Vous êtes sur la page 1sur 8

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

DTT5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI PENDIDIKAN SEMESTER 1 SESI 2012/2013

ASSIGNMENT 1

Saya bercadang ingin membuka kedai hardware (produk: batu bata dan besi) sekali dengan perkhidmatan wiring dan membaiki barangan elektrik yang rosak. Ini adalah kerana arus pembangunan yang pesat, semakin banyak bangunan dan rumah dibina pada masa kini, secara tidak langsung permintaan yang tinggi terhadap pembelian bata dan pemasangan wayar serta elektrik pada bangunan atau rumah. bagi memastikan perniagaan itu 100% untung, konsep 4P diamalkan (product, place, promotion).

Faktor yang perlu diambil kira sebelum perniagaan dimulakan ialah perlu ada modal yang cukup, lokasi yang sesuai bagi menjamin kejayaan sesebuah perniagaan, perlu mengetahui undangundang atau akta yang mengawal perjalanan perniagaan dan sumber bekalan (tempat boleh mendapat bekalan barang cepat, murah dan mudah). bagi semasa menjalankan perniagaan pula, faktor yang perlu diambil kira pula adalah persaingan yang dihadapi dan code of ethic (komunikasi yang baik dengan pembeli adalah penting ).

ASSIGNMENT 2

Apakah definisi teori multi modality? Apakah yang dimaksudkan multi modality instruction?

Pada pandangan saya, teori multi modaliti adalah alat pembelajaran komunikasi yang baru yang meliputi pelbagai kaedah komunikasi bahasa seperti persembahan pemprosesan maklumat, pengecaman suara dan interaksi grafik dalam memenuhi keperluan kaedah pembelajaran pelbagai kecerdasan pelajar.Guru tersebut perlu membezakan produk, proses dan kandungan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas mengikut kecerdasan pelajar mereka. Bagi multi modality instruction pula,menurut penyelidikan Howard Gardner terhadap pelajar pelbagai kecerdasan dalam memperluaskan penggunaan teknologi secara tidak langsung membantu mempengaruhi kepada penghasilan, kaedah atau gaya pembelajaran pelajar ini. Melalui penggunaan dan penghasilan ayat multi modal, para pelajar mempunyai peluang mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang baru dengan menggunakan linguistic, visual dan audio. Lebih banyak cara dan kaedah yang guru ajar maka lebih banyak yang para pelajar pelajari daripada mereka.

ASSIGNMENT 3

Question 3: Obtain an example of a manipulative(s) that could use for instruction. Submit the manipulative and descriptions of how you would you use it, including an objective. Relia adalah bahan-bahan yang sebenar atau maujud. Kelebihan bahan relia ialah pelajar boleh melihat, menyentuh, merasa dan mendengar sesuatu yang sebenar. Relia Asli ialah bahan hidup yang sebenarnya. Contoh relia asli yang saya boleh digunakan dalam arahan adalah makanan dan telefon bimbit. Ini adalah kerana makanan merupakan keperluan asas manusia yang bertujuan untuk membolehkan manusia terus hidup. Untuk memenuhi sesuatu keperluan, manusia akan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup untuk menikmati hidup yang lebih selesa dan seronok. Justeru itu, wujud kehendak terhadap pelbagai barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluannya.

Penerangan: Tunjukkan relia yang asli iaitu makanan dan telefon bimbit kepada pelajar Memberi penerangan kepada para pelajar di dalam kelas tentang perbezaan di antara makanan dan telefon bimbit dalam kehidupan seharian. Membuat pilihan yang mana satu adalah kehendak dan keperluan dalam kehidupan.

Objektif: Dengan menggunakan contoh seperti makanan dan telefon bimbit, secara tidak langsung pelajar dapat membezakan keperluan dan kehendak manusia. Menjelaskan maksud keperluan dan kehendak manusia dengan ringkas

Question 4: Plan a lesson that would include a field-trip (real or virtual). Locate at least one site on the World Wide Web that could be place to visit as a virtual field trip in your lesson. Pengajaran yang berbantukan komputer melibatkan penggunaaan laman web Virtual Field Trip iaitu www.learnz.co.nz. Konsep yang diajar adalah mengenai pemuliharaan spesies terancam oleh kepupusan. Laman web yang digunakan membawa pelajar kepada usaha pemuliharaan spesies itik baru yang hanya terdapat di Lembah Oparara, Pulau Utara New Zealand. Seseorang guru harus menerangkan secara ringkas mengenai Visual Field Trip. Setiap Visual Field Trip mengandungi yang berikut: Diari: Ini termasuk rekod aktiviti harian disertai still images. Kelas yang mengambil bahagian akan menerima emel yang mengandungi ringkasan aktiviti harian sejurus diari tesebut boleh diakses melalui web. Persidangan video: peluang untuk murid membentuk soaln berdasarkan pemahaman mereka tentang maklumat latar belakang. Jadual: Jadual lengkap peristiwa utama, lokasi dan topic persidangan audio dan masa atau waktu ianya boleh diakses Soalan: dihantar sebelum permulaan Field Trip. Setiap kelas yang menyertai mendapat sesalinan soalan berkenaan sebelum persidangan audio bermula. Ringkasan/ Summary: Boleh dihantar oleh kelas dan dipaparkan pada laman web. Ini merupakan aktiviti kumpulan atau kelas yang terbaik untuk mengukuhkan konsep utama yang dibincangkan semasa persidangan audio. Streaming: persidangan audio boleh didengari sama ada melalui peralatan persidangan audio POLYCOM atau speaker phone atau menerusi Internet (audiostreaming) dengan mengklik pada pautan dari laman web. Kelas yang menyoal perlu mengakses persidangan audio tersebut menggunakan POLYCOM atau speaker phone.

i) ii) iii)

iv)

v)

Arkib: segala persidangan audio boleh diikuti selepas aktiviti tersebut, dengan mengakses versi arkib dari laman web. Galeri foto: segala imej yang diambil semasa Field Trip boleh diakses melalui carian berasaskan perkataan KUNCI Panorama: Imej ini memeberi perspektif yang lebih luas kepada lokasi Field Trip Video: Senarai penuh video pendek yang dirakam memberi pengertian atau gambaran kepada tempat-tempat yang dilawati, individu yang ditemui dan perkara-perkara yang dibincangkan. Setiap video ada dipaparkan mempunyai soalan dan keterangan. Web board: tempt menghantar soalan-soalan tambahan untuk dijawab. Membaca jawapan setiap murid dan individu lain amat menarik kerana setiap murid mempunyai pandangan yang berbeza. Pertandingan: setiap field trip mempunyai siri pertandingan dan kuiz.

Penglibatan pelajar adalah secara maya di mana pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti di laman web tersebut. Guru akan melengkapkan diarinya dan dimuatnaik untuk dibaca oleh para pelajar. Selain itu pelajar dapat melihat galeri foto, panorama, rakaman video dan mengakses papan bulletin di laman web itu. Kaedah kerja lapangan secara maya membolehkan pelajar pergi ke tempat habitat semulajadi spesies terancam tersebut tanpa meninggalkan kelas.

ASSIGNMENT 4

1. Apakah yang dimaksudkan dengan literasi video? Video merupaka antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen yang lain. Penggunaan video dalam penyampaian maklumat berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Ia merupakan gabungan bunyi dan visual yang direkodkan dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV. 2. Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. Penulis membina mesej / maklumat(An author constructs the message) Setiap mesej / maklumat yang dibina mempunyai gaya persembahan atau format yang unik (The format is unique for each message) Setiap penonton akan membuat penilaian yang berbeza berdasarkan mesej/ maklumat yang dibina (Each viewer interprets the message differently) Setiap mesej/ maklumat yang dibina mempunyai nilai (Points of view and values are part of each message)

Hampir keseluruhan mesej/ maklumat yang dibina mempunyai tujuan tertentu (Most messages are organized to promote a specific purpose)

3. Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan dengan aplikasi video Pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan dengan aplikasi video melalui persembahan grafik yang menarik seperti susunan teks yang jelas dan berkesan, warna grafik dan animasi yang sesuai serta kesan bunyi yang mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu topik pembelajaran. Selain itu, dapat membantu mengubah sikap seseorang pelajar. Pelajar tersebut akan berasa seolah-olah berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut.Contohnya, program dokumentari mengenai gula dalam diet di mana menunjukkan kesan daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula mampu memberi kesan kepada tingkah laku pelajar kerana melibatkan pengaruh emosi pelajar melalui penyampaian video iaitu pelajar tersebut akan mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka. Contoh lain adalah dalam proses penyampaian mesej mengenai bahaya peperangan, paparan video yang memaparkan keadaan mangsa perang dengan mudahnya mampu memberi kesan kepada emosi penonton dan seterusnya mengusik jiwa dan perasaan mereka. Ini secara tidak langsung boleh mengubah sikap seseorang dengan lebih mudah dan pantas. Di samping itu, Video digital boleh digunakan bagi membantu dalam proses membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan lebih berkesan. Pelajar boleh menonton serta mengawal perjalanan video mengikut keperluan dan tahap kefahaman masing-masing di mana para pelajar boleh memainkan video, memberhentikan seketika atau mengulang kembali klip-klip video digital tersebut. 4. Senaraikan dan terangkan bagaimana 4 jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar. Documentary Dokumentari adalah menceritakan tentang perkara atau peristiwa sebenar atau yang berkaitan dengan fakta. Contohnya adalah dalam proses penyampaian mesej mengenai bahaya peperangan, paparan video yang memaparkan keadaan mangsa perang dengan mudahnya mampu memberi kesan kepada emosi pelajar dan seterusnya mengusik jiwa dan perasaan mereka. Dramatization- Dramatization dapat membantu membina tingkah laku yang positif di kalangan pelajar seperti kerjasama. Secara tidak langsung, media pembelajaran dapat memupuk daya cipta, pemikiran analitis,pemikiran kritis dan dapat memupuk perkembangan nilai-nilai murniseperti bertanggungjawab, jujur, bertolak ansur, bertimbangan rasa dansikap positif.

Selain itu, ia dapat memupuk perkembangan koordinasi mata, otak dan kemahiran motor. Ia dapat menyediakan pengalaman sebenar bagi pelajar seterusnya mendorong pelajar menjalankan aktiviti lanjutan hasildari pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar. Video storytelling- Ia menggalakkan para pelajar untuk berfikir secara kreatif dalam menyampaikan idea mereka melalui penceritaan video. Secara tidak langsung, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi pelajar dapat dipertingkatkan. Virtual field trips - Dengan menggunakan kaedah kerja lapangan secara maya (Visual Field Trips), pelajar boleh dibawa ke mana-mana sahaja tempat melalui laman web. Cara ini membolehkan semua pelajar menyertai aktiviti pada masa-masa yang sesuai dengan kos yang minimum. Secara tidak langsung, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi pelajar dapat dipertingkatkan kerana aktiviti di laman web Virtual Field Trip melibatkan penggunaan e-mel, web board, conferencing dan video streaming. Guru juga dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mereka lebih menarik dan efektif.

5. Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. Tetapkan tujuan dan objektif Penyelidikan bagi mengumpulkan bahan-bahan Pilih bahan-bahan yang sesuai Menulis skrip Bersedia membuat penggambaran Sediakan bahan-bahan grafik Sediakan bahan dan peralatan Mulakan penggambaran Menyunting Membuat rakaman audio Prebiu Gunakan dalam pengajaran Penilaian dan penambahbaikan

ASSIGNMENT 5 Apakah kekangan jika kita menggunakan video di dalam kelas? Kekangan: Kurang kawalan daripada guru iaitu pelajar mula bising sehingga menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sebelah, kemudahan sekolah dan masa yang agak terhad, secara tidak langsung pelajar menjadi malas untuk belajar membaca buku dan membuat nota sendiri.

ASSIGNMENT 6 Bagaimana mengguna vido di dalam kelas?sebelum, semasa dan selepas. Sebelum: Guru harus memastikan kemudahan LCD dan komputer tidak digunakan oleh guru lain, buat tempahan di makmal komputer, pastikan LCD dan komputer berfungsi dengan baik dan ada tenaga elektrik pada masa itu Semasa: LCD dan komputer berfungsi dengan baik, pasang video dan click play pada video tersebut, guru memberi penerangan mengenai video tersebut, pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil membincangkan latihan atau tugasan yang diberikan cikgu berdasarkan video, bentangkan hasil dan guru memberi rumusan hasil daripada tayangan video Selepas: Tutup dan susun peralatan yang telah digunakan dengan baik.

ASSIGNMENT 7: Sila refleks proses dan ciri reka cipta visual Proses-proses reka cipta visual melibatkan analisis, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Dalam analisis, ia mendefinisikan bahan yang sepatutnya dipelajari yang melibatkan analisis persekitaran pembelajaran, analisis pelajar dan menentukan matlamat pengajaran. Melalui pembangunan pula ia melibatkan proses menghasilkan bahan pembelajran dengan menggunakan semua elemn media dan teknologi yang dipilih berdasarkan keperluan. Dalam proses perlaksanaan, bahan pengajaran yang telah disediakan akan dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Seterusnya melibatkan proses penilaian iaitu mengenal pasti proses pengajaran iaitu terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif yang dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya dan penilaian sumatif yang berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan. Oleh itu, reka cipta visual yang baik mesti mudah, jelas dibaca dan difahami. Mesej dapat ditafsir dengan berkesan , wujud interaksi aktif di antara pelajar dan guru, serta membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual. Keberkesanan penggunaan visual bergantung kepada kualiti yang ada pada visual tersebut. Maka, visual adalah alat komunikasi yang mampu menyampaikan mesej yang lebih berkesan daripada penggunaan lisan atau pernyataan bertulis.

Vous aimerez peut-être aussi