Vous êtes sur la page 1sur 20

01.

layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 1

Kementerian Kesihatan Malaysia

B a h a g i a n I V, P e r a t u r a n - P e r a t u r a n M a k a n a n 1 9 8 5

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 2

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 3

KANDUNGAN
PENGENALAN..................................................................................... BAHASA YANG DIGUNAKAN.................................................................... NAMA SEBUTAN SEBENAR/ NAMA PRODUK................................................. PENYATAAN TAMBAHAN DI BAWAH NAMA SEBUTAN SEBENAR (jika berkaitan)...... SENARAI RAMUAN............................................................................... PELABELAN HIPERSENSITIVITI................................................................ PENYATAAN TENTANG BAHAN ADITIF......................................................... BERAT BERSIH/ ISIPADU/ BILANGAN MINIMUM ISI BUNGKUSAN....................... NAMA DAN ALAMAT PENGILANG/ PENGIMPORT/ NEGARA ASAL........................ PENANDAAN TARIKH............................................................................ GAMBAR........................................................................................... PENYATAAN CADANGAN HIDANGAN.......................................................... PENGISYTIHARAN MAKLUMAT PEMAKANAN................................................ PENGISYTIHARAN JUMLAH GULA............................................................. PENGISYTIHARAN JUMLAH DAN JENIS ASID LEMAK...................................... PENGISYTIHARAN NILAI NUTRIEN............................................................ PENGGUNAAN LOGO............................................................................ PENYATAAN/ AKUAN YANG DILARANG....................................................... PENYATAAN BAKTERIA BIFIDO................................................................. PEMATUHAN DAN PENALTI..................................................................... 4 4 5 8 9 10 10 11 12 13 15 15 16 17 18 19 19 20 20 20

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 4

4
1. PENGENALAN Pelabelan makanan bertujuan untuk membekalkan maklumat yang betul dan jelas tentang sesuatu produk makanan. Label makanan hendaklah mematuhi semua peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Garis panduan ini disediakan untuk memberi panduan kepada industri makanan dan pengguna mengenai keperluan pelabelan makanan berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

2. BAHASA YANG DIGUNAKAN 2.1. Semua maklumat yang perlu ada pada label, hendaklah dinyatakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris berdasarkan kepada keperluan berikut: 2.1.1. Bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di Malaysia, hendaklah di dalam Bahasa Malaysia dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana bahasa lain. 2.1.2. Bagi produk makanan yang diimport, hendaklah di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana bahasa lain. 2.1.3. Bagi makanan bertujuan khas sama ada yang diimport atau dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di Malaysia hendaklah di dalam Bahasa Malaysia dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana bahasa lain. 2.2. Terjemahan ke dalam mana-mana bahasa lain mestilah memberi maksud yang sama dengan maklumat yang asal.

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 5

5
3. NAMA SEBUTAN SEBENAR/ NAMA PRODUK 3.1. Nama sebutan sebenar makanan perlu berdasarkan kepada nama biasa ramuan utamanya.

Contoh : Jika sesuatu jus diperbuat daripada epal, maka nama sebutan sebenar produk itu ialah Jus Epal. Nama saintifik bagi epal adalah Malus domestica. Produk tersebut tidak boleh ditulis Jus Malus Domestica sebagai nama sebutan sebenar.

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 6

6
3.2. Bagi produk makanan di dalam bentuk campuran atau sebatian, hendaklah dinamakan seperti berikut: (nama produk) campuran, atau (nama produk) sebatian Dengan syarat bahawa perkataan campuran atau sebatian tidak boleh digabungkan dengan nama sebutan sebenar mana-mana makanan campuran atau sebatian yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan ini.
Contoh : Formulasi sesuatu produk adalah seperti berikut : Serbuk Epal Hijau Fruktosa Radix Lepidium Meyenii (Maca) Frukto-Oligosakarida Cadangan nama sebutan sebenar adalah seperti di bawah: 82% 10% 5% 3% Contoh : Formulasi sesuatu produk adalah seperti berikut : Jus Delima Jus Manggis Asid Benzoik Vitamin C Cadangan nama sebutan sebenar adalah seperti di bawah: 59.2% 40.5% 0.1% 0.2%

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 7

7
3.3. Nama sebutan sebenar perlu dinyatakan dengan jelas dari segi ketinggian, keutamaan visual dan kedudukan supaya mudah kelihatan berbanding perkara lain yang terdapat pada label makanan. 3.4. Jika sesuatu produk mempunyai standard khusus yang perlu dipatuhi, maka nama sebutan sebenar bagi produk tersebut hendaklah mematuhi peruntukan yang ditetapkan di bawah standard tersebut.

Contoh : Peraturan 269A Kopi Pracampur Jika sesuatu produk dikategorikan di bawah standard di atas, nama sebutan sebenar bagi produk tersebut hendaklah bermula dengan Kopi Pracampur.

Peraturan 356 Campuran Minuman Botani Jika sesuatu produk dikategorikan di bawah standard di atas, nama sebutan sebenar bagi produk tersebut hendaklah bermula dengan campuran minuman botani atau campuran minuman herba diikuti sebaik sahaja selepasnya nama sumber botani atau sumber herba, minuman campuran itu.

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 8

8
4. PENYATAAN TAMBAHAN DI BAWAH NAMA SEBUTAN SEBENAR (JIKA BERKAITAN) 4.1. Bagi produk makanan yang mengandungi daging lembu atau daging babi atau terbitannya atau lemak babi, penyataan berikut hendaklah dinyatakan: MENGANDUNGI (nyatakan sama ada daging lembu atau daging babi atau terbitannya atau lemak babi) Atau dalam apa-apa perkataan lain yang memberi maksud yang sama. 4.2. Bagi produk makanan yang mengandungi alkohol tambahan, penyataan berikut hendaklah dinyatakan: MENGANDUNGI ALKOHOL Atau dalam apa-apa perkataan lain yang memberi maksud yang sama. Penyataan MENGANDUNGI ALKOHOL hendaklah ditulis dalam huruf besar tebal dari tulisan bukan serif dan saiz penghurufan tidak kurang daripada 6 poin. Kedua-dua penyataan di atas hendaklah dinyatakan baik sahaja di bawah nama sebutan sebenar makanan tersebut.

Contoh :

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 9

9
5. SENARAI RAMUAN 5.1. Semua ramuan yang digunakan untuk membuat produk makanan perlu dinyatakan pada label makanan kecuali air, aditif makanan dan nutrien. 5.2. Ramuan tersebut hendaklah dinyatakan berdasarkan kepada nama sebutan sebenar ramuan tersebut. 5.3. Bagi produk makanan yang terdiri daripada dua atau lebih ramuan, ramuan tersebut hendaklah disenaraikan mengikut susunan berat menurun.
Contoh : Sesuatu produk mempunyai formulasi ramuan seperti berikut : Ramuan Krimer tanpa tenusu Inulin Daun barli muda Serbuk kopi segera Gula Jumlah % 43.25 6.25 1.00 12.50 37.00 100.00

Ramuan perlu ditulis pada label mengikut susunan berikut : Ramuan : Krimer tanpa tenusu, gula, serbuk kopi segera, inulin dan daun barli muda

5.4. Bagi produk makanan yang mengandungi lemak makan atau minyak makan atau kedua-duanya, hendaklah dinyatakan : (i) penyataan tentang adanya lemak makan atau minyak makan atau keduanya-duanya; dan nama biasa binatang atau sayur-sayuran, dari mana lemak atau minyak itu diperolehi.

(ii)

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 10

10
6. PELABELAN HIPERSENSITIVITI Produk makanan atau ramuan yang boleh menyebabkan hipersensitiviti adalah seperti berikut : a) b) c) d) e) Bijirin yang mengandungi gluten termasuk gandum, rai, barli dan oat; Kekacang dan hasil kekacang termasuk kacang tanah dan kacang soya; Ikan dan hasil ikan; Susu dan hasil susu (termasuk laktosa); dan Telur dan hasil telur.

Bagi produk makanan yang mengandungi ramuan yang boleh menyebabkan hipersensitiviti, maka ramuan tersebut hendaklah ditulis seperti berikut :
Contoh : Ramuan : Ekstrak Malt (Barli), Gula, Susu Tepung Skim, Koko, Maltodextrin, Minyak Kelapa Sawit dan Vitamin C

Sila rujuk Garis panduan Pelabelan Ramuan Makanan Yang Boleh Menyebabkan Hipersensitiviti untuk maklumat lanjut.

7. PENYATAAN TENTANG BAHAN ADITIF Bagi produk makanan yang telah ditambah dengan aditif makanan, penyataan tentang aditif makanan tersebut hendaklah dinyatakan seperti berikut: mengandungi (nyatakan jenis aditif makanan yang berkenaan) yang dibenarkan
Contoh : Jika sesuatu produk mengandungi aditif seperti berikut: Asid benzoik Tartrazine Pulegone Butylated hydroxy toulene (BHT) maka penyataan berikut perlu dinyatakan: Mengandungi bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa dan antipengoksida yang dibenarkan.

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 11

11
Bagi produk makanan yang telah ditambah dengan kondisioner makanan yang dibenarkan, penyataan mengenai kondisioner makanan tersebut hendaklah dinyatakan seperti berikut: mengandungi (nyatakan nama kelas kondisioner makanan) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.
Contoh : Jika sesuatu produk mempunyai kondisioner makanan seperti berikut: Asid sitrik Gam acacia maka penyataan berikut perlu dinyatakan: Mengandungi pengawal asid dan penstabil sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.

8. BERAT BERSIH/ ISIPADU/ BILANGAN MINIMUM ISI BUNGKUSAN (i) Semua label makanan hendaklah mempunyai penyataan mengenai berat bersih atau isipadu atau bilangan minimum isi bungkusan. dinyatakan mengikut ketinggian

(ii) Penyataan tersebut hendaklah penghurufan yang sama.

Berat Bersih : 450 g Isipadu Minimum 250 ml

Berat

1 kg
500 ml

Isipadu Minimum

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 12

12
9. NAMA DAN ALAMAT PENGILANG/ PENGIMPORT/ NEGARA ASAL Semua label makanan hendaklah mempunyai penyataan mengenai nama dan alamat pengilang/ pengimport/ negara asal berdasarkan berikut: 9.1 Bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di Malaysia, label makanan hendaklah menyatakan salah satu daripada yang berikut: (i) (ii) nama dan alamat pengilang atau pembungkus; atau nama dan alamat pemunya hak untuk mengilang atau membungkus; atau (iii) nama ada alamat ejen daripada (i) dan (ii). 9.2 Bagi makanan yang import, label makanan hendaklah menyatakan: (i) (ii) nama dan alamat pengilang di luar negara; atau nama dan alamat pemunya hak untuk mengilang atau membungkus; atau; (iii) nama ada alamat ejen daripada (i) dan (ii); dan (iv) nama dan alamat perniagaan pengimport di Malaysia; dan (v) nama negeri dari mana makanan itu berasal.

Contoh produk tempatan : Dikilangkan oleh : ABC Sdn. Bhd. No. 81, Jalan Puteri 5/3 Bandar Puteri, 47100 Puchong Selangor

Contoh produk import : Dikilangkan oleh : XYZ International 10 Mahunga Drive, Mangere Bridge 1 Auckland 2021, New Zealand Diimport oleh : XYZ Sdn. Bhd. Lot 16, Jalan 19/11 46300 Petaling Jaya Selangor Produk New Zealand

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 13

13
10.PENANDAAN TARIKH 10.1 Makanan yang diwajibkan penandaan tarikh adalah seperti di bawah : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Biskut, roti. Makanan berkaling untuk bayi dan kanak-kanak. Makanan berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak. Coklat, coklat putih dan coklat susu. Krim kelapa, santan kelapa, pes kelapa, serbuk krim kelapa dan kelapa parut. Lemak makan dan minyak makan selain daripada marjerin dalam bekas kedap udara. Aditif makanan yang mempunyai tempoh penggunaan kurang daripada 18 bulan. Rumusan bayi. Telur cecair, kuning telur cecair, putih telur cecair, telur kering, kuning telur kering dan putih telur kering. Makanan tenaga rendah bagi mana-mana makanan yang memerlukan penandaan tarikh. Hasil daging dalam bekas tak kedap udara. Susu dan hasil susu kecuali ais krim yang kurang daripada 200 ml isipadu dan keju keras. Minuman ringan pasteur tak berkarbonat dan minuman ringan U.H.T tak berkarbonat. Nutrien yang ditambah atau sediaan nutrien yang ditambah yang dijual sebagai makanan. Jus buah pasteur. Jus sayur pasteur. Mentega kacang. Sos. Makanan bertujuan khas. Serikaya.

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 14

14
10.2 Penandaan tarikh pada label makanan hendaklah dinyatakan mengikut salah satu format berikut :
(i) TARIKH AKHIR atau TH AKHIR (masukkan tarikh mengikut hari, bulan dan tahun atau mengikut bulan dan tahun). atau (ii) GUNA SEBELUM atau GUNA SBL (masukkan tarikh mengikut hari, bulan dan tahun atau mengikut bulan dan tahun). atau (iii) MAKAN SEBELUM atau MAKAN SBL atau MINUM SEBELUM atau MINUM SBL (masukkan tarikh mengikut hari, bulan dan tahun atau mengikut bulan dan tahun). atau (iv) BAIK SEBELUM atau BAIK SBL (masukkan tarikh mengikut hari, bulan dan tahun atau mengikut bulan dan tahun).

10.3. Penandaan tarikh hendaklah dinyatakan dalam huruf besar tebal dari tulisan bukan serif yang tidak kurang daripada 6 poin. 10.4. Makanan yang tidak tersenarai (para 10.1), juga boleh membuat penandaan tarikh. Walau bagaimanapun, ia perlu mematuhi format bagi penandaan tarikh.

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 15

15
11.GAMBAR Hanya gambar yang menjadi ramuan sahaja boleh disertakan pada label.

12.PENYATAAN CADANGAN PENGHIDANGAN Penyataan CADANGAN PENGHIDANGAN atau RESIPI hendaklah dinyatakan berhampiran dengan gambar dalam huruf besar dan saiz penghurufan mestilah tidak kurang daripada 6 poin.

Contoh

CADANGAN PENGHIDANGAN / SERVING SUGGESTION

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 16

16
13.PENGISYTIHARAN MAKLUMAT PEMAKANAN 13.1 Makanan yang diwajibkan maklumat pemakanan adalah :

13.2. Nutrien yang wajib dinyatakan pada maklumat pemakanan adalah tenaga, protein, karbohidrat dan lemak.

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 17

17
13.3. Maklumat nilai pemakanan perlu dinyatakan mengikut format bagi setiap hidangan dan setiap 100 g(ml).
Contoh MAKLUMAT PEMAKANAN
Saiz hidangan: 200 ml Hidangan bagi setiap bungkusan: 5 Setiap 100 ml Tenaga Karbohidrat Protein Lemak 100 kkal (420 kJ) 23.8 g 1.1 g 0g Setiap hidangan (200 ml) 200 kkal (840 kJ) 47.6 g 2.2 g 0g

14.PENGISYTIHARAN JUMLAH GULA Bagi minuman yang sedia diminum, jumlah gula hendaklah dinyatakan seperti berikut : Karbohidrat g Jumlah gula g
Contoh : Nama produk : Minuman Berperisa Anggur MAKLUMAT PEMAKANAN Saiz Hidangan : 250 ml Bilangan hidangan bagi setiap bungkusan : 4 Bagi setiap 100 ml Tenaga Karbohidrat Jumlah gula Protein Lemak 35 kcal (147kJ) 5.4 g 4.5 g 1.2 g 0.9 g Bagi setiap hidangan (250 ml) 88 kcal (370 kJ) 13.5 g 11.4 g 3.0 g 2.3 g

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 18

18
15.PENGISYTIHARAN JUMLAH DAN JENIS ASID LEMAK Jika nilai asid lemak dinyatakan pada label, keempat-empat jenis asid lemak, iaitu asid lemak tepu, monotidaktepu, politidaktepu dan asid trans lemak hendaklah dinyatakan dalam bentuk seperti berikut: Lemak yang terdiri daripada Asid Lemak Monotidaktepu Asid Lemak Politidaktepu Asid Lemak Tepu Asid Trans Lemak
Contoh :
MAKLUMAT PEMAKANAN Saiz Hidangan : 200 ml Bilangan hidangan bagi setiap bungkusan : 5 Bagi setiap 100 ml Bagi setiap hidangan (200 ml) 88 kcal 1.0 g 21.0 g 11.6 g 4.2 g 2.0 g 4.8 g 0.6 g

g g g g g

Tenaga Protein Karbohidrat Lemak yang terdiri daripada Asid Lemak Monotidaktepu Asid Lemak Politidaktepu Asid Lemak Tepu Asid Trans Lemak

44 kcal 0.5 g 10.5 g 5.8 g 2.1 g 1.0 g 2.4 g 0.3 g

MAKLUMAT PEMAKANAN Saiz Hidangan : 200 ml Bilangan hidangan bagi setiap bungkusan : 5 Bagi setiap 100 ml Bagi setiap hidangan (200 ml) 88 kcal 1.0 g 21.0 g 11.6 g 4.8 g 0.6 g

Tenaga Protein Karbohidrat Lemak yang terdiri daripada Asid Lemak Tepu Asid Trans Lemak

44 kcal 0.5 g 10.5 g 5.8 g 2.4 g 0.3 g

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 19

19
16.PENGISYTIHARAN NILAI NUTRIEN Vitamin dan mineral hanya boleh diisytiharkan pada maklumat pemakanan sekiranya mematuhi keperluan berikut: a) b) Tersenarai dalam senarai NRN; dan Hadir dalam jumlah sekurang-kurangnya 5% bagi setiap hidangan.

Contoh : Nilai 5% NRN bagi setiap vitamin dan mineral adalah seperti berikut : Unit Vitamin A Vitamin D Vitamin E Vitamin C Tiamina Riboflavin Niasin Vitamin B6 Asid Folik Vitamin B12 Kalsium Magnesium Besi Zink Iodin Protein g g mg mg mg mg mg mg g g mg mg mg mg g g NRN 800 5 10 60 1.4 1.6 18 2 200 1 800 300 14 15 150 50 5% NRN 40 0.25 0.5 3 0.07 0.08 0.9 0.1 10 0.05 40 15 0.7 0.75 7.5 2.5

17.PENGGUNAAN LOGO Penggunaan logo perlu disokong dengan sijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab dan mestilah masih dalam tempoh sah laku (valid). Sekiranya sijil tidak diperolehi atau telah tamat tempoh sah lakunya, penggunaan logo tersebut tidak dibenarkan dan hendaklah dikeluarkan.

01.layOut

9/19/11

2:53 PM

Page 20

20
18.PENYATAAN/AKUAN YANG DILARANG Akuan yang tidak dibenarkan pada label makanan adalah : a. b. Akuan yang menyatakan bahawa mana-mana makanan tertentu akan membekalkan sumber yang mencukupi bagi semua nutrien yang penting. Akuan yang membayangkan bahawa suatu diet yang seimbang atau gabungan pelbagai jenis makanan tidak dapat membekalkan jumlah yang mencukupi bagi semua nutrien. Akuan yang tidak dapat disahkan. Akuan yang mencadangkan bahawa suatu makanan boleh mencegah, mengurangkan, merawat atau menyembuhkan penyakit, gangguan atau keadaan fisiologi yang lain. Akuan yang menyebabkan pengguna ragu akan keselamatan makanan yang serupa. Akuan yang menimbulkan atau mengeksploitasikan rasa takut pada pengguna.

c. d.

e. f.

19.PENYATAAN BAKTERIA BIFIDO Makanan yang mengandungi bakteria bifido, perlu mempunyai maklumat berikut pada label : a) b) Bilangan bakteria hidup Penyataan Mengandungi bakteria.........
Contoh : Mengandungi 1 x 106 sel hidup/g MENGANDUNGI BAKTERIA HIDUP, MEMERLUKAN KEADAAN PENYIMPANAN KHAS

20.PEMATUHAN DAN PENALTI Produk makanan yang tidak mematuhi keperluan pelabelan dalam PeraturanPeraturan Makanan 1985 akan dikenakan denda atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Produk makanan juga perlu mematuhi keperluan lain di dalam Akta Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 atau berisiko menerima penalti yang sama.

Vous aimerez peut-être aussi