Vous êtes sur la page 1sur 1

Cadangan Melaksanakan Pembangunan Di Atas Tanah Kubur Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Cadangan Melaksanakan Pembangunan Di Atas Tanah Kubur Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melaksanakan pembangunan di atas tanah-tanah perkuburan Islam yang telah tidak digunakan untuk mengebumikan mayat adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan yang hendak dilaksanakan tidak bertentangan dengan syariat Islam dan mayat-mayat di tanah perkuburan tersebut hendaklah terlebih dahulu dipindahkan ke tapak perkuburan Islam yang lain secara terhormat. Development Plan on Muslim Burial Grounds Decision: The 80th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 1st -3rd February 2008 has discussed the Development Plan on Muslim Burial Grounds. The Conference decided that the ruling of the development on Muslim burial grounds which are not used for burials are allowed in Islam with the conditions that the development proposed does not contradict with the Laws of Islam and the corpses in the burial grounds must be transferred to another Muslim burial ground in a respectful manner.
8002 )08( . : . : . .

Keterangan/Hujah: 1. Persoalan hukum dalam melaksanakan pembangunan di atas tanah perkuburan Islam yang tidak digunakan juga berlaku di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Pahang dan Wilayah Persekutuan. 2. Berdasarkan maslahah yang merupakan salah satu daripada prinsip Islam, pembangunan boleh dilaksanakan dengan syarat mayat dikorek terlebih dahulu dan dipindahkan ke tempat lain secara terhormat. 3. Pihak pemerintah juga perlu memastikan supaya bentuk atau projek pembangunan yang hendak dilaksanakan tidak berunsur maksiat atau bertentangan dengan syariah.

Vous aimerez peut-être aussi