Vous êtes sur la page 1sur 1

: : Asal Usul Al-Quran : :

Oleh: Huda Academy Pengenalan

Selain daripada itu, setiap nabi juga akan menyampaikan ajaran tentang kehidupan selepas mati (kehidupan di akhirat); iaitu dengan memberi khabar gembira kepada manusia yang patuh dan taat kepada Allah swt, sementara ancaman api neraka terhadap manusia yang memilih untuk mengingkari perintah dan suruhanNya. Kitab suci Al-Quran adalah sebuah kitab yang cukup unik; ini kerana inilah satu-satunya kitab wahyu yang wujud pada hari ini dalam kondisi dan kandungan yang murni; iaitu tidak berlaku sebarang perubahan sebagaimana pada asal ia diturunkan 1400 tahun yang lalu. Tambahan pula, Al-Quran aktif (senantiasa) direkodkan sewaktu penurunannya. Selanjutnya, Al-Quran memiliki pendekatan yang tersendiri; iaitu mesej kerohanian dan amalan praktikalnya bermatlamat untuk kebaikan umum individu, masyarakat dan alam sekitar. Al-Quran menjaga kepentingan semua entiti.

Al-Quran adalah kitab suci bagi umat Islam. Kitab ini dibaca dan dijadikan panduan dalam segenap aspek kehidupan. Al-Quran merupakan kitab terakhir dalam siri kalam-kalam Ilahi yang diturunkan oleh Allah swt. Kitab Al-Quran merupakan kata-kata Allah swt yang diturunkan melalui malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad saw, nabi yang terakhir dan penutup bagi sekalian nabi kira-kira 1400 tahun yang lalu. Islam adalah kesinambungan daripada ajaran nabinabi sebelumnya seperti Nabi Nuh a.s, Nabi Musa a.s, dan Isa a.s; sesetengah daripada mereka turut menerima kitab daripada Tuhan.

Di samping itu, mesej Al-Quran juga adalah sejagat, merentasi perbezaan bangsa, warna kulit, etnik dan kewarganegaraan. Ia menyediakan panduan berhubung segenap aspek kehidupan manusia; dari aspek ekonomi dan etika perniagaan, perkahwinan, perceraian, isu-isu gender hinggalah pewarisan dan keibubapaan. Al-Quran tidak mengutuk atau mengancam tubuh badan, juga tidak mengabaikan jiwa (soul). Ia tidak menyamakan Tuhan dengan manusia, tidak juga mendewa-dewakan atau mempertuhankan manusia. Al-Quran juga menerangkan tanda-tanda kewujudan Tuhan menerusi penciptaan alam semesta (makhluk) dan bagaimana segala-galanya diletakkan dan diatur dengan teliti.
dipetik dari-bicaramohdaziz.blogspot.com

Umat Islam percaya mesej utama yang dibawa oleh kesemua nabi adalah sama; iaitu tiada tuhan melainkan Allah, tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada dosa dan menjalani kehidupan untuk mendapatkan keredaan Allah swt (dengan mentaati perintahNya).

Vous aimerez peut-être aussi