Vous êtes sur la page 1sur 2

Pemisahan Rawatan Brain Death

Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-25 yang bersidang pada 13 Dec 1989 telah membincangkan Pemisahan Rawatan Brain Death. Muzakarah telah memutuskan bahawa memisahkan rawatan antara pesakit-pesakit yang telah kematian otak atau 'brain death' dengan pesakit-pesakit yang masih mempunyai peluang untuk dipulih di Unit Rawatan Rapi adalah tidak bercanggah dengan Islam.

English Version
Separation of Brain Death Treatment Decision: The 25th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 13 December 1989 has discussed separation of brain death treatment. The Committee has decided that separation of brain death patients from other patients with chances to recover in the Intensive Care Unit is not contradictory to Islam. Keterangan/Hujah: Brain Death adalah istilah perubatan untuk menunjukkan keadaan pesakit yang dari segi ikhtiar kepakaran perubatan ia tidak mempunyai harapan untuk hidup disebabkan mati otak. Konsep Brain Death adalah konsep perubatan dari ilmu yang bersifat imperikal (ilmu yang menggunakan percubaan) hasil usaha ikhtiar manusia berdasarkan pada prinsip-prinsip, sebab dan akibat. Pakar-pakar Neurosurgeri, Neurologi dan Anaesthesiologi boleh menentukan sama ada otak pesakit-pesakit tersebut masih berfungsi dengan menjalankan siri ujian klinikal dan dengan menggunakan peralatan tertentu, setelah ujian dipastikan untuk kali kedua maka kes tersebut disifatkan brain death atau kematian otak walaupun jantungnya masih berdenyut. Di antara kes-kes yang dimasukan ke Unit Rawatan Rapi itu adalah mangsa-mangsa yang mempunyai harapan tipis kerana kerosakan anggota yang teruk atau telah dapat diselamatkan tetapi pengaliran darah ke otak telah terganggu. Oleh sebab denyutan jantung mereka dapat dipulihkan, maka mereka dimasukan ke Unit Rawatan Rapi. Walaubagaimanapun kebanyakan pesakit kes ini meninggal dunia. Oleh yang demikian pihak hospital berpandangan adalah lebih baik pengasingan rawatan dilakukan di antara pesakit yang mengalami kematian otak dengan pesakit yang masih mempunyai harapan untuk pulih kerana rawatan yang berpanjangan memerlukan kos yang tinggi dan alat kelengkapan yang mencukupi. Di Negara-negara di mana pemindahan organ dari simati kepada pesakit yang berkehendak dibenarkan oleh undang-undang, pemindahan dimulakan sebaik sahaja penderma disahkan kematian otak atau brain death. Proses itu dilakukan secepat mungkin apabila jantungnya masih mengalir menerusi organ berkenaan. Jika di tunggu sehingga jantung berhenti organ seperti ginjal (buah pinggang), hati dan pankreas akan rosak sebelum dipindahkan. Oleh itu unitunit yang giat menolong melakukan program pembedahan pemindahan organ, harus dapat mengenalpasti kes-kes tersebut secepat mungkin. Pakarpakar intensif bergantung kepada ujian kematian otak yang dijalankan secara teliti untuk memulakan pembedahan organ. Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa penentuan hidup dan mati seseorang itu adalah kuasa Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya dalam Surah Yunus, ayat 49, yang bermaksud: dan apabila telah

sampai ajalnya, maka tidak akan dilewat dan tidak akan dipercepatkan walau sesaat pun. Manakala firmanNya dalam Surah al-Kahf, ayat 84 pula menyeru supaya manusia melakukan ikhtiar dan kemudiannya bertawakkal, sepertimana maksudnya: dan Kami beri kepadanya jalan yang menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. Dalam Kaedah Fiqhiyyah terdapat beberapa kaedah atau prinsip, iaitu antaranya yang bermaksud: Kemudharatan mengharuskan perkara yang dilarang. Melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kematian seseorang adalah diharamkan oleh Islam. Tetapi dalam isu mengasingkan pesakit yang mengalami Brain Death ia dilakukan kerana keperluan alat-alat kecemasan tidak mencukupi sedangkan ada pesakit-pesakit lain yang mempunyai harapan untuk hidup memerlukan rawatan yang sama. Walaubagaimanapun pihak hospital hendaklah mencuba sedaya upaya menyediakan kelengkapan yang secukupnya kerana setiap pesakit berhak mendapat rawatan yang sewajarnya. Bersesuaian dengan kaedah yang bermaksud: Dharurat dikira mengikut keadaannya, janganlah setiap pesakit Brain Death itu terus diasingkan kerana keharusan hukum diberikan sekiranya berlaku keadaan yang terdesak. Usaha-usaha hendaklah dilakukan dengan penuh tanggungjawab supaya rawatan terhadap pesakit Brain Death ini tidak diabaikan.

Vous aimerez peut-être aussi