Vous êtes sur la page 1sur 7

TAMADUN DAN KEBUDAYAAN TUGASAN INDIVIDU (PERKAHWINAN SUKU ASLI DI MALAYSIA)

NAMA NO.MATRIK KELAS PENSYARAH

: SITI NUR FARAHANA BINTI MD ARSHAD : C12A420 : F9 : EN.IWAN ZAHAR

Kebanyakan masyarakat Orang Asli berkahwin ketika usia masih muda. Bagi kaum lelaki, usia 18 tahun merupakan usia yang paling sesuai untuk mendirikan rumahtangga. Kaum perempuan pula ketika berusia 16 tahun dan hendaklah tidak lebih daripada usia kaum lelaki. Perkahwinan dilakukan oleh ibu bapa bakal pengantin, bermula daripada upacara merisik sehinggalah seseorang telah menjadi pasangan suami isteri secara sah. Oleh itu jodoh ditentukan oleh ibu bapa.Ada juga di kalangan masyarakat Orang Asli yang telah bertunang sejak kecil lagi. Kebiasaannya pengantin lelaki dan perempuan mempunyai hubungan saudara seperti sepupu atau dua pupu atau mempunyai suku kaum yang sama. Adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya bakal pengantin lelaki berkahwin dengan perempuan daripada suku lain. Namun apa yang pasti bakal pengantin perempuan perlu mengikut suami, dengan kata lain bakal isteri perlu memasuki suku kaum suami. Pertamanya, masyarakat orang asli menghantar tanda sebelum upacara perkahwinan dilakukan. Hari menghantar tanda atau menghantar cincin diketuai oleh seorang wakil ketua kampung untuk menetapkan hari meminang. Sebelum itu kedua-dua belah pihak telah bertemu untuk mendapat persetujuan tentang hari penghantaran cincin tanda. Setelah itu barulah penghantaran cincin tanda dilakukan. Biasanya menghantar cincin tanda ini dilakukan oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua. (Farah Husna,February 2012) Pada masa yang ditetapkan upacara meminang dijalankan oleh kedua-dua belah pihak yang diwakili oleh Tok Batin/ Jenang/Penghuhu/Jungkerah dan Penggawa sekiranya berlainan suku kaum. Mereka mengadakan perbincangan di sebuah rumah besar atau kini balai raya. Apabila selesai upacara meminang satu tarikh untuk hari melangsungkan perkahwinan ditetapkan iaitu kira-kira tujuh bulan, lapan bulan atau setahun dari upacara meminang.Upacara ini dimulakan dengan mengasah gigi keduadua mempelai yang bertujuan membuang sial. Ini adalah penting supaya segala masalah yang dihadapi oheh bakal pengantin ketika bujang tidak dibawa selepas berkahwin. Ada juga yang menyatakan asah gigi ini adalah untuk membuktikan bakal pengantin telah benar-benar dewasa dan boleh memikul tanggungjawab masing-masing. (Jami'ah Shukri,2009)

Sehari sebelum upacara persandingan dilakukan, pasangan pengantin dikehendaki melakukan upacara berinai. Jari kedua-dua pengantin akan dimerahkan dengan daun inai yang ditumbuh lumat. Upacara berinai ini dijalankan hingga ke pagi. Pada masa yang sama tari menari hingga ke pagi akan diadakan.Pelamin diperbuat daripada anyaman daun kelapa atau rumbia, manakala tiang pula diperbuat daripada anak-anak kayu yang direka bentuk seperti rumah yang kecil. Pelamin ini dibuat di hadapan rumah pengantin. Sekiranya suku kaum yang mendiami rumah panjang, mereka akan bersanding di tengah-tengah ruang untuk dilihat oleh ahli keluarga yang lain.( Daripada Malaysiana PNM ,2011) Bagi masyarakat asli kaum Lanoh pula perkahwinan kebiasaannya berdasarkan suka sama suka antara pasangan. Mereka memilih pasangan sendiri tanpa melibatkan ibu bapa ataupun keluarga terdekat dengan membina tempat tinggal bersama, pasangan sudah memadai digelar suami isteri. Tiada kenduri-kendara dilangsungkan, hanya si suami memberi sedikit hadiah kepada si isteri dan mertua. Bagi si isteri pula membalas pemberian hanya kepada si suami. Kebiasaannya perceraian akan berlaku di awal perkahwinan dan pasangan remaja akan cuba mencari sehingga mendapat pasangan sejati. Jarang pula berlaku perceraian apabila pasangan mendapat anak.Keluarga asas penting sebagai sebuah unit ekonomi. Keluarga asas pula merupakan sebuah kumpulan kerja dan menampakkan sedikit pembahagian tugas antara lelaki dan wanita. Bapa akan dibantu oleh anak lelakinya yang dewasa untuk memastikan keluarga asas mereka sentiasa mempunyai bekalan daging dan makanan yang mencukupi. Manakala ibu dibantu oleh anak perempuannya memungut buah-buahan hutan dan sayursayuran. Hasil yang diperolehi daripada kegiatan memburu dan memungut hasil hutan ini biasanya tidak dikongsi dengan ahli keluarga (puak) lain. Hasil tersebut menjadi hak keluarga asas kecuali ada lebihan, barulah diagih-agihkan.Suami dalam apa jua atau ruang tetap menjadi ketua keluarga asas. Isteri akan mengganti tampuk sebagai ketua sekiranyan suami meninggal dunia. Memandangkan dalam sesetengah hal, keluarga asas turut merupakan unit keagamaan, maka suami berperanan besar memastikan pantang larang tidak dilanggar.(Warti Bt Kimi,June 2012)

Pengaruh arus kemodenan sedikit sebanyak menghakis budaya dan adat resam yang dijunjung tinggi masyarakat terdahulu.Justeru, pasangan baru yang mahu melangsungkan perkahwinan supaya mengadakannya mengikut adat istiadat kaum masing-masing sepenuhnya, katanya.Menurutnya, festival anjuran Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu dilihat dapat memberi kefahaman kepada orang ramai, khususnya kepada golongan muda mengenai adat resam sesuatu kaum.Pihaknya dan JKKN akan merangka lebih banyak program merakyatkan seni dengan menumpukan kawasan luar bandar supaya segenap lapisan masyarakat mendapat manfaatnya. (Datuk Maglin Dennis DCruz,2012) Sekiranya lelaki dan perempuan menunjukkan minat di antara satu sama lain, si lelaki akan memberitahu keluarganya. Kemudian, ibu bapa lelaki tersebut akan mencari ibu bapa perempuan (atau waris kedim) untuk merisik gadis tersebut. Tujuan merisik adalah untuk menyiasat sama ada gadis yang dihajati itu sudah bersuami ataupun belum. Setelah yakin gadis tersebut belum dipunyai dan dia bersetuju menerima si lelaki, maka ibu bapa kedua-dua belah pihak berbincang untuk menetapkan tarikh pertunangan. Apabila sampai hari pertunangan, pihak lelaki akan menyediakan barang ganda atau hantaran. Di antara barang ganda yang perlu disediakan oleh pihak lelaki adalah barangan keperluan wanita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki seperti sepit rambut, minyak rambut, sikat, alat solek (bedak, minyak wangi, pewarna kuku), pengetip kuku, cermin muka, benang, jarum, gunting, kain ela, kasut, duit dan banyak lagi. Pihak perempuan pula akan membalas dengan tikar dan bantal. Jika adik berkahwin dulu dari kakak (langkah bendul), si kakak berhak mendapatkan hantaran sebagaimana yang diterima oleh adiknya. Pada majlis peminangan, tok batin akan melihat persediaan pengantin lelaki untuk di bawa ke majlis peminangan seperti cincin emas, alat solek, pinggang mangkuk dan keperluan seperti batu lesung dan lain-lain.Pasangan pengantin menjalani istiadat mengasah gigi. Mengasah gigi dianggap adat yang penting dilakukan. Penggunaan kain hitam diletakkan pada gigi sebagai penanda jarak gigi yang perlu diasah. Cincin akan digunakan untuk mengasah gigi yang tidak rata dan kemudian diasapkan. Ini bertujuan menjadikan bakal mempelai sentiasa berseri dan mengelak kancing gigi ketika majlis persandingan. (Haifa hadriah ,2012)

Jekerah akan menilai satu persatu barang ganda atau hantaran di hadapan umum yang menyaksikan pertunangan tersebut. Kemudian, Jekerah mengingatkan kepada pasangan yang bertunang, jika pihak perempuan mungkir janji maka pihak lelaki akan menerima dua kali ganda barang ganda atau hantaran. Jika pihak lelaki pula yang mungkir janji, barang ganda atau hantaran tidak boleh dituntut oleh pihak lelaki. Seterusnya, kedua pasangan akan saling menyarung cincin perak, menyuap sekapur sirih dan menyuap rokok. Kedua pasangan juga diberikan amaran supaya mematuhi pantang larang adat, antaranya dilarang berdua-duaan tanpa ditemani saksi. Pasangan dilarang tidur bersama. Jika tertangkap, mereka akan dihukum dan dinikahkan serta-merta. Sepanjang tempoh pertunangan, pihak lelaki mesti menghantar belanja bulanan mengikut kemampuan seperti yang terdapat perbilangan adat, sudah diikat nak diberi makan. (Nor Azwani Bt Sibiramalek,2011) Lembaga Adat akan menetapkan tempoh pertunangan sebaik-batiknya tiga bulan dan paling lewat enam bulan. Menjelang tarikh pernikahan (seminggu sebelum pernikahan), pihak lelaki perlu menghantar belanja hangus yang akan digunakan semasa majlis pernikahan nanti.Apabila sampai tarikh perkahwinan (pernikahan), ibu bapa akan mencari saudara mara, waris kedim sebelah mak. Kesemuanya dijemput denganbujam penjemput dan bujam penerang. Pada malam berkhenak (berinai), ibu bapa perempuan akan menuntut Adat Nikah dari ibu bapa sebelah lelaki dengan disaksikan oleh Lembaga Adat. Pada malam itu juga, akan diadakan pemberian barang langkah bendul jika si adik berkahwin dahulu daripada kakaknya. Adat nikah yang telah ditetapkan oleh Lembaga Adat ialah :Sirih Sebujam (mengandungi daun sirih, pinang, kapur, gambir, daun rokok, tembakau, mancis atau pemetik api) Adat 20 Duit RM14 (anak buah pusako), RM7.30 (anak buah biasa) Kain putih panjang 10 (10 kaki atau tiga meter) Setelah diperiksa dan disahkan oleh Jenang, barulah ibu bapa (wali) perempuan dibenarkan menikahkan anak buahnya. Kebiasaannya, majlis pernikahan akan dijalankan keesokkannya paginya.Setelah selesai upacara menuntut adat, upacara malam berinai dimulakan. Pasangan pengantin

akan disandingkan di atas pelamin. Wakil kedua-dua belah pihak akan mempersembahkan pencak silat, kemudian akan meletakkan inai dan tepung tawar di tapak tangan pengantin. Bagi yang tidak tahu bersilat, memadai jika hanya meletakkan inai dan tepung tawar sahaja. Sebagai ganjarannya, mereka akan diberikan bunga telur. Kedua-dua bakal pengantin akan ditempatkan di rumah yang berasingan dan membuat persediaan persandingan. Bakal pengantin dilarang melakukan sebarang kerja. Sebelum majlis persandingan bermula, wakil ibu bapa pengantin perempuan akan membawa bujam penjemput ke rumah pengantin lelaki bagi memaklumkan majlis persandingan akan dimulakan.Kedua-dua pasangan akan diarak sambil diiringi dengan paluan gong dan rebana serta berbalas pantun.semasa diarak, beras basuh akan direnjiskan ke arah pengantin. Setelah sampai di depan balai adat, pengantin perempuan akan masuk dahulu ke ruangan persandingan (pelamin) manakala pengantin lelaki akan menunggu di luar. Upacara merompak akan diadakan, di mana pihak perempuan akan membuat halangan di pintu masuk Balai Adat bagi menghalang pihak pengantin lelaki masuk. Manakala keluarga pengantin lelaki perlu merempuh halangan supaya pengantin lelaki dapat masuk dan bersanding bersama-sama dengan pengantin perempuan. Setelah upacara nikah, adat mengajar pasangan tersebut mengenai kehidupan dan kewajipan berumah tangga, tanggungjawab sebagai suami isteri serta pantang larang yang perlu dipatuhi. Nasihat ini diberikan oleh wakil kedua-dua pihak. Akhir sekali diikuti oleh upacara menyembah dan memperkenalkan kepada suami dan isteri kepada ibu dan bapa mertua, saudara mara (ibu bapa), iparduai dan sahabat handai.Bermula hari ini, harta cari (sepencarian) bagi pasangan tersebut turut bermula. Gelaran Panglima akan diberikan kepada orang semenda (si suami). (anakrembau,2011)

NOTA KAKI DAN BIBBLIOGRAFI Daripada Malaysiana PNM 02/03/2011 Warti Bt Kimi 25 June 2012 Harian Metro.Timbalan Menteri II Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis DCruz anakrembau,may 2011. nagarinantuo.com http://kebudayaan.kpkk.gov.my Nor Azwani Bt Sibiramalek Wed, Apr 6 2011 http://newpaces.com/forum/topic/688 Haifa hadriah ,2012 jamia@bharian.com.my/Friday, July 17, 2009

Vous aimerez peut-être aussi