkara supaya dapat bergaul mesra dengan orang lain.

23. Bergaul kawan () Kita patut bergaul dengan kawan yang baik agar masa depan kita cerah. 24. Mengakui salah () Kita patut bersedia mengakui salah dan menyatakan kelemahan diri untuk mencapai kejayaan. 25. Mengikut nasihat / arahan () Kita perlu mengikut nasihat / arahan ibu bapa dan orang tua untuk kebaikan diri. 26. Menolong () Kita perlu menolong orang yang dalam kesusahan dengan memberi layanan yang baik tanpa mengharapkan balasan. 27. Toleransi () Kita perlu sanggup bertolak ansur, sabar serta dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan.

11

Nilai Murni / pengajaran / Amalan Baik


1. Kita perlu bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada orang yang pernah menolong kita. 2. Sikap jujur penting dalam kehidupan kita jika kita bercakap benar kita tentu ada banyak kawan. 3. Kita harus menjaga kesihatan dengan makan makanan yang berkhasiat dan mengamalkan cara hidup yang sihat untuk menghindari penyakit di samping mempunyai otak yang cerdas. 4. Kita hendaklah menasihati kawan yang melakukan kesalahan supaya tidak melakukan perkara yang tidak diingini. 5. Kita harus menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Ini suatu amalan yang baik dan mulia. 6. Kita harus bijak menggunakan masa dengan melakukan perkara yang berfaedah. 7. Kita harus berjimat-cermat semasa berbelanja iaitu hanya membeli barang yang diperlukan sahaja. 8. Kita seharusnya meminta kebenaran daripada kedua-dua ibu bapa terlebih dahulu semasa melakukan sesuatu atau pergi ke sesuatu tempat. Kita perlu mentaati dan menghormati mereka. 9. Kita haruslah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang menghadapi kesusahan tanpa mengira bangsa dan agama. 10. Kita harus menyayangi ibu bapa kerana mereka merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Oleh itu, kita harus mengingati jasa mereka.
12

11. Kita harus melayan kawan-kawan dengan mesra agar tidak wujud perselisihan faham. 12. Kita tidak boleh bersikap sombong, sebaliknya kita haruslah merendah diri dan sentiasa memberi pertolongan kepada kawan-kawan yang lemah dalam pelajaran. 13. Kita harus menyayangi ibu bapa serta mengenang jasa dan pengorbanan mereka kepada kita. 14. Kita harus mendengar nasihat ibu bapa dan tidak boleh mengingkari arahan mereka. 15. Kita harus meminta maaf apabila kita melakukan kesalahan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan buruk itu lagi. 16. Sebagai seorang murid, kita harus berani bertanya jika kita menghadapi masalah dalam pelajaran. 17. Kita harus mengamalkan sikap peramah supaya kita disenangi oleh orang lain. 18. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak kita. 19. Amalan berjimat cermat perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Wang itu akan dapat digunakan sekira menghadapi kesusahan atau membeli barang yang diperlukan. 20. Kita perlu mendengar nasihat rakan-rakan apabila mereka menasihati kita supaya tidak melakukan perbuatan yang salah. 21. Kita harus bersyukur dan menghargai pengorbanan seorang ibu yang telah membesarkan kita. 22. Sebagai seorang anak, kita harus menghargai jasa dan memberi kasih sayang kepada ibu bapa yang telah membesarkan kita hingga berjaya. 23. Kita mesti menjaga keselamatan tidak kira di mana kita berada. 24. Semasa menaiki bas kita hendaklah sentiasa berdisiplin dengan berbaris sebelum menaiki serta duduk di kerusi masing-masing semasa bas bergerak. 25. Sebagai murid, kita harus bijak menguruskan masa sebab masa itu diibaratkan seperti emas.
13

26. Kita hendaklah menjaga kesihatan dengan bersenam atau makan makanan seimbang supaya kita dapat menghindarkan diri daripada penyakit. 27. Kita perlu mengamalkan semangat kejiranan dalam kehidupan sehari-harian. Kita haruslah berbaik-baik dengan jiran kita. 28. Kita hendaklah sentiasa menepati janji yang kita telah buat, sikap tidak menepati janji akan menyebabkan orang lain tidak mempercayai kita. 29. Kita haruslah sentiasa menjaga harta benda kita supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna. 30. Kita perlu menjaga tingkah laku kita semasa makan. Kita perlu duduk dan makan dengan sopan. 31. Kita seharusnya mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, ini dapat mengelakkan kita daripada terlibat dalam gejala yang tidak berfaedah. 32. Kita perlu memberi sepenuh kasih sayang dan mengambil berat akan orang tua. Ini kerana warga tua amat memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada kita. 33. Kita seharusnya berterima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar kita. Dengan jasanya, kita mendapat ilmu dan menjadi insan yang berakhlak mulia. 34. Jasa guru amat tinggi dan tidak bernilai. Kita harus mengingati jasa guru sepanjang hayat kita. Guru diibaratkan sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi orang lain. 35. Sikap berbudi bahasa harus dipupuk oleh setiap individu terutamanya kanak-kanak. Berbudi bahasa membuat diri kita tidak bersikap sombong dan suka merendah diri. 36. Kita harus mengamalkan sikap berdikari dalam kehidupan seharian. Kerja-kerja yang mudah dilakukan sendiri, jangan bergantung kepada orang lain. 37. Kita harus mengamalkan sikap bekerjasama. Dengan bekerjasama, sesuatu kerja itu dapat disiapkan dengan lebih cepat dam lebih mudah.
14

38. Kita harus mengamalkan sikap berjimat-cermat. Kita haruslah menabung untuk kegunaan masa depan atau semasa kecemasan. 39. Kita mesti menyesali kesalahan sendiri. Jangan mengulangi kesalahan yang sama lagi. 40. Kita mesti cekal dan tabah apabila menghadapi kesusahan. Jangan mudah berputus asa. 41. Kita harus menjaga kebersihan tempat tinggal kita untuk menjamin kesihatan kita. 42. Kita harus menjaga kebersihan alam sekitar supaya alam sekitar tidak tercemar. 43. Kita harus amanah terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada kita. 44. Kita harus menghargai kasih sayang ibu bapa dengan membalas jasa mereka. 45. Kita harus menjauhi sikap sombong apabila mendapat sesuatu kejayaan. 46. Kita harus berhati-hati semasa melakukan sesuatu supaya tidak ditimpa kesusahan. 47. Kita mesti prihatin terhadap orang yang berada di sekeliling kita. 48. Kita harus prihatin terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. 49. Kita perlu mengikiskan sikap tamak. 50. Jangan mudah berputus asa, sebaliknya kita harus berusaha sehingga berjaya. 51. Kita harus bersyukur apabila apa yang diusahakan kita peroleh kejayaan. 52. Kita harus rajin berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam hidup kita.

15

Vous aimerez peut-être aussi