Vous êtes sur la page 1sur 15

1 1.

0 Pengenalan Iran merupakan sebahagian daripada Timur Tengah yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Dataran Tinggi Pedalaman, Daerah Pergunungan, Pantai Laut Kaspia dan Dataran Khuzestan. Keluasan penduduk Iran adalah 1,648,000 kilometer persegi. Ibu Negara Iran adalah Tehran. Penduduk Iran terdiri daripada berbagai-bagai bangsa dan kaum dengan pelbagai bahasa dan budaya pula. Pada masa dahulu Iran lebih dikenali dengan nama Parsi dan menjadi sejarah jatuh bangunnya beberapa peradaban besar, seperti Medes, Parsi dan Yunani. Pada abad ke-7 negara ini telah dimasuki oleh bangsa Arab dalam memperkenalkan Islam (Ensiklopedia 1998: 129). Sebahagian besar penduduknya bertutur dalam bahasa Parsi, 25% pula bertutur bahasa Turki, manakala yang lainnya betutur bahasa Kurdi, Arab dan Baluchi. Walaupun puak Syiah dari kelompok Ithna 'Asyariyyah merupakan golongan yang terbesar, namun di kalangan para penduduk Iran terdapat juga mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah, disusuli pula oleh rakyat bukan Islam, sama ada yang beragama Kristian, Yahudi, Majusi, atau Babi (kemudian bertukar menjadi Bahai) (Fadhlullah 2000: 289). Industri utama Iran adalah dengan menghasilkan petroleum, mesin, tekstil, pakaian dan kulit. Keperluan minyak yang sangat diperlukan oleh dunia telah memberikan kesempatan kepada Iran untuk menjadi sebuah kuasa industri minyak yang terbesar. Pada 1908, minyak ditemui di Iran dan menjadikan negara itu berkembang pesat(Ensiklopedia: 27). Namun kebanyakan negara Barat lebih berminat terhadap isu minyak ini dan cuba untuk menguasainya. Iran pula pada masa tersebut tidak mampu untuk menanggung industri minyak tersebut berikutan teknologinya yang tinggi dan juga memerlukan modal yang banyak. Lantas industri ini sejak awalawal lagi telah dikuasai oleh syarikat asing.

2 2.0 Campur Tangan Kuasa-Kuasa Luar Pada Zaman Perang Dunia Kedua Semasa meletusnya perang dunia kedua, ketenteraman di Iran terganggu kerana terdapatnya rakyat negara Brtitish, Perancis dan Rusia, selain daripada musuh ketat mereka iaitu bangsa Jerman. Sejak Reza Shah memperoleh kuasa, beliau telah bersahabat dengan kesemua bangsa Eropah tanpa mengira akan ideologi mereka bagi menjaminkan kemerdekaan dan kemajuan di Iran. Beliau telah menggunakan bantuan-bantuan asing sama ada yang datang dari Britain, Perancis, Jerman, Amerika Syarikat mahupun Komunis Rusia. Dengan ini jelaslah sungguhpun Reza Shah memandang benci terhadap imperialisme Barat, Namun ia tetap menyanjungi akan kemajuan yang dicapai oleh Barat dalam bidang ketenteraan, ekonomi dan teknologi. Terdapat permusuhan yang wujud antara Nazi (Jerman) dengan kuasa Berikat (British, Perancis dan Rusia) telah menyebabkan Iran menjadi serba salah untuk menyatakan sikapnya. Dalam keadaan ini Reza Shah ingin berkecuali dan bebas daripada campur tangan asing. Pengalaman pada masa lalu, iaitu tentang kesulitan yang pernah dialami oleh Iran akibat daripada campur tangan Rusia dan Bristish dalam urusan Iran sejak zaman Qajar lagi, telah mengajar Reza Shah lebih berhati-hai apabila berhadapan dengan kuasa-kuasa besar. Memandangkan Britain dan Rusia tidak dapat diharapkan untuk menghormati kedaulatannya, maka Reza Shah telah berbaik-baik dengan Jerman sebagai satu langkah untuk mengelakkan Iran daripada terjatuh semula ke bawah cengkaman British atau Rusia. Persahabatan ini perlu kerana Jerman cukup maju dari segi ekonomi dan teknologi bagi membantu Iran dalam program perindustriannya. Reza Shah tidak menduga yang Hitler (diktator Jerman) akan memerangi negara-negara lain. Setelah Jerman melanggar Poland, Reza Shah mengisytiharkan pengecualiannya. Hal ini tidak disenangi oleh pihak Berikat dan peperangan menjadi semakin sengit di Eropah yang mana dasar Reza Shah telah dikecam hebat oleh pihak British. Iran juga telah dituduh sebagai pro-Nazi dan Jerman telah menyerang wilayah Rusia pada Jun 1941, dengan ini kedudukan Reza Shah menjadi betul-betul tergugat. Di sebalik segala desakan ini terdapat keinginan pihak Berikat untuk melindungi jalan pembekalannya ke Rusia dan angkatan laut British mahu menjamin yang hasil dari kawasan minyak di Iran tetap terbuka baginya.

Reza Shah tidak mahu suasana itu akan mengulangi lagi sejarah perang dunia pertama yang menyebabkan Iran turut terseret ke dalamanya melalui angkara kuasakuasa besar. Walaupun ia tidak tahu menahu atau tidak mempunyai apa-apa pertalian secara langsung dengan konflik tersebut. Reza Shah bimbang pihak Berikat akan menceroboh Iran dan memusnahkan segala pembaharuan yang telah dijalankannya. Langkah yang diambil oleh beliau ialah memberitahu puteranya Muhammad Reza supaya bersiap sedia untuk mengambil alih segala tugasnya (Fadhlullah 2000: 317319). 3.0 Tekanan British dan Rusia ke atas Iran British ketika itu telah pun menjalankan berbagai-bagai kegiatan perang urat saraf bagi memburuk-burukkan Iran yang kononnya sedang bersiap-sedia untuk membantu Jerman dalam memerangi pihak Berikat. British yang berkuasa di Mesir telah menghalang kapal-kapal yang ingin ke Iran dari melalui terusan Suez atas alasan bahawa mereka memuatkan alat senjata bagi menolong pihak Nazi. Pada 1941, duta Rusia Smirnov dan duta British Sir Reader Bullard cuba memujuk Reza Shah agar mengusir sekalian rakyat Jerman dari Iran. Reza Shah menolak permintaan itu dan tindakannnya itu adalah benar kerana Iran merupakan sebuah negara yang merdeka dan berhak untuk mengelakkkan dirinya daripada diseret ke dalam kancah peperangan itu. Pihak British telah melancarkan kempen untuk memburuk-burukkan imej Reza Shah di mata dunia melalui siaran B.B.C dari London. Terdapat juga akhbarakhbar di Tehran telah dibiayai oleh pihak British supaya menyiarkan rencana anti Shah. Reza Shah telah membuat aduan kepada presiden Franklin d. Roosevelt dari Amerika Syarikat dan meminta presiden itu supaya mengenakan tekanan ke atas Britain bagi menghentikan propagandanya. Nasib tidak menyebelahi Iran yang mana Roosevelt dengan terang-terangan telah memihak kepada pihak Berikat dan memberitahu Reza Shah supaya menamatkan sebarang kerjasama dengan Jerman dan terus memihak kepada pihak Berikat. Beberapa hari kemudian lahirlah piagam Atlantik yang menyebut bahawa

4 Amerika Syarikat dalam peperangan yang sedang berlaku itu memihak kepada British dan konco-konconya. Britain dan Rusia melahirkan hasrat untuk menggunakan Iran sebagai jambatan bagi meyerang tentera Jerman yang berada di Rusia. Pada 26 Ogos 1941, Iran telah diceroboh yang mana kapal-kapal laut Iran di Khoramshahr ditenggelamkan dan kapal terbangnya ditembak jatuh. Dengan ini menyebabkan Iran tidak berjaya untuk berbuat apa-apa (Fadhlullah 2000: 319-320). 4.0 Perkembangan Ekonomi Iran. Ekonomi Iran berkembang pesat sejak penemuan minyak, sebelum itu negara ini hanyalah bergantung kepada hasil pertanian dan hampir sama sekali tidak mempunyai industri. Penemuan minyak telah memungkinkan pembangunan industri lain yang dewasa ini sangat giat diusahakan. Sejak tahun 60-an Iran telah mengalami perkembangan ekonomi yang sangat pesat. Dari 1962 sehingga 1969 penghasilan negara naik sebanyak 8.9% setahun. Rancangan Pembangunan ke IV (1968-1972) telah menaikkan pertumbuhan ini menjadi 9.4%. Manakala Rancangan ke V pula mula berjalan dan ditekankan pada pembahagian kuasa elektrik ke luar bandar bagi menjalankan projek-projek industrilisasi. Penghasilan negara untuk setiap orang bagaimanapun masih terlalu rendah. Di dalam tahun 1968 hanya mencapai US$295 setahun iaitu yang terendah di antara negara-negara pengeluar minyak di Timur Tengah. Dengan mengambil panduan ketentuan Bangsa-Bangsa Bersatu maka Iran masih termasuk dalam golongan negaranegara sedang berkembang ( pendapatan per kapita di bawah 500 US$ setahun). Hal ini sangat disedari oleh kerajaan pusat yang sedang menggalakkan pertumbuhan industri di luar bandar. Rundingan-rundingan baru dengan syarikatsyarikat minyak asing telah memberikan Iran lebih banyak modal untuk projek-projek pembangunannya. Dua badan kebangsaan memainkan peranan penting dalam usaha pembangunan ini Badan Pengatur yang bertugas membuat rancangan-rancangan pembangunan yang sangat konkrit dan melaksanakannya. Dewasa ini umumnya ditekankan pada pengulasan industri minyak dan industri-industri yang bersangkutan dengannya (Mastika 1973: 66).

5 Selain itu, terdapat badan penggalak dan pelindung penanaman modal asing yang menguruskan pembahagian modal asing ke projek-projek pembangunan. Keuntungan nyata bagi pemodal-pemodal asing seperti jaminan kerajaan untuk tidak diambil alih (nasionalisasi) hak mengeluarkan modal asal dan keuntungan dari Iran, kemudahan-kemudahan cukai adalah diberikan untuk menggalakkan masuknya modal asing. Walaupun demikian, penanaman modal asing masih belum memuaskan : dari 1956-1969, hanya terdapat 118 juta dolar Amerika. Dalam tahun 1969, 64% modal asing tertumpu pada industri-industri yang bersangkutan dengan minyak , 62% berasal dari Amerika Syarikat, Britain dan Jerman Barat. 5.0 Setelah Minyak Ditemui Sejak nasonalisasi tahun 1950, semua sumber minyak Iran menjadi milik National Iranian Oil Company ( NIOC), sebuah syarikat negara yang walaupun sanggup melaksanakan eksploitasinya sendiri tetapi umumnya memberikan konsesi-konsesi penggalian kepada syarikat-syarikat lain. Persetujuan utama telah dicapai dalam tahun 1956 dengan Iranian Oil Coperating Companies Ltd yang lebih di kenali sebagai ( Consortium iaitu campuran syarikat-syarikat asing: British Petroleum-40%, Royal Dutch Oil Shell-14%, Standard Oil Of California-7%, Mobil Oil-7%, Gula Oil-7%, CFP ( Perancis)-6% dan IRICON (Amerika Syarikat Independent)-5%. Hasil perjanjian ini Consortium mendapatkan konsesi atau wilayah eksploitasi seluas 190 ribu km untuk 25 tahun. Consortium bergerak bebas tetapi wajib membayar royalties tahunan kepada Kerajaan Iran. Berbagai perjanjian lainnya telah ditandatangani sejak itu, secara umumnya dengan syarikat-syarikat minyak kecil. Dalam perjanjian tersebut NIOC telah memegang 50% saham syarikat campuran , menurut undang-undang Iran NIOC tidak boleh menurunkan penyertaanya di bawah 30%. Keuntungan diberikan mengikut penyertaan modal.

6 Sistem cukai menjadikan 75% keuntungan masuk khazanah Kerajaan Iran. Satu perjanjian penting yang lain telah ditandatangani dalam 1966 dengan ERAP, sebuah syarikat Negara Perancis. Syarikat ini telah bersetuju untuk menanggung segala pembiayaan pencarian minyak dan Iran akan menerima 91.5% keuntungan yang diperoleh dari pemasaran hasil galian di Iran sendiri. Sebagai ganjarannya, Iran berjanji untuk menjual sebahagian besar hasil yang digali oleh syarikat ini kepada ERAP dengan harga tetap selama 25 tahun (Mastika 1973: 73). Pada bulan Mac 1951 kerajaan memiliknegarakan industri petroleum Iran. Sejarawan menganggap memiliknegarakan industri petroleum sebagai titik peralihan dalam sejarah Iran dalam abad ke 20. NIOC adalah simbol pengaruh dan campur tangan kuasa asing. Namun begitu, apabila kalangan nasionalis mencadangkan pengambil alihannya, mereka juga turut mencadangkan agar pampasan dibayar kepada syarikat yang terlibat dan dikekalkan pekerja asing. Masalah utama kerajaan ialah keenganan Inggeris menyetujui rancangan penyerahan industri tersebut kepada Iran. Jika pekerja asing terus dikekalkan bagi memastikan pengeluaran minyak Iran berterusan dan Britain tidak menganjurkan di kalangan sekutunya pemulauan minyak Iran, Iran mungkin akan berakhir sebagai sebuah kerajaan republik. Ekonomi Iran sebaliknya mengalami masalah yang teruk kerana kejatuhan hasil minyak yang begitu tinggi. Dengan penurunan pendapatan negaranya, para pemimpin tidak boleh menjalankan rancangan ekonomi. Kerajaan campuran Musaddiq mula berpecah. Pada bulan Ogos 1953 apabila Shah cuba memaksa Musaddiq meletakkan jawatan, Musaddiq enggan berbuat demikian. Setelah mendapat sokongan melalui tunjuk perasaan yang diadakan di Tehran, Musaddiq mengukuhkan kedudukkannya akan tetapi Shah terpaksa melarikan diri dari Iran. Dalam mengatasi krisis pemiliknegaraan itu Musaddiq menghubungi Amerika Syarikat bagi mendapatkan bantuan. Walaubagaimanapun, Dwight Eisenhower dilantik sebagai presiden pada akhir 1952, Amerika Syarikat tidak meyakini kejujuran Kerajaan Iran. Amerika telah membantu Zahedi menggulingkan kerajaan pimpinan Musaddiq dan membawa pulang Shah. Amerika Syarikat telah menasihati rakyat Iran untuk membentuk pasukan polis dan tentera. Kejadian ini telah meninggalkan kesan

7 mendalam terhadap Amerika Syarikat selepas Revolusi Iran pada tahun 1977-1979 (Lois 1991: 319). Shah telah membina keupayaan dan memperluaskan angkatan tenteranya sehingga ia mencapai ke tahap yang lebih daripada yang diperlukan oleh Iran sendiri. Di samping itu untuk menjaga hati kaum tani, Shah telah memulakan Revolusi Putih iaitu rancangan reformasi yang pada asalnya menekankan enam prinsip. Perundingan dengan Anglo-Iranian Oil Company telah dilanjutkan. Lantaran itu terbentuklah sebuah consortium yang menentukan bahawa AIOC memiliki saham sebesar 40%, Amerika 40%, Shell 14% dan Perancis 6%. Pada 5 Ogos 1954, kerajaan Iran telah mengesahkan persetujuannya dengan syarat-syarat berikut: 1. Konsortium mengakui Perusahaan Minyak Nasional Iran (NIOC) yang

didirikan oleh Kerajaan Iran pada 1951 sebagai pemilik seluruh instalasi penambangan minyak di Iran. 2. 3. 4. Konsortium mengeksport 68 juta tong minyak mentah selama 3 tahun Konsortium selama 25 tahun mengurus eksploitasi dan penjualan Konsortium membayar kepada NIOC 50% pajak daripada pertama dan 30 juta tong berasal dari Abadan. minyak Iran. keuntungannya (royalty 150 juta pound sterling bagi Iran). Iran telah menyertai OPEC iaitu pertubuhan negara-negara pengeksport minyak dan pendapatannya daripada hasil minyak kian meningkat. Pada 1954, Iran telah berjaya melaksanakan reformasi dan pembangunan sosial serta memperbesarkan angkatan tenteranya hasil daripada pendapatan minyak yang bertambah. Sejajar dengan hasratnya untuk mengembalikan keagungan yang pernah dialami oleh Iran khususnya pada zaman pemerintahan Cyrus Agung daripada Dinasti Achaemenid, Shah telah melancarkan Revolusi Putih dan mengumumkan program reformasinya yang berteraskan 6 prinsip iaitu reformasi tanah, memiliknegarakan segala hutan dan padang, penjualan segala kilang kepunyaan kerajaan kepada sektor swasta sebagai jaminan untuk reformasi tanah, pelaksanaan satu skema perkongsian untung bagi para

8 pekerja industri, reformasi undang-undang pilihanraya dan pembentukan pasukanpasukan pendidik bagi membasmikan buta huruf terutama di luar bandar. Oleh yang demikian beliau telah berusaha membina bidang perindustrian selain membesarkan tenteranya, menyediakan infrastruktur dan memajukan bidang pendidikan. Dalam keadaan begini, satu gejala telah melanda masyarakat Iran. Kebudayaan Barat secara langsung telah masuk ke Iran dengan cepatnya melalui proses perindustrian. Pada awal tahun 1960 an, Shah terpaksa menjemput para ahli teknik dari luar negara. Ini menyebabkan berlakunya pertembungan kebudayaan yang dahsyat antara rakyat Iran, terutamanya golongan miskin dengan orang-orang asing. Rasa benci mereka terhadap orang luar memang dapat difahami kerana kebanyakan kerja telah terlepas ke tangan orang asing. Barat juga tidak bercampur dengan orang-orang Iran. Dalam bidang industri, ramai orang asing yang memegang jawatan-jawatan penting kerana kemampuan mereka dalam bidang teknik. Selain itu juga mereka diberi segala keistimewaan oleh pihak majikan. Dengan ini menyebabkan timbulnya rasa marah di kalangan orangorang miskin di Selatan Iran kerana mereka sebagai pribumi terpaksa berhempas pulas untuk hidup dalam keadaan perbelanjaan yang semakin meningkat. Segala usaha Shah untuk merubah masyarakat Iran tidak direstui oleh semua golongan rakyat. Golongan Marxis (komunis), golongan Islam dan juga pihak liberal adalah antara golongan yang melakukan penentangan terhadap usaha Shah ini. Revolusi Putih yang membawa pembaratan itu hanya berjaya memperkukuh kedudukan golongan kaya dan mereka yang rapat dengan istana. Kejatuhan Shah telah meberikan tamparan hebat kepada imperialisme Barat seluruhnya sejak tahun 1950 an telah muncul dalam bentuk yang baru, iaitu selaku pembekal sains dan teknologi, aliran materialisme serta bantuan asing. Dalam hal ini memberikan bantuan dalam bentuk sains dan teknologi serta sunbangan wang atau makanan tidak menjadi kesalahan. Tetapi yang amat dikesali ialah lazimnya kuasa-kuasa Barat menghulurkan sesuatu bantuan atau sumbangan itu bukanlah secara ikhlas malah sebagai perangkap untuk menjerat negara-negara yang sedang membangun supaya tetap berada dalam cengkaman mereka, inilah yang

9 dikenali sebagai neo-kolonialisme. Dengan ini, perhambaan manusia ke atas segolongan manusia yang lain tetap berleluasa (Fadhlullah 2000: 335-349). Shah Iran telah mengambil sikap baru dalam bersekutu dengan negara-negara Barat. Krisis pemiliknegaraan adalah disebabkan pengubahsuaian susunan berhubung dengan minyak Iran. Dalam penyelesaian yang dirundingkan pada tahun 1954, BP bersetuju untuk berkongsi pengeluaran dengan konsortium antarabangsa yang terdiri daripada Royal Dutch, Shell Gulf Oil, S.O.C.A.L, syarikat yang kemudiannya menjadi EXXON, C.F.P. dan Iricon Agency yang mewakili tujuh firma kecil Amerika Syarikat. Kerajaan Iran memenangi hak berkongsi dalam industri tersebut bagi National Iranian Oil Company atau Syarikat Minyak Kebangsaan Iran yang ditubuhkan melalui pengisytiharan memiliknegarakan pada tahun 1951. NIOC mendapat hak menjadi pembekal utama minyak di Iran dan boleh membuat rancangan penerokaan terutamanya di luar pantai dengan syarikat-syarikat kecil lain di luar kawasan lama konsesi BP. Perkembangan pesat industri minyak (berlipat ganda dalam masa 5 tahun sahaja) telah tercapai berkat pembesaran dan permodenan pelabuhan Kharg melalui 95% pengeluaran Iran yang disalurkan untuk mengatasi kesulitan yang menimpa Iran akibat penutupan terusan Suez, dengan rancangan pembinaan paip yang menghubungkan bandar Ahwaz di selatan ke pelabuhan Iskandar di Turki melepasi Laut Tengah ( mediterranean). Pembiayaan pembinaan ini ditaksir sebanyak 700 juta US$. Projek ini telah menarik perhatian yang sama di Iran mahupun Turki, tetapi hingg kini masalah pembiayaannya masih menjadi halangan kerana syarikat-syarikat minyak asing enggan turut serta dan mereka menganggap jumlah minyak yang dapat disalurkan dengan jalan demikian itu tidak setaraf dengan biaya yang mesti dikeluarkan. Hasil daripada hubungan yang baik dengan Mesir, Iran mungkin akan ikut serta dalam projek paip minyak Sumed yang akan menghubungkan Laut Merah dengn Laut Tengah yang dirancangkan oleh negara-negara Arab. Minyak adalah merupakan jentera pembangunan ekonomi Iran.

10

Masalah untuk meningkatkan lagi penghasilan dari penggalian minyak ini telah menghasilkan rundingan-rundingan yang kerap antara Kementerian Kewangan dan syarikat-syarikat minyak asing. Dalam tahun 1971 masalah ini telah menjadi perkara utama dalam perbincangan antara OPEC (Organisasi negara-negara pengeluar minyak yang dianggotai oleh: Venezuela, Iran, Arab Saudi, Algeria, Libya, Kuwait, Abu Dhabi, Indonesia, Qatar dan Nigeria) dengan syarikat-syarikat minyak Barat. Dalam rundingan tersebut OPEC tidak berpuas hati kerana harga asal minyak tidak berubah dalam jangka masa yang lama sedangkan harga minyak bersih di pasaran terus meningkat. Rundingan-rundingan tersebut telah berakhir pada 14 Februari 1971, dengan meningkatkan cukai penjualan minyak dengan nilai 50-55%. Ini menghasilkan kenaikan pendapatan negara-negara pengeluar minyak dari 1,100 juta pada tahun 1970 ke 1,800 juta pada tahun 1971 dan 31,000 juta pada tahun 1975 nanti. Tetapi kenaikan ini telah dirosakkan dengan turunnya nilai matawang Amerika, dan dengan sendirinya OPEC kembali menuntut kompensasi ( terutama sekali berupa kenaikan harga). Setelah rundingan-rundingan dalam bulan November 1971 OPEC telah menaikkan harga asal dengan 70% dalam rundingan-rundingan dengan pihak pembeli, pada 20 Januari 1972 kenaikan ini telah dipersetujui. Industri minyak telah menghasilkan perusahaan petrol minima yang semakin bertambah penting dari sehari ke sehar, sementara gas bumi juga semakin banyak digali selari dengan penggalian minyak. Krisis minyak pertama terjadi pada tahun 1973, yang dimulai sejak 17 Oktober 1973 di mana negara-negara Arab yang bergabung dalam OAPEC (Organization of Arabic Petroleum Exporter Countries) memboikot untuk mengirim minyak ke Amerika dan Eropah pasca perang Yom Kipur antara Arab dan Israel. Krisis energi kedua terjadi pada tahun 1979 saat terjadi revolusi Iran yang berakhir dengan penghentian produksi minyak oleh Iran ke negara-negara Barat. Kedua krisis energi ini menimbulkan gejolak ekonomi yang sangat besar di negaranegara industri tersebut yang memaksa kuasa Barat membuat pelbagai alternatif baru bagi menampung sekatan minyak yang berlaku (http://www.beritaiptek.com).

11

6.0 Kemuncak Krisis Minyak Dan Kesannya

Semasa Perang Ramadhan yang mana dunia menyaksikan usaha negara-negara Arab khususnya Mesir, Syria dan Jordan hendak membebaskan wilayah-wilayah mereka yang diduduki Israel, minyak digunakan sebagai senjata pada 16 Oktober 1973. Mulamula harga minyak dinaikkan sebanyak 70%, kemudian 128%. Tidak ada negara di dunia yang terkecuali daripada krisis minyak ini. Negara yang paling teruk terkena pukulan adalah negara-negara miskin di Afrika dan Asia. Di Eropah, catuan terpaksa diadakan. Gejala ini membawa kepada stagflasi, sesuatu yang tidak pernah dijangka oleh ahli-ahli ekonomi. Menurut ahli sejarah, Peter Watson, sebelum perang itu, purata kadar pertumbuhan di Barat ialah 5.2%, iaitu mengatasi purata kenaikan harga iaitu 4.1%. Selepas sekatan minyak itu, pertumbuhan jatuh hingga ke sifar, malah negatif. Tetapi sebaliknya inflasi meningkat 10 ke 12%. Menurut ahli sejarah, Paul Johnson, peristiwa itu merupakan tamparan ekonomi paling buruk kepada dunia sejak tahun 1945. Watson berpendapat walaupun negara-negara Islam menggunakan senjata minyak untuk melawan Israel, tetapi mereka tetap kalah dan terus kehilangan wilayah kerana AS datang membantu negara Zionis itu. Tetapi kini sudah berlaku banyak perubahan hingga tidak memungkinkan gejala krisis minyak tahun 1973 itu berulang. Pertamanya, OPEC tidaklah bersatu seperti dahulu. Sementara Arab Saudi mengalami pukulan ekonomi daripada tindakannya itu. Selain itu, akibat pengalaman tahun 1973, AS kini mempunyai minyak simpanan dan rancangan bagi menangkis kesan sekatan minyak. Negara-negara Arab belum bersedia untuk bersatu menggunakan senjata minyak. Menurut seorang pakar runding Arab, jika Yasser Arafat dibunuh Israel,

12 keadaan krisis mungkin berlaku. Sekatan minyak tidak akan mendatangkan kesan kerana hanya ada satu pasaran minyak iaitu New York Mercantile Exchange. Pasaran ini memastikan walaupun mana-mana negara menghentikan eksportnya ke AS, akhirnya minyak itu akan tiba juga melalui laluan ketiga. Umpamanya walaupun Iraq menghentikan eksportnya ke AS, ia tidak akan mendatangkan kesan kecuali jika Baghdad menghentikan pengeluaran. Walaupun berlaku satu sekatan minyak oleh negara-negara Islam, harga minyak akan naik di AS, tetapi bekalan tetap ada. Jika pada tahun 1973, OPEC mengeluarkan 70% daripada minyak dunia. Kini, terdapat negara-negara pengeluar bukan OPEC seperti Kanada, Rusia dan Mexico. OPEC hanya mengeluarkan 40% daripada minyak dunia. AS bagaimanapun telah meningkatkan pergantungannya pada minyak asing. Pada tahun 1973, AS mengimport 36% daripada keperluannya. Kini ia mengimport lebih daripada 56%. Pergantungan AS pada negara-negara Timur Tengah telah meningkat. Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), sebuah unit dalam Jabatan Tenaga AS, Teluk Parsi menyumbang kepada 25% import minyak AS. Arab Saudi sendiri membekal 15% daripada angka itu (Utusan Malaysia 2002).

7.0 Kesimpulan Krisis minyak di Iran merupakan rentetan daripada perebutan kuasa pihak Barat dalam usaha untuk memonopoli sumber-sumber ekonomi yang dimiliki oleh negara Timur Tengah khususnya Iran. Seperti yang sedia maklum Iran merupakan antara negara yang mengeluarkan minyak dalam jumlah yang paling banyak setiap tahun selain negara Arab Saudi dan Libya. Walaupun Iran mempunyai sumber petroleum yang banyak namun dengan sebab kurangnya modal dan teknologi yang tinggi, serta kekurangan pekerja yang profesional Iran terpaksa membenarkan campur tangan kuasa asing untuk menguruskan telaga minyaknya. Lantas peluang ini diambil oleh pihak Barat untuk memonopoli dan mengeksploitasi industri minyak Iran.

13 Tindakan Iran untuk menyekat bekalan ke negara-negara Barat telah mengakibatkan satu krisis minyak yang paling teruk pernah berlaku pada dunia ketika itu. Seluruh negara mengalami krisis tersebut dan negara yang paling teruk mengalaminya adalah negara-negara miskin seperti negara di Afrika dan Asia. Akibatnya ekonomi dunia jatuh merudum dan menyebabkan harga barang meningkat.

8.0 Lampiran

PETA IRAN

14

PETA KAWASAN MINYAK DI IRAN

15 9.0 Bibliografi Alan R. Taylor. 1988. The Islamic Question in Middle East Politics. Colorado: Westview Press. Azran A. Rahman. 1983. Timur Tengah Sejarah dan Politik. Selangor: Media Intelek. Chamil Wariya. 1989. Pergolakan Antarabangsa Perkembangan dan Isu Utama Sejak 1945. Kuala Lumpur: AMK Interaksi Sdn Bhd. Ensiklopedia Islam. 1994. Jilid 2. Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve. Ensiklopedia Pelajar. 1998. Jilid 7. Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve. Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinker's Librarys Sdn Bhd. Http:///www.beritaiptek.com Http://www.memberstripod.com Http://www.wikipedia.com Mastika Mac. 1971. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Sdn Bhd. Mastika Oktober. 1973. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Sdn Bhd. Nasir Tamara dan Agnes Samsuri. 1982. Perang Iran- Perang Irak. Jakarta: Sinar Harapan. Peter Calvocoressi. 1993. Politik Dunia Sejak 1945. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Utusan Malaysia 13 April 2002. Kuala Lumpur.

Vous aimerez peut-être aussi