Vous êtes sur la page 1sur 1

AMALAN LAILATUL QADAR:

1. Solat Sunat Lailatul Qadar. Lafaz: Usolli sunnata lailatul qadri arba'a raka'aatil lillahi ta'ala. Niat: Sahaja aku solat sunat lailatul qadar empat rakaat kerana Allah Ta'ala. Kaedah: Setiap raka'at dibaca Al-Fatihah dan At-Takathur dan Al-Ikhlas (3 kali). Faedah: 1. Mudah keluar ruh ketika sakaratul maut. 2. Dilepaskan azab kubur. 3. Dikurnia Allah empat tempat (nur) di Akhirat daripada tiap2 satu nur itu seribu mahligai di dalam syurga.

2. Membaca Allahumma innaka 'afuwun karim tuhibbul 'afwa fa'fu anni (400 kali). (Nota: Terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Saiyidatina 'Aisyah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW menyarankan membaca do'a ini pada malam Lailatul Qadar) 3. Membaca Lailaha illAllahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu, yuhyi wayumit, wa huwa haiyun daimun biyadihil khair, wahuwa 'ala kulli syai'in qadir (400 kali) 4. Membaca SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil 'Azim, AstaghfirUllah (seberapa banyak yang mampu).

Bertaubat, bersolat, berzikir, berdo'a (dan lain2 amalan) sebanyak2nya pada malam itu (tanpa tidur sekiranya mampu).

Ibadah lain untuk diri sendiri tapi berpuasa itu semata-mata untuk Allah SWT. Menyempurnakan puasa di bulan Ramadhan tuntutan Allah dan Rasulullah. Mencari Lailatul Qadar kesukaan Allah dan Rasulullah. Mencintai Rasulullah itu mencintai Allah. Kesemuanya itu adalah ibadah kepada Allah yang Maha Esa lagi Kekal Abadi...

Allahu Wa Rasuluhu A'lam... Nota: Disertakan sedikit lampiran untuk rujukan. Anda perlu login masuk bagi melihat dan memuat turun lampiran ini.

Vous aimerez peut-être aussi