Vous êtes sur la page 1sur 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA KERJA KURSUS JABATAN : JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

MATA PELAJARAN : PENGAJIAN ISLAM (MAJOR) KUMPULAN : JQAF AMBILAN JANUARI 2012 TARIKH MULA : 19 Disember 2012 TARIKH HANTAR : 19 Januari 2012 Stem/ Simulasi/ Rangsangan : Rasulullah saw merupakan pendidik yang terbaik. Baginda saw menggunakan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang dapat menarik sahabat-sahabatnya memahami Islam. Guru-guru Pendidikan Islam hendaklah mencontohi Rasulullah saw dalam menyampaikan ilmu. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam hendaklah disampaikan dengan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dengan tahap pencapaian murid-murid. Guru perlu menyediakan RPH yang terancang dengan baik agar segala perancangan P&P dapat disampaikan dengan baik mengikut masa yang ditentukan. TUGASAN (100%) Kerja kursus ini mengandungi dua bahagian: (i) Tugasan (berkumpulan) (40%): Menyediakan esei yang menjelaskan mengenai strategi, pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut Rasulullah saw. beserta contoh dan nyatakan sumbernya (seperti kajian, jurnal, buku dan lain-lain) (ii). Tugasan (individu) (60%): Menyediakan RPH pengajaran jawi atau al-Quran KSSR (20%) Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas selama 30 minit dan rakamkan, sertakan video tersebut bersama (individu) : (20%). Menyediakan Bahan Bantu Mengajar dan sertakan BBM maujud bersama (15%)Menulis refleksi (5%)

Arahan: 1. Menyediakan esei 2. Memilih satu tajuk jawi atau al-Quran KSSR 3. Merancang dan menulis Rancangan Pengajaran yang menarik dan kreatif dan ditulis dalam tulisan jawi ejaan terkini. 4. Merakamkan P&P di kelas. 5. Anda dikehendaki menyediakan bahan bantu mengajar sebenar dan menghantarnya bersama tugasan lain. Format kerja kursus: 1. Kerja kursus anda mesti bertaip, menggunakan fond jawi, saiz 18 dengan langkau 1.5 baris. 2. Muka surat hadapan laporan hendaklah mengikut templet terkini dan mempunyai maklumat berikut: Nama. Kumpulan / Unit . Kursus & Kod kursus. Tajuk projek. Nama pensyarah. Tarikh dihantar.

Vous aimerez peut-être aussi