Vous êtes sur la page 1sur 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER Januari 2011

HBML3203 TATABAHASA

NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON E-MAIL

: HINDUN BINTI MARJUNIT : 640725106482002 : : : 640725-10-6482 019-3702239 hirma@oum.edu.my PP. BANGI

NO. KAD PENGENALAN

PUSAT PEMBELAJARAN :

Isi Kandungan Bil 1.0 1.1 2.0 2.1 2.2 2.3 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 4.0 Perkara Pengenalan Kosep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan Kaedah Pengajaran Penulisan Pendahuluan Pengajaran Penulisan Menggunakan Kaedah Komunikatif Rumusan Kaedah Pilihan Proses-proses Penulisan Mengetahui Kehendak Karangan Membina Perenggan Perenggan Pendahuluan Perenggan Isi Perenggan Penutup Kesimpulan Muka surat 3-4 4-5 5-9 5-6 6-8 9 9 9 10 10 11 11 12 12 14 14 15

1.0

Pengenalan

Tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis (Nik Safiah Karim et al., 2004). Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Sintaksis pula merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan kata atau konstruksi ayat. Ini bermakna bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum dan rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.Tatabahasa merupakan tunjang bahasa dan dapat digambarkan dalam hubungannya dengan penguasaan kemahirankemahiran berbahasa. Representasi bahasa yang diwakili oleh kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis berasaskan satu kerangka tersembunyi yang menjadi asas pembentukan pola-pola bahasa yang bermakna. Kerangka tersembunyi itu tidak lain daripada tatabahasa. Tanpa kerangka itu, manusia tidak dapat bertutur untuk melahirkan idea dan perasaan kerana kerangka itulah yang menyusun unsur-unsur pertuturan dalam satu sistem yang teratur dan bermakna. Demikian juga, tanpa kerangka itu tidak mungkin berlaku proses pembacaan dan penulisan kerana segala sesuatu tertulis dalam satu sistem yang menimbulkan makna . Pembaca dan penulis perlu memiliki keupayaan menguasai sistem itu. Orang yang hendak menulis perlu mempunyai skema sistem itu dan menterjemahkannya dalam bentuk-bentuk bahasa yang bermakna sesuai dengan konsep tatabahasa ahli-ahli falsafah Yunani peranan tatabahasa sebagai seni membaca dan menulis. Selaras dengan konsep pendidikan bersepadu yang diamalkan di negara ini sejak tahun 1998, maka pengajaran tatabahasa tidak perlu diajarkan menurut cara lama yang memisah-misahkan aspek-aspek yang diajarkan, misalnya antara kemahiran dengan kemahiran yang lain, antara kemahiran dengan sistem bahasa dan sebaliknya, serta antara kemahiran, sistem bahasa dengan isi bahasa terutama ilmu dan nilai. Strategi pengajaran bahasa Melayu menurut pendekatan bersepadu berasas pada

strategi 2P, iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Penggabungjalinan yang asasnya telah bermula pada awal tahun 1980-an melibatkan penggabungjalinan antara kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan sekurang-kurangnya dua kemahiran digabungjalinkan. Penggabungjalinan juga boleh dilakukan antara kemahiran bahasa dengan sistem bahasa . Apabila tatabahasa digabungjalin dengan kemahiran, maka dapatlah dielakkan pengajaran yang tertumpu pada rumus-rumus tatabahasa sehingga menimbulkan kebosanan Strategi penyerapan pula berkaitan dengan gagasan menyepadukan aspek sistem bahasa dan kemahiran bahasa dengan kandungan bahasa. Dengan perkataan lain, pendidikan bahasa di samping menitikberatkan penguasaan tatabahasa serta aspek-aspek sistem bahasa yang lain dan juga penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis perlu menekankan aspek kandungan bahasa. 1.1 Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Kemahiran

Penulisan Kemahiran menulis ialah kemahiran yang penting dalam penguasaan bahasa.Penulisan merupakan penglahiran dan fikiran secara bertulis. Menurut W.S Rendra, penulisan ialah kata-kata yang bermula dari kehidupan fikir dan rasa. Sesuatu penulisan atau wacana tatabahasa didirikan oleh pelbagai ciri kebahasaan yang meliputi perkataan, rangkai kata atau frasa dan ayat.Oleh itu, dalam pengajaran penulisan guru dapat melihat dan menilai sejauh mana kebolehan pelajar mengaplikasi dan menggunakan kemahiran-kemahiran bahasa yang telah dipelajari mengikut tahap pencapaian dan keintelektualan pelajar. Pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan secara umum meliputi pengaplikasian aspek-aspek bahasa yang lain seperti tatabahasa, fonetik, fonologi dan semantik. Dalam pengajaran penulisan di sekolah menengah, pelajar sebenarnya dilatih untuk mengungkapkan gagasan dan buah fikiran dengan tepat dan jelas tentang segala perkara, sama ada yang

berbentuk akademik atau kegiatan harian serta pengalaman dalam pelbagai jenis penulisan. Menurut Kamarudin Hj Husin, konsep pengajaran tatabahasa wacana bagi pelajar sekolah menengah adalah untuk membolehkan pelajar bercerita dan berhujah tentang sesuatu kejadian, cerita atau tajuk bagi perbincangan. Selain itu, pelajar juga diharap dapat menulis cerita, laporan atau pengalaman tentang beberapa perkara yang sesuai.

2.0

Kaedah Pengajaran Penulisan

2.1 Pendahuluan Dalam membentuk dan merancang model pengajaran, terdapat kaedahkaedah dan teknik-teknik yang boleh digunakan dalam memastikan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau langkah tentang kaedah bagi seseorang guru menyampaikan isi pengajaran berdasarkan kemampuan dan pencapaian murid-muridnya, dengan ini objektif pengajaran dapat dicapai. Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang dapat digunakan untuk mengajar penulisan. Teknik ialah cara yang khusus dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan menjayakan kedah pengajaran. Antara teknik yang biasa digunakan dalam pengajaran penulisan ialah penggabungjalinan teknik-teknik. Contohnya teknik bercerita, perbincangan, soal-jawab, sumbang saran dan teknik menggunakan gambar. Terdapat dua kaedah yang sering menjadi pilihan utama guru-guru sewaktu mengajar penuliasan di dalam kelas. Kaedah tersebut ialah kaedah komunikatif dan kaedah bergambar atau carta. Kaedah i. komunikatif dapat diaplikasikan dalam pengajaran penulisan dengan pelbagai cara seperti: Menjelaskan tujuan setiap latihan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran penulisan yang dijalankan.

ii. iii.

Mengadakan aktiviti perbincangan, sumbang saran atau soal-jawab Mempelbagaikan latihan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

untuk memastikan pelajar mengikuti dan memahami isi penulisan. seperti lakonan, simulasi, drama, main peranan dan sebagainya yang mewujudkan unsur-unsur komunikasi dalam kalangan pelajar. Selain kaedah komunikatif, kaedah bergambar atau carta pula bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah berdasarkan gambar yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya, gambar bersiri akan digunakan sebagai alat bantu mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar dijadikan bahan penulisan. Namun begitu, kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penggunaan slaid. Teknik slaid lebih menarik kerana dapat menimbulkan minat pelajar berdasarkan gambar dan disulami dengan irama muzik yang menarik dan menyeronokkan. Namun, teknik slaid memerlukan pelajar mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati gambar-gambar yang telah ditonton. 2.2 Pengajaran Penulisan Menggunakan Kaedah Komunikatif. Tajuk : Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya. Format penulisan ; Bebas/umum/ tidak terikat Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan. Kehendak soalan : i) ii) Sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan. Langkah-langkah mengatasinya. : 3 Cekal : Pelbagai kecerdasan, lemah, sederhana dan pintar.

Tingkatan Kategori

Jumlah pelajar : 36 orang Sesi pengajaran dan pembelajaran yang dipilih melibatkan 36 orang pelajar yang dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan

mengandungi gabungan pelajar yang lemah, sederhana dan pintar. Tajuk yang perlu diberi penekanan berkisar kepada punca dan langkah bagi mengatasai masalah kurang semangat kebangsaan dalam kalangan generasi muda sekarang.Guru member rangsangan pendahuluan dengan memaparkan petikan akhbar dan gambar yang menunjukkan sikap remaja yang melakukan perbuatan seperti vandalisme, berpakaian mengikut budaya liar dan sebagainya.Guru meminta pendapat pelajar dan bimbing tiga langkah untuk isi utama. Selepas itu, catat dalam peta minda di papan tulis atau LCD. Terima jawapan jika lebih daripada tiga isi. Langkah-langkah pengajaran: 1. 2. Bincangkan tugasan yang perlu secara kelas. Sediakan enam sampul tugasan yang berbeza-beza soalan:

K1 : Andaikan anda akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato menggunakan tajuk yang diberi, sila tulis ayat-ayat pendahuluan bagi penulisan tersebut. Pelajar diminta menulis isi untuk perenggan pendahuluan dalam kertas mahjung atau . Murid dibimbing menggunakan wacana dalam hasil penulisan pelajar. K2 : Andaikan kamu akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato, kamu diminta untuk menyatakan punca-punca kurang semangat kebangsaan dalam diri generasi muda. Pelajar diminta mengolah isi menyebabkan generasi

pertama. Contohnya: Punca-punca utama yang

muda kurang semangat nasionalisme dalam diri ialah kerana mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Pelajar diminta menulis dalam kertas mahjung. K3 : Andaikan anda akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato, kamu diminta untuk menyatakan punca-punca kurang semangat kebangsaan dalam diri generasi muda. Pelajar diminta mengolah isi kedua. Contoh ; Di samping itu, dalam pendidikan yang dipraktikkan di negara kita juga kurang member penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara. Pelajar diminta menulis dalam kertas mahjung.

K4 : Andaikan anda akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato, bincangkan cara-cara memupuk semangat kebangsaan dalam diri generasi muda. Pelajar diminta mengolah isi ketiga. Contoh : Mata pelajaran Sejarah dan mata pelajaran pendidikan Moral patut diberikan kedudukan istimewa dalam sistem pendidikan kebangsaan. Pelajar diminta menulis dalam kertas mahjung. K5 : Andaikan anda akan mewakili sekolah pertandingan pidato, kamu diminta bincangkan cara-cara memupuk semangat kebangsaan dalam diri generasi muda. Pelajar diminta mengolah isi keempat. Contoh : Inisiatif dato Jins Shamsuddin dan Shuhaimi Baba mengusahakan filem bertajuk Pasir Salak dan hati Malaya patut diberi pujian dan sokongan sepenuhnya. Pelajar diminta menulis dalam kertas mahjung. K6 : andaikan anda akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato, kamu diminta membuat kesimpulan mengenai punca-punca kurangnya semangat kebangsaan dalam diri generasi muda serta cara-cara memupuk semangat tersebut. Pelajar diminta mengolah penutup penulisan. Contoh : Rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali memandang enteng akan pelajar yang tidak menyayangi negara sendiri. Pelajar diminta menulis dalam kertas mahjung . Selepas aktiviti menulis dalam kumpulan, setiap wakil kumpulan akan bergerak. Seorang ahli K1 pergi ke K2 mengambil maklumat hasil penulisan. Ahli K2 pergi ke K3, K3 ke K4, K4 ke K5 dan K5 bergerak ke K6. Ahli K6 akan bergerak ke K1. Setiap ahli dalam kumpulan masingmasing berada dalam setiap kumpulan dalam kelas untuk mendapat semua maklumat yang ditulis maklumat dalam yang kertas mahjung. Wakil ini akan membentangkan hasil kumpulan lain dalam kumpulan sendiri dan mencantumkan diperolehi. Akhirnya berlakulah komunikasi antara ahli kumpulan dengan ahli kumpulan lain.

2.3 Rumusan Kaedah pilihan Secara ringkasnya, semua pelajar dapat menyediakan karangan pidato yang lengkap hasil perkongsian maklumat tadi dan berlaku komunikasi beberapa hala iaitu antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, dan pelajar dengan bahan. Terdapat aktiviti pembentangan lisan oleh pelajar dan penerangan oleh guru serta aktiviti menulis yang dilakukan oleh pelajar. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator.

3.0

Proses-proses Penulisan

Karangan atau penulisan boleh dianggap sebagai diri penulisnya. Tanggapan dibuat demikian kerana unsur-unsur yang membina karangan iaitu perkataan, frasa, klausa dan ayat, idea atau isi serta pengetahuan atau pengalaman berpunca sepenuhnya daripada penulisnya. Sekiranya penulis tidak menguasai semua unsur tersebut, maka karangan berkenaan tidak akan sempurna. Karangan juga persis manusia, perlu mempunyai kepala, bahagian tengah dan anggota bawah untuk menjadi manusia yang lengkap fizikalnya. Hal ini kerana setiap karangan perlu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. Anggota-anggota badan itu pula perlu berada pada posisi sebenar. Demikian juga halnya dengan karangan. Bahagian-bahagian berkenaan didirikan oleh perenggan.

3.1

Mengetahui kehendak karangan

Setelah memilih tajuk karangan yang dirasakan dapat dikuasai isi atau faktanya dengan baik, pelajar perlu mengetahui idea pusat karangan itu. Idea pusat ialah perkara atau isu yang ingin dibincangkan. Perkara tersebut juga merupakan idea keseluruhan atau tema. Dalam kata lain, pelajar perlu mengetahui kunci iaitu kehendak sesuatu tajuk. Ini memastikan pelajar menulis isi yang tepat dan terelak daripada terpesong isi atau terkeluar daripada tajuk.

3.2

Membina perenggan

Setiap karangan harus mepunyai perenggan-perenggan yang tertentu. Untuk pendahuluan dan penutup, masing-masing dibina oleh satu perenggan. Untuk isi, jumlah perenggan bergantung kepada jumlah isi utama atau isi besar. Jumlah isi utama yang dianggap memadai untuk sesuatu karangan ialah tiga atau empat. Satu perenggan hendaklah dibangunkan oleh satu isi utama sahaja. Sekiranya terdapat tiga isi utama, jumlah perenggan isi juga tiga. Dengan yang demikian, karangan tersebut biasanya mempunyai lima atau enam perenggan. Pembinaan perenggan yang tersusun menjadikan karangan menarik untuk dibaca, malah menggambarkan bahawa pelajar menguasai teknik penulisan yang

berkesan. Utuk memudahkan pelajar membina perenggan, pelajar harus menentukan jumlah ayat yang perlu ditulis. Untuk peringkat PMR, sebaikbaiknya tiga atau empat ayat, manakala untuk SPM, seelok-eloknya dibina lima ayat. Ini penting untuk mengimbangkan huraian dan juga jumlah perkataan bagi keseluruhan karangan. 3.3 Perenggan Pendahuluan.

Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Maknanya, dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya. Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat pengenalan.Satu ayat pengenalan sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan.Dalam penulisan berformat umum, ayat pertama hingga ayat keempat ini juga dipanggil ayat rangsangan (AR). Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus atau ayat arahan (AA) yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti. Lihat contoh pendahuluan di bawah:

(1)

Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan

sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. (2)Kita dapati pada masa kini, ramai generasi muda di negara ini kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. (3) Perkara ini menjadi lumrah terutamanya dalam kalangan generasi muda yang lahir selepas merdeka. (4)Memandangkan semakin terhakisnya semangat nasionalisme ini, para pemimpin Negara kita cuba menyelami punca-punca berlaku masalah ini. (5) Oleh itu, langkah-langkah bagi mengatasi maslah ini juga turut difikirkan untuk mewujudkan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara. Dalam perenggan di atas, ayat (1) ialah ayat pengenalan atau ayat, manakala ayat (2) hingga ayat (4) ialah ayat huraian. Ayat (5) pula merupakan ayat fokus, yang memberikan bayangan paling dekat terhadap inti tajuk, Sikap masyarakat merupakan penyebab pencemaran air

3.4

Perenggan Isi

Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama. Satu isi utama dihuraikan dalam satu perenggan supaya karangan lebih kemas dan memudahkan pembaca mengenal pasti isi utama dan isi sampingan. Penyusunan isi utama pula mengikut kepentingan, iaitu yang lebih penting atau dapat dihuraikan juga dengan jelas hendaklah didahulukan. Setiap perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima ayat. Perenggan isi dimulakan dengan satu ayat topik (AT) atau ayatJudul (AJ), iaitu ayat yang menyatakan isi utama. Bagi pelajar yang sudah cekap mengarang, ayat topik boleh juga diletakkan di tengah atau di bahagian akhir perenggan.Tetapi, untuk memudahkan pelajar membuat huraian, lebih baik diletakkan pada awal perenggan. Ini diikuti oleh dua hingga empat ayat huraian (AH). Ayat ini mengandungi isi sampingan atau sokongan kepada yata topik , dan kadangkala termasuk contoh yang difikirkan sesuai. Contohnya, pelajar boleh menulis satu perenggan isi sebagaimana yang berikut:

(1)

.Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang

semangat nasionalisme dalam diri ialah kerana mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah . (2) Mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti Tok janggut, Dato Bahaman, Maharaja Lela dan Rentap. (3) Ini tidak menghairankan kerana generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai. (4) Tambahan pula, negara sudah pesat membangun.(5) Oleh itu, kemewahan inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan tidak kental semangat nasionalismenya. Ayat (1) merupakan ayat topik yang menyatakan isi utama berkaitan kurang semangat nasionalisme. (2) dan (3) memberikan huraian yang sikap dinyatakan serta contoh tokoh pejuang, manakala ayat (4)

menerangkan sokongan kepada huraian pada Keadaan negara.(5) menerangkan akibat terhadap sikap yang dinyatakan. 3.5 Perenggan penutup isi, penulisan berakhir dengan perenggan penutup.

Selepas perenggan

Perenggan ini berfungsi membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang telah dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya. Pelajar boleh membina perenggan ini dengan menggunakan tiga hingga lima ayat. Perenggan ini tidak seharusnya mengulang kembali apa yang telah dituliskan dalam perenggan pendahuluan. Beberapa cara menulis penutup yang mudah adalah seperti menyatakan semula, membuat ramalan dan membuat syor. Walau bagaimanapun, pemilihan teknik penutup perlulah sesuai dengan jenis karangan. 3.5.1 Menyatakan semula

Melalui teknik ini pelajar menyebut atau mengulang kembali hujah-hujah yang dikemukakan sebagai isi utama secara ringkas. Contohnya :1

(1)

Sebenarnya banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak tertentu

untuk membanteras pencemaran air. (2) Namun usaha tersebut tidak banyak membantu kerana sikap masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan persekitaran. (3) Projek pembangunan yang rancak dijalankan di sana-sini tanpa mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar menyebabkan berlaku hakisan tanah yang teruk serta mampu menjejaskan kualiti air sungai dan tasik. Contoh : 2. (1)Sebenarnya banyak usaha yang telah dilakukan untuk mengesan punca kurangnya semangat kebangsaan dalam diri remaja.(2) Selain itu, banyak langkah telah diambil untuk mengatasi masalah tersebut.Inisiatif pihak Kementerian Pelajaran menerapkan semangat cintakan negara dalam mata pelajaran tertentu perlu disambut baik oleh semua pihak termasuk pelajar, guru dan ibu bapa.(3) Selain itu, usaha memasukkan elemen patriotisme dalam bidang hiburan seperti filem juga menunjukkan keprihatinan untuk menangani masalah tersebut. Usaha seperti itu perlu dipergiat oleh semua golongan dan dlaksanakan secara berterusan untuk memupuk semangat nasionalisme bukan sahaja dalam diri remaja, malahan diri rakyat Malaysia. Perenggan penutup di atas mengandungi tiga isi utama. 3.5 2 Membuat ramalan Dengan penutup cara ini, pelajar menghuraikan kemungkinan yang akan berlaku. Contoh: 1. Sikap sedemikian jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan kesan yang serius. Pelbagai penyakit bawaan air akan merebak dengan cepat, dan menjejaskan kesihatan penduduk. Selain itu, hal ini akan membabitkan peruntukan kewangan yang tinggi, bukan sahaja untuk mengubati penyakit tersebut, tetapi juga untuk memulihkan sungai, tasik atau laut yang tercemar. Contoh : 2

Sikap sedemikian jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan kesan yang serius. Pelbagai jenis gejala negatif akan mudah meresap dalam diri remaja seperti tidak menghormati pemimpin , budaya dan aspirasi negara.Selain itu, hal ini akan meyebabkan negara kehilangan generasi muda yang dapat memimpin negara supaya membangun seiring negaranegara lain. Negara juga akan hancur kerana tanpa semangat kebangsaan, mudahlah fahaman-fahaman asing meresap dalam diri remaja. Dalam perenggan penutup tersebut, dua ramalan dibuat, iaitu dalam ayat terakhir. 3.5.3 Memberikan syor Melalui teknik ini, pelajar menutup karangan dengan memberikan cadangan yang dikira munasabah. Dua cadangan dianggap mencukupi. Walau bagaimanapun, teknik ini tidak sesuai dengan karangan yang sudah meminta langkah atau cara penyelesaian sesuatu isu. Hal ini kerana, pelajar telah menyatakan dalam perenggan isi walaupun berlainan. Contoh:Jelaslah bahawa sikap masyarakat menyebabkan pencemaran air berleluasa di mana-mana sahaja. Untukmengatasinya,kesedaran masyarakat terhadap kebersihan perlu dipupuk. 4.0 Kesimpulan Kemahiran menulis perlu bagi pelajar untuk memenuhi keperluan pembelajaran dan kehidupan sehari-harian. Dalam masa menempuh suasana di luar bilik darjah, pelajar perlu berhubung dengan baik, sama ada secara formal atau tidak formal. Oleh itu pengajaran menulis di sekolah menengah bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang berkemampuan menyampaikan fikiran dan berkomunikasi secara berkesan dengan anggota masyarakat. Dalam proses penulisan, berbagai-bagai tahap pemikiran perlu dilalui. Umpamanya, pada peringkat penulisan pertama, penulis perlu berfikir secara kreatif untuk menyenaraikan isi, idea atau fakta. Pada

peringkat penulisan yang lain pula, pelajar perlu berfikir secara kritis untuk menilai semula isi, idea atau fakta yang dihasilkan. Justeru, dalam merelisasikan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu peka untuk memilih kaedah yang sesuai dengan kemampuan pelajar. Pemilihan kaedah perlu memberi kesan yang mendalam, bukan sahaja kepada kefahaman murid yang diajar, malah berkesan terhadap jiwa dan perasaan pelajar. Kaedah pengajaran yang baik perlu mempunyai langkahlangkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Sesebuah karangan atau wacana itu didirikan oleh pelbagai ciri kebahasaan yang meliputi perkataan, rangkai kata atau frasa dan ayat. Lantaran itu, guru perlu menguasai ciri kebahasaan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran wacana atau penulisan yang berkesan dan berkualiti.

Rujukan Adenan Ayob.(2010). HBML Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Mohd. Sidin Ahmad Ishak. (1992). Keterampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Perspektif-perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia.(1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.pts.com.my/modules.php www.blogspot.com/..../panduan-umum-penulisan

Vous aimerez peut-être aussi