Vous êtes sur la page 1sur 12

Halangan yang dihadapi untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia.

Konsep 1 Malaysia RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN

DIUTAMAKAN lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. 1 Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Halangan yang dihadapi untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia. Halangan pertama ialah dari segi memahami budaya kecemerlangan.Y.A.B. Perdana Menteri percaya bahawa demi mengubah Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian lebih tinggi, budaya kecemerlangan amat perlu dalam diri setiap manusia. Ini kerana jika seseorang mempunyai satu set nilai-nilai yang mempraktikkan budaya kecemerlangan, segalanya akan berkembang dan beralir dari budaya tersebut. Secara dasar, ia merupakan satu usaha berterusan. Namun seseorang perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya budaya kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi.

Dari situ, seseorang itu akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaya Kecemerlangan. Memahami budaya kecemerlangan ini boleh dibahagikan kepada dua segi.pertama ialah dari segi aspek-aspek budaya kecemerlangan. Sebuah masyarakat yang percaya kepada prinsip ketepatan merupakan satu salah satu nilai dalam budaya kecemerlangan. Ketepatan pengukuran, menguruskan masa, jadual penyampaian, dari segi kualiti amatlah penting. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk dan perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia. Y.A.B. Perdana Menteri berharap dapat memberi penekanan kepada kepimpinan berasaskan prestasi. Sekiranya mahu mengubah Malaysia, perubahan mestilah berteraskan kepimpinan yang berasaskan prestasi. Ini bermakna matlamat-matlamat khusus, dan prestasi seseorang boleh diukur. Pengawasan, pemantauan, pembetulan dan membuat sebarang perubahan jika perlu boleh dilaksanakan. Misalnya pengertian waktu, waktu Malaysia, yang sering dijadikan bahan jenaka orang ramai. Beliau berpendapat, ketepatan masa merupakan antara perkara-perkara yang boleh ketengahkan, meningkatkan kesedaran untuk merubah di mana perlu. Pernyataan seperti lebih kurang sepatutnya tidak wujud lagi dalam perkataan-perkataan yang diguna pakai seharian. Kita perlu lebih tepat dalam setiap perbuatan, pertuturan, dalam apa sahaja yang ingin dicapai. Aspek kedua ialah Tentang Mempelajari Budaya Kecemerlangan Beliau juga turut menceritakan pengalaman bersama dengan arwah ayahanda yang disifatkan sebagai seorang ahli motivasi. Tetapi secara halus, bapanya menerapkan dalam jiwa beliau satu keinginan untuk berjaya dan menjadi yang terbaik di kalangan rakan seperjuangan, contohnya di dalam bilik darjah. Arwah bapanya menyediakan satu skim ganjaran, iaitu sejumlah wang yang kecil yang akan dihadiahkan jika berjaya menduduki tempat pertama di dalam mana-mana

ujian atau peperiksaan. Menurutnya bukan ganjaran wang yang menjadi ukuran tetapi kegembiraan apabila menjadi pelajar terbaik di dalam kelas, dan kekecewaan jika tidak berjaya. Itulah titik tolak dalam hidupnya untuk menyedari betapa pentingnya kejayaan dan berusaha dengan gigih dalam segala perbuatan. Halangan kedua ialah dari segi ketabahan. Seseorang itu akan berjaya menghadapi rintangan dan dugaan sekiranya beliau kerja keras, berdedikasi, dan tabah menghadapinya serta perlu menghargai dan memahami waktu semasa menghadapi kesukaran tersebut. Begitu jugalah Malaysia yang berhadapan dengan berbagai krisis seperti krisis kewangan, menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-waktu bergolak di dalam sejarah kita. Namun apa jua keadaan kita akan berjaya mengharungi krisis tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah negara. Tetapi semua itu telah dicapai kerana kita telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut. Ketabahan mengharungi perubahan peribadi Y.A.B. Perdana Menteri turut menceritakan bahawa di sepanjang kehidupannya, beliau sentiasa perlu berusaha lebih daripada biasa demi membuktikan kemampuan diri kerana tidak mahu orang lain memandang kepadanya dan berkata "dia berada di situ kerana nama, atau nama keluarganya melonjakkannya ke situ". Beliau merasakan ada masa yang sama ia seakan satu bebanan kerana perlu sentiasa membuktikan bahawa beliau wajar mendapat semua itu. Malah beliau sentiasa menyedari bahawa perlu menunjukkan

kemampuannya dalam melakukan sesuatu perkara dengan baik. Contohnya semasa beliau menghadapi kekecewaan politik di kawasannya sendiri iaitu pada 1999, apabila hanya menang tipis dengan majoriti yang sangat kecil iaitu 241. Pada masa itu, ramai yang berkata tidak lama lagi beliau akan menjadi sejarah, dan sebahagian daripada mereka mencadangkannya supaya bertukar kawasan. Tetapi beliau tetap dengan pendiriannya untuk kekal dan menyatakan pada diri

sendiri walau apa sekali pun akan terus berjuang. Y.A.B. Perdana Menteri berazam untuk membuktikannya dan dalam jangka masa 4 tahun, beliau menang majoriti besar berjumlah 22,922. Manakala pada Pilihan Raya Umum 2008, beliau mencapai kejayaan terbaik dari segi majoriti BN untuk sebarang kawasan pemilihan Parlimen apabila meraih 26,464. Apabila mengalami kekecewaan tersebut, beliau menyedari perlunya melakukan lebih lagi apabila beliau perlu melakukan sesuatu dengan pendekatan yang lebih kreatif serta berbeza, dan semua itu telah menghasilkan perubahan dan peningkatan tersebut, peningkatan besar yang menakjubkan. Halangan ketiga, ialah dari segi perasaan rendah hati dalam diri individu. Bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri. Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni rendah hati. Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat Melayu, seseorang itu tidak boleh menunjuk-nunjuk. Contohnya, apabila anda keluar melakukan tugas sebagai seorang ahli parlimen, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Dengan memberikan contoh ketika bertugas sebagai ahli parlimen, jika berada di dalam surau atau pergi ke rumah penduduk miskin di dalam kawasannya, beliau akan memastikan tingkah lakunya tidak akan membuatkan mereka berasa tidak selesa. Namun begitu, bersikap rendah diri bukanlah sebagai satu petanda kelemahan. Dalam masyarakat tertentu, ia cenderung disalahertikan sebagai satu petanda kelemahan. Apabila berurusan dengan orang luar, ada kalanya perlulah menunjukkan kekuatan dan keyakinan kerana apabila dilihat seperti rendah diri akan dianggap sebagai satu petanda kelemahan. Beliau menyatakan seseorang itu mestilah menyedari bahawa dalam lingkungan masyarakat Malaysia, ia adalah satu aset, tetapi ada waktunya apabila berurusan dengan dunia luar perlulah memperlihatkan kekuatan dan kejayaan, tetapi bukanlah dengan cara penindasan.

Halangan seterusnya ialah dari segi penerimaan. Pertama sekali ialah penerimaan dari segi kepentingan penerimaan berbanding toleransi Y.A.B. Perdana Menteri berasakan terdapat perbezaan yang agak ketara di antara toleransi dan penerimaan. Apabila menyebut toleransi, kita tidak berapa sukakannya, tetapi tetap menerimanya kerana tiada pilihan. Tetapi jika bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa kita menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Pada beliau adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan bermaksud bersedia untuk menerima sebarang perkara dan sekiranya sanggup menerima sebarang perkara dengan kerelaan, maka beliau berasakan untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata. Ini kerana jika rakyat melihat sesuatu perkara itu dari sudut yang lebih positif maka adalah lebih baik. Padanya, itu adalah penting kerana seseorang tidak lagi merasa terbeban dan tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu melihat kemampuan terbaik yang boleh diberikan. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada semua bangsa sama ada Melayu, Cina, India, semua kaum lain dan mengadun semua ini agar menjadi jauh lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu. Tidak lupa juga ialah peranan kerajaan dalam memupuk nilai-nilai penerimaan yang positif dalam diri. Belia berpendapat perlunya memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen. Sebagai contoh, apabila bercakap tentang membantu golongan miskin, bantuan tersebut mestilah diberikan kepada semua golongan masyarakat. Maka semua program dan peruntukan kewangan wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum. Terdapat juga pertimbangan lain, contohnya membangunkan bakat di Malaysia. Setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. Sistem sedia ada seperti

sistem pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, menunjukkan tiada had yang ditentukan kerana latar belakang etnik seseorang tetapi berdasarkan keupayaan peribadi sendiri. Halangan seterusnya ialah tentang isu Kesetiaan. Pada beliau kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Dalam sebarang perhubungan, kesetiaan adalah penting. Beliau juga mentafsir kesetiaan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya keterlaluan sehingga membuta tuli. Padanya di dalam perkhidmatan kerajaan, semestinya seseorang itu perlu setia kepada pemimpin. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu komited kepada tugasnya dan berdedikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna tidak boleh mengkritik, tetapi sudah tentu hendaklah mengkritik dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan. Beliau akan menghargainya, sama ada ianya perhubungan peribadi atau dalam konteks rakan sejawat bahawa akan adanya peluang dan waktu untuk mereka memberikan pandangan yang membina dan kritikan yang diperlukan. Pada beliau kesetiaan yang membuta tuli adalah merugikan dari segi perhubungan peribadi atau di dalam kerajaan bahawa tiadanya ruang untuk kritikan membina mahu pun pertentangan pendapat. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik. Sistem Meritokrasi juga merupakan satu halangan dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia. Prinsip meritokrasi tidak boleh dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar kerana ada masanya perlu mempertimbangkan faktor-faktor tertentu yang lain. Contohnya, mereka yang kekurangan, atau masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru yang berada di luar arus perdana masyarakat yang lebih dinamik. Sudah tentunya mereka ini memerlukan pertimbangan khas. Namun pada dasarnya, meritokrasi merupakan satu prinsip yang diperlukan untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih hebat.

Satu daripada prinsip budaya kecemerlangan adalah prinsip meritokrasi. Jika penghargaan berasaskan kerana mereka adalah terbaik, sama ada untuk tugasan tersebut atau syarikat terbaik untuk mendapatkan kontrak, maka semua pihak akan menyedari bahawa mereka perlu berada di tahap tersebut. Pada beliau setelah menyedari bahawa mereka perlu memberikan yang terbaik, maka semua itu akan menyerlahkan yang terbaik daripada semua orang. Maka itu kita tidak mahu Malaysia tidak memberikan sebaik mungkin sebagai sebuah negara. Melihat kepada Malaysia, menggunakan terma sukan tinju, beliau mahu melepaskan tumbukan melebihi had kategori berat badannya. Jika menggunakan budaya kecemerlangan dan prinsip meritokrasi ini, pada beliau ia akan menjadi adunan yang diperlukan untuk memaksimumkan potensi Malaysia. Tentang langkah Kerajaan ke arah meningkatkan meritokrasi Ia memang bermakna bahawa kepelbagaian aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat meritokrasi. secara keseluruhannya dalam sewajarnya dibentuk Kerajaan berdasarkan sewajarnya Misalnya pemerolehan,

memperkenalkan satu polisi yang memastikan persaingan pembidaan kerajaan berpeluang memilih syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga terendah dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang diperakui adalah lebih besar berbanding pemilihan berasaskan tender perundingan. Pada masa ini lebih baik mengenal pasti perkhidmatan atau lapangan tertentu yang hendak diswastakan dan membukanya untuk pembidaan. Seterusnya cadangan terbaik boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan. Seterusnya ialah halangan dari segi Pendidikan. Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Sepanjang sejarah, hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud berbanding dengan sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak mampu bertahan. Pendidikan dan pengetahuan perlu dilihat dalam konteks holistik dan disepadukan dengan nilai. Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca. Budaya

membaca, sama ada melalui buku atau pun internet, akan berupaya membuka minda setiap masyarakat Malaysia tidak kira kaum apa pun.

Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalam negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa Cina akan memasuki sekolah Cina dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi. Halangan yang terakhir ialah dari segi Integriti. Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Cara terbaik untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ini adalah dengan berlaku jujur kepada rakyat. Jika anda telah melakukan dengan baik, maklumkan polisi yang dilaksanakan adalah betul dan sangat tepat bagi keadaan negara ini. Adalah diharapkan kesilapan hanya sedikit sahaja, tetapi sebahagian besar daripada keputusan adalah betul dan bertepatan. Namun akan terdapatnya ketika disebabkan oleh perubahan keadaan, anda tiba-tiba menyedari bahawa

polisi atau keputusan anda adalah tidak tepat. Tetapi sebaik anda menyedari bahawa anda kurang tepat, maka berlaku jujurlah dan maklumkan kepada rakyat. Selepas satu jangka masa, sudah tentu anda akan berupaya membina kepercayaan dan keyakinan tersebut dengan rakyat. Paling penting, tepati janji anda. Jika anda berjanji, tunaikan. Satu daripada perkara yang boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan ini ialah jika anda memungkiri janji. Jika anda menjanjikan sesuatu, mestilah berpegang pada janji dan menunaikannya. Langkah langkah mengatasi halangan dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia. Konsep 1Malaysia boleh dikatakan menjadi suatu model untuk memperkasa perpaduan dan kesinambungan kepada pendekatan-pendekatan sebelum ini yang pernah dilaksanakan oleh pihak kerajaan (PPM, 2009). Hasil perpaduan yang dicapai akan dapat menjamin kestabilan, seterusnya mampu membawa negara ke arah kemajuan dan pencapaian yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara. Jadi, konsep ini boleh disamaertikan sebagai satu strategi atau formula untuk mencapai aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020. Oleh sebab itu, untuk mencapai status yang kukuh ini hanya dapat dicapai melalui rakyat yang bersatu padu. Perpaduan yang ditonjolkan dalam konsep 1Malaysia bukan menggambarkan akan berlakunya asimilasi antara kaum seperti negara lain yang lazimnya identiti mereka dihapuskan dan digantikan dengan identiti nasional yang harus digunakan oleh semua pihak. Namun sebaliknya, konsep yang diketengahkan ini menghargai dan menghormati identiti setiap etnik yang ada di Malaysia serta menganggap ia merupakan suatu elemen yang patut dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat, di samping mengakui prinsip-prinsip yang ada dalam perlembagaan persekutuan. Mengenai konsep 1

Malaysia ini terdapat dua aspek utama yang perlu dilaksanakan agar konsep ini mencapai matlamatnya dengan baik. Pertama,penerapan teras-teras perpaduan; dan kedua, mengenai penerapan nilai-nilai aspirasi. Penerapan teras-teras perpaduan perlulah dijadikan budaya dan praktis bagi semua golongan rakyat di Malaysia kerana ia merupakan komponen utama yang mampu menjadikan rakyat berbilang kaum di Malaysia dapat hidup bersatu padu. Di samping itu, teras ini haruslah diimplementasikan oleh nilai-nilai murni seperti saling hormat-menghormati antara satu sama lain, sabar, bersopan-santun, dan sebagainya yang sepatutnya menjadi amalan dan praktis rakyat di Malaysia. Aspek kedua, melalui penerapan nilai-nilai aspirasi pula, adalah perlunya ada masyarakat yang progresif dan dinamik yang akan memacu negara dalam usaha mencapai status negara maju. Nilai ini penting bagi mewujudkan semangat persaingan di peringkat global serta dapat meningkatkan mutu kerja seterusnya berjaya mengukuhkan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Elemen-elemen yang terdapat dalam teras perpaduan adalah seperti sikap menerima. Konsep 1Malaysia ini menekankan toleransi dan penerimaan keunikan setiap kaum yang ada, serta memahami dan juga menghormati antara satu sama lain agar dapat hidup bersama dengan baik dalam sebuah negara. Di samping itu, elemen memahami prinsip kenegaraan yang berasaskan perlembagaan persekutuan, dan Rukun Negara juga penting dalam menerapkan perpaduan di kalangan kaum di Malaysia, dan juga elemen keadilan sosial yang mana mementingkan perasaan kekitaan agar semua kaum terbela dan mereka tidak berasa dipinggirkan. Keadilan ini haruslah member fokus kepada taraf kemajuan dan ekonomi sesebuah kaum yang berbeza-beza.

Hal ini akan membantu kerajaan memperuntukkan dasar-dasar yang akan membantu kepada mereka yang layak memerlukannya. Teras-teras perpaduan haruslah dilandaskan oleh nilai-nilai murni sebagai mekanisme penggerak agar proses perpaduan antara kaum berjalan dalam suasana harmoni. Ia merangkumi empat aspek, iaitu hormat-menghormati, rendah hati, sederhana, dan berbudi bahasa. Hormat-menghormati antara setiap kaum yang berlainan budaya, agama, bahasa, dan adat resam agar dapat mengelakan berlakunya perselisihan faham yang mampu mengundang tindakan negatif seperti mengeluarkan katakata kesat dan mempersoalkan peruntukkan undang-undang berkaitan sensitiviti perkauman. Rendah hati atau tawadhuk mengajar kita erti keinsafan dan kesedaran dalam diri di mana kita merupakan rakyat yang tinggal bersama-sama sebuah negara berdaulat. Di samping itu, kesedaran setiap kaum mempunyai kelemahan dan kelebihan perlu dipupuk agar kelebihan yang dimiliki mampu dimanfaatkan demi kepentingan bangsa, negara, dan agama. Kesederhanaan pula merupakan gaya hidup yang tidak terlalu ekstrem yang mana apabila menghadapi situasi yang negatif, tidak mudah terpengaruh dan cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian melalui rundingan atau mengadakan dialog. Berbudi bahasa merupakan tingkah-laku yang bersopan-santun, tata tertib dalam menjalankan hubungan dan interaksi sesama kaum bagi menjana kemesraan dan pemuafakatan yang lebih kukuh. Implementasi aspek kedua dalam konsep 1 Malaysia ini, sebanyak lapan nilai aspirasi perlu diterapkan oleh rakyat Malaysia, iaitu seperti pertama, mengenai budaya berprestasi tinggi, iaitu tugas yang diamanahkan dilaksanakan pada tahap terbaik. Sikap acuh tak acuh perlu diketepikan kerana ia bukan lambang sebuah masyarakat berdaya maju. Kedua, budaya ketetapan di mana seseorang individu atau komuniti haruslah mendidik sikap menepati masa dalam melaksanakan tugas dan mengutamakan kecekapan serta ketepatan.

Hal ini merupakan budaya bagi sesebuah masyarakat maju.Ketiga, budaya ilmu, iaitu kesediaan untuk menimba ilmu pengetahuan walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, kerana melalui perkembangan ilmu ia mampu membantu negara mencapai kemajuan dan pemodenan. Keempat, integriti yang tinggi seperti bersih, cekap, dan amanah juga perlu ada dalam setiap diri masyarakat agar dalam melaksanakan tugas dan amanah sentiasa disegani dan dihormati. Kelima, ketabahan, iaitu sikap bersedia menerima cabaran dan sabar dalam menempuh dugaan serta tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi dalam apa jua bidang yang diceburi. Keenam, kesetiaan yang melibatkan kesanggupan untuk berkorban dan berbakti kepada negara demi membuktikan maruah dan kedaulatan negara dipertahankan dan dijaga. Ketujuh, kebijaksanaan, iaitu cara menghadapi situasi dan masalah tertentu dengan penuh hemat dan teliti agar penyelesaian dan pendekatan diambil tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kelapan, budaya berinovasi yang melambangkan rakyat Malaysia itu berani menceburi bidang baru dan juga harus dikenali sebagai pemimpin dalam pelbagai bidang yang diceburi. Perubahan perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik lagi demi kebaikan dalam menangani masalah serta bersedia untuk menjadi perintis.

Vous aimerez peut-être aussi