Vous êtes sur la page 1sur 1

Penggunaan Jin Menurut Islam

Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 September 1995 telah membincangkan Penggunaan Jin Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram. 2. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram. 3. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram. 4. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.