Vous êtes sur la page 1sur 3

REFLEKSI MIKRO TEACHING Kekuatan

Semasa menjalankan mikro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Selain itu saya telah membuat persediaan rapi sebelum memulakan mikroteaching ini, maka pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan mengikut apa yang telah dirancang. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti pantun teka teki pada sesi induksi dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid. Saya juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid. Selain itu, suara guru yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang ingin disampai oleh guru. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran. Oleh itu, secara ringkasnya kejayaan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seseorang guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan

pembelajarannya dengan bijak.

Kelemahan
Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan mikro teaching ini ialah tidak mengaitkan peristiwa semasa dalam sesi induksi. Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan tidak mengikut aras kebolehan murid. Saya dapati murid yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu

kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Ketepatan masa adalah penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berjalan dengan lancar. Hasil pemerhatian saya keatas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan turut tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Pemantauan didalam kelas juga agak lemah. Guru hanya berada dihadapan kelas dan tidak memantau aktiviti murid disetiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid. Dengan melakukan pemantauan secara tidak langsung guru akan dapat mengawal keadaan dan disiplin murid dengan lebih baik. Melalui pemantauan juga guru dapat mengesan murid yang lemah dan membimbingnya dengan lebih dekat.

Langkah mengatasi
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlu diatasi dengan melakukan beberapa penambaikan. Penambaikan adalah perlu bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Setelah kajian dijalankan terhadap mikroteaching yang telah saya jalankan, terdapat beberapa

penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pengajaran saya. Antaranya adalah ketepatan masa dalam menyampaikan pelajaran dan pemantauan murid di dalam kelas. Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif supaya pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. Guru perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menepati masa akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari mula hingga akhir pengajaran. Guru tidak seharusnya berdiri dihadapan kelas semasa menyampaikan pengajaran, sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalam kelas samada mengawal tingkah laku murid atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara serta merta. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan penambahbaikan yang

sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaiki set induksi agar lebih mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan,

memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid, pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid. Saya berharap agar dengan melakukan tindakan seperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Lembaran kerja yang disediakan mesti sesuai mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini akan merugikan pelajar yang cerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran.

Guru ceria menjadikan murid ceria.

Vous aimerez peut-être aussi