Vous êtes sur la page 1sur 4

BAB 1 APA ITU JENAYAH?

PENGERTIAN JENAYAH Jenayah secara umumnya telah diketahui maksudnya. Namun, ada baiknya dijelaskan lagi pengertiannya dari beberapa sudut. Dari segi bahasa, jenayah menunjukkan sesuatu perlakuan buruk, dilarang dan tidak bermoral atau dianggap salah dan boleh dihukum denda, penjara atau mati. Dari segi perundangan, jenayah merupakan perbuatan atau tindakan yang dilarang sama ada dari segi harta, jiwa atau tubuh badan. Dalam bahasa Arab, jenayah dipanggil alJinayah atau al-Jarimah Al-Jinayah bermaksud segala bentuk tindakan yang merosakkan dan dilarang, sama ada ke atas badan, harta atau sebagainya.

Averroes

atau

Ibnu

Rushd

atau

nama

lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad, seorang ahli falsafah terkenal pula membahagikan jenayah kepada empat, iaitu: 1. Jenayah ke atas tubuh badan atau nyawa seperti mencederakan atau membunuh 2. Jenayah ke atas harta benda seperti mencuri, menyamun dan merompak 3. Jenayah ke atas keturunan seperti berzina dan sumbang mahram
4. Jenayah ke atas maruah dan kehormatan seperti

tuduhan zina terhadap seseorang yang baik akhlaknya (qhazaf). Selain itu, meminum sesuatu yang memabukkan juga dianggap merosakkan maruah apabila kerasionalan akal terjejas dan tercemar disebabkannya.

Kita juga dapat menyimpulkan bahawa nyawa dan kehormatan, serta jiwa dan tubuh badan terangkum

dalam suatu konsep. Contohnya kes rogol yang melibatkan tubuh badan dan maruah diri seseorang. Serta, wujud pembahagian lain kepada akal, agama, keturunan dan harta.

Walau apa sekalipun pengertian bagi jenayah, Ia amat jelas bagi kita bahawa perbuatan jenayah ini meninggalkan kesan buruk kepada si pelaku. Semakin besar jenayah yang dilakukan, semakin besar hukuman yang bakal diterima. Perlu diingatkan! Jika di dunia ini dia terlepas, di kehidupan yang satu lagi dia akan menerima balasan yang setimpal bagi setiap kesalahan yang dilakukannya.

Setiap kita melakukan kesalahan.. Besar atau kecil. Ia tetap kesalahan! Gunakan akal Tengok pada diri! Dan nilai lah peribadi sendiri! Adakah kita pernah menyakiti orang lain? Nyawa? Harta? Keturunan? Kehormatan? Mencedera? Mencuri? Zina? Fitnah? Rogol? Fikir-fikirkan, renung-renungkan Sementara punya kesempatan..

Vous aimerez peut-être aussi