Vous êtes sur la page 1sur 6

TUGASAN 1

Modal RM1 juta. Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa? Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
Pada pendapat saya, perniagaan yang sesuai untuk dijalankan ialah bengkel membaiki kereta. ini adalah kerana jarang terdapatnya bengkel membaiki kereta yang terdapat di kawasan ini. bagi memastikan keuntungan perniagaan saya ini, saya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan saya selain meletakkan dengan harga yang berpatutan. selain itu pengambilan pekerja juga haruslah yang bertauliah dan berdisplin.

TUGASAN 2

Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.... Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?
Bagi memastikan perniagaan saya mendapat keuntungan, saya akan memasikan lokasi yang akan digunakan adalah strategik dan mudah untuk dikunjungi. oleh kerana terdapatnya banyak persaingan daripada perniagaan yang sama, saya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti agar pelanggan berpuasa hati terhadap perkhidmatan yang diberikan selain harga yang berpatutan. saya juga akan memastikan setiap peralatan yang ditempah dan dibeli daripada pihak lain adalah murah tapi berkualiti. disiplin pekerja juga saya amat titikberatkan dengan hanya mengambil pekerja yang bertauliah dan berpengalaman.

TUGASAN 3

Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction.
Multy modality...pada pendapat saya, teori ini didefinisikan sebagai satu kaedah atau pola yang digunakan oleh guru dalam menyusun kurikulum, material pembelajaran yang akan digunakan dan memberi petunjuk kepada guru di dalam kelas untuk setkan pembelajaran pelajar-pelajarnya. satu set model yang baik haruslah memiliki kriteria seperti mempunyai prosedur ilmiah, hasil pembelajaran yang spesifik, mempunyai hasil kriteria belajar serta mempunyai proses pembelajaran yang jelas dan terperinci.

TUGASAN 4

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?


Walaupun penggunaan video banyak membantu dalam proses p&p, namun terdapat kekangan dalam penggunaan video seperti kekurangan panduan dan piawaian yang dapat dijadikan rujukan apabila mereka bentuk skrin yang sering menimbulkan masalah. Terdapat aplikasi video pendidikan masa kini yang terlalu memberi tumpuan pada reka bentuk skrin yang menarik sehingga melupakan isu sebenar yang perlu ditekankan iaitu maklumat serta strategi penyampaian yang perlu digunakan. Selain itu kebanyakan guru kurang diberikan pendedahan dalam perkembangan dan kemajuan teknologi multimedia oleh itu guru perlu memiliki minat, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran bagi menguruskan teknologi supaya kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi dapat dimanfaatkan secara optimum dan mereka tidak sepatutnya bergantung pada apa yang telah disediakan semata-mata. Lama kelamaan, guru akan bergantung penuh kepada penggunaan video, dan kurang kreatif dalam pemyampaian pengajaran di dalam kelas.

TUGASAN 5

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas


Proses menghasilkan aplikasi video untuk pendidikan perlu dilakukan secara sistematik dan menyeluruh. Daripada proses menyediakan bahan dan media, proses mereka bentuk skrin, mereka bentuk strategi pembelajaran, menguji ketepatan isi kandungan pelajaran, proses pengujian dan penilaian dan seumpamanya, kesemuanya perlu dilaksanakan secara sistematik. Justeru itu, bagi memastikan aplikasi yang dihasilkan benar-benar berkualiti, ia akan mengambil masa. Apa yang penting ialah guru tersebut harus memastikan video yang dihasilkan dapat menarik minat pelajar mengikuti pembelajaran tersebut.

TUGASAN 6

Assignment manipulatives
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan di dalam subjek atau mata pelajaran tertentu yang membolehkan murid melakukan aktiviti dengan baik dan berkesan. Misalnya dalam mata pelajaran sains, pelajar akan dapat menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan dan bahan dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat dan melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Penguasaan kemahiran manipulatif oleh bakal guru amat penting bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amali sains di sekolah kelak. Seorang guru perlu memiliki pengetahuan dan menguasai keseluruhan kemahiran manipulatif agar dapat membimbing pelajar menjalankan ativiti penyiasatan mereka dengan efektif dan sistematik. Guru juga perlu mengamalkan teknik-teknik amali dengan baik seterusnya dapat membimbing pelajar ketika menjalankan amali. Misalnya dalam mata pelajaran matematik pula, contoh bahan manipulatif ialah kit manipulatif yang terdiri daripada papan geo, blok Dienes, rod Cruisenaire dan blok asas sepuluh.

TUGASAN 7 Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya 1) Apakah yang dimaksudkan dengan video literasi? 2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. 3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? 4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? 5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah?

Jawapan 1:
Literasi video merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil atau dalam erti kata lain yang bermaksud melihat dan seterusnya untuk menghasilkan video.

Jawapan 2:
Lima konsep teras dan asas untuk memahami literasi video adalah; i) seorang pengarang membina mesej, ii) format adalah unik untuk setiap mesej, iii) setiap penonton akan menafsirkan mesej yang berbeza-beza, iv) titik pandangan dan nilai-nilai adalah sebahagian daripada setiap mesej, dan v) mesej yang dihasilkan atau dibina adalah untuk menggalakkan tujuan tertentu

Jawapan 3:
Konsep asas dalam penghasilan dan video juga memainkan pelajar dalam peranan video penting literasi. untuk Dalam meningkatkan pengetahuan kemahiran

menghasilkansesuatu video ia memerlukan pelajar untuk melibatkan diri dalam kemahiran pemikiran tinggi-perintah untuk mula merancang format yang akan 'memberitahu cerita' dan kemudian membangunkan, mengedit, dan menilai video terakhir untuk memastikan mesej yang dimaksudkan dapat dikongsi.selain itu, teras konsep ialah memberi panduan bagaimana pelajar menghasilkan video.

Jawapan4:
Terdapat empat jenis video yang biasa digunakan dalam pembelajaran pelajar iaitu, dokumentari, drama, video penceritaan, dan video dalam bidang alam maya. Video yang berbentuk dokumentari merupakan video yang menayangkan tentang peristiwa sebenar atau cerita sebenar berkenaan dengan alam sekeliling dan manusia. Matlamat dokumentari adalah untuk mengajar pelajar untuk mendapatkan pengalaman melalui cerita sebenar yang berlaku. Manakala, drama pula ialah merupakan video yang menayangkan tentang lakonan berkaitan peristiwa yang pernah berlaku atau kisah-kisah yang dilakonkan semula. Melalui video ini pelajar akan lebih memahami dan menghayati tentang sesuatu penceritaan melalui tayangan video tersebut. Video penceritaan pula merupakan video yang akan menayangkan tentang kitaran hidupan contohnya kitaran atau kisah hidupan haiwan kerana ia dapat member hiburan dan maklumat yang berguna. Melalui tayangan video ini, ia dapat member satu pengalaman baru yang berguna kepada pelajar untuk memahami sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Video yang berbentuk alam maya pula dapat membantu pelajar untuk menjelajah ke sesuatu tempat tanpa pergi ke tempat tersebut. Misalnya, jika pelajar tersebut ingin mengetahui hidupan laut, pelajar tersebut hanya perlu melayari internet tanpa pergi tempat tersebut.

Jawapan5:
Terdapat dua langkah yang boleh dilakukan dalam proses memilih dan dan menilai video dalam bilik darjah. Langkah pertama ialah dengan mengintegrasikan sumber-sumber yang berguna adalah untuk mencari video yang langsung sejajar dan menyokong pencapaian objektif pelajaran anda.langkah kedua ialah untuk menilai video yang dipilih untuk memastikan bahawa ia sebenarnya menjajarkan kepada matlamat anda dan akan memenuhi keperluan pelajar anda.

TUGASAN 8

Soalan: Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual
Terdapat lima elemen dalam visual dan multimedia seperti, tesk, grafik, audio, video dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi dan menerusi penggunaan reka cipta visual. Penggunaan reka cipta visual dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah memainkan peranan penting dalam membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan lebih mudah dan berkesan. Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan seronok yang secara tidak langsung akan menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini kerana penggunaan reka cipta dalam P&P dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar, mewujudkan suasana baharuan dan beraneka, menarik perhatian pelajar pelbagai kebolehan, menggalakkan penyertaan pelajar secara aktif, meneguhkan pembelajaran tanpa membosankan, meluaskan skop pengalaman pelajar dan menjamin pemikiran pelajar yang teratur dan berkesinambungan. Penggunaan reka cipta visual dalam P&P akan menukarkan peranan guru kepada fasilitator pembelajaran. Visual boleh digunakan dalam pelbagai situasi P&P misalnya, memperkenalkan topik baru, menjelas, menginterpretasi dan mengukuhkan idea, konsep atau prinsip, mendemonstrasi sesuatu kemahiran, amalan atau siri tindakan dan sebagainya.

Vous aimerez peut-être aussi