Vous êtes sur la page 1sur 3

TINGKATAN 5 (BAB 1)

LATIHAN SEJARAH

OLEH : CIKGU FAIZ AIZUDDIN

SOALAN STRUKTUR 1. Negara-negara di Asia Tenggara menjadi tumpuan kuasa imperialis Barat sejak dulu lagi. (a) Nyatakan maksud imperialisme? [ 2 markah ] (b) Nyatakan 3 kuasa imperialis Barat yang pernah menjajah Asia Tenggara. [ 3 markah ] (c) Nyatakan 2 sebab Asia Tenggara berjaya menarik minat kuasa Barat. [ 2 markah ] (d) Apakah tujuan utama Terusan Suez dibina pada tahun 1869? [ 1 markah ] (e) Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang diperoleh daripada kejayaan kuasa imperialis Barat? [ 2 markah ] 2. Kekayaan bahan mentah di negara-negara di Asia Tenggaratelah menarik minat imperialisme Barat untuk menguasainya. (a) Nyatakan 3 contoh bahan mentah yang diperlukan oleh negara Barat? [ 3 markah ] (b) Bagaimanakah cara untuk memastikan bahan mentah dapat dibawa ke negara Barat dengan cepat? [ 2 markah ] (c) Nyatakan cara yang digunakan oleh kuasa Barat untuk menguasai bahan mentah di tanah jajahan. [ 1 markah ] (d) Apakah faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara selain daripada faktor kekayaan bahan mentah ? [ 2 markah ] (e) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat memastikan kekayaan bahan mentah di negara kita tidak dikuasai oleh orang asing? [ 2 markah ]

SOALAN ESEI 3. Imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak dahulu lagi. (a) Terangkan konsep imperialisme dan imperialis di Asia Tenggara. [ 7 markah ] (b) Mengapakah Asia Tenggara menjadi sasaran imperialis Barat? [ 7 markah ] (c) Berdasarkan pengetahuan anda,apakah alasan sosial yang digunakan oleh imperialis Barat untuk merestui tindakan mereka menjajah negara di Asia Tenggara? [ 6 markah ] 4. Konsep imperialisme diperkenalkan di Perancis pada tahun 1830-an. Imperialisme berasal daripada perkataan imperialste yang memberi gambaran tentang kehebatan Empayar Napoleon. Konsep ini kemudiannya berkembang ke seluruh Eropah. (a) Terangkan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara [ 8 markah ] (b) Bagaimanakah perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan mendorong perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara? [ 7 markah ] (c) Pada pendapat anda,apakah keistimewaan Asia Tenggara yang menyebabkan banyak kuasa barat tertarik untuk menguasainya? [ 5 markah ] 1

TINGKATAN 5 (BAB 1) JAWAPAN

LATIHAN SEJARAH

OLEH : CIKGU FAIZ AIZUDDIN

1. (a) F1 - Dasar perluasan kuasa /pengaruh/wilayah sesebuah negara F2 Dengan menguasai wilayah lain untuk kepentingan politik,ekonomi dan sosialnya (b) F1,F2,F3- Belanda /Perancis/Britain/Sepanyol/Portugal/Amerika Syarikat (c) F1 Kedudukan yang strategik di antara China dan India F2- Pasaran luas F3- Kaya dengan bahan mentah (d) F1- Memendekkan jarak perjalanan ke Timur dari Barat (e) F1- Pencapaian dalam bidang sains dan teknologi F2- Keyakinan kepada kekuatan sendiri F3- Melakukan apa sahaja demi kebaikan sendiri F4- Mana-mana jawapan munasabah diterima 2. (a) F1,F2,F3- Biji timah/kayu jati/kelapa/tebu (b) F1,F2- Melalui Terusan Suez / Menggunakan kapal wap (c) F1- Menguasai sistem politik terlebih dahulu (d) F1,F2-Tanah yang subur/ Beban Orang Putih F3,F4- Persaingan kuasa-kuasa Barat/Revolusi Perindustrian F5,F6- Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan/ Persaingan kuasa Barat (e)F1-Meningkatkan kemahiran dan teknologi F2-Aktif/ Rajin/ dan berusaha mencari peluang untuk meneroka bidang baru 3. Imperialisme (a) F1-Dasar meluaskan pengaruh F2- Dasar meluaskan wilayah F3- Imperialisme dilakukan dengan menjajah negara lain F4- Imperilaisme awal sejak Empayar Rom dan Yunani F5- Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 F6- Bangsa atau negara yang melakukan aktiviti imperialisme C6a- Contoh: Portugal/Sepanyol/Britain/Belanda/Perancis/Amerika Syarikat (b) F1-Lokasinya strategik iaitu di laluan China dan India F2-Asia Tenggara mempunyai tanah yang subur F3-Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah C3a-Contoh bahan mentah: kelapa/bijih timah/ kayu jati/ tebu F4- Asia Tenggara berpotensi menjadi kawasan pasaran baru F5-Asia Tenggara mudah dilalui selepas pembukaan Terusan Suez F6-Arahan dapat diterima dengan mudah selepas terciptanya telegraf F7-Negara-negara di Asia Tenggara masih terpisah-pisah dan belum menjadi sebuah negara. (c) F1- Slogan beban orang putiholeh British dan Belanda H1a-British dan Belanda mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun H1b- Kuasa tersebut berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera F2-Slogan Tugas menyebarkan tamadun oleh Perancis 2

TINGKATAN 5 (BAB 1)

LATIHAN SEJARAH

OLEH : CIKGU FAIZ AIZUDDIN

H2a-Perancis mendakwa mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur F3- Mubaligh Kristian dari Eropah mendakwa mereka perlu menyebarkan agama Kristian kepada orang Timur 4. (a) F1- Memiliki tanah yang subur F2- Kaya dengan bahan mentah H2a-Bijih Timah/kayu jati/kelapa/tebu F3-Kepesatan Revolusi Perindustrian di Eropah F4-Memerlukan kawasan pasaran baru F5-Pembukaan Terusan Suez H5a-Memendekkan jarak perjalanan antara Barat dan Timur F6-Penggunaan kapal berkuasa wap F7-Penciptaan telegraf memudahkan perhubungan Timur dan Barat F8-Persaingan kuasa-kuasa barat untuk dapatkan tanah jajahan F9-Slogan Beban Orang Putih digunakan oleh British dan Belanda F10-Tugas menyebarkan tamadun digunkan oleh Perancis F11-Tugas menyebarkan ajaran Kristian (b) F1-Penggunaan kapal berkuasa wap H1a-Membawa muatan yang lebih banyak H1b-Mempercepatkan perjalanan H1c-Menjadikan perjalanan lebih selamat H1d-Menjimatkan kos pengangkutan F2-Penciptaan telegraf H2a-Memberikan arahan dengan cepat kepada pegawai di tanaha jajahan H2b-Dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur H2c-Urusan perniagaan menjadi lebih mudah H2d-Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat F3-Pembukaan Terusan Suez H3a-Memendekkan jarak antara Timur dan Barat H3b-Perjalanan lebih selamat H3c-Menjimatkan kos H3d-Memudahkan laluan kapal wap H3e-Mempercepatkan perjalanan antara Timur dan Barat (C) F1- Kedudukan yang strategik F2-Terletak di laluan perdagangan antara China dan India F3-Pasaran yang luas/penduduk yang ramai F4-Tanah yang subur F5-Kaya dengan bahan mentah F6-Iklim yang sesuai untuk pertanian/panas dan lembab sepanjang tahun

Vous aimerez peut-être aussi