Vous êtes sur la page 1sur 3

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI DALAM CABARAN LUARAN KOPERASI

1. Dasar Kerajaan - Kurangnya amalan berkoperasi Sebagai sebuah koperasi matlamat utamanya ialah menjaga kebajikan anggota iaitu meningkatkan sosioekomi bagi ruang lingkup kawasan koperasi tersebut.Entiti koperasi tidak harus sama dengan sesebuah perniagaan yang lain iaitu bermotifkan keuntungan manakala koperasi ialah sebuah pertubuhan yang dianggotai secara sukarela bagi memberi nilai tambah ataupun faedah-faedah tertentu kepada keseluruhan anggota.Langkah-langkah yang boleh diambil bagi memperbetulkan prinsip atau konsep ini dari terus menerus menular dikalangan anggota koperasi ialah menitikberatkan konsep berkoperasi dalam pentadbiran.Contohnya mengadakan guide line dalam tadbir urus sesebuah koperasi bagi menepati standard yang telah ditetapkan.

Menjejaskan amalan Berautonomi Pentadbiran koperasi bersifat terbuka iaitu setiap anggota koperasi layak menyuarakan dan mempunyai kuasa authority dalam membuat pemilihan Ahli Jawatankuasa Koperasi (ALK).Contoh yang jelas disini ialah satu anggota satu undi.Amalan berautonomi ini penting bagi memastikan matlamat sesebuah koperasi dapat dicapai dengan acuan sendiri.Langkah-langkah bagi membendung permasalahan ini ialah memastikan tiada campur tangan dari pihak luar untuk membuat sesuatu keputusan.Contohnya kerajaan,ahli politik dan pihak-pihak yang berkepentingan lain.Hal ini juga dapat mengelakkan konflik of interest dalam pentadbiran koperasi.

Pencapaian Sukar Diraih - Dasar yang telah dibuat terlalu sukar untuk sesebuah koperasi mencapainya.Dasar Koperasi Negara (DKN) meletakkan skala yang agak begitu jauh jika dibandingkan dengan ciri-ciri transformasi koperasi di Malaysia yang agak ketinggalan sedikit jika dibandingkan dengan koperasi-koperasi maju dinegara-negara lain.Perspektif makro ini memerlukan masa yang agak ideal kerana merangkumi semua lapisan masyarakat. Sesetengah koperasi masih tidak tahu cara yang betul dalam tdbir urus koperasi.Contohnya akaun koperasi mereka tidak diaudit pada jangka masa yang ditetapkan .Langkah-langkah yang boleh diatasi ialah pihak yang terlibat seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi pihak kerajaan meninjau kemampuan koperasi bagi menjayakan DKN.

2.Persaingan

- Kewangan yang kurang mencukupi Bagi sesebuah perniagaan termasuklah koperasi sruktur kewangan yang kukuh perlu dititikberatkan.Hal ini kerana sumber kewangan amat penting bagi menjalan perniagaan yang setanding dengan syarikatsyarikat gergasi yang lain yang sudah semestinya mempunyai prasana dan kepakaran-kepakaran yang telah stabil.

Vous aimerez peut-être aussi