Vous êtes sur la page 1sur 5

AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) Dasar ini akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang

memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan yang akan memenuhi keperluan negara. Pendidikan juga dapat memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip rukunegara, adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap, oleh itu akta pendidikan banyak memberi sumbangan kepada kestabilan dan keharmonian negara. Ini akan dapat melahirkan generasi yang lebih matang dan generasi yang akan membentuk negara kita pada akan datang. Mari kita lihat apa yang terkandung dalam akta pendidikan 1996 yang meneruskan kestabilan dan keharmonian negara. Pendidikan Negara mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan dari segi kemajuan ekonomi, kekuatan rohani,keadilan sosial,moral dan etika, bagi mewujudkan sesuatu masyarakat yang bersatupadu, demoktratik, liberal dan dinamaik. Sistem pendidikan Malaysia juga mempunyai misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan dari segi kualiti pula, bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai matlamat Negara Malaysia. Kita mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu dan merupakan arah tujuan Negara ia juga diangap penyelamat bangsa, tujuan pendidikan adalah membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu pengentahuan ,kemahiran dan nilai murni yang amat diperlukan dalam kehidupan yang penuh cabaran yang berdaya saing tinggi serta bersifat global. Iimu juga merupakan batu ukuran bagi sesebuah negara, ini kerana jika sesebuah negara itu mempunyi system pendidikan yang bagus, negara itu akan lebih maju ke hadapan. Manusia sekarang bekejar-kejar untuk mendapatkan ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan yang yang diketahui separti berikut Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

AKTA PENDIDIKAN 1996 Akta pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari akta pelajaran 1961. Tujuan akta pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun akta pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada akta pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.Sambil mengambilkira kesan semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, akta pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundagan baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan akta pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan.

PENTADBIRAN Perlantikan dan kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan. 1. Maka hendaklah ada seorang Ketua Pengarah.Pendidikan yang hendaklah dilantik oheh Yang diPertuan Agong daripada kalangan pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan. 2. Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan hendaklah menasihati Menteri tentang hal yang berkaitan dengan pendidikan. Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai 1. Bagi setiap Negeri atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam Malaysia yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pengarah Pendidikan. 2. Bagi setiap daerah atau bagi mana-mana kawasan lain di daham sesuatu Negeri yang ditentukan boleh Menteri, seorang Pegawai Pendidikan yang dinamakan sedemikian bagi maksud Akta ini, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru 1. Maka hendaklah ada seorang Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru yang hendaklah dilantik oleh Menteri. 2. 3. Menteri boleh melantik seorang Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru. Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar Sekolah dan Guru bagi setiap Negeri, dan boleh melantik apa-apa bilangan Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini. 4. Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, dan Penolong Pendaftar hendaklah di bawah arahan dan kawalan Ketua Pendaftar. 5. Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi-fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan sewaktu ketiadaannya kuasa dan fungsi-fungsi sedemikian bohehlah dipunyai atau dijalankan oleh Timbalan Ketua Pendaftar. 6. Pendaftar atau Penolong Pendaftar boleh menjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh Ketua Pendaftar. Kita dapat melihat bahawa sistem pentadbiran pendidikan negara telah dirangka dengan begitu teperinci, bagi menjadikan satu organisasi yang dapat memajukan system pendidikan negara. Dengan ada nya sistem ini, pendidikan negara akan lebih cekap, dapat memberi kestabilan kepada sistem pendidikan negara kita. Untuk menjadi orang yang berjawatan dalam sistem pendidikan perlulah mengikut langkah- langkah contohnya perlu dilantik oleh orang yang berkelayakan yang telah ditetapkan oleh akta. Oleh itu tidaklah berlakunya kekacauan dalam sistem pendidikan. Dalam akta ini juga telah tersedia skop, kuasa,dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh seseorang itu apabila mendapat jawatan dalam sistem pendidikan. Ini akan memastikan setiap tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAN Sistem Pendidikan Kebangsaan. 1. Pendidikan prasekolah 2. Pendidikan rendah. 3. Pendidikan menengah. 4. Pendidikan lepas menengah. 5. Pendidikan tinggi.

Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. 1. Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini. 2. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah. 1. Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. 2. Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan. 3. Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual diajarkan di sekolah itu.

Dalam sistem pendidikan kebangsaan, ia lebih fokus pada keseragaman dalam sistem pendidikan. Akta ini akan menjadikan satu sistem yang bergitu harmoni. Yang berlandaskan pada satu akta, oleh itu. Semua sistem pendidikan yang terdapat di Malaysia adalah sama. Ini akan memupuk semangat kerjasama antara pelajar, walaupun kita mempunyai pelbagai kaum, dan agama. Tetapi. apabila disekolah, pelajar-pelajar diserapkan dengan budaya yang sama. Contoh dalam akta bahasa perantaraan adalah bahasa kebangsaan. Ini akan menjadikan pelajar akan mudah untuk berkomunik antara satu sama lain. Akta pendidikan 1996 merupakan satu kesinambungan dengan akta pendidikan 1961, sebagai sebuah akta untuk melihatkan negara yang memunyai masyarakat majmuk hidup bersatu padu di bawah satu bumbung demokrasi melalui perlembagaan yang telah dibuat sebegitu rupa.

Dalam aspek ini, adalah diharapkan semoga melalui akta pendidikan 1996 dapat membaiki dan memantapkan perpaduan semua kaum di negara kita. Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak dan Rahman Talib dulu telah menampakkan kejayaan . Walaupun tidak sepenuhnya. Dengan cara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dengan jelas kepada kita hasrat kerajaan untuk menyetukan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu dan satu bentuk kurikulum yang sama. Ekoran dari Akta Pendidikan 1961 telah lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ini menunjukkan bahawa akta pendidikan negara telah membawa kestabilan dan kehormonian kepada negara. Dalam suasana masyarakat majmuk yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Dalam soal ini sepanjang tempoh negara kita merdeka sampai ke hari perkara ini amat diambil perhatian. Melalui akta pendidikan 1996 dengan jelas telah menyentuh tentang perkara ini. Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu merupakan amat payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka disebabkan itu, pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Hal ini telah menampakkan bahasa Melayu bukan sahaja untuk dijadikan bahasa untuk pembinaan pemuafakatan tetapi juga sebagai bahasa ilmu. Menjelang tahun 1983, semua kursus di institusi pengajian tinggi dikehendaki diajar dalam bahasa Melayu kecuali beberapa kursus yang dilonggarkan penggunaan bahasa pengantar itu. Hal ini kerana semua pelajar yang memasuki universiti-universiti selepas itu adalah daripada aliran Melayu. Ini semua adalah wujud hasil dari kesinambungan dari akta pendidikan 1996. Akta ini dapat meneruskan ungsurungsur untuk menjaga kestabilan dan kehormonian.

Vous aimerez peut-être aussi