Vous êtes sur la page 1sur 2

1.0 Pengenalan.

1.1 Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu klasik dalam konteks ini dikategorikan sebagai bahasa Melayu yang pernah digunakan atau dituturkan oleh sekelompok masyarakat pada suatu ketika dahulu. Oleh kerana bahasa mempunyai cirinya yang tersendiri, ia juga turut berkembang mengikut peredaran zaman dan tahap kemajuan sesebuah masyarakat. Bahasa Melayu yang mempunyai sifat terbuka ini telah menerima pelbagai perubahan, terutamanya dari segi kosa kata.Dalam memperkatakan bahasa klasik ini, kita perlu mengimbas kembali teks melayu lama yang tertulis dalam bentuk puisi, prosa, surat perdagangan, surat perjanjian, batubersurat, batu nisan dan sebagainya. Hasil tulisan itu kebanyakannya tertulis sebelum kurun masihi ke-18. Ini bererti tulisan tersebut masih dalam bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan jawi. Asal usul bangsa dan bahasa Melayu dapat ditentukan melalui pelbagai pendapat atau penemuan. Menurut Tun Seri Lanang dalam bukunya Sejarah Melayu bahawa bangsa Melayu ini berasal daripada keturunan Raja Iskandar yang turun di Bukit Siguntang Mahamiru, Palembang, Sumatera.Dari Palembang, kerajaan ini tersebar ke Bentan, Singapura dan akhirnya ke Melaka. Manakala bahasa Melayu pula, ahli sejarah tidak dapat member keterangan muktamad mengenainya. Ramai ahli sejarah berpendapat bahawa bahasa Melayu dipercayai berasal dari sebuah kerajaan di Jambi yang bernama kerajaan Melayu. Pada kurun masihi ke-7, kerajaan ini telah masuk ke dalam kerajaan Srivijaya. Kekuasaannya meliputi bahagian timur Sumateradan selatan Tanah Melayu. Bahasa Melayu dikatakan turut berkembang di tempat-tempat tersebut. Pada kurun masihi ke-9, kerajaan Srivijaya telah dikalahkan oleh kerajaan Kadaha (Kedah) dan kekalahan ini menyebabkan bangsa Melayu turut malap. Namun pada kurun masihi ke-

14, kerajaan Srivijaya telah membuat perhubungan dengan kerajaan Jawa dan dengan yang demikianbahasa dan budaya Melayu mendapat tempay di kalangann rakyatnya dan Negaranegara jiran seperti Brunei, Sulawesi dab Borneo. 1.1.2 Ciri-ciri bahasa klasik ialah:

Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang Menggunakan bahasa istana Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun.

Banyak menggunakan partikel pun dan lah Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.

Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan IlamL, maka kemudian daripada itu (dari Amma badu); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.

Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

Vous aimerez peut-être aussi